Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

HAMBA MERAJUK SEBENTAR DENGAN ANAK TADI.

Imej
Balik pejabat jam 5.40 tadi. Masuk pejabat jam 7.40 pg. 10 jam bekerja. Tiada overtime. Keluar pejabat, ternampak paku cucuk tayar belakang. Waduh.... melayang RM5. Perlu di tampal dengan gam getah di kedai tayar. Tayar sudah baik, beli nasi goreng ayam di kedai mek kelate. 2. Satu untuk hamba, satu untuk isteri hamba. Anak-anak, kongsi dengan ayah dan ummi dia. Siap nasi dibungkus, ambil anak di rumah 'baby sitter'. Cadang hendak beri duit RM400 pada beliau sebagai yuran menjaga, tetapi terlupa. Takpe, esok hamba bayar. Oh ye, lupa hendak maklum, semalam gaji sudah masuk dan semalam juga sudah bayar hutang-hutang wajib bayar tiap bulan. Sudah ambil anak, pergi ke pekan Rasa. Beli jambu madu. RM6 sebungkus. Manis. Kemudian Jannah mengajak ke supermarket terbesar di Rasa, supermarket MSM. Hamba ikutkan sahaja kehendak Jannah. Dikedai, hamba terbeli koko crunch atas permintaan ramai, aiskrim 4 jenis, juga atas permintaan ramai. Semuanya RM12.60. Waduh, beli barang sikit itu

CERITA MENARIK UNTUK DILUAHKAN.

Banyak kisah hendak hamba luahkan, ada kisah meninggal, ada kisah Sultan, ada kisah blogger dan ada kisah cap ayam. Mari kita rungkai satu per satu.. Kisah meninggal. Walaupun dari segi bahasa, meninggal dunia bagi para Sultan didalam kamus bahasa Melayu adalah mangkat, namun prosesnya adalah sama sahaja. Iaitu malaikat Izrael akan mencabut nyawa seorang manusia dengan izin Allah SWT kerana ajalnya sudah tiba. Cumanya, yang semua kita tahu ialah semua kita tidak tahu siapa yang akan meninggal dunia dahulu. Yang sakit dan baring dipembaringan katil hospital adalah Sultan Kelantan, yang 'berebut' takhta ayahanda mereka adalah kerabat Kelantan, tetapi yang mangkatnya adalah Almarhum Sultan Johor. Yang tidak nampak kesakitannya dan tidak terfikir akan baginda akan pergi dahulu daripada Sultan Kelantan. Memang, ajal itu semua makhluk tidak ketahuan bila akan munculnya. Kisah Sultan. Ada sesiapa yang teringat atau terperasan bahawa tarikh masehi kemangkatan Sultan Johor ad

JALAN-JALAN NAIK KERETAPI.

Imej
Jalan-jalan naik keretapi. Sabtu semalam, isteri hamba sekolah. Sekolah 'ganti' untuk cuti seminggu tahun baru cina. Beliau sekolah petang. Jam 12.30 tgh sudah ke sekolah, balik jam 6.30 ptg. Hamba tidak tahu bahawa dia tahu atau tidak tahu bahawa gaji, elaun dan cola guru mungkin akan dipotong. Jika potong, hamba yakin, beliau akan terus mengajar seperti biasa, namun dalam keadaan ekonomi yang tertekan. Sebelum apa-apa terjadi pada bulan Februari nanti, hamba bercadang dari hamba duduk-duduk rumah menjaga anak, apa kata hamba dan anak-anak jalan-jalan naik keretapi. Nur Jannah dan Nurul Iman, menunggu di stesyen keretapi perhentian Rasa, untuk menuju ke Rawang. Jam 2.10 petang, ketibaan keretapi 2.16 petang. 'Yeeee! Naik ketapi, jom.' Sorakan kedua-dua anak kesayangan hamba apabila ayah mereka mengajak mereka untuk naik keretapi Untuk makluman, tempat hamba duduk, Rasa, ada sebuah stesyen keretapi laluan ke Tanjung Malim dan Rawang, serta terus ke KL. Dahulunya

WANG KERTAS ADALAH PERANGKAP MUSUH ISLAM, IANYA BUKAN EMAS BERLIAN.

Imej
Duit Kertas, orang sanggup membunuh untuk sehelai kertas ini. Pelik.... pelik. Alhamdulillah. Jam 7.20 pg tadi, ada seorang hafiz dari Darul Quran menyewa kereta hamba. Dapatlah RM75. Malam tadi, dalam poket seluar hamba ada 50 sen sahaja. Manakala poket baju ada RM3. Waktu kritikal, menunggu masa untuk gaji masuk. Rasa lama sungguh untuk capai 25 haribulan. Apabila hamba termenung sendirian melihat wang kertas didalam tangan, maka hamba terfikir, setiap individu didunia ini hidup bekerja siang dan malam, dengan cara betul atau secara haram, dengan memohon rasuah atau memberi rasuah atau dengan meminta sedekah atau meragut beg tangan orang, semuanya disebabkan sehelai kertas yang dipanggil wang. Jika di Malaysia ianya dipanggil ringgit Malaysia. Orang sanggup melakukan benda yang haram, benda yang berdosa dan benda yang tidak bermoral hanya semata-mata hendakkan sehelai kertas ini. Sehinggakan jika seseorang itu tidak ada sehelai kertas ini, maka beliau tidak boleh hidup kerana tid

MINYAK NAIK? DAN BOIKOT ISRAEL?

Imej
Mulut hamba terbakar membara nih.... panas! Betul ke bulan 4 ini harga minyak akan naik? Ron 97 RM3.00? 'Orang kaya' macam hamba ini dikatakan tidak boleh dapat subsidi. Betul ke? Kereta yang lebih 2000cc pun tidak boleh dapat subsidi. Nayalah sesiapa yang bawa kereta MPV. Bukan MPV buatan ya, yang betul-betul MPV punya. Hendak tahu MPV buatan itu apa dia. MPV buatan itu adalah jika naik 7 orang sahaja, maka jadi macam tin sardinlah kereta itu. Atau lebih tepat lagi seat belakang sekali hanya khas untuk bayi bawah umur. Jika betul cakap-cakap angin itu, maka sesiapa makan gula tidak terasalah kesengsaraan harga gula naik 20 sen sekilo. Tidak terasa jugalah harga roti naik 40 sen. Sebab apa tidak terasa, sebab kita pakat-pakat dengan orang rumah, tiap hari makan biskut kering dengan air suam sahaja. Untung hamba duduk di Selangor, air free, tapi rasa-rasa, biskut kering pun akan naik harga bila petrol naik harga. Lagi satu perangai pelik orang Malaysia ini , suruh boikot pr

KERJA HAMBA, PASIR DAN SINGAPURA.

Letih sungguh hari ini. Kesibukan kerja sehingga menyebabkan hamba makan tengah hari jam 4 petang tadi. Hamba seorang jurutera. Jurutera Faundri. Kerja-kerja kasting yang melibatkan penuangan logam. Sesiapa yang ada melihat cerita Discovery Channel dalam Astro tentang kerja penuangan besi dan keluli, itulah kerja hamba. Kerja yang tidak glamour. Berurusan dengan kerja yang kotor, panas, bertoksid dan sangat merbahaya. Petang jam 2.20 petang tadi ada penuangan logam besi seberat 2 ton, suhu penuangannya adalah sekitar 1,400'C. Melihat kepada cecair itu sahaja sudah memedihkan mata. Panas yang melampau. Serupa berada didalam larva gunung berapi. Walaupun merbahaya, tetapi jika dikawal dan dijaga keadaan mengikut pengiraan kejuruteraan dan pengalaman, maka situasi bahaya itu dapat dikawal dan dikendalikan, insyaAllah. Namun jika silap perkiraan, maka diharap jangan ada perkara buruk yang berlaku. Tempat kerja hamba pernah terjadi satu letupan besar terhadap relau 100kg. Namun

GAMBAR: TERKENANG SEMASA DAHULU

Imej
Hamba yang botak mendukung anak Along no.2,Masya. Masya, Aqlan dan Jannah. Iman masa ni baru je lahir. Lelaki macho bersama satu-satunya anak buah lelaki. Kena dukung dengan ayah dia ye.... Nurul Iman. Baru lahir. Kepala belum cukur botak lagi. Jika ikutkan hati, hamba inginkan anak yang ramai. Kenapa? Kerana jika ada anak yang ramai, maka jika sudah tua nanti, tidaklah hamba kesunyian... mungkin, insyaAllah. Contohnya, jika hamba sudah tua, datangnya pula hari raya, maka jika anak hamba ada lapan orang, setengah daripanya balik kampung ke rumah pun sudah kira okle tu. 4 anak dengan cucunya sekali datang. Riuh juga rumah nanti. Agaknya, berapa ya rezeki anak yang Allah hendak berikan kepada hamba. Jika lebih dari lima alhamdulillah. Ramailah lagi umat Islam di bumi Malaysia ini. Dan kita perlu berbaik sangka dengan Allah. Maka Allah akan berikan benda yang baik terhadap kita. Namun ada sesetangah manusia, tidak mahu anak yang ramai. Kerana apa? Kerana takut miskin. Taku

BARU HAMBA PERASAN, HARGA ROTI DAH NAIK.

Imej
Oleh kerana kamera hamba hilang, maka roti canai ini dimangsakan sebagai gambar roti kerana nama 2 biji benda ini pun adalah roti canai. Maka pada anggapan hamba, mereka ini adik-beradik kepada roti Gardenia yang hamba beli tadi. Jam 6.30 petang tadi, hamba ambil anak hamba di rumah 'baby sitter'. Kami anak beranak memanggil babysitter itu Mak Ndak. Baik orangnya. Pandai jaga budak-budak. Selain Mak Ndak, mak beliau juga menjaga anak-anak hamba. Jannah dan Iman panggil mak kepada Mak Ndak Opah. Ketika dalam perjalanan pulang, hamba teringat bahawa di rumah ada sedikit lagi kari kepala ikan di dalam peti sejuk. Lauk semalam. Sedap, tapi tidak habis sebab banyak sangat. 'Makan dengan roti sedap juga nih....' akal hamba berfikir secara mendatar. Mungkin kerana urat saraf yang menghubungkan akal dengan tangan hamba adalah sensitif dengan fikiran mendatar, dengan tidak semena-mena tetapi didalam perhatian yang penuh oleh tubuh badan, kereta Kenari hamba dilencongkan ke

KALIMAH ALLAH LAGI.....

Kereta Kenari baru dipulangkan. Baik sungguh kawan yang menyewa kereta itu. Jurus orangnya. Maklumlah, akhlak seorang penghafaz Al-Quran, adalah serupa dengan Al-Quran itu sendiri. Seorang manusia Al-Quran bergerak. Dapat masuk Darul Quran tadi, semasa hantar dia balik ke asramanya. Tenang suasana. Setenang insan-insan yang ada diperkarangan institut pengajian Islam itu. Jumaat lepas, khutbah Jumaat di Kampung Melayu Rasa agak dasyat juga. Khutbah berkenaan dengan penggunaan kalimah Allah. Ramai yang bersetuju agar kalimah suci Allah itu tidak disalah guna oleh kaum kufur dan syirik kepadaNya. Namun, yang peliknya, setengah dari mereka-mereka yang tidak bersetuju itu adalah juga mereka-mereka yang tidak mahukan Allah. Ya,... tidak mahukan Allah. Lebih tepat lagi mereka yang terima sebahagian Al-Quran, dan membuang dan tidak bersetuju dengan sebahagian yang lain. Tidakkah perangai mereka juga adalah sama dengan golongan yang hendak menggunakan kalimah Allah untuk majalah mereka? Ser

RUMAH HAMBA TURUN SALJI......:)

Imej
Pantai airport, Terengganu. Merasai keindahan angin pantai pagi jam 11. Mungkin ketika ini mereka berdua telah bermesyuarat untuk melaksanakan program 'operasi turun salji' bila balik ke Rasa nanti..... mungkin. Sekarang hamba ada dok rumah ni. Hari Sabtu, cuti. Petang ni ada seminar jam 2. Di Batang Kali. Cadang hendak ke rumah ibu lepas seminar. Tapi, rasanya seperti ada banyak kerja hendak dibuat di Rasa ini. Mungkin insyaAllah minggu depan kot balik. Jam 11 pg nanti, ada student hendak sewa kereta. Student Darul Quran. Kereta Kenari hamba buat sewa. RM75 sehari. Harga boleh runding. Selalunya hamba yang kalah runding, sebab kasihan dengan student Darul Quran, mereka bukannya berduit sangatpun. Lagipun, mereka sewa selalunya adalah untuk program dakwah mereka. Hamba hari ini batuk-batuk. Sudah 2 hari. Dan juga, sudah 2 hari makan ubat doktor beri. Rasanya seperti hingus pula yang hendak keluar. Zaleha selesema. Iman dan Jannah batuk2 sikit. Tetapi mereka sihat dan aktif

ANAK SULONG HAMBA DEMAM.

Imej
Sedih melihat anak yang aktif, tiba-tiba duduk 'statik' tidak bermaya kerana tidak sihat - Nur Jannah, 3 tahun. Jam 3.30 pg tadi, hamba melihat suhu badan Nur Jannah kembali naik. 39.7'C. Demam panas. Hamba ambil keputusan memberi ubat bontot kepada anak hamba yang sulung itu. Sudah masuk 3 hari beliau demam. Semalam seperti sudah kebah, namun pagi ini, suhunya naik kembali. Hamba bercadang hendak ambil cuti esok. Anak tidak sihat, masa beginilah sepatutnya hamba ambil cuti. Alhamdulillah opahnya dari KL datang menjenguk. Bolehlah anak hamba yang sulong itu bermanja lebih dengan opahnya. Kasihan pula ayah hamba, atok Jannah, ayah terpaksa berjaga pagi kerana cucunya demam. Jannah tidur dengan opahnya jika opahnya ada. 'Ayah, boleh tepi sikit, nak beri ubat pada Jannah ni.', kata hamba kepada ayah hamba yang juga tidur dengan Jannah. Memang cucu kesayangan Jannah ini. Mengganti cucu sulong ibu dan ayah, Aqlan, anak saudara hamba yang tersangat disayangi opahnya

WAJIB BACA : PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH. (OLEH TUAN GURU ABDUL HADI AWANG)

Imej
Penggunaan kalimah “ALLAH” Oleh; Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama bukan Islam telah menjadi bahan polemik hangat dalam negara kita, dan ianya menjadi semakin panas setelah pihak Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi keizinan kepada pihak gereja katholik mengguna-pakai perkataan Allah dalam bahan penerbitan mereka. Realiti kehidupan dalam negara kita ialah, kedudukan masyarakat kristian adalah dalam lingkungan kehidupan masyarakat umum yang hidup secara bersama, khususnya masyarakat yang hidup di dalamnya umat Islam, mahu tidak mahu ianya akan menyentuh perasaan mereka, kerana perkataan ALLAH adalah sangat mulia di sisi umat Islam. Apa yang menghairankan ialah, sebelum ini pengamal ajaran kristian itu menyebut ‘tuhan’ dengan bahasa mereka masing-masing. Ada pun umat Islam yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa tetap berlafaz dan menulis dengan perkataan “Allah” dari kitab suci mereka (Al Quran). Perkataan “Allah” in

KALIMAH SUCI ALLAH: MENGAPA BERHUJAH SESAMA SENDIRI, SEPATUTNYA BERHUJAH DENGAN PIHAK KRISTIAN.

Apabila kita masuk ke dalam padang untuk bermain bolasepak, sesebuah pasukan itu mestilah ada 11 pemain di atas padang. Pasukan itu juga perlu ada pemain simpanan dan untuk memperkuatkan lagi semangat pasukan, pasukan bolasepak itu akan membawa penyokong-penyokong mereka bersama ke dalam stadium. Perlawanan bolasepak akan bermula apabila tiupan wisel permulaan pengadil dibunyikan. Setiap perlawanan perlu ada 2 pasukan sahaja diatas padang. Itulah undang-undang permainan bolasepak, tidak boleh ada 3 pasukan atau lebih didalam satu-satu masa perlawanan diatas padang itu. Jika ada dua pasukan yang dinamakan A dan B bertanding, maka cara untuk memenangi perlawanan bolasepak itu ialah pasukan A perlu menjaringkan gol ke dalam pasukan B dan pasukan B perlu menjaringkan gol ke dalam pintu gol pasukan A. Mana-mana pasukan yang mendapat gol yang terbanyak, pasukan itulah yang menang. Namun, cuba kita bayangkan, jika kumpulan A itu bertanding dengan pasukan B, tetapi didalam masa perlawanan,

JIKA KRISTIAN MENGAKU JESUS ITU RASUL BUKAN ANAK TUHAN DAN MUHAMMAD ITU RASUL TERAKHIR, MAKA BOLEHLAH DIBAWA BINCANG MENGGUNAKAN ALLAH SEBAGAI TUHAN.

Sesiapa yang tidak mengaku bahawa Allah SWT itu adalah tuhan, beliau itu adalah kafir. Sesiapa yang tidak mengaku bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, maka mereka itu adalah kafir. Sesiapa yang tidak mempercayai Al-Quran itu adalah kitab Allah, maka mereka itu adalah kafir. Ini adalah pendirian agama Allah, Islam. Maka dari situ, keadilan terhadap umat Islam ialah, sesiapa yang syirik kepada Allah, iaitu mereka menyembah benda lain selain Allah sebagai tuhannya, maka mereka itu tidak layak memberi nama tuhan mereka adalah Allah. Sesiapa yang mengatakan bahawa Allah itu ada anak, maka mereka itu telah mensyirikkan Allah kerana Allah itu Lam yalid wa lam yu lad, Dia tidak beranak dan diperanakkan. Maka orang yang mengatakan Allah itu ada anak maka mereka adalah tidak layak memanggil tuhan mereka Allah. Isu Herald atau pihak Kristian Malaysia hendak mengguna kalimah Allah sebagai tuhan mereka, atau God mereka, hamba tentang 100%. Penentangan ini bukan kerana takut kononnya akan menimbul

KEMALANGAN BAS 2 TINGKAT SANI: SALAH PEMANDU SHJ ATAU PENGHADANG JALAN TIDAK IKUT PIAWAI?

Kemalangan bas dua tingkat dari syarikat Sani yang menyebabkan kematian 10 penumpang membuatkan hamba terfikir, adakah penghadang jalanraya yang dipasang di lebuhraya di Malaysia ini adalah untuk menyelamatkan pengguna jalanraya jika terdapat kemalangan atau ianya sebenarnya adalah senjata makan tuan, iaitu satu peluru membunuh jika ada kenderaan merempuhnya. Hamba tidak tahu 100% punca kematian penumpang bas itu, adakah mati kerana hentakan kuat akibat pelanggaran atau yang sebenarnya disebabkan hentakan atau tusukan penghadang jalanraya ke dalam bas berkenaan. Yang menjadi tanda tanya pada fikiran hamba ialah, mengapakah penghadang jalan itu boleh pecah dan patah semasa hentakan kemalangan sehinggakan penghadang yang sepatutnya dipasang untuk menyelamat kenderaan yang kemalangan tiba-tiba menjadi senjata pisau tajam membunuh pula kepada kenderaan yang menghentamnya. Adakah satu piawai yang tertentu bagi penghadang jalan ini untuk memastikan penghadang ini dapat menerima hentakan d