Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

UMNO PARTI KERAMAT SEBAB LAHIR DARI ISTANA, KAH! KAH! KAH!

Siapa ada menonton berita wilayah TV1 jam 5.30 petang tadi. Jika ada, siapa yang menonton berita lawatan Najib ke Terengganu. Jika ada juga, siapa ada terdengar ucapan Najib yang mengatakan, "umno parti yang lahir dari Istana, oleh itu umno adalah parti keramat. Bukannya parti jalanan yang asyik membuat demonstrasi jalanan". Ada dengar Najib ucapkan ayat itu didalam TV depan rakyat Kuala Nerus? Jika ada, bagus. Ingatlah ungkapan itu seingat-ingatnya sehingga mati. Kerana apa perlu diingat? Kerana ini menunjukkan umno adalah parti bangsawan, bukannya parti untuk rakyat marhaen seperti kita. Mula-mula, hamba hendak bertanya, keramat itu apa ke jadahnya? Macam biskut Marrie ke atau macam Dato Keramat tu? Ada simpan-simpan jin ke parti-parti keramat ini? Ataupun umno ini hanya parti untuk jin, bukannya untuk manusia, sebab dianya parti keramat. Hah! Lawak bodo.. Apa kes hendak dibanggakan sangat si Najib ini dengan parti keramat. Hendak buat kerja syirik ke apa Najib ini? Apa

KAMI NAK ROYALTI LA NAJIB! TAKAT MELAWAT RUMAH ORANG 'MISKIN', TOK 4 BOLEH BUAT.

Imej
Kah! Kah! Kah! Najib buat lawak lagi..... Rasa hendak pecah perut mendengar Najib Tantuya buat lawak petang di Terengganu. Depan Melayu Terengganu, dalam dewan tidak serupa dewan, Najib melalut suruh PAS keluar dari DAP. Kah! Kah! Kah! Bila pula PAS masuk DAP? Bila pula DAP dimasuki oleh PAS? Apa kome cerita ni Tantuya wei? Itulah, lain kali, jika hendak kutuk PAS pun, pergilah minta nasihat dengan APCO dahulu. Barulah kelas kutukannya. Ini tidak. Terus serang ikut dan. Ingat ini dekat Mongolia ke? Yang kome bising-bising itu di Terengganu. Tempat bumi Melayu yang tanahnya tiada wujudnya DAP. Siap orang kampung Kuala Nerus pun tidak tahu kewujudan DAP itu. Jika hendak menakutkan orang Melayu dengan DAP pun buatlah di Selangor. Barulah ada 'kick'. Ini Melayu Kuala Nerus, aduhai.. Kemudiannya yang membuatkan hamba terus ke tandas membuang air kecil kerana tidak tahan menahan ketawa ialah aksi Najib datang terhegeh-hegeh ke rumah orang kampung yang miskin bersama dengan menimbu

BUAT APA BUAT KERJA JIKA MATI MASUK NERAKA ALLAH? BODOH KE?

“Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. “(Al-Munafiqun: 2). Inilah sahaja jawapan kepada mereka yang musykil dan keliru daripada apa yang berlaku terhadap manusia yang menggelarkan diri mereka trio Dato T. Apa lagi jawapan yang anda semua impikan? Jika kamu tersesat jalan atau buntu dengan masalah, maka kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW. Ianya adalah penyelamat. Bukan Melayu yang boleh menyelamatkan Malaysia sekarang, bukannya kekuatan ekonomi dapat membantu Malaysia sekarang, bukannya politik fitnah yang dapat mengangkat politik 'melayu' sekarang, tetapi hanyalah Islam sahaja yang tinggal yang dapat menyelamatkan semuanya dari malapetaka. Apabila Al-Quran dan Sunnah diketepikan didalam kehidupan, ti

BUAT APA SUSAH-SUSAHKAN DIRI ISI BORANG CUKAI BE? HAK KITA TIDAK DIPELIHARA PUN.

Imej
Kantong negara seperti air empangan ini, namun ianya ada ketirisan di penghujung empangan, sedikit demi sedikit duit kantong negara akan susut.. Kenapa kita perlu terhegeh-hegeh menyusahkan diri mengisi borang BE untuk memberi penyataan berapa RM yang kita perlu bayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai? Mengapa rakyat disusahkan untuk menyusahkan diri mengisi borang menyembelih diri sendiri untuk dimiskinkan kewangan sendiri untuk diisi ke dalam kantong kerajaan? Apakah hak kita yang telah bersusah payah memeningkan diri mengisi borang BE itu untuk menambahkan pendapatan kerajaan? Hak bersuara? Hak mengkritik kerajaan? Hak tidak menyokong pemimpin yang tidak betul? Hak menukar kerajaan dalam sistem demokrasi yang telus dan adil? Hamba lihat, semua itu tiada di Malaysia. Membangkang kerajaan di Malaysia, telah dikategorikan di dalam sistem sosial hidup di Malaysia sebagai seperti 'bukan warga negara'. Sesiapa rakyat Malaysia, yang membangkang apa-apa yang berkaitan dengan das

NEGARA BUMI SATU BOLEH.

Ada sebuah negara, dimana undang-undangnya adalah apabila berlaku zina antara dua manusia, suka sama suka, kemudian tiba-tiba salah satu pasangan membuat laporan polis bahawa dia telah dizinai oleh pasangannya, maka pelapor itu akan menjadi mangsa zina akibat perlakuan pasangannya yang berzina dengannya. Dengan itu, pasangannya akan dituduh berzina kepada pelapor dan boleh dikenakan hukuman, manakala sipelapor adalah 'mangsa'. Inilah dia negara bumi satu boleh. Negara bumi satu boleh ini juga mempunyai satu sistem media yang hanya boleh memberi berita yang baik-baik sahaja tentang parti yang memerintah walaupun menipu, tidak kira dari media bercetak seperti surat khabar dan juga media radio dan telivisyen. Seluruh rangkaian radio adalah khusus hanya untuk membodek parti yang memerintah dan semua rangkaian TV adalah khusus untuk menipu rakyat untuk sentiasa menganggap parti yang memerintah adalah bersih seperti malaikat. Tiada ruang walau seinci untuk suara yang mengkritik part

ANAK HAMBA NAK MAIN BOLASEPAK, BUKAN BOLA JARING.

Imej
Lain kali, jangan ajar anak perempuan anda bermain bolasepak. Nanti anak anda tidak tahu main bola jaring. Menyesal hamba.... Ini adalah kisah benar, kasihan sungguh hamba melihat anak hamba yang ditugaskan untuk bermain bola jaring untuk sukan PASTI Hulu Selangor sebentar tadi. Jersinya tertulis WD. Agaknya Wing Defend kot. Semasa berlawanan sudah bermula, anak hamba diri tercegat sahaja disitu tidak tahu apa yang hendak beliau lakukan. Puas cikgu-cikgu PASTI menjerit-jerit suruh berebut bola, namun anak hamba masih berdiri kukuh di atas tanah yang sama dari mula hingga akhir. Adoi,.. hamba melihat mukanya yang penuh confuse lagi tidak mahu bermain. 'Itulah Angah! Asyik main bola je dengan Jannah.' marah adik hamba yang sanggup datang dari KL untuk melihat anak buahnya bermain sukan bola jaring di Stadium KKB. Adoii..... Tetapi yang kelakarnya, Jannah tidak kisah pun apa yang berlaku di tengah padang, kalah ke, menang ke, sama sahaja bagi dia. Melihat Jannah yang bermuka m

DULU DAP KELUAR BA, SEKARANG, PAS PERLU....?

Tahun 2001, telah tercatit satu sejarah, dimana DAP keluar dari Barisan Alternatif (BA), membiarkan KeAdilan dan PAS tinggal berdua didalam BA. Alasannya cuma satu, sokongan pengundi Cina terhadap DAP adalah menurun. Baca di sini . Dan pada PRU 2004, DAP dapat menambah 2 kerusi, iaitu 12 kerusi daripada 10 kerusi, semasa PRU 1999. Apabila melihat perkembangan mutakhir ini, PAS telah mengalami undi merosot untuk kaum Melayu didalam PRK di Semenanjung, dan perlu diketengahkan disini, majoriti Parlimen yang PAS bertanding adalah dari kerusi Parlimen majoriti Melayu. Mungkin kerusi bandar, PAS boleh mengekal dan menambah kerusi, namun, berapa sangatkah kerusi bandar dan sub-bandar yang PAS akan bertanding? Kedengaran perebutan kerusi bandar telah menjadi perebutan diantara DAP, PKR dan PAS di Semenanjung. Sudah pastinya disebabkan kerusi dibandar dan sub-bandar ini adalah kawasan hitam BN. Namun, majoritinya PAS tetap akan bertanding di kerusi luar bandar, kerusi orang Felda dan kerusi

HAMBA SAKIT HARI INI.......

Pagi semalam, badan sudah rasa sakit. Rasa macam hendak demam. Alhamdulillah, dapat juga hapuskan dosa kecil. Dan jika sihat nanti, dapat juga hamba merasai nikmat sihat. Jika memanjang kehidupan kita tidak pernah sakit, bagaimana kita hendak merasai nikmat sihat? Kerana memang kita tidak dapat membezakan betapa terseksanya tubuh badan jika kita demam atau sakit. Kerana itulah, Allah memberi kita semua kadang-kadang sakit, dan selalunya sihat. Petang itu, hamba meminta tolong kawan hamba untuk mengurut badan hamba. Sudah 2 tahun badan tidak di'allignment'. Selalunya, selepas berurut, badan akan rasa sedap, namun, semalam, selang setengah jam habis diurut, hamba jadi demam. Demam yang kuat. Sudah lama hamba tidak merasai demam begini. Seluruh badan terasa sakit. Dok ghok tubuh hamba. Lepas maghrib, hamba terus tertidur. Hingga jam 4.30 pagi. Hamba tadi solat Isyak jam 4.30 pagi. Adoii..... Jam 8.30 tadi, pergi ke klinik. Ambil ubat. Dengan MC sekali. Sehari sahaja doktor ber

APALAH NASIB ADA KAWAN SEPERTI INI......

Kami ada kawan baru. Tetapi sudah lama kenal. Apa-apa hal berkaitan dengan dia, kami akan bantu. Jika kawan kami itu mohon pertolongan, kami akan tolong 100%. Susah dia, susah juga kami, namun senang dia, dia lupakan kami. Inilah masalahnya dengan kawan kami ini. Kami telah menolong dia dengan segala kemudahan yang kami ada, sehinggalah dia berjaya dalam hidup. Tetapi setelah berjaya, kawan kami ini pula yang berlagak seperti dianya yang pandai, dianya yang ketua dalam urusan kehidupan. Kami perlu ikut cakap dia, sebab dia lebih tahu bagaimana cara untuk berjaya, seolah dia berjaya hanya kerana usaha dia seorang, namun dia lupa, kamilah yang tolong dia siang malam pagi petang seperti kami menolong diri sendiri sehingga dia berjaya. Hari ini, bila kami dalam kesusahan, dia menyusahkan lagi hidup kami untuk kami menemui jalan untuk berjaya. Apabila kami mengadu kami dalam kesusahan kerana tidak dapat pertolongan dari kawan kami itu, tetapi kawan kami itu yang melenting-lenting berkat

RINGKAS: BORANG 14 4 EVER.

Selepas PRN Sarawak, pihak PKR banyak bersungut berkenaan borang 14. Eloklah itu, akhirnya isu borang 14 telah dikehadapankan di media internet. Jika tidak semua rakyat tidak tahu apakah dia borang 14 itu dan apakah kepentingannya borang 14 itu. Pentingnya borang 14 itu adalah kerana kalah menang calon PR dalam pilihanraya adalah kerana borang keramat itu. Jika tidak diminta dengan bermati-matian, maka kekalahan adalah dalam tangan. Hidup mati PR adalah terletak kepada borang 14 ini. Selepas ini, Pakatan Rakyat wajib menumpukan borang 14 ini untuk memenangi PRU 13 nanti. Makan, tidur, mandi dan selagi bernafas, perlulah sentiasa mengingati borang 14 yang memang sungguh cap ayam ini.

PAS PERLU UTAMAKAN ISU MELAYU, MAHU TIDAK MAHU JIKA HENDAK MENANG.

Tiada seorang pun Bumiputra Islam yang memenangi PRN Sarawak untuk Pakatan Rakyat. Orang Melayu/Melanau/Kedayan masih takut mengundi PR. Mengapa? Sedar atau tidak sedar, didalam PRN ini, Pakatan Rakyat tidak membawa satu isu langsung yang solid dan kukuh yang ada hubungkait dengan orang Melayu/Melanau/Kedayan. Apa yang terjadi ialah isu yang menakutkan orang Melayu/Melanau/Kedayan yang 'sengaja' dilontarkan oleh rakan PR iaitu DAP yang gatal mulut untuk menamakan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak jika PR menang. Jika hamba menjadi pengundi, hamba sendiri akan fikir 2-3 kali untuk mengundi PR. Jika hamba golongan tidak berpartilah. Hamba pasti akan terfikir tidak akan mengundi PR kerana takut Sarawak akan diperintah oleh Kristian. Pasti akan ada golongan penyokong PR akan berkata, 'lebih baik orang kafir perintah Sarawak daripada orang munafiq memerintah Sarawak'. Agak-agaknya, orang Melayu/Melanau/Kedayan boleh terima ke alasan begitu? Semestinya tidak! Keputu

BETING MARO KALAH. PELIK DAN AJAIB..MUNGKIN AKAN MEREBAK KE SELANGOR?

Keputusan penuh belum lagi diperolehi. Namun hamba sudah tidak berapa wahi untuk melihat keputusan PRN Sarawak. Perasaan kecewa tetap ada kerana Beting Maro kalah. Kalah yang pelik lagi ajaib. Tempat yang dulu menang, kalah, tempat yang dulu kalah, menang. Apa sebenarnya cerita dengan UPU SMK Beladin? Dahulu (PRN 2006) PAS menang, namun sekarang PAS kalah. Dahulu UPU SMK Beladin semua saluran menang, dari 1 hingga 6, namun PRN 2011, semua UPU kalah, kalah teruk. Pusa boleh menang pula semua saluran, sedangkan dahulu (2006) Pusa semua saluran kalah. Apa cerita ini sebenarnya? Tidak mungkin PAS Beting Maro dan PAS Kelantan tidak menumpukan langsung kepada Daerah mengundi Beladin. Lihat di sini . Hamba cuma risau, orang Beladin termakan kempen BN jika PR menang, orang bukan Islam jadi Ketua Menteri. Ini yang hamba tidak suka ini. Melihat kepada kemenangan kebanyakan calon PBB bumiputra Islam yang meningkat majoritinya, hamba yakin, ketakutan bumiputra Islam untuk mendapat KM baru yang

KEPUTUSAN TERKINI PRN SARAWAK AROUND THE BLOG

(JAM 10.09MLM) HAMBA RINGKASKAN SIAPA MENANG BERAPA KERUSI...... Contested Won PBB 35 35 SUPP 19 6 PRS 9 8 SPDP 8 6 . DAP

PR BOLEH MENANG LEBIH 2/3 KERUSI JIKA BORANG 14 TIDAK DITIPU.

Hari ini hari mengundi. Rakyat Sarawak akan mengundi pemimpin yang akan mewakili mereka di DUN Sarawak. Rakyat Sarawak sedang memilih siapakah individu yang akan digajikan untuk memasuki Dewan Undangan Negeri bagi mewakili sekumpulan manusia yang dikelompokkan oleh pihak SPR dengan persetujuan ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur. Pelik sistem demokrasi Raja Berpelembagaan ini. Banyak cerita-cerita, gosip-gosip dan andaian-andaian dibuat oleh manusia yang suka buat cerita-cerita politik pilihanraya ini. Ada cerita gambar-gambar betapa ramainya manusia mendengar ceramah DAP, gambar-gambar poster sekitar Sarawak dan andaian siapa menang banyak kerusi, siapa yang menang sedikit kerusi. Ada kata BN menang 52 kerusi, ada kata 42 kerusi ada kata 24 kerusi dan ada kata semua kerusi. Berdasar apa mereka berkata demikian, hamba tidak tahu. Ada pula yang kata PR akan menang besar kerana sambutan luar biasa rakyat Sarawak pergi mendengar ceramah, itu juga hamba sungguh musykil akan ketepatan fir

AWAS! PR AKAN KALAH KERANA BORANG 14 JE..

Esok hari mengundi. Orang Sarawak akan mengundi esok. Menangkan PR, BN atau Snap, semua ditangan orang Sarawak yang layak mengundi. Semasa kempen, suasana menunjukkan bahawa sokongan Pakatan Rakyat adalah melebihi dari sokongan BN dari segi luaran dan sambutan kempennya. Jika pilihanraya ini diadakan di Jerman, memang sah PR akan memerintah Sarawak. Namun, disini bukannya Jerman, tetapi Malaysia. Pilihanraya di Malaysia adalah Pilihanraya yang penuh dengan penipuan. Penipuannya begitu licik. Ianya tidak jelas, tetapi kepada mereka yang tahu selok belok pilihanraya di Malaysia, ianya pasti akan berlaku dan jika ianya berlaku, ianya boleh menjadi sah mengikut peraturan SPR. Gila bukan pilihanraya Malaysia ini. Apa yang hamba nampak sekarang, BN PASTI akan menipu cara SAH mengikut undang-undang SPR. Tempat-tempat yang akan mereka tipu adalah tempat mengundi di pedalaman Sarawak. Mulanya, ingin dipastikan, adakah PR mempunyai petugas PACA di saluran-saluran tempat mengundi di pedalam

SEPUPU HANTAR GAMBAR DARI MIRI.

Imej
Tadi sepupu hamba email hamba. Dia bagi 3 gambar terkini di Miri. Sepupu hamba ini seorang peguam untuk syarikat Petronas. Bukan main tidak puas hati lagi sepupu hamba itu PAS tidak jadi bertanding satu kerusi DUN di Miri. Ganti dengan PKR. Maklumlah, sudah lama tidak nampak lambang bulan di negeri orang. Dulu di Shah Alam, kampung Setiawan, Perak, kampung Tah di Kuala Kangsar, Kota Lama Kiri, betul-betul di tapak loji ayor. Tup-tup, ke Sarawak pula. Abang beliau seorang ada di Bintulu, kerja pegawai LHDN. Hah! BN memang penyapu duit rakyat! Banyak benor tulisan tak faham. Baik BN atau DAP, cuma satu banner sahaja yang faham,.. tolak BN.... Tempat pelantar. Dia baru balik dari sini semalam. Kena undi pos ke pekerja di sini?

NASIHAT PENTING KPD SEMUA PETUGAS PR.

Hamba tidak kecapaian untuk ke Sarawak. Satunya kerana kewangan yang tidak kesampaian, keduanya menjaga cuti kerja untuk disimpan pada PRU 13 nanti dan ketiganya Mesyuarat Agong Kawasan yang akan diadakan pada 17 April ini. Cumanya hamba hendak berpesan kepada seluruh jentera pilihanraya Pakatan Rakyat agar jangan berhenti kerja walau satu saat sehingga pengumuman kemenangan oleh pihak SPR. Dari pengalaman hamba, ramai petugas akan hilang dan berehat setelah jam 5 petang hari mengundi. Iaitu selepas tutupnya masa pengundian. Tugas kemudiannya hanya akan diberikan kepada Counting Agent. Sebenarnya perkara ini adalah salah dan tidak betul. Sepatutnya, ketika inilah semua petugas PR perlu 'Alert' dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan tugas yang maha besar. Apakah tugas yang maha besar itu? Tugasnya ialah menjaga kertas undi sejaga-jaganya sehingga sampai ke pusat penjumlahan undi dan juga menjaga pintu pagar tempat mengundi jika ada apa-apa yang berlaku didalam tempat meng

BUKAN BARU BIAN, TAPI ABANG MAT SEPATUTNYA JADI KM.

Imej
Baru sahaja habis membuat Laporan Mesyuarat Agong PAS Cawangan. Setelah ditangguh-tangguh, akhirnya kuatkan azam untuk menghabiskan hari ini. Boleh terus hantar kepada Kawasan untuk dibawa ke ROS. Mesyuarat Agong PAS Kawasan 17 nanti. Jadi atau tidak wallahualam? Semalamnya adalah hari mengundi. Ada tidak otai-otai Kawasan di Semenanjung? Setelah kerja-kerja kesetiausahaan untuk cawangan ini sudah siap, barulah hamba berahi sedikit hendak bercerita tentang PRN Sarawak ini. Boleh atau tidak Pakatan Rakyat akan menang? Hamba jawab, DAP boleh menang besar, namun PAS dan PKR ada susah sikit. Mengapa hamba berkata demikian? Kerana pencalonan Baru Bian untuk KM Sarawak jika PR menang menyusahkan PAS dan PKR sendiri. Hamba berasa PR telah membuat kerja yang kurang cerdik menamakan Baru Bian untuk menggantikan Taib Mahmud sebagai KM. Memang kerja gelojoh dan tidak berbincang langsung dengan parti-parti komponen yang lain, iaitu PAS. PAS akan terperangkap untuk menjelaskan kepada peng

SUDAH-SUDAH LAH ITU INDIA....

Baru makan kuew teow Doli. Sedap juga. Lepas kenyang, tengok siaran langsung bola. Adoi, Selangor kalah la. Dengan T Team. Sedih, sedih. Kemudian, akibat kebosanan melihat kekalahan Selangor, hamba melayari internet. Terbaca cerita ini , (Penulis dakwa buku sejarah berat sebelah) , amboi, apa punya cerita pula siBenggali India ini mahu cerita? Kecondongan dan berat sebelah terhadap bangsa Melayu dan Agama Islam dalam buku sejarah Malaysia? Apa kes? Apa masalah? Ada tipu ke itu sejarah? Ada kesalahan ke kecondongan dan berat sebelah itu? Tidak siuman, itulah ungkapan hamba kepada si pengadu tentang sejarah Malaysia. Hendak menafikan bahawa Tanah Melayu dahulu adalah tanah Melayu? Hendak menafikan bahawa Nusantara adalah pusat pengembangan Islam di Asia Tenggara. Amboi sepapan manusia ini, kepala sudah masuk air kah? Ramjit Singh Malhi? Apa yang kamu hendak perjuangkan? Masukkan peranan agama lain di Tanah Melayu? Apa dia? Penjajah membawa masuk agama Kristian? Portugis menyerang

KATAK TIADA AKAL. MENGHINA MUSLIMAT ISLAM PULA.

Imej
(UNGKAPAN DIGUNAKAN ADALAH KASAR, BUDAK BAWAH UMUR JANGAN BACA) Melampau, kurang ajar, biadap dan bodoh. Itulah dia Ibrahim Ali @ katak. Seorang manusia yang tidak tahu malu, tidak sayang mulut, munafiq, hipokrit dan pengamal politik kotor yang telah dilahirkan di bumi Kelantan. Hamba berasa simpati terhadap orang Melayu kerana keburukan perangai manusia yang seekor katak ini. Hendak tahu mengapa hamba berasa sungguh jijik dengan katak ini? Sila baca ini ( 'Isteri abai tanggungjawab punca hubungan sulit') dan kemudian baca ini (Layan suami: PERKASA pertahan Ibrahim Ali) Apabila hamba terpandang tajuk akhbar internet MalaysiaKini ' Isteri abai tanggungjawab punca hubungan sulit', hamba berasa musykil lagi pening, apa punya manusia sanggup meluahkan kata-kata itu? Apabila terbaca, maka terpampang wajah sikatak. Aduh... masih belum bertaubat sepapan amfibia ini? Menuduh 100% meletakkan kesalahan isteri apabila suami curang adalah satu tuduhan yang jahat. Ianya

INFLASI DI MALAYSIA SUDAH PARAH; RM 50, SUSU ANAK PUN TAK LEPAS

Pagi tadi hamba ke Tabung haji. Keluarkan kewangan yang tidak kecapaian untuk bulan ini. Hamba keluarkan RM400. Sebelum ambil anak di PASTI, singgah ke pasar, beli ayam. Hamba tidak mahu beli ayam pada hari Sabtu dan Ahad, kompem RM8 sekilo. RM6.80 sekilo. Hamba beli seekor. Boleh makan 2-3 hari. RM13 tokey ayam Melayu itu baritahu harganya. 'Esok berapa pulak harganya? RM8 sekilo ke?', tanya saya berseloroh dengan tokey ayam itu. 'Adoi bang, saya pun tak tau lah nak cerita. Pening kepala dibuatnya. Pelanggan dah pening kepala, saya yang jual ni pun pening kepala.' jawab beliau dengan keluh kesah. Sesudah beli ayam, hamba beli soto 2 bungkus. Sebelum Jumaat, makan soto. Sedap nih. Setelah ambil anak dari PASTI, tiba-tiba anak bertanya berkenaan janji ayah dia hendak belikan pensil warna yang panjang dan banyak. Adoi... hamba lupa pula sudah berjanji kepada anak hamba yang sulong ini untuk belikan pensil warnanya. Janji mesti dikotakan. Hamba terus ke kedai buku

GAMBAR CALON2 PAS DI PRN SARAWAK 10 NANTI.

Imej
Calon-calon PAS yang akan bertanding di PRN Sarawak nanti. InsyaAllah, semuanya akan menang. Takbir!! Allahuakbar!

TUTUP KONSPIRASI, PENOLONG PEGAWAI KASTAM MATI.

Mati lagi seorang. Dengan tatacara yang hampir sama. Jatuh dari bangunan. Cumanya tinggi bangunan ini tidak setinggi di Plaza Masalam dahulu. Keadaan pun hampir sama. Ada hubungkait dengan siasatan berkenaan rasuah. Pelik, tetapi benar. Semenjak menjadi Suruhanjaya, SPRM ini seperti satu badan yang serba haru biru berbanding semasa ianya hanya dinamakan Badan, BPR. Hamba melihat, ketika ianya masih BPR, pegawai-pegawainya masih lagi 'mesra alam' dan tidak berlagak ego. Tetapi, apabila telah bertukar menjadi Suruhanjaya, maka pegawai-pegawai lama seperti dikebelakangkan dan didepankan dengan pegawai-pegawai baru yang nampak macam lebih sudu dari kuah. Sifat mesra alam yang selama ini ada pada pegawai-pegawai lama, tidak kelihatan kepada pegawai-pegawai baru. Namun, untuk kes Kastam ini, hamba tidak berapa berkenan untuk membuat cerita. Kerana Kastam ini adalah memang tempat lubuk percambahan rasuah lebih teruk dari polis. Sesiapa yang bekerja di Jabatan Kastam yang tidak

SPR MEMANG CAP AYAM PUN.

Imej
Hamba sudah kabor, SPR memang cap ayam. Hendak kata penipu, memang selalu penipu, hendak kata pembohong, memang sah SPR pembohong. Semalam kata maksimum 50 orang sahaja boleh pergi ke penamaan calon. Tapi, puak bn tetap hantar lebih 50 orang. Apasal diam membisu macam orang pekak? Taib uban, siap bawa 5000 orang. 100 kali ganda banyak, buat bodooh je SPR. Itu satu hal, ni ha, hal yang lagi celaru biru, penamaan calon jam 1.30 petang. Apa kes ni SPR? Itulah. Kan ke masa PRU 12 dahulu, PAS sudah sebut, apa yang SPR suruh buat, kita langgar sahaja. Bukannya boleh membatalkan calon pun. Lepas ini, SPR kata itu tak boleh, benda itulah sepatutnya kita buat, kerana semestinya bn akan buat apa yang spr tidak suruh buat. Percayalah cakap hamba. Orang yang sepatutnya dibatalkan pencalonan pun boleh dicalonkan jam 1.30 tengah hari, apa lagi kita hendak percayakan SPR. Jika SPR kata jangan buat pondok panas, buat je pondok panas. Jika SPR kata jangan ada bendera parti yang tidak berta

KESIAN, KETUA POLIS NEGARA CAP AYAM JUGA.

Imej
Hamba berasa pelik lagi ajaib dan musykil dengan apa yang hamba dengar dari ucapan atau ungkapan atau lebih tepat herdikan ketua polis negara kepada soalan berkenaan video biru Dato T. Cuba anda sekelian baca di sini . Tan Sri Ismail Omar berkata biar dia yang menetukan siapa yang kena tangkap dan pada bila masanya akan ditangkap, bukannya mendengar dari mulut rakyat. Amboi? Apa punya kes ini? Polis Raja Di Malaysia atau Polis DiRaja Malaysia PDRM ini? Tugas polis melaksanakan tugas mengikut undang-undang, bukannya ikut apa yang disuruh atau tidak disuruh oleh Ketua Polis Negara. Bukan begitu kah? Atau memang selama ini polis mengikut telunjuk ketuanya tanpa mengikuti ianya ikut undang-undang atau tidak. Mulut KPN ini yang berkata ini seperti rakyat dibawahnya adalah kuli kepada Polis. Padahal sebenarnya polis adalah kuli kepada rakyat! Polis adalah bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang ada di Malaysia ini agar RAKYAT hidup dengan harmoni dan selamat. Maksud Rakyat

NAK FITNAH, FITNAH LAH, ASAL ISTERI TAHU IANYA TIPU.

Suasana negara sekarang diselebungi dengan maksiat. Penuh dengan cerita biru. Mana tidaknya. Setiap rakyat di paparkan cerita lucah untuk dipertontonkan. Haram betul umno. Hanya disebabkan hendak menjatuhkan seorang bernama Anwar Ibrahim, maka rakyat dikotorkan minda. Memang syaitan umno. Jika ada tok guru yang kata undi dan sokong umno boleh jadi dosa, rakyat bising, marah. Hah! Tengok sekarang, tidak nampak-nampak lagikah kejahatan umno yang memang jahat semenjak ianya ditubuhkan oleh pakatan Melayu dan Inggeris. Buta lagikah kita umat Melayu? Tetapi, apa yang pasti, walau apa puak-puak jahat umno hendak sebut pada Anwar sekarang, hamba yakin Anwar sudah tidak kisah, kerana isterinya sendiri yang terpaksa menonton filem lucah untuk memastikan adakah betul yang berlakon itu suaminya, memberi jawapan bahawa ianya bukan Anwar. Apa lagi kita sebagai suami yang hendakkan lagi. Isteri kita sendiri tidak mengaku yang kita telah dituduh berzina. Biarlah masuk penjara sekalipun, namun h

ALLAH KAMU BUKAN ALLAH KAMI, WAHAI RAKAN KRISTIAN.

Selepas solat Isyak tadi, hamba menuju ke meja makan hamba. Bukan untuk makan malam, tetapi untuk melayari internet. Lap top hamba ada di atas meja makan. Dalam keadaan yang tidak selesa duduk di atas kerusi makan, kerana pinggang hamba yang sakit semenjak hari Rabu, hamba melayari internet. Kemudian hamba ada terbaca satu artikel di dalam web page Malaysian Insider yang bertajuk " Your Allah is also my Allah ". Anda semua boleh baca di sini . Ianya ditulis oleh seorang wanita muda, mungkin asal dari Sarawak. Artikelnya berbahasa ringan namun isiannya adalah satu yang berat walaupun mungkin tidak disedari oleh penulis itu. Ianya didalam bahasa Inggeris. Pelik juga mengapa sipenulis itu membuat artikel berkenaan Bible berbahasa Melayu di dalam bahasa Inggeris. Mungkin adalah lebih elok beliau menulisnya didalam bahasa Melayu, agar ramai lagi orang Melayu boleh membaca dengan penuh penghayatan. Namun ianya adalah hak penulis untuk menulis artikel didalam bahasa apa yang dis

SUMBANGAN DANA ANDA DIPERLUKAN OLEH KAMI UNTUK BERKEMPEN DI SARAWAK

Imej
6 Haribulan nanti, tanggal bulan 4, maka akan terasmilah kempen Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak yang diberi kempen selama hanya 10 hari. PAS akan bertanding di 5 DUN Sarawak. Sasaran PAS untuk menang adalah 5 kerusi. Ya, 5 kerusi, 100% menang di bumi Kenyalang. Maka setiap Kawasan akan diberi tugas untuk berkempen di 5 DUN tersebut. Bukan membantu, tetapi berkempen seperti mana berkempen di kawasan dan cawangan sendiri. Baru sebentar tadi, diberitahu, Kawasan Hulu Selangor di mana Cawangan Rasa adalah dibawah naungannya akan berkempen di DUN Sadong Jaya, dari 7 hingga 11 April secara rasminya. Tidak rasmi, bila-bila kita boleh turun. Oleh itu, hamba dengan berbesar hati, ingin membuka satu ruangan kepada anda sekelian dapat membantu kami yang akan pergi ke sana dengan memberi sebanyak-banyak sumbangan kewangan kepada PAS Rasa untuk bersama-sama turun berkempen di Sarawak. Di atas ruangan blog ini tertera no akaun PAS Cawangan Rasa, No akaun 1243-0000280-10-8, CIMB Bank. Diharap