Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

dap KELUAR PR. YES!

dap Sarawak keluar PR..

Yes. Berambus kau. Buat apa berkawan dengan musuh Islam. Dap yang sialan.

Lepas ni, di Sarawak, kita bertanding di semua tempat dap bertanding. Biar padan muka dengan dap. Yang haram asyik buat kerja setan.

PKR ADALAH MUSUH SAYA, SEKARANG.

Kesian pkr. Dah jadi umno. Atau memang sebenarnya, pepuak pkr ni dari spesis umno. Yang di konvet menjadi pkr.

Pemikiran tetap sama. Tidak mahu syariah Islam terlaksana. Dengan ayat kearaban, pkr membuat cerita bahawa enakmen hudud yang akan dibawa PAS kelantan tidak ikut maqasid syariah lah, tidak mengikut maslahah ummah lah, tak ikut fiqh awwaliatlah... memang mulut jahat.

Aku tak nak kutuk dap hari ni, sebab dap memang parti yang sungguh anti kepada syariat Islam. Hari ini aku nak belasah pkr cukup-cukup. Parti yang tak sedar diri, yang tak mahu bertaubat, yang iktikad yang songsang dan kepimpinan mereka yang sungguh berlagak dan ego tahap cap ayam.

Aku, adalah seorang manusia yang berada dalam jemaah PAS, tidak akan menghalalkan diriku untuk mengundi pkr buat selama-lamanya. Antum semua sudah menjadi musuh aku seperti umno. Aku tidak akan membantu apa-apa- walau setitik peluh pun, untuk parti pkr, apatah lagi hendak menyokong pkr, walau satu saat, kerana antum semua sudah menjadi …

AKU AKAR UMBI PAS, DAN MAHU AYAH CHIK KEKAL PRESIDEN!!

Tadi aku baca dalam Mstar, Salahudin Ayub kata perubahan dalam pucuk pimpinan PAS perlu dilakukan. Dia kata untuk mematangkan parti. Aku tak tahu, apa maksud dia mematangkan parti? Mungkin dia sedang sindir dap yang tak pernah tukar kepimpinan sejak berpuluh puluh tahun. Dap parti yang tidak matang!

Namun, apa yang pelik bin ajaib yang saya baca dalam apa yang disebut oleh beliau, yang aku tak tahu mungkin diolah semula oleh Mstar, bahawa

Wujud Gerakan Melemahkan Presiden PAS?

Imej
Logikalnya adalah tidak munasabah wujud orang Islam dalam PAS boleh berfikir bahawa seorang Presiden yang diiktiraf seluruh dunia kealiman dalam bidang fiqh dan ketelitian dalam politik perlu disingkirkan dari mengemudi sebuah gerakan Islam bersifat tempatan. Seorang yang diangkat sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, bekas Setiausaha Majlis Perundingan Al-Aqsa, wakil Sunni dalam rundingan damai Sunni-Syiah tiba-tiba cuba untuk disunyikan dari sebuah tugas yang jauh lebih kecil dari itu.

Tapi ini semua telah berlaku. Pencalonan Presiden yang dibuat oleh kawasan Kota Bharu dengan memanggil semua media menjadi suatu fenomena baru yang amat songsang dalam PAS. Perancangan yang begitu licik diatur dengan mencalonkan Naib Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man adalah bukti wujudnya mainan di belakang tabir. Selama ini tidak pernah keluar dari YDP Kota Bharu, Dato Wan Rahim menyokong kenyataan-kenyataan Dato' TITM. 

Kenapa Saya Bantah Asmuni

Imej
Kenapa Saya Bantah Asmuni

Tulisan saya ini merujuk kepada kenyataan Dato' Mustafa Ali tentang kritikan saya terhadap integriti Asmuni Awi apabila dilantik semula sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemilihan.

Integiriti bermaksud kejujuran, keterbukaan, benar dan boleh dipercayai. Saya pertikaikan perkara ini apabila berlaku keraguan pada kertas undi di dalam muktamar pemilihan lepas, di mana pengerusi pemilihan pada masa itu ialah saudara Asmuni Awi sendiri.

Dalam muktamar lepas, saya membantah kertas undi yang bagi saya layak disyaki berlaku penipuan. Bagaimana kertas undi dengan nombor yang sama tetapi sebahagian ustaz namanya hilang daripada kertas undi. Nama orang lain pula yang menggantikan tempat beliau menjadikannya mendapat undi 2 kali untuk satu set kertas undi.

Jadi ada orang yang namanya dua kali, tetapi ada ustaz namanya tak ada dalam kertas undi sekalipun namanya wujud di dalam senarai calon yang dipamerkan.

Sangat mustahil jika nak diandaikan silap cetak kerana buk…