Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

HUDUD LAGI. TAKDA CERITA LAIN KA?

Dah lama tidak bergejuis. Lama sungguh.

Maksud saya, dah lama saya tidak buat artikel.

Banyak-banyak isu yang sedang berkumandang di tanah air. Kenapa saya mendiamkan diri?

Malas?

Bosan?

Menyampah?

Sebenarnya, saya dalam keadaan geram yang amat kepada rakan dan musuh. Sangat-sangat geram. Oleh kerana saya dalam keadaan geram, maka lebih baiklah saya tidak bergejuis. Nanti, bukan bahan ilmiah yang keluar, tetapi nafsu amarah.

Seperti biasa, isu hudud berkumandang macam pisang goreng panas. Banyak sangat orang yang menyampuk berkenaan hudud di Malaysia sekarang ini.

Ramai kawan-kawan juga pelik, kenapa si kafir yang kecoh-kecoh dengan hudud? Bukan kena pada mereka pun.

Jawab saya, korang tak baca Al-Quran ke? Memang musuh Islam itu adalah orang kafir. Yahudi dan Kristian. Yang selagi tak ikut kata mereka, selagi itu mereka akan tentang Islam.

Normallah orang kafir tentang hudud. Sama normallah orang munafiq tentang hudud.

Korang ingat, DAP, MCA, Gerakan lawan hudud sebab takutkan hukuma…

KHALID SAMAD YANG TETAP KHALID SAMAD.

Imej
Seperti biasa, hari ini saya berikan satu artikel yang membelasah mamat Shah Alam....

Mengulas Tulisan Khalid Samad Pasal UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud Sabtu, 19 April 2014
Terbaca satu tulisan Yb Khalid Samad yang di post pada whatsapp group bekas pelajar. Tulisan berkaitan dengan hudud Kelantan yang bertajuk"Sekilas Ikan di Air: UMNO Meminta PAS Bentang Usul Hudud"

Saya suka baca tulisan YB Khalid Samad kerana dia selalu menulis 'menentang cara gaya berfikir umum'. Tak hairan dia nak berhujah dengan Presiden PAS dalam mesyuarat AJK Pusat walaupun Presiden telah memetik beberapa hujah al Quran.

Pertama YB Khalid merasa sesuatu yang sangat pelik dan janggal bila UMNO bersungguh meminta PAS membentangkan Rang Undang-Undang Hudud Kelantan di Parlimen (RUU Hudud Kelantan). YB membuat telahan bahawa ini suatu perangkap UMNO terhadap PAS untuk memecah belahkan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Dalam tulisan di blog beliau YB Khalid Samad menulis "Mereka minta P…

KARPAL SUDAH TIADA,... NEGARA ISLAM?

Imej
Dari rakan seperjuangan;...

Karpal sudah tiada....Negara Islam bagaimana? (18/4/14) Friday, April 18, 2014

Awal pagi semalam sebagaimana telah diketahui umum bekas Pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh telah meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri berhampiran Gua Tempurung di Lebuhraya Utara Selatan. Karpal adalah seorang ahli politik dan peguam yang terkenal. Suka tidak suka mediang Karpal selain terkenal sebagaimana dinukilkan di atas beliau juga merupakan salah seorang penentang kuat sebarang usaha untuk memperkenal atau melaksanakan hukum dan peraturan Islam dalam Negara. Kenyataan paling keras yang pernah beliau keluarkan yang kini sinonim dengan beliau hidup atau mati adalah : “An Islamic state over my dead body”.

Tidak pernah sedikit pun semasa hidupnya, beliau bertindak lembut atau berlapang dada dalam isu Negara Islam, malah beliau bertegas sehinggalah akhir hayatnya. Ini terbukti apabila wartawan kanan akhbar The Star, Joceline Tan, memetik kata-kata ter…

KARPAL: MATI AKIBAT KERETA YG DIPANDU LAJU?

Bawah ini adalah laporan siasatan awal berkenaan kemalangan yang mengakibatkan Karpal mati di tempat kejadian....

Selamat Sejahtera YDH Dato/Tuan, LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA 

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt:    960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
      K1: M/Mpv No.KS 9898
            (Toyota Alphard)
      K2: M/Lori No. WTL 9909
            (Mitsubishi Canter - 5 tan)   
7. Mangsa:
    M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
    Kpt: 400628-07-5079
    Umur:74thn
    Alamat: No.144 A,    Jalan Utama
    10450, Georgetown,     Pulau Pinang     
     M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)
  M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
    Kpt: belum diperolehi
    Umur: -
    Alamat:-
    M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
         Kpt: …

(Kisah Benar) Penindasan Anak Yatim Di Majlis Makan Malam

Imej
(Kisah Benar) Penindasan Anak Yatim Di Majlis Makan Malam
Agak terkilan membaca sebuah kisah benar tentang hakikat penindasan anak yatim semasa berlangsungnya satu majlis makan malam melibatkan orang kenamaan.


Siapa sangka sampai macam begitu sekali orang kenamaan mengherdik anak yatim ini. Jika tak mampu nak prihatin atau jaga diorang, janganlah menyusahkan diorang. Berdosa. Apa pun bacalah perkongsian yang amat menyedihkan di bawah ini:
Disember 8, 2013, kami seramai 36 orang menghadiri jemputan Majlis Makan Malam Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah di hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Itu kali pertama untuk anak-anak kami dijamu di sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang.  Namun semuanya berakhir tidak seperti yang dijanjikan. Bermula sekitar 3 minggu sebelum itu, seorang Dato’, wakil dari Yayasan datang ke rumah kami.
Pada mulanya, agak angkuh bahasanya kerana beliau katakan melalui wakil kami En. Pitry Datuk Bahrim yang beliau sangat sibuk jadualnya dan jika beliau t…