Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

ISTERIKU SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KEEMPAT KAMI.

Salam kepada gejuis semua. Sudah lama saya tidak bergejuis. Lebih kurang 2 minggu agaknya. Bukannya apa. Hendak kata sibuk, tidaklah sesibuk mana. Cumanya, saya baru mempunyai cahayamata yang keempat, pada hari raya haji lepas.

Tepat jam 2.25 petang, di hospital Selayang, hari Jumaat, 10 Zulhijjah 1433, isteri saya selamat melahirkan anak ke empat kami. Seorang mujahidah. Berat 4.02kg. Alhamdulillah selamat melahirkan secara normal. Saya, yang baru hendak memakai baju melayu, untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidiladha, tiba-tiba dikejutkan isteri saya, bahawa beliau telah merasai tanda untuk bersalin.

Mulanya, saya bercadang untuk menyelesaikan solat Aidiladha dahulu, tetapi dilarang oleh ibu saya. Beliau mengarahkan saya terus untuk ke hospital. Dan itulah yang telah saya lakukan.

Saya juga tidak berpeluang untuk solat Jumaat, hanya menunaikan solat Zohor. Bukan sengaja tidak mahu bersolat Jumaat, tetapi ietri sedang sakit untuk meneran melahirkan anak. Jam 1.30tengahari, mener…

MEMANG MELAMPAU TOK GURU NIK AZIZ, NAK MELAWAN AGONG.

Saya sungguh terkedu dan terdiam apabila mendengar bahawa Tok Guru Nik Aziz akan melawan YDPT Agong. Berita ini telah tersebar semenjak Sabtu lepas. Dan ramai orang Kelantan sudah kecoh dengan perkara ini.

Walaupun saya pada mulanya tidak mengendahkan perkara tersebut, namun, oleh kerana ianya akan berlangsung esok malam, maka sesuatu perlu dilakukan oleh kita semua. Saya, secara peribadi, akan menontonnya secara langsung, samada di TV1 atau Astro Arena.

Selamat menonton pertandingan akhir antara ATM dengan Kelantan malam esok,.... ha, ha, ha.......

TOK GURU NIK AZIZ TAK ZUHUD KRN NAIK MERZ MATA BELALANG?

Saya ada terbaca satu forum, didalam sesawang TKO, yang bertajuk nik aziz dimalukan. Ianya satu paparan youtube, dimana tok guru  Nik Aziz sedang melawat satu tempat di Melaka, yang menyambutnya adalah Ustaz Ghani. Apa yang hendak diceritakan disitu ialah mereka yang mencipta filem pendek youtube itu bahawa Tok Guru seperti diremehkan oleh Ustaz Ghani. Bukan setakat itu, mereka membuat cerita bahawa apa yang zuhudnya Tok Guru Nik Aziz dengan menaiki kereta Mercedez Benz E200 mata belalang.

Saya tidak mahu membawa filem pendek youtube itu ke dalam artikel ini. Jika korang semua hendak tengok, pergi sendirilah melayari sesawang itu.

Bab Ustaz Ghani, saya tidak mahu komen. Sebab tiada apa yang hendak dikomen pun. Ianya tidak membawa apa-apa masalah kepada apa yang berlaku dalam cerita youtube itu. Kecualilah dengan tanyangan slow motion dan berulangkali tayang oleh deriktor cerita itu, yang sengaja buat cerita seperti ustaz Ghani meremehkan Tok Guru Nik Aziz. Takde apa-apa pun.

Kemudian,…

ROGOL STATUTORI; OTAK MANUSIA YG BODOH.

Sebelum ini, saya ada bercerita berkenaan dengan otak kiri dan kanan. Ramai manusia yang tidak menggunakan otak kanannya untuk berfikir. Untuk menjadi manusia yang genius, mestilah menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan kiri.

Saya juga ada sebut berkenaa Albert Einstein. Beliau seumur hidupnya, menggunakan hanya 6% sahaja otaknya. Dengan 6% penggunaan otak itu, maka terwujudlah seorang genius seperti beliau. Cuba bayangkan jika kita menggunakan otak kita lebih dari 10%.

Kemudian hari ini, saya ada terbaca berkenaan dengan cerita perundangan Malaysia berkaitan dengan rogol. Atau lebih tepat, rogol bawah umur. Nak tahu, baca ini; DAP: Kaji sebelum pinda akta untuk kes rogol statutori.

Apa yang menariknya, mereka-mereka yang bergelar manusia ini sedang mempunyai masalah dengan undang-undang yang diwujudkan oleh mereka sendiri, tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah rogol bawah umur.

2 perenggan pertama artikel ini, saya ada sebut berkenaan dengan otak manusia. Cumanya, saya tid…

LELAKI INDIA YANG BAIK HATI. (SATU CERITA BENAR)

Imej
Semalam, saya bersolat Jumaat di masjid Darul Quran. Khatib pada hari semalam, sedap dibacanya. Berkisar kepada cerita-cerita penghinaan terhadap Rasulullah dan agama Islam dan cara kita menanganinya. Bersemangat sungguh khatib berkhutbah semalam.

Semasa solat, hujan turun. Khatib yang berkhutbah berapi-api tadi, membaca surah dalam solat dalam keadaan sungguh mendayu-dayu. Seperti langit pun menangis mendengar bacaan imam. Saya dapat merasai, imam menahan menangis ketika membaca surah. Sayang sekali saya tidak tahu makna surah itu. Jahilnya saya.....

Selesai solat Jumaat, saya terus ke Kuala Kubu Bharu. Ke kedai mamak. Makan nasi. Lapar perut. Makan nasi cara ala nasi kandar. Segala kuah yang ada di kedai mamak itu saya campurkan diatas nasi. Sayur peria goreng, dan lauk, ayam goreng. Pergh,.. memang sedap. Sudahlah hujan turun dengan lebat, kita pula makan sambil mendengar bunyi hujan jatuh menimpa bumi. Memang nostalgia.

Dalam keadaan yang begitu, selepas menyuap nasi 4-5 kali ke d…

TOL PERCUMA DI SELANGOR; BARU NAK BUAT? OK LE TU..

Imej
Artikel yang menarik, meh baca;

Terdetik di hati kami mengapa cadangan seperti tidak dilaksanakan dengan lebih awal lagi? Mengapa perlu tunggu di ambang pilihanraya Umum ke 13, barulah kedengaran mahu melaksanakan penghapusan tol (tol percuma)? Ya…tol percuma di Selangor selepas ini…. Inilah antara berita terbaru yang kami terima yang mana kerajaan Selangor sekarang ini sedang dalam proses untuk melaksanakan tol percuma di Selangor selepas ini. Bagaimana Kerajaan Selangor Mahu Melaksanakan Tol Percuma di Selangor? Kami diberitahu yang mana kerajaan Selangor akan mengambilalih beberapa konsesi lebuh raya yang beroperasi di Selangor dalam masa terdekat ini. Dan dengan pengambialihan beberapa konsesi tol ini pastinya membuka “satu dimensi” baru untuk langkah seterusnya melaksanakan dasar tol percuma di Selangor. Dan dasar tol percuma selepas tol-tol ini dihapuskan, ia dijangka akan dilaksanakan pada Januari 2013. Rupa-rupanya kerajaan negeri Selangor sekarang mempunyai kepenting…

TOLONGLAH PR, JANGAN IKUT BN.

Baru sahaja membaca berita ini dalam HarakahDaily. Tajuknya ini Cerita sebenar di sebalik dakwaan Mat Sabu dipukul.

Apa yang saya nak sebut, bukannya berkenaan dengan fitnah blogger umno. Sebab, memang kerja dia untuk buat cerita fitnah. Jika blogger umno buat cerita benar, itu barulah pelik bin ajaib. Tetapi, apa yang hendak saya sebut ialah berkenaan dengan cerita yang terkandung dalam tajuk itu, seperti di bawah;

Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa.

Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.


Ada nampak pelik tidak?

Yang berniaga, orang Melayu. Umat Islam. Masa dahulu, umno dan gerakan tak benarkan berniaga disitu. Itu zaman bn. Dan zaman sekara…

DOSA BESAR MASUK NERAKA KE KRITIK PAKATAN RAKYAT?

Saya hendak bertanya kepada umat Islam. Jika kita melanggar apa yang telah diputuskan dalam muktamar PAS, masuk neraka ke kita? Jika kita dipecat dari ahli PAS, jadi murtad ke manusia muslim itu? Jika kita bercerita yang bertentangan dengan apa yang 'semangat' PR, dapat dosa besar masuk neraka Jahannam ke kita nanti?

Apa yang dilakukan oleh Dr Hasaan Ali, akan membuatkan dia masuk neraka atau apa? Yang diceritakan oleh Ustaz Nasha, akan membuatkan dia ahli neraka atau tidak?

Apa yang saya tahu, menentang sekular itu adalah perkara wajib. Yang bersetuju dengan sekular itu hukumnya murtad. Hendak tahu sekular itu apa? Hang google lah sendiri. Takkan sampai sekarang masih kurang akal berkenaan haramnya sekular itu.

Hendak bercerita tentang tahaluf siasi. Adakah muktamad atau tidak boleh langsung atau sudah tahap wajib  dan haram jika tidak laksanakan perjanjian politik dengan terwujudnya PR? Ini yang saya hendak tanya. Kerana apa saya hendak tanya? Sebab ada unsur-unsur taksub pa…

GAJI MINIMA BOLEH HAPUSKAN KEMISKINAN?

Imej
Ramai manusia berbincang berkenaan dengan gaji minima. Ada kumpulan bercadang gaji minima adalah RM900 dan ada juga kumpulan mahukan gaji minima adalah dalam lingkungan RM1100. Yang mula-mula memperjuangkan gaji minima dahulu adalah MTUC. Mereka mahukan semua tenaga buruh mendapat gaji yang membolehkan mereka bebas dari taraf kemiskinan.

Apa yang dicadangkan mereka secara rohnya adalah bagus. Kesemua mereka, mencadangkan gaji minima ini hanya semata-mata mahu melihat golongan pekerja mendapat gaji yang membolehkan mereka hidup dengan tidak menjadi miskin. Namun, saya rasa, cara ini adalah tidak berkesan.

Hanya semata-mata, membuat dasar dan polisi gaji minima, tidak akan menjuruskan kepada terhilangnya golongan pekerja yang miskin. Saya tidak nampak gaji minima akan menghapuskan kemiskinan.

Apa yang saya lebih nampak ialah, untuk menghapuskan kemiskinan secara total, nilai matawang RM perlu dikukuhkan.

Kenapa?

Untuk merendahkan harga barang.

Apa kaitan?

Jika harga barang menjadi renda…

BELANJA SAKAN ANAK KAHWIN; LANTAKLAH KM MELAKA TU.

Ramai manusia dengki dengan kenduri kahwin anak KM Melaka. Ada yang tidak puas hati kerana ramai sangat yang datang. Ada yang tidak suka kerana jumlah wang yang dikeluarkan untuk majlis itu, dan ada yang musykil kenapa GLC Melaka bersangkut paut dengan majlis kenduri anak KM Melaka itu.

Tuan rumah kata, belanja kahwin anak dia 'hanya' RM600,000 sahaja. Tapi, ada orang kata, belanja sebenar adalah 13 juta RM. Itu saya tidak tahu. Namun, apa yang penting, RM600,000 atau RM13,000,000, kedua-duanya adalah sama. Kerana hanya disebab majlis yang satu hari, seorang manusia telah membazirkan wang untuk buat kerja yang tidak sepatutnya dia buat.

Kahwin ini benda yang bagus. Syaitan menangis jika mendengar ada umat Adam yang hendak bernikah. Dan Rasulullah SAW juga menganjurkan untuk sibapa mengwar-warkan orang ramai tentang pernikahan anak mereka. Maksudnya, Nabi suruh buat kenduri lah jika anak kita kahwin. Namun, apa yang kita lupa, Nabi menyuruh kita buat kenduri dengan se'ada&#…