Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

KES DAKWAT KEKAL; INI SEMUA SALAH HUSAM!

Seperti tajuk diatas. Dakwat kekal, ini semua salah Husam!!

Mana taknya? Cuba baca statement seorang manusia di bawah ini;

'Kita tak perlukan dakwat kekal'

Memang cap ayam.

Kan ke elok, jika Husam menang di Putra Jaya. Tak perlulah saya ulas ayat cap ayam oleh Menteri KL nih.... Memang, ini semua sebab salah Husam kalah di Putra Jaya.

Apa-apa pun, sebelum dilanjutkan lalutan saya berkenaan isu dakwat kekal, saya nak kabor pada semua gejuis, 'kan ke aku dah kata dulu'.

Saya dah kata, dakwat kekal ini, lakonan sahaja yang dibuat oleh SPR.

Saya dah kata, dakwat kekal ini, akan tidak kekal jika dibasuh dengan bahan yang akan menghilang dakwat itu. (tengok-tengok, dengan sabun pinggan pun boleh tanggal)

Saya dah kata, umno tidak akan membiarkan dakwat kekal itu kekal. Kerana umno memerlukan pepuak dia boleh undi lebih dari 2 kali, dan pepuak dia undi untuk orang lain.

Sekarang tengok, apa cerita. Pepuak umno dah spin cerita, yang mengatakan dakwat kekal ini menyusahkanlah, m…

NYAWA KEDAI PAYANG TERPAUT PADA PRK KUALA BESUT!!

Imej
Kuala Besut.

Nama yang tiba-tiba meletup tengah hari tadi.

Kematian Exco, yang sepatutnya kita semua berkabung seketika kerana seorang muslim telah meninggal dunia, hanya sempat di ucap takziah dan innalillah. Itu sahaja. Apa yang lebih penting yang hendak diutarakan oleh semua makhluk di bumi Malaysia ini adalah, Pilihanraya Kecil. PRK.

Inilah dia, tabiat politik di Malaysia. Memang pantas. Memang laju. Memang drastik.

Dan seperti biasa, SPR akan mengumumkan bahawa PRK akan dibuat 60 hari selepas kekosongan kerusi N01 Kuala Besut itu.

17-15, telah menjadi 16-15.

Lebih 1 kerusi.

Dan yang pasti. PAS akan memainkan semian-mainnya isu Kedai Payang yang akan dirobohkan oleh Mat Said.

Namun, sebenarnya, apa yang berlaku sekarang ini, memang benar, ianya adalah hidup matinya kedai Payang yang didalam keadaan akan dimusnahkan, jika bn kekal sebagai kerajaan negeri. Dengan terwujudnya PRK ini, maka laluan pernafasan kedai payang yang seakan mati kembali bernyawa. Dengan berlakunya PRK ini, su…

KAMU NAK APA SEBENARNYA?

Imej
Hari ini saya hendak kembali bergejuis. Lama sudah saya tidak bergejuis. Tetapi, hari ini, saya akan kembali bergejuis.

Niat hati, untuk tiba-tiba membuat artikel baru, datang dari satu cerita. Cerita yang berkaitan dengan gambar.

Memandangkan tajuk blog saya ini adalah pendapat peribadi hamba, maka apa-apa yang terkandung didalam artikel ini, adalah daripada pandangan peribadi saya. Tiada kaitannya dengan orang lain. Tiada kaitannya dengan arahan sesiapa. Tiada kaitannya dengan kumpulan apa-apa. Ianya adalah berkaitan dengan pendapat peribadi saya.

Sebelum saya memulakan artikel ini, ingin saya menjawab ulasan daripada tanpa nama, 25 Jun 2013, 12:20PTG, bahawa IRC itu bukan PAS, dan PAS itu tiada istilah IRC didalamnya. IRC adalah parasit yang menyelinap ke dalam PAS dan berusaha untuk memusnahkan iktikad perjuangan PAS yang asal. Agar, anda faham.

Berbalik kepada isu yang hendak saya ketengahkan ini, iaitu satu isu berkenaan dengan gambar. Sebuah gambar yang menyebabkan individu ini…

JANGAN BACA JIKA BUKAN AHLI PAS.

Tulang Besi, adalah seorang manusia yang jahat. Seperti juga Al-Huseyn. Dan kawan-kawan blogger celaka mereka. Tulang Besi ada kata, ada satu kumpulan PAS yang sedang ingin menjatuhkan kumpulan pro Pakatan.

Ok, jika betul, saya setuju sangat, kerana nama-nama yang diberi itu adalah dari golongan IRC yang memporak perandakan jemaah. Namun, untuk menunjukkan bahawa kami ini jahat, dia labelkan kita sebagai UG. Ok, itu pun saya setuju, kerana UG itu maksudnya Ulama Government.

Yang kelakarnya, mereka tuduh, PAS nak gabung dengan umno. Kah! Kah! Kah! Itu yang nampak pelik tu. yang grassroot tahu, puak PKR yang selalu terhegeh2 buat pertemuan dengan umno dalam BANYAK hal. Tetapi, mereka tuduh pepuak PAS. Takpe lah. Kita dapat pahala.

Saya dan ramai rakan-rakan yang bekerja di cawangan-cawangan, yang diberi nama sebagai Grassroot, adalah golongan yang nampak perkara ini dengan jelas. Kami bukan taksub dengan pemimpin. Kami bukan membuta tuli menerima arahan. Kami buat kerja dengan menggunak…

SYIAH YG CELAKA.

Imej
Kuat betul bunyi tajuk entri saya kali ini. Namun, bagi saya, ianya adalah lebih lembut kutukannya dari apa yang puak syiah kata pada sahabat Rasulullah dalam kitab mereka,.. "laknatullah". Lagi setan.

Apa-apa, baca entri Ustaz Nor Amin di bawah ini,.. memang menarik.....

Jangan Salah Faham Perjuangan Rakyat Syria
Alhamdulillah sedikit waktu yang ada ini Allah telah diilhamkan satu idea kepada saya untuk menulis tentang salah faham sebahagian umat Islam sekarang mengenai pergolakan yang berlaku di Syria. Ada yang mengatakan rakyat Syria tidak bersyukur dengan kerajaan yang ada, segala keamanan, kemudahan, masjid, universiti, perhubungan awam dan sebagainya telah pun tersedia. Kenapa perlu lagi untuk memberontak dan menjatuhkan kerajaan yang ada? Bukankah ini memberi kredit kepada musuh-musuh Islam untuk merangka strategi bagi memecahbelahkan umat Islam?
Wahai pembaca sekalian, janganlah kita mudah percaya dan terus diperdaya oleh pihak-pihak musuh Islam, kerana deng…

YANG NI MEMANG TERBAIK!

Yang ini memang terbaik....

PR Calonkan Mantan Hakim Sebagai YDP Dewan Rakyat Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas. Penamaan Datuk Abdul Kadir sebagai Yang di-Pertua telah dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Negeri Selangor sebagai mewakili pendirian PR pada 10 Jun 2013. Satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1). 
 PR bertegas bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat. Datuk Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yang selayaknya sebagai Yang di-Pertua. Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai Jabatan, Kementerian, Negeri, S…

PETISYEN LAGI....

Saya rasa pelik, selepas PRU13 ini, bn telah membuat agak banyak petisyen pilihanraya. Saya tidak tahu mengapa, kenapa dan apa sebabnya, bn, atau lebih tepatnya, umno, sungguh beria-ia mengeluarkan petisyen pilihanraya. Jika Pakatan Rakyat, itu memanglah munasabah, kerana mereka telah beranggapan PRU13 dahulu, adalah tidak betul dan tidak adil.

Namun, masalahnya, memang dari dahulu lagi pilihanraya di Malaysia ini berat sebelah. Semenjak Anwar Ibrahim dalam umno pun, pilihanraya di Malaysia ini, hanyalah kosmetik demokrasi yang sengaja ditonjolkan oleh Malaysia agar dunia luar beranggapan kita ini negara demokrasi, kerana kita ada pilihanraya. Tetapi, sebenarnya, pilihanraya yang penuh penipuan.

Perasaan pelik ini juga, bertambah kuat, apabila, melihat, Ali Rustam juga telah membuat petisyen pilihanraya di Parlimen Bukit Katil. Petisyen itu pula dibuat kerana dituduhnya ada orang PR berkempen sehingga depan bilik mengundi.

Tak tahulah pula saya, jika kesalahan itu boleh menyebabkan te…

PR DAN BN SAMA JE.

Tadi saya mendengar satu cerita, bahawa manusia yang paling saya tidak suka di Shah Alam, kononnya tidak mahu jawatan apa-apa di situ. Piiraah!! Cakap orang politik, sampai mati saya tidak percaya. Lebih-lebih lagi, mamat Shah Alam itu. Katakan jelah, orang Shah Alam hendak tendang dia keluar. Penakut!

Namun, bukan itu yang ingin saya ketengahkan dalam penceritaan blog saya pada kali ini. Kali ini saya hendak cerita berkenaan negeri yang terletaknya daerah yang bernama Shah Alam itu. .. Selangor Darul Ehsan.

Kenapa saya ingin bercerita berkenaan dengan Selangor?

Kerana saya ini lahir di ibu negeri Selangor. Kuala Lumpur. Bekas ibu negeri Selangor.

Apa-apa pun, saya beraggapan saya ini adalah warga negeri Selangor, walau tidak layak mendapat Yayasan Selangor. Kerana saya dibesarkan di sempadan KL Selangor, Belajar universiti di Selangor, kerja di Selangor, dan menetap di Selangor. Dan yang lebih penting, saya adalah penyokong tegar pasukan bolasepak Selangor.

Apa yang hendak saya celot…