Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2008

KHALIFAH JATUH KERANA ISU BANGSA.

Sebentar tadi, hamba melihat tarikh lahir hamba pada kad pengenalan. Tercatit pada tarikh masehinya ialah 3 Mac. Memang benarlah, itu tarikh hamba dilahirkan ke dunia dari rahim ibu hamba yang tersayang. Cuma apabila teringatkan kembali, apa yang telah di'usrah'kan kepada hamba, itu jugalah tarikh peristiwa hitam, jatuhnya khalifah Islam di muka bumi ini, 3 Mac 1924. Jika dilihat, jangka hayat tiadanya pimpinan Islam di dunia ini tidaklah sampai ke usia 100 tahun. Selama 1,419 tahun Islam ini ada kepimpinan yang disebut khalifah, sekarang, baru 84 tahun khalifah Islam tiada di muka bumi. Jika dibubar angka mengikut peratusan, baru 6% jangka hayat Islam di dunia ini tiadanya kepimpinan khalifah. Namun, apabila melihat kesannya terhadap umat Islam. Amat dasyat. Amat kronik. Amat menyayatkan. Kepada rakan-rakan yang profesyen kerjanya adalah guru, cuba tanya anak murid, siapakah Khalifah Islam yang terakhir? Bilakah Khalifah Islam digulingkan? Apakah puncanya Khalifah Islam itu

RAKAN KARIB DAPAT ANAK LELAKI.

Hamba gembira hari ini. Kawan karib hamba baru dapat anak yang kedua semalam. Lelaki, berat 1.7 kg. Ringannya. Ya, memang ringan. Lahir awal. Risau juga dibuat hamba pagi semalam. Rakan karib meng'sms' kepada hamba agar berdoa isteri dan anaknya selamat melahirkan anak dalam keadaan anak belum 9 bulan. Alhamdulillah, semuanya selamat wal afiat. Cuma dukacita satu je, tidak berpeluang ke Hospital untuk mengucap tahniah dan menziarahi bakal ketua pemuda PAS, anaknya itulah. Yelah, hamba duduk di Hulu Selangor, kawan kita berada di hosptital Pantai, Bangsar K.L. Jauh dan tidak ada peluang ke sana. Tapi takpe, insyaAllah jika rakan karib hendak buat aqiqah, hamba sedia membantu menghabiskan santapan kambingnya, he, he,.......

PENDAPAT PERIBADI HAMBA

Imej
(tengok TV ke anak hamba) Selamat datang ke blog hamba yang kedua, iaitu blog yang tiada kaitan dengan sesiapa, yang tidak bersangkut dengan mana-mana pertubuhan, samada dari ROS atau ROT, juga tiada kaitan dengan manusia-manusia yang hidup apalagi yang sudah meninggal dunia. Ini semua adalah semua pendapat peribadi hamba, yang akal kecil, tubuh kecil, tapi sudah berisi. Topik untuk blog? Semua boleh masyuk. Politik, agama, sosial, tamadun, gosip dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan. Tapi, yang pakarnya, mungkin politik,..... :) Perenggan pertama ada sebut blog hamba yang kedua, yang pertama ada ke? Jawab hamba, adalah. Sudah yang kedua, mestilah ada yang pertamanya. Tetapi, ianya banyak berkisar kepada jemaah PAS di Rasa, tempat tinggal hamba, oleh itu, skopnya mungkin tidak seluas skop blog ini, hamba akan bukakan skop yang luas seluas-luasnya pada blog ibnmustaffa ini. Salam,.....