Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

UNTUNG BELI RUMAH CORNER LOT.

Imej
Mengapa buah strawberi boleh tumbuh di cameron highland tetapi tidak boleh tumbuh di tepi rumah hamba? Mengapa? Adakah kerana tepi rumah hamba tanahnya tidak subur seperti cameron atau adakah ada kena mengena dengan cuaca di tepi rumah hamba adalah terlalu tidak sejuk sedingin cuaca cameron? Mengapa hamba membandingkan tanah cemeron highland dengan tanah di tepi rumah hamba? Mengapa tidak dibandingkan di tanah belakang dapur rumah hamba atau tanah di depan rumah hamba? Jawapannya senang, belakang dapur rumah hamba tiada tanah dan di depan rumah hamba tiada tanah cuma ada tiles untuk dilapik tayar kereta hendak parking. Rumah hamba adalah rumah 'corner lot'. Ya, hamba bukan bangsa cina tetapi rumah hamba adalah rumah 'corner lot'. Bukan hendak kata hamba ini kaya, tidak.... hamba cuma ada banyak duit sahaja untuk membeli rumah 'corner lot'. Rumah 'corner lot' yang dibeli dengan harga lelong kerana rumah itu dilelong oleh bank dan dibeli oleh hamba semasa

2 TOK GURU GADOH, YE KE?

Mungkin darah daging hamba sudah terlalu sebati dengan politik, hamba terpaksa juga menulis tentang politik, khususnya politik jemaah PAS. Terpaksa selitkan selit cerita ini dalam blog hamba. Jika orang hendak kata hamba tidak ikut kata hamba yang sudah serik dengan politik disiarkan dalam artikel blog hamba, maka jawapannya ya, hamba ingkar kerana cerita yang dihidangkan didalam cerita politik sekarang sangat 'lumayan' untuk ditolak. Pendek sahaja hamba hendak kabor dan hanya satu sahaja perkara hamba hendak kabor. PAS bijak berpoltik. Amat bijak. Cerita seperti tok guru Nik Aziz berlawan dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang, amat mengasyikkan. Penasihat bergaduh dengan Presiden. Menarik itu. Tetapi percayalah, cerita dalam cerita ini hanyalah satu perangkap kepada ahli-ahli PAS yang bernombor untuk didedahkan kerja jemaah mereka berniatkan kerana Allah dan Islam atau sahaja mahu dan gilakan kuasa memerintah. Ya, ianya adalah satu perangkap yang amat licik oleh dua tok guru itu. M

CERITA CAMERON LAGI. TENANG ......

Imej
Semalam, hamba selit cerita berkenaan peguam. Ada kena mengena dengan politik sikit. Dulu kata tak mahu lagi cerita politik. Tetapi, kena selit sikit. Jika sesiapa baca tidak faham apa kena dengan politik artikel semalam, tak perlu tahulah, tetapi sesiapa ternampak, eloklah gitu. Jangan buat jahat dengan ayah chik. Sudahlah. Tak perlulah lagi cerita berkenaan lawyer tu. Baik kita cerita berkenaan dengan Cameron. Bawah ni ada le gambar-gambar sikit2 di lokasi Cameron. Saujana mata memandang. Zaman dahulu, semasa british belum datang, tempat ini adalah belantara yang memang tidak akan disentuh oleh orang Melayu, tempat jin bertendang. Selepas datang mamat-minah yang suka minum teh, maka di tebang seluas-luas pokok-pokok, ditanam teh diatas gunung setinggi 2000 kaki dari aras laut. Canteeeek pemandangan....... Ni umi dengan anak-anak dara dia. Comel-comel dema ni, macam ayah dia. Muslimat cute. Bukan yang hendak naik kerusi tu, dia tu memang semua orang tahu cute, tapi yang seorang lagi t

ARTIKEL PEDAS NI, PEGUAM JANGAN MARAH YE.

KHAS UNTUK BIRAS HAMBA. Hamba seorang jurutera. Maka jika hamba hendak menilai kerja seorang peguam, maka nilaian hamba itu akan dianggap nilaian perspektif dari orang luar, kerana bukan kerja hamba menjadi seorang peguam. Perspektif hamba terhadap peguam adalah mereka-mereka ini kebanyakannya kaki penipu yang hanya pandai berkata-kata dan kerjanya bukan hendakkan keadilan, tetapi hanya inginkan glamour jika menang kes dan duit dari 'client'. Bolehke hamba berkata begitu. Jika ada peguam yang melenting, peduli apa hamba kerana ini perspektif orang luar terhadap kerjaya peguam. Agaknya, apa akan jadi kepada kehidupan manusia jika melihat perspektif manusia melalui orang luar diterima sebagai cara penambah baik kehidupan? Hancur manusia. Melihat perspektif manusia terhadap kita melalui orang luar. Bahaya atau tidak jika kita menilai diri seseorang, iaitu kawan kita, melalui perspektif orang luar berdasarkan juga daripada insan yang luar dari kawan kita yang hendak dinilai itu, me

CAMERON HIGHLAND BOSAN? TIDAKLAH, HAMBA MENYANGGAHNYA.

Imej
Hotel yang diduduki oleh kami sekeluarga Sejuk lagi dingin. Itulah apa yang dapat hamba katakan setelah pergi melancong ke Cameron Highland bersama keluarga tersayang. Seronok dan rasanya hendak pergi lagi. Kerana apa? Kerana sebelum ke sana, hamba telah bertanya kepada mereka-mereka yang telah pergi ke Cameron Highland, dan apa yang mereka kata ialah, bosan. Bagi hamba ianya tidak bosan. Ianya tidak memboringkan. Tetapi ianya sangat selesa dan tenang. Mungkin kerana sebelum pergi ke sana hamba tersangat tegang kepala akal kerana kerja yang amat memeningkan kepala, dan apabila tiba disana, terutama kawasan Brinchang dan Tanah Rata, suasananya amat nyaman sekali. Kereta Honda Oddyssey yang marvelous dinaiki kami untuk mendaki gunung Cameron Highlang Setalah penat menaiki kereta dari rumah di Rasa, menuju ke Cameron melalui jalan Simpang Pulai, bukan Tapah, dari jam 11.30 pagi, tiba di sempadan daerah cameron jam 1.15 ptg, meredah jalan yang dingin sehingga melalui beberapa pekan koboi d

LETIH.

Hamba sudah malas hendak cerita berkenaan politik di dalam blog ini. Letih. Hamba telah delete mana2 cerita politik di muka depan blog ini. Yang lama2, letih hamba hendak mencarinya utk di delete. Ramai juga insan berblog utk menunjuk2 yang dia buat keje itu, keje ini. Bosan melihatnya. Keje kerana Allah, itu yang penting. Serupa hamba jugalah, melihat artikel yang lelama, nampak seperti hamba ini mahu menunjuk2 bahawa hamba buat keje jemaah. Teruk juga hamba ini. Maka mulai hari ini, blog ini hamba tidak mahu bercerita tentang kerja jemaah yg hamba buat.