Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

UMNO EJEN YAHUDI, YG INI HAMBA TAK TAHU.

Imej
Hamba tahu, Facebook dibuat oleh mamat Yahudi. Google pun sekarang CEO barunya mamat Yahudi. Hamba ada akaun FB, yang sekarang hamba tulis blog ini pun ada sangkut paut dengan Google. Kiranya hamba selalu gunakan produk Yahudilah kiranya sekarang ini. Lodge Freemason di Johor. Hamba tidak tahu, mamat Yahudi FB ini seorang zionis atau freemason. Hamba tidak tahu. Begitu juga google. Tetapi yang apa hamba tahu, puak-puak zion gunakan FB dan Google untuk melihat data tentang pendirian manusia. Apa yang manusia di dunia sekarang ini fikirkan melalui statistik carian dalam Google dan apa cerita peribadi yang manusia cerita dalam FB. Apa yang hamba tahu lagi adalah, sistem demokrasi yang diamalkan sekarang oleh negara-negara didunia ini adalah sistem yang dibuat oleh manusia yang berpendirian Allah itu bukan Tuhan yang tunggal dan Muhammad itu bukan Rasul. Ianya sistem memilih pemimpin seorang manusia satu undi. Tidak kiralah manusia itu jahat seperti dajjal atau gila sehingga merogo

"SALAHKE SAYA HENDAK JUMPA PM SAYA?"

Imej
"Salah ke saya hendak jumpa PM saya?". Ayat paling power dari AMK ketika diheret oleh polis bagi menghalang pihak AMK dari memberi surat 8 tuntutan Bersihkan Pilihanraya Malaysia. Perlu difahami disini, jika hendak berjumpa Pok Najib, anda semuanya mestilah datang menyembah seperti hendak berjumpa Sultan-Sultan Melayu. Tidak boleh 'terjah' begitu sahaja. Lebih-lebih lagi jika anda adalah ahli parti bukan BN, maka lebih lagilah anda tidak boleh mendekati lansung PM walau 10 meter jauh. Ini kerana anda adalah penderhaka kepada negara. Kah, kah, kah. Sudahlah ahli parti bukan BN, pakai baju kuning pula itu. Lagilah anda tidak boleh berada berdekatan langsung dengan PM. Walau ternampak bayang-bayang pun, anda akan dihalau serupa lembu masuk kandang oleh polis yang 'budiman'. Perlu juga diingati, rakyat marhaen seperti kita, lebih-lebih lagi yang suka sangat pakai baju kuning dan ahli bukan parti BN, adalah serupa dianggap oleh Pok Najib manusia berkasta re

HARI INI, MEH KITA KAJI SATU PER SATU, KENAPALAH UMNO TAKUT SGT DGN 8 TUNTUTAN BERSIH?

Hari ini, apa kata kita bercerita berkenaan pilihanraya di Malaysia. Apa kes sehingga kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh parti politik umno bn begitu kecut perut terhadap tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0. Kenapa parti keris telanjang begitu fobia sehingga membuat kerja-kerja yang terlalu bodoh untuk menutup perbuatan mungkar mereka terhadap perhimpunan aman Bersih 2.0. Tuntutan yang dibuat Bersih sebanyak 8 perkara itu cukup mudah. Sesiapa sahaja yang melihat dan membaca tuntutan itu, pasti bersetuju. Kecuali orang yang benar-benar ingin berbuat jahat sahaja yang tidak bersetuju dengan 8 tuntutan itu. Apa pula sebenarnya tuntutan itu, meh kita bincang satu persatu; Tuntutan 1: BERSIHKAN SENARAI PENGUNDI. Apa ke halnya kerajaan umno apco begitu elergik untuk membersihkan senarai daftar pengundi. Apa ke halnya SPR seperti main wayang untuk membersihkan senarai pengundi. Mula-mula SPR mengatakan senarai pengundi adalah yang terbersih, tetapi, apabila berdialog dengan pertu

BIOMETRIK: KAPITALIS TETAP KAPITALIS.

Imej
Apalah cerita biometrik biometrik ini? Seperti ianya adalah perkara yang paling penting dalam dunia untuk mengadilkan sesuatu pilihanraya. Apalah punya mentaliti puak-puak umno dan spr ini? Macam cap ayam. Jangan hendak kelentong dan spin ceritalah puak-puak umno dan spr ni. Cerita berkenaan biometrik bukannya kerana hendak membersihkan sistem pilihanraya, sistem biometrik bukannya untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali, tetapi sistem biometrik ini adalah hanya semata-mata untuk mengembongkan poket duit sekumpulan manusia. Umno adalah sebuah parti politik yang kapitalis. Duit adalah segala-galanya. Dimana ada lubang buat duit, mereka akan buat. Dimana ada peluang untuk cekau duit rakyat, mereka akan ambil peluang. Akal umno panjang, panjang untuk buat duit haram. Kaya adalah matlamat utama. Kuasa adalah matlamat kedua. Jika berkuasa tetapi tiada duit, maka mereka tidak akan wahi untuk memegang kuasa. Tetapi, mana ada didunia ini, pemerintah tiada peluang buat duit? T

SABTU NI, PAKAI BAJU KUNING TIDAK?

Imej
Ada orang syor, tiap Sabtu pakai baju kuning untuk menyatakan sokongan kepada 8 tuntutan Bersih 2.0. Korang semua buat ke tidak?  Korang semua pakai baju kuning ke idok? Jika tidak pakai, Sabtu ini, 30 Julai, korang semua pakai la.. jangan asyik fb joo..... Tengok ni, bawa kereta pakai baju kuning. (Ni hari Sabtu lepas ni) Makan di restoran pun pakai baju kuning. Dengan anak sekali dibaju kuningkan. Sabtu ni cadang hendak shopping di Kompleks PKNS, Shah Alam. Hendak pakai baju kuning juga ni....

CERITA TENGAH HARI, 26/7/11, LEPAS DAPAT GAJI.

Imej
Tengahhari tadi, masa rehat makan, hamba pergi kedai tukang jahit bangsa Cina untuk buat baju Melayu untuk raya nanti. Tukang jahit Melayu semuanya sudah penuh. Tidak boleh buat tempah. Baju Melayu hamba warna kuning. Kuning Bersih maa.. Restorannya digubah dengan gaya yang 'menyelerakan'. Sekali jahit, bayar upah RM85. Untuk Ramadhan, hamba buat 2 helai baju jenis Raihan. Jahit siap dengan beli kain dekat kedai jahit itu, harganya RM70. Kira ok le tu. Kain lembut, warna cantik, siap upah murah. Kiranya bulan Ramadhan ini, hamba hensem le sikit dengan baju baru. Lepas buat baju, perut rasa lapar, pergi cari restoran, lain dari yang lain. Jumpa satu restoran nasi ayam. Macam menarik. Duduk atas kerusi kayu. Kemas dan cantik. Diberi menu, nasi ayamnya berharga RM5.00. Mahal. Tetapi reka bentuk restoran seperti lain macam, dan nasi ayamnya dipanggil nasi ayam Gemas, dibuat semenjak 1980, kira jual trademark lah kiranya. Kemas dan menarik. Pergh,.. tengah lapar, teng

‘Anti-Islam bloggers in US on Najib/BN payroll’

Imej
Clare Rewcastle Brown July 25, 2011 Prime Minister Najib Tun Razak, who sees himself as the 'great protector of Islam' in Malaysia must explain link to anti-Islam promoters. A team of American bloggers allegedly hired by Prime Minister Najib Tun Razak and Sarawak Chief Minister Abdul Taib Mahmud to improve their respective images, are in fact pro-Israel and known to publicly slander Islam. One member of the team, Caleb Howe, indulged in a sustained, childish rant on his public Twitter page on April 23 last year, in which he said: “I drew a picture of Mohammed today. I showed him marrying a pre-tween. Might as well be historically correct right?” Eighteen minutes later on the same twitter message, he posted: “Did I say marrying a pre-tween? Sorry.. that was my typo.I meant raping.” Caleb’s outburst against Islam is not an isolated incident (see image below). He and his team have indulged in a number of such anti-Islamic rants on Twitter that are clearly designed to give

BERIBU2 PENGUNDI HANTU INDIA DAPAT KP DI PUSAT DAMANSARA PETANG SEMALAM?

Semalam jam 6 petang, hamba dan ibu hamba bersama 2 anak perempuan kecil hamba pergi ke Giant Pusat Damansara. Selalunya, ketika ini, kawasan berkenaan amat sunyi dengan manusia. Namun, apabila sampai sahaja di Pusat Damansara, rasa aman itu bertukar menjadi riuh. Riuh dengan beribu-ribu orang India menunggu sesuatu di Imegresen. Rasa seperti di New Delhi. Hamba tidak pasti, adakah mereka ini pendatang atau rakyat Malaysia. Kerana rupa India adalah semuanya serupa, rupa India. Sekali nampak memang sah seperti orang bukan tempatan, tetapi apabila berborak, percakapan mereka serupa seperti India Malaysia bertutur bahasa Malaysia. Ada dialek gulung-gulung. Namun apabila diteliti dan pengakuan sekelompok kumpulan manusia, mereka adalah bukan rakyat Malaysia. Mereka pendatang, menunggu 'sesuatu' di situ. Hamba tanya pegawai keselamatan di Giant itu, apa kes sebenarnya beribu-ribu orang berduyun-duyun menunggu pejabat emigresen yang akan dipindah bulan lapan ini? Dia kata mereka

KENYATAAN BODOH POLIS BERKENAAN BERSIH 2.0; MAINAN MUHYIDDIN UTK JATUHKAN NAJIB?

Imej
Dalam Malaysia ini, siapakah yang paling pandai menipu dan buat cerita spin? Dalam Malaysia ini, siapakah pakar buat fitnah dan tikam belakang kawan? Dalam Malaysia ini, siapakah yang paling banyak bercakap bohong dan dengan selamba lepas tangan selepas bohong? Di Malaysia ini, siapakah yang paling pandai bertanding dan sentiasa menang walau memang sah dia sudah kalah? Jawapannya , sudah pasti umno. Semenjak sebelum merdeka, umno telah pandai menipu orang Melayu untuk berkuasa. Setelah umno ditubuhkan dengan perkenan British, maka sesiapa orang Melayu yang menentang umno akan di ISA kan pemerintah. Selepas merdeka, apabila umno sudah tidak disokong lagi oleh rakyat marhaen, maka umno sengaja mewujudkan peristiwa berdarah 13 Mei. Berlaku hanya di KL tetapi perintah darurat adalah diseluruh negara. Itu adalah perangai umno, tetapi perangai umno baru, adalah lebih teruk dari perangai umno yang telah diharamkan. Segala penipuan, pembohongan, fitnah, rasuah dan ketidak adilan adalah sat

SOP CPR POLIS; PATAH TULANG RUSUK.

Jika anda semua mempunyai saudara mara yang sesak nafas atau lemas, tolong jangan memohon bantuan polis untuk melakukan CPR. Besar kemungkinan saudara anda semua akan mati akibat patah tulang rusuk. Dimaklumkan lagi, jika ada pegawai perubatan ingin memasukkan sesuatu tiub ke dalam mulut mangsa pengsan, tolong panggil sekali dentist kerana gigi mangsa itu akan patah. SOP untuk bantuan pernafasan CPR bagi anggota polis selepas ini mestilah ditambahkan lagi prosedurnya. Polis patut menambah menyimenkan dada simangsa yang telah di CPR kerana tulang rusuk yang patah. Atau pihak polis boleh menambah sesiapa yang mati kerana patah 3 tulang rusuk kerana CPR yang dibuat oleh polis adalah perkara biasa dan tidak boleh disaman dimahkamah. Bagi kepatahan gigi kerana proses memasukkan tiub juga, pihak perubatan juga perlulah menunggu doktor gigi berada disebelahnya agar gigi yang patah itu dapat diselamatkan. Untuk makluman juga, sesiapa yang ada rakaman jenayah, perlulah diberikan kepada po

APABILA MAMAK MEMERINTAH UNIVERSITI MELAYU....

Imej
Depa kata, UiTM ini universiti khas untuk puak Melayu sahaja. Kiranya chauvanis punya universiti lah ini. Itu hamba tidak peduli, sebab Cina dan India pun chuvanis juga di Malaysia ini. Cina ada universiti untuk puak dia sahaja dan India pun ada universiti untuk puak dia sahaja. Apa yang orang tidak tahu ialah ITM ini dahulu diberi nama Institut Tendang Melayu. Nak tahu kenapa, kena tanyalah puak-puak belajar ITM dahulu. Tetapi, yang kelakar lagi ajaibnya, walau institusi ini adalah khas untuk puak Melayu, namun Naib Canselor tetap diberi kepada Keling Mamak Kutty. Kenapa ya? Bodoh sangat ke orang Melayu sehingga tiada yang layak untuk jadi NC? Dan apabila mamak memerintah, jadi kacau bilaulah UiTM nampak gayanya. Orang lidah bercabang 18. Facebook kata lain, memo kata lain. Memang sah cap ayam. Hamba bukannya anti kepada bangsa mamak, tetapi kerja mamak India ini membuatkan Malaysia ini seperti capati. Tengok macam sedap, tapi bila makan, tawar nak mampus. Apalah malang dahulu a

ADOI LA POLIS, JANGANLAH DIMONYETKAN OLEH UMNO LAGI....

Imej
Apabila seorang monyet berak ditengah-tengah jalan didepan orang ramai, kemudian monyet itu tidak mengaku bahawa tahi yang diberakkan itu adalah tahi dia, maka kredibiliti monyet itu pasti akan dipersoalkan. Bukan setakat kerana monyet itu berbohong tentang tahi yang telah diberakkannya, tetapi kerana kelakuan monyet itu berak ditengah-tengah jalan didepan orang yang ramai. Serupa itu jugalah yang berlaku keatas polis raja di Malaysia. Dengan muka tidak malu, dengan pipi yang seposen, dengan lagak monyet yang berak ditengah jalan dihadapan orang ramai tidak mengaku tahinya, telah buat 'press conference' siap dengan gambar cap ayam tentang kebaikan layanan polis terhadap pendemo Bersih 2.0. Kot ye pun polis hendak buat lawak, janganlah buat lawak bodoh, nanti APCO marah. Disebabkan umno, solat pun tidak dibenarkan oleh polis? Hamba kasihan melihat polis yang makan gaji dengan perangai mereka masing-masing. Diperbodohkan oleh umno, hanya semata-mata untuk umno terus berkua

LAHIR, HIDUP DAN MATI; UNTUK APA SEBENARNYA?

Imej
Baru pagi tadi, boss besar tempat bekerja hamba meninggal dunia. Hamba dan rakan sekerja sempat solat jenazah terhadap arwah. Umur beliau hamba rasa 58 tahun. Tidak muda dan tidak juga tua. Dalam lingkungan umur untuk berehat dari bekerja. Sempat sebelum solat jenazah, hamba baca surah Yasin. Moga pahala bacaan Yasin itu dapat dikongsi bersama terhadap arwah. Ada ustaz kata, pahala itu tidak akan sampai kepada simati, kecuali anaknya yang baca. Takpelah, dari hamba duduk berborak kosong, baik hamba baca surah Yasin. Dapat pahala kepada hamba. Hamba melihat sekeliling yang hadir. Ramai. Ada dari keluarga Allahyarham dan ramai dari rakan-rakan sekerja. Terfikir juga hamba, jika hamba mati ketika ini, ke mana hamba akan pergi? Apa-apa yang hamba miliki di dunia ini, satu pun tidak akan dibawa bersama. Yang dibawa hanyalah pahala dan dosa. Biarlah ianya dalam bentuk pahala milik sendiri atau pahala derma amal jariah atau doa anak yang soleh. Itu semuanya dalam bentuk pahala. Benda yang

JANTAN NAK JADI BETINA, APA KES?

Imej
Ni apa kes ni? Ada orang lelaki mahu jadi perempuan, atau lebih senang cakap, orang jantan mahu jadi betina. Siap masuk mahkamah lagi. Siap orang Terengganu lagi pula tu. Ptuih! Malu puak ganu je. Hambe tidak kisah sangat jika sijantan itu hendak jadi pondan ke atau bapok sekalipun, tetapi hingga tahap potong anu masuk benda lain, ini kes berat ni. Berat do'oh. Bukan takat potong anu, tetapi siap mahu legalise kan perbuatannya. Lahir jantan, mati betina. Ada orang kata, kromosom betina dia lagi banyak dengan jantan, jadi dia terperangkap dalam jasad jantan, hati nurani betina. Ceh! Apa kes? Jika takat hendak buat kerja kurang akal, janganlah berbangga dengan perbuatan itu. Jika hendak buat kerja over, janganlah hendak kabor semua manusia. Namun, ini bukan kerja over, ini kerja terlebih over, kerja yang sudah hancur lumat berkecai, anu sudah tukar kepada benda lain. Bendera cap ayam Semua manusia lelaki yang dilahirkan TIDAK lembut. Ini kompem. Mereka menjadi lembut setelah

ANUGERAH IBRAHIM ALI? BELIAU ITU DIBUANG LAUT LAGI BAIK.

Hamba anggap, hamba adalah layak untuk bercerita berkenaan isu ini. Hamba rasakan, menjadi tanggungjawab hamba untuk mengetengahkan perkara ini kepada orang ramai agar perkara ini diperbetulkan. Isu yang hamba hendak sebut adalah berkenaan anugerah Ibrahim Ali oleh pihak UiTM. Apabila hamba terdengar sahaja berita Ibrahim Ali hendak menaikkan namanya dengan terwujud anugerah dengan nama beliau kepada pihak UiTM, maka urat ketawa hamba menjadi tersangat-sangat aktif. Walaupun urat ketawa hamba teraktif, namun tubuh badan hamba tidak termampu untuk gelak besar kerana akal hamba memberi respon bahawa perkara ini bukan lawak bodoh, tetapi lawak menjahanamkan pusat pengajian tinggi yang telah berjasa kepada hamba untuk hamba mendapat dua gulung ijazah. Hamba sekarang adalah seorang jurutera, jurutera mekanikal. Mendapat segala ilmu berkaitan kejuruteraan mekanikal melalui institut yang bernama ITM. Ditukar menjadi UiTM semasa zaman reformasi dahulu, ketika penghujung tahun 1999. Dahulu,

DAP DAN UMNO. DUA-DUA CELAKA.

Imej
Pelik, ajaib, sasau lagi cap ayam tahap gaban. Apabila moral policing dianggap menyekat kebebasan hidup, maka gugurlah segala aturan hidup insan yang berlandaskan undang-undang agama. Apabila agama dianggap bukan aturan hidup dan bukan rujukan baik buruk, maka siallah kehidupan insan dengan bertuhankan akal diatas kepala masing-masing. Parti Cap Ayam Pusat hiburan, sebenarnya apa sebenarnya tempat ini? Karaoke? Pub? Disko? Tempat menari-nari? Tempat huha huha? Tempat minum arak? Tempat urut-urut? Tempat zina-zina? Tempat hisap dadah? Tempat peluk-peluk? Ape kejadahnya ada ahli politician yang berkenan sangat dengan tempat begini? Sehingga sanggup dengan lantang sehingga urat tekak tercabut membela tempat ini dari bankrap dan ditutup? Apa kes sehingga ada manusia bernyawa yang sungguh ghairah lagi lantang menyokong tokey-tokey besar kelab hiburan dari ditutup pada sesuatu masa? Kerana apa kelab hiburan ini perlu dikekalkan padahal SEMUA manusia di Malaysia tahu, disitulah punca r

ROSMAH BELI CINCIN BERLIAN JUTA-JUTAAN, BIARLAH, DIAKAN CEO PERMATA. KAH! KAH!

Imej
Ada orang kata, sesiapa yang buat demo pada pemerintah adalah buat kerja haram. Sesiapa yang berhimpun untuk menyatakan sesuatu kepada pemerintah, adalah berdosa. Maksudnya, sahabat yang menghunus pedang kepada khalifah dan berkata lebih kurang "Jika Khalifah memerintah dengan tidak adil, dengan pedang ini kami ingatkan", maka berdosa besar sangatlah sahabat Nabi itu? Orang Melayu ini beragamakan Melayu atau Islam sebenarnya? Ginilah, jika kome Melayu suka sangat diperintah umno sampai mati, silakanlah, apa yang umno buat sepanjang memerintah Tanah Melayu ini, kome semua terima sahajalah. Yang baik ke, yang buruk ke, yang menipu ke, yang merasuah ke, yang menfitnah ke, yang mengC4 ke, kome semua terima sahajalah sebab umno itu pemerintah kome. Cumanya, sejahat-jahat PM umno sebelum ini yang memang jahat lagi korup, diorang semua tidak adalah pula membenarkan isteri mereka membeli cincin berlian berharga juta-jutaan. Memang ada bekas-bekas PM membelikan atau membenarkan is

PROSES PENGKLONAN MANUSIA, SATU PANDANGAN.

Ada orang kata, sekolah adalah satu sistem mengklon manusia. Tuan MSK menyatakan begitu. Dan ianya adalah benar dari segi konteks negara Malaysia. Klon kearah menuhankan umno, mengagamakan Melayu. Tiada umno, tidak boleh makan, tiada umno tidak boleh minum, Melayu adalah agama kepada orang Melayu, Melayu adalah bangsa mengatasi bangsa lain di Tanah Melayu dan Melayu adalah agama lebih tinggi dari Islam. Doktrin gila yang dibuat umno untuk mengklon manusia di Tanah Melayu menuhankan umno. Namun, apakah pula yang dimaksudkan dengan manusia yang tidak lut untuk diklon. Apa yang akan terjadi kepada manusia yang tidak mahu diklonkan? Beliau menjadi manusia apa? Berfikir dengan menggunakan akal apa? Merujuk berfikir berdasarkan kepada apa? Ada insan menyebut beliau akan berfikir dengan akal yang telah belajar dalam sekolah alam dunia. Belajar sesuatu dari apa yang terkandung dan terhidup didalam alam dunia ini. Merujuk akal berdasarkan pengalaman hidup di dunia. Apa yang terkeluar dan ti

AJAL DITANGAN TUHAN, BUKAN SALAH SIPEMBUNUH?

Imej
Banyak-banyak komen, ada satu komen yang hamba sungguh tidak setuju dalam komen blog hamba ini. Ada pengkomen kata, "Ajal itu di tangan Tuhan, bukan di tangan polis.". Ulasan manusia tanpa nama ini adalah berkaitan dengan kematian Barhanudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan Bersih 2.0 lepas. Ada berani ka - (Pak Amjal) Hendak kata, yang sipekata itu Jabariah, melampau pula, nanti jadi kafir pula sipekata itu. Jabariah itu kumpulan luar dari Islam. Yang menyatakan, manusia tidak mempunyai kuasa apa-apa hidup di dunia ini, semuanya ditentukan oleh Allah. Jika ada manusia itu berbuat jahat, semuanya adalah kerana Allah yang menggerakkan manusia itu buat jahat. Ini adalah sesat dan diluar dari pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Si pengulas yang penakut memberikan nama dan identitinya didalam ruang komen blog ini seperti hendak melepaskan tanggung jawab kematian Barhanudin bukan salah polis walau polis menyembur air asid terhadapnya, walaupun polis yang menembak

DERIA KE ENAM, MAHU BELAJAR? MEH BACA.

Hari ini hamba hendak bercerita tentang deria ke enam. Atau dalam bahasa Kampuchea, 'the six sense'. Satu deria yang sebenarnya ada pada setiap manusia, tetapi tidak digunakan kerana manusia terlalu taksub dengan keyakinan akal yang tidak seberapa. Winston Churchill memang suka memelihara deria ke enamnya. Dan untuk memiliki deria ke enam ini mempunyai cara dan tekniknya tersendiri. Deria utama manusia, dikatakan oleh ahli saintis ada 5, iaitu deria bau, rasa, lihat, dengar dan hidu. Tidak ada dalam ruang lingkup ilmu sains yang bercerita tentang deria ke enam. Mari hamba bercerita sedikit, tentang pengalaman hamba dengan deria ke enam ini. Pada malam 8 Julai, 2011, iaitu esoknya ada demo Bersih 2.0, hamba sudah bercadang pada sebelah petangnya untuk ke KL bersama rakan pada malam itu. Rakan dari Syah Alam ada mempelawa hamba untuk duduk di hotel murah yang telah ditempah beliau. Namun semasa menunggu waktu Maghrib, hamba berasa sungguh tidak sedap hati untuk ke sana

TERGEMPAR!! DALANG SEBENAR BERSIH 2.0,JANGAN TERKEJUT....

Imej
Hamba sebenarnya sudah lama tahu berkenaan cerita ini. Cumanya hamba tidak mahu memberitahu didalam blog ini, takut-takut rakan-rakan blogger akan menuduh hamba ini tali barut, gunting dalam lipatan dan bermacam-macam tuduhan lagi terhadap hamba. Hamba sebenarnya sudah lama tahu, siapakah talibarut sebenar Bersih. Siapakah dalang sebenar disebalik NGO haram Bersih ini. Hamba sebenarnya, bukan hendak pergi ke perhimpunan itu sebenarnya. Tetapi mahu melihat, adakah dalang sebenar Bersih akan muncul dicelah-celah orang ramai semasa perhimpunan Bersih itu. Namun, setelah melihat berbagai-bagai gambar, baik dari SB, polis biasa, TV3, media Kerajaan, blog-blog PR, gambar youtube, didapati, dalang sebenar Bersih tidak muncul. Beliau masih lagi berselindung dan menyorok tidak mahu orang ramai, terutama rakyat marhaen seperti kita, mengetahui bahawa beliaulah sebenarnya dalang itu. Oleh kerana perkara ini adalah penting, dan melibatkan ramai pihak, dan ianya juga akan mengejutkan pe

PENDAPAT HAMBA DALAM SUASANA LEPAS 709.

Hamba orang Melayu. Ibu hamba Melayu Perak, ayah hamba Melayu Melaka. Lahir di tengah-tengah kota metropolitan, Kuala Lumpur. Bernikah juga dengan Muslimat Melayu, Melayu Terengganu. Maksudnya, anak-anak hamba ada kacukan Melayu Perak, Melaka, KL dan Terengganu. Bermaksud juga anak-anak hamba adalah betul-betul Melayu Tulen. Bukan Mamak. Pemikiran hamba, telah dididik, semenjak sekolah,bahawa ketuanan Melayu mesti dipertahankan. Tanah Melayu ini adalah asal milik Melayu. Bangsa pendatang Cina dan India adalah golongan yang dipaksa terima oleh penjajah Inggeris diwarganegarakan jika hendak merdeka. Malayan Union sebenarnya telah dijayakan oleh umno kerana kompromi umno untuk menerima bangsa pendatang Cina dan India. Selepas SPM, hamba belajar di ITM. Institut 100% milik Melayu. Hamba telah di BTN kan sebanyak 3 kali. Wajib. Sekali BTN kerajaan pusat, 2 kali BTN tajaan ITM. Doktrin ketuanan Melayu dipaksa terima ke dalam akal hamba agar sentiasa mempertahankan ketuanan Melayu. Namu

IDEOLOGI IBU DAN AYAH HAMBA.

Hamba hari ini cuti. Bukan kerana hendak meraikan kejayaan Bersih 2.0, tetapi hendak meraikan hari ulang tahun kelahiran anak lelaki hamba yang berumur 1 tahun, hari ini. Ibu dan ayah hamba juga berada dirumah bersama adik perempuan hamba. Nur Muhammad. Lahir jam 10.50 pagi 11 Julai 2010 di Hospital Selayang. Hamba berada disebelah isteri hamba dari mula masuk ke bilik bersalin sehingga Nur Muhammad keluar dari rahim umminya. Melihat betapa seksanya isteri hamba melahirkan anak lelaki hamba, menyebabkan perasaan hormat dan kasih hamba kepada ibu hamba bertambah menebal. Semalam juga, ibu hamba menegur hamba, kenapa degil sangat tidak ikut nasihatnya, jangan pergi demo. Hamba cuma senyum dan gelak-gelak kepada ibu, kemudian buat cerita lain dari tajuk demo. Tidak mahu ber'dialog' dengan ibu yang melahirkan hamba. Ibu hamba adalah seorang insan, yang cukup tebal sifat Melayunya. Adik beradik ibu, dahulunya, semuanya adalah anti Perikatan. (mesti pelik bukan orang ultra Melayu

LEPAS DEMO, BUAT CULA LE PULA, JGN ASYIK CERITA NOSTALGIA DEMO.

Imej
Baru sebentar tadi, baca dalam blog biaq pila. Dia kata utusan malaysia ini penipu. Laa, memang le utusan malaysia ini penipu, jika utusan malaysia tidak menipu, itu baru 'story'. Serupa Ibrahim Ali lah, jika tidak cakap gong, bukan Brahim namanya, jika dia cakap bersopan santun penuh berhikmah, itu baru pelik, baru ada 'story'. Pagi tadi, lepas cerita Bersih 2.0 semalam, hamba memohon pertolongan ahli-ahli PAS untuk buat culaan dalam sistem SSDP. Alhamdulillah, daripada 1004 pengundi, seramai 220 orang kami tidak dapat mencula mereka ini siapa? rumah di mana? menyokong siapa? Maklumlah. Jika diambil daripada maklumat yang diberi SPR, alamat rumah memang tidak diberi. Otai muslimat Kampung Rasa. Pengalaman hamba, muslimat memang cekap buat culaan berbanding muslimin. Hendak dapatkan yang under ground punya siap dengan alamat tepat dan agama, belum dibuat bincang dengan otai-otai PAS pula. Yelah, masing-masing sibuk hendak berdemo. Lubang sudah ada, cuma ongkos sa

TAHNIAH KEPADA PESERTA BERSIH 2.0. TERUTAMA YG CEDERA DAN KENA TANGKAP.

Syabas dan tahniah kepada semua pendemo yang dapat telus ke dalam KL dan berhimpun secara aman. Tahniah kepada mereka yang kena belasah, tangkap, sembur dan dipedihkan oleh polis. Anda semua adalah pejuang kebebasan pilihanraya yang adil. Jika tidak ada kamu semua berkumpul didalam KL semalam, pasti rakyat Malaysia masih kekal dengan tidur masing-masing. Masih enak dibuai mimpi palsu keamanan yang dibuat-buat bagi meningkatkan lagi kezaliman pemerintah terhadap rakyatnya. Kesipalan utama pemerintah bn adalah mewujudkan astro didunia media. Dan kesilapan kedua mereka adalah membenarkan Al-Jazeera dikumandang didalam astro. Buruk-buruk astro, ada kebaikan juga untuk rakyat Malaysia. Dengan wujudnya dunia Al-Jazeera di media Malaysia. Walaupun dibayar. Namun pakcik-pakcik tua yang duduk dirumah bersama isteri-isteri mereka dapat melihat betapa zalimnya polis Melayu membelasah orang Melayu sendiri. Hanya semata-mata orang Melayu itu berkumpul untuk membersihkan pilihanraya Malaysia y

YG AKAL SEMPIT ANTI BERSIH, MEH BACA SINI.

Hari ini, hamba hendak bercerita, tentang pemikiran manusia yang akal sempit. Jika hamba mengatakan akal bodoh, nampak sangat brutal ayat yang hamba gunakan, maka hamba gunakan ayat akal sempit. Kemudian, akal sempit itu hamba hendak mikrokan tentang perkara khusus, iaitu kejatuhan sesuatu rejim zalim pemerintah. Lebih tepat lagi, rejim zalim pemerintah negara yang dahulunya dijajah penjajah Eropah. Bagaimana rejim zalim ini dapat dijatuhkan? Adakah ianya dijatuhkan dengan sendirinya? Tidak. Adakah ianya jatuh kerana dikacau kuasa asing? Mungkin. Adakah ianya jatuh kerana pilihanraya? Jauh panggang dari api. Pelik lagi ajaib jika ada seorang manusia yang boleh beranggapan bahawa rejim zalim boleh dijatuhkan dengan pilihanraya. Memang pelik. Adakah beliau tidak belajar sejarah? Adakah beliau memang tidak tahu sejarah? Atau adakah beliau memang akal sempit yang tidak kecapaian mindanya? Mari kita lihat sejarah kejatuhan rejim zalim. Tidak payah susah-susah pergi jauh, tidak perlu k

LAA,.. KEJAP JE TOK GURU KENA TAHAN.. APEHAL?

Aiseh? Apa pasal polis bebaskan Tok Guru hamba awal sangat? Jam 7.24 malam tadi tok guru dibebaskan polis. Apalah punya penakut Hisyamudin ni. Baru gertak sedikit pun sudah kecut. Berilah tok Guru berada dalam IPK KL lama sikit. Baru senang Tok Guru hamba hendak tazkirah sikit dekat polis-polis semua. Baru sahaja hamba hendak ke KL semula untuk demo kali ke-2 depan IPK KL, dapat berita Tok Guru hamba sudah dibebaskan. Jika tidak, hingga malamlah kita berdemo. Berlagak-lagak Hisyamudin yang sebenarnya penakut itu, memang sah terbukti beliau kecut perut gertakan Pemuda PAS untuk turun 1 juta ahli depan bangunan IPK Polis KL. Sebenarnya, pemuda buat silap tu, sepatutnya himpun ramai-ramai dahulu, baru gertak. Ini tidak, baru kami hendak turun himpun, sudah gertak. Dah tahu Hisyamudin penakut, bebaslah Tok Guru hamba. Tak jadi himpun. Jadi, tidur di rumah sahajalah malam ini? Oh tidak, ada sedikit kerja penculaan yang hendak dilakukan. Alhamdulillah ada SSDP. Walau tidaklah power san

As Syahid Baharudin Ahmad. Pejuang pertama gugur di BERSIH 2.0.

Alfatihah kepada Baharudin Ahmad, 58, yang meninggal dunia kerana terjatuh akibat ditembak gas pemedih mata dan air asid polis. ----------------------------------------------------------------------- Celaka kau Polis! Kamu pembunuh orang Melayu. Kebodohan kamu menyebabkan seorang Melayu meninggal dunia kerana kamu!! Duit haram gaji kamu tidak akan hamba halalkan sehingga mati kerana hamba membayar cukai untuk membayar gaji kamu! Celakalah engkau polis selama-lamanya. Sebab kamu bodoh sangat ikut telunjuk umno sial pembunuh Melayu.

GAMBAR PAGI DI KL, 9 JULAI 2011.

Imej
Polis punya pasal, nak solat pun takboleh. Macam Israel. Bn punya pasal, kedai pun kena tutup. Tak leh berniaga maa..... Bodo punya Kimma. Kah! Kah! Sogo akan mengalami kerugian perniagaan 1 hari. Padan muka kapitalis. Ni mamat minah kena tangkap sebab nak gi Sogo. Kah! Kah! Ini polis ni solat Dhuha. Jangan salah sangka. He, he....

ISTERI MASIH MIGRAIN.

MasyaAllah. Isteri hamba masih lagi migrain. Tidak boleh bangun. Hamba kena jaga anaklah pula ke ni? Doakan kesihatan isteri hamba. Agar beliau boleh menguatkan diri untuk sihat dan bangun, menjagai anak-anak. Hamba hendak ke Bersih 2.0 ni.....

NAK NAIK APA NI KE BERSIH?

Masih ada di rumah. Sedang berfikir apakah caranya yang paling efisien untuk masuk ke KL? Komuter kah? Motorsikal kah? Kereta kah? Atau naik bas sahaja.....

DAH CAPAI MATLAMAT DAH; BERSIH 2.0.

Imej
Tanah Melayu itu unik. Allah SWT telah menjadikan Tanah Melayu ini sebagai negara yang pelik lagi ajaib. Tidak sama dengan negara-negara jirannya. Lihat sahajalah cara bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan. Jauh berbeda dengan Indonesia yang penuh dengan kematian. Di Tanah Melayu, tiada seorang pun yang meninggal dunia dibunuh penjajah. Caranya, kompromi, jadi talibarut dan ikut telunjuk. Memang bijak politik Tanah Melayu. Dan perkara pelik ini juga sedang berlaku di Malaysia sekarang. Hari ini, hari Jumaat, 8 Julai, 2011, jika dibuat pilihanraya, anda sekelian akan fikir, ke mana undi golongan atas pagar akan berikan? Kepada bn atau PR? Ya, jawapannya adalah PR. Kerana apa? Kerana Bersih 2.0 hendak membuat demo. Belum demo lagi, tetapi baru hendak buat demo. Sebelum kena sembur dan gas. Masjed Jamek. 2007. Kenapa pula baru hendak buat demo pengundi atas pagar sudah menyokong ke arah PR, jawapannya senang, semuanya adalah kerana hasil tindakan bodoh kerajaan bn dengan menggu

MATLAMAT SUDAH MENYIMPANG JAUH; WOI! BANGUN LA DARI MENGARUT!!

Nak pilih stadium pulak doh? Ada yang marah-marah tidak jadi demo pulak doh? Sudah gian sangatlah tu hendak kena penyembur air asid dan gas pemedih mata? Apa cerita sebenarnya ini? Hendak membersihkan pilihanraya atau hanya semata-mata hendak keluar demo atau hendak fikir-fikir stadium mana hendak pergi Sabtu ini? Ada orang kata Bersih sudah kendur. Apa yang kendurnya? Matlamat Bersih sebenarnya sudah dilaksanakan oleh umno dan perkasa sendiri. Orang yang tidak tahu Bersih itu apa, yang tidak tahu menahu langsung pada 2007 dahulu sudah ada demo Bersih, sekarang sudah tahu. Cuma yang blurnya, apa dia tuntutan Bersih yang 8 itu. Agaknya salah siapa manusia sekeliling tidak tahu apa dia tuntutan Bersih? Salah kita sendirilah. Yang bising-bising hendak demo, yang kecoh-kecoh, hendak tunjuk perasaan di jalanraya. Tetapi, tidak ada pula kita hendak cerita kita berdemo untuk apa? Apa yang hendak dituntutkan. Cubalah seluruh blog PR tulis artikel apa dia 8 tuntutan Bersih itu. Jika s

8 TUNTUTAN BERSIH, KORANG TAU TAK? KALU TAK TAU, SILA BACA!

MARI KITA LIHAT APA YANG UMNO TAKUT SANGAT DENGAN BERSIH INI..... Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 1. Bersihkan senarai undi • Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal. • Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 2. Mereformasikan undi pos • SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi. • Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi. • Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 3. Gunakan dakwat kekal • Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi bebera

BERSIH: MASUKKAN SEKALI BORANG 14 SEBAGAI AGENDA.

Imej
Nasib baik Liga Super akan tutup tirai pada hari ini. Jika tidak, sudah pasti agak jenuh untuk NGO yang diharam bn tetapi dihalalkan YDPT Agong, Bersih hendak mencari stadium untuk dibuat perhimpunan. Fikir punya fikir, YDPT Agong kita ini adalah seorang yang cerdik pandai. Mungkin YDPT Agong telah ditarbiah oleh bekas MB Terengganu yang dahulu menjadi seorang yang baik. Bukan seperti Pahang. Jalanraya ke, stadium ke, yang penting, SPR perlu dibersihkan dari kekotoran penipuan pilihanraya. Dalam banyak-banyak blog dan fb yang bercerita tentang penipuan pilihanraya, cuma ada satu perkara dari 8 perkara yang diutarakan oleh Bersih tidak dimasukkan didalam agenda Bersih. Agenda yang tidak dimasukkan adalah borang 14. Walaupun pembersihan senarai nama pengundi adalah maha penting, kerana ianya adalah kitabul PRU di Malaysia, yang menjadi kuasa sepenuhnya pada hari mengundi, tetapi ada lagi satu lagi helaian suci pilihanraya yang perlu juga kita ketengahkan. Jika helaian suci ini meni

ASYIK2 BERSIH, ISU LAIN TAKDE KE?

Kome semua tahu tidak ikan bawal Ahad lepas berapa ringgit sekilo? Jika tidak tahu, kome sekelian tahu tidak berapa ringgit ikan kembong sekilo pada Ahad lepas di Lembah Kelang? Jika tidak tahu juga, jangan jadi politician. Ahad lepas, kome sekelian ada bertanya tidak, kepada makcik-makcik atau suri rumah yang berada di pasar tentang harga barang basah sekarang? Jika tidak ada yang bertanya tentang itu, ada ke tidak kome sekelian bertanya tentang orang yang memakai baju bersih kena tangkap dengan polis? Kome rasa, ada ke tidak makcik-makcik dan suri rumah mengambil port tentang demonstrasi Bersih yang mungkin akan diadakan pada 9 Julai ini? Makcik-makcik dan suri rumah ada ke tidak mengetahui apa ke jadahnya senarai nama pengundi  SPR? Kome sekelian sedar atau tidak sedar, makcik-makcik dan suri rumah yang membeli pasar dengan suami masing-masing semuanya adalah pengundi yang berdaftar. Jika kome sekelian tahu, kenapa isu-isu yang berhubungkait dengan makcik-makcik dan suri rumah