Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

TERKINI MESIR; AKU MENANGIS MEMBACA INI; WAJIB BACA..

Terus terang saya kata. Banyak-banyak berita dalam peristiwa di Mesir, saya menangis melihat cerita pendek yang benar di bawah ini..... Akhirnya aku menangis juga di bulan Ramdhan.....

Catatan Syahadah dari Medan Rabaah.
Mesir, 28 Julai 2013;

Seminggu sudah keretaku rosak dan aku tinggalkannya di medan Raba’ah. Setelah bertanya2, mereka menunjukkan aku kpd lelaki ini. “Mohammad Letrik” – itulah gelarannya di sini. Dipanggil demikian kerana kerjanya membaiki mana-mana kereta yg bermasalah di sini (Medan Rabaah)
Awalnya, aku memang mengsyakki dia di sini untuk mencari makan. Namun setelah menolak upah yang ku berikan, mendorong aku untuk mengenalinya lebih dekat.


Quote:“Engkau memang tinggal di sini? Bagaimana kau nak menyara diri dan keluarga kalau tanpa upah?”

Quote:“Aku ni dah 20 tahun kerja semata-mata untuk hari ini… aku dah berjaya kumpul duit, bina rumah dan dah besarkan tiga anak perempuanku yang semuanya dah berkahwin…"

Quote:“Dah tu… engkau tak balik kepada mereka …

KETUANAN CINA SINGAPURA.

Imej
Bacalah dengan hati terbuka wahai rakyat Malaysia. Supaya anda berfikir, berfikir dan terus berfikir...... umno bukan hanya ada pada melayu, umno juga ada pada cina.....



UNTUK memastikan Ketuanan Cina dominan di Singapura, kuasa pengundi Melayu Singapura telah dicairkan secara sistematik dengan skim penempatan semula bandar pada tahun 1960-an dan 1970-an, pengenalan kuota perumahan dan sistem kumpulan perwakilan undi (A Group Representation Constituency – GRC).

Fakta ini didedahkan oleh Profesor Dr Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, “Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.

Menurut beliau, polisi-polisi ini dilaksanakan bersandarkan retorik multi-rasism untuk memastikan masyarakat Melayu yang secara tradisinya menyokong parti-parti pembangkang tidak mempunyai kuasa penentu dalam mana-mana kawasan pilihanraya.

Pembaharuan pilihanraya bukan sahaja dilakukan ke atas parti berasaskan Melayu di Singapura seperti PKMS (Pertubuhan Kebangsaan Me…

PRK K BESUT; PAS KALAH LAGI. WAJIB TAHU KENAPA.

Imej
PAS kalah lagi.

Kalah lebih teruk dari PRU13.

Dulu majoriti 2,434 manusia. Sekarang majoriti kalahnya adalah 2,592 manusia.

Kenapa kalah?

Sebab orang tidak undi PAS.

Kenapa tidak undi PAS?

Ya, inilah persoalan yang perlu dijawab oleh PAS. Kenapa orang tidak mengundi PAS.

Mula-mula saya nak kabor, PRK Kuala Besut, PAS kalah semua UPU. Dulu menang 3 dari 8 UPU. Sekarang kalah semua.

Kenapa?

Kenapa PAS kalah semua UPU? Adakah kerana rasuah duit dan projek sehingga bernilai lebih RM400juta menyebabkan PAS kalah? Adakah kerana orang luar Kuala Besut tidak balik mengundi?

Kedua-duanya memang betul. Dan memang perkara itu menyebabkan PAS kalah.

Tetapi, adakah kerana itu sahaja PAS kalah?

Jika betul, maknanya, setiap kali PRK, jangan haraplah PAS hendak menang PRK akan datang.

Namun, ada satu perkara yang menyebabkan manusia tidak mahu mengundi PAS. Ada satu perkara, yang rasanya semua kepimpinan tahu, tetapi buat-buat tidak tahu.

Satu perkara yang UTAMA menyebabkan manusia tidak mahu mengund…

FITNAH MAKAN DLM TANDAS; SAPE POSE, WAJIB BACA!!

Imej
Rupa-rupanya, dah lama dah bilik persalinan ini jadi tempat makan; sila baca kat bawah ni.....

Penjelasan Guru Sekolah Tersebut yang diambil dari perbualan pada statusnya :
———————————
“susah nak explain.. sebab yg tersebarnya dah terlampau negatif… sbnarnya tempat tu dibuka bg menampung keperluan pelajar yg rmai dn untuk mengelakkan murid mkn di atas lantai dan di tepi2 jln sbb tak cukup kerusi meja wktu biasa… itu inisiatif oleh ** sebelum bulan ramadhan lg.. dan sepnjag bulan ramadhn ni, disebabkan kntin tutup, jd murid2 non muslim atau muslim yg tak puasa dibenarkan makan di dalam bilik tu.. dan bilik tu ilah bilik perslinan yg tak digunapkai sbgai bilik persalinan pun.. tk de spe mndi or berak kat situ.. cum dah lengkap dgn sinki.. jd murid blh basuh tangn, n meja dibalut, bilik berhias jugak sbb nk jdkan betul2 bilik mkan.. ada dua bilik perslinan yg dibuat tempat mkn sbb dekat dgn kantin.. tu je.. kebetulan mungkin yg banyaknya mkan ms bulan puasa ni non musli…

FITNAH MAKAN DALAM TANDAS; CIKGU JUGA KENA DI'BODOH'KAN.

Imej
Hari ini saya nak off dahulu cerita di Mesir.

Hari ini saya hendak bercerita berkenaan satu kes.

Satu kes berkenaan dengan orang yang tidak berpuasa.

Disuruh makan didalam bilik persalinan.

Tetapi, dituduh dipaksa makan dalam tandas.

Sehingga ada seorang Menteri Pendidikan, tanpa usul periksa, memarahi pihak sekolah agar di tukar ke tempat lain, yang menyediakan kerusi meja dan sinki. Tetapi dia lupa, bahawa kerusi meja dan sinki memang disediakan.

Inilah saban hari yang berlaku disekolah. Apabila ada satu isu, maka tanpa usul periksa, orang awam akan memaki hamun guru. Ya. Jika yang membuat masalah adalah sekolah, yang kenanya, guru, atau dipanggil cikgu. Sehingga ada seorang yang sanggup mengatakan "Bila cikgu bodoh macammana nak membentuk pemikiran pelajar".

Hanya semata-mata peristiwa yang disensasikan makan dalam tandas, tanpa usul periksa, cikgu yang kena ayat BODOH!!

Saya bukan cikgu. Saya seorang jurutera. Sungguh jauh profesion saya dengan guru. Namun, walaupun saya…

MESIR TERKINI; SEMALAM, POLIS FASIQ MESIR BUNUH LAGI 6 SYUHADA.

Imej
Kementerian Kesihatan Mesir telah mengesahkan jumlah kematian keseluruhan seramai sembilan (9) orang dalam siri pertembungan berdarah terbaru, seperti berikut:

- Enam maut dalam pertembungan malam tadi sekitar Universiti Kaherah (Medan Nahdah) dan di Giza.

- Seorang maut pada petang Isnin sekitar Medan Tahrir.

- Dua maut pada petang Isnin di Qalyoubiya, daerah di pinggir luar Kaherah.

Sumber : AlJazeera
‪#‎mesirkini‬



MESIR TERKINI; SEORANG LAGI SYAHID SEBENTAR TADI!!

Imej
Mesir terkini;

Seorang telah syahid di Medan Al-Nahdah akibat serangan puak samseng upahan polis dan askar fasiq Mesir. Dan yang terbaru, serangan senjata telah diacukan ke para demostrasi di Rabaitul Awadiat.




MESIR TERKINI; APA YG BERLAKU SEMALAM? WAJIB LIHAT!

Imej
Apakah yang berlaku sekarang di pusat demonstrasi Pro Morsi di Rabaitul Awadiat? Mari lihat di bawah;







Yang ini, lepas Tarawikh semalam;




Sementara di depan Mahkamah Tinggi juga diadakan demonstrasi Pro Morsi.




Di bawah pula di Mansurah;


Setelah hampir 3 minggu kejatuhan Morsi dari pemerintahan akibat dirampas secara haram oleh askar fasiq Mesir dan golongan sekular, bantahan Pro-Mursi kini berterusan dalam sekurang-kurangnya di 12 bandar di seluruh Mesir.

Penyokong Mursi menyeru untuk menamatkan pemerintahan kerajaan sementara di Aswan, Kaherah, Alexandria, Assuit, Minya, Mansoura, El Arish, Fayoum, Marsa Matrouh, Giza, Beheira dan Beni Suef.

InsyaAllah, dengan kekuatan ini, pihak askar fasiq Mesir dalam kekalutan kerana dengan nyata, As-Sisi sedang mengalami perpecahan dalaman oleh para pemerintah tinggi askar Mesir yang lain. Doakan kemengan Islam, takbir!!!!

MESIR TERKINI; KERANA 4 MUSLIMAH SYAHID SEMALAM, MUSLIMAT HARI INI BERDEMO KE KEMENTERIAN PERTAHANAN!!

Imej
Sabtu dan Ahad lepas ada masalah dengan broadband. Hari ini insyaAllah saya akan sambung peristiwa di Mesir. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku 3 hari lepas.

Dari sumber TranungKite;

Perarakan di Hadapan Kementerian Pertahanan

Rakyat Mesir yang sebahagian besarnya kaum wanita telah berarak menuju ke Kementerian Pertahanan untuk membantah rampasan kuasa dan pembunuhan ke atas rakyat yang berlaku.








Kaum muslimah membuat perarakan menuju ke pejabat kementerian pertahanan untuk mengutuk dan menuntut keadilan bagi peristiwa Monsoura yang menyebabkan 4 wanita syahid.. 

 Semua ini adalah kerana ini;


[Kronologi serangan samseng di Mansurah semalam]

- Kumpulan samseng telah melepaskan tembakan peluru hidup dan kartrij terhadap perarakan menyokong legitimasi di Mansurah. Menurut sumber, terdapat beberapa kecederaan yang dilaporkan dari kalangan penunjuk perasaan dan beberapa wanita yang menyertai perarakan turut di tahan di Jalan Tir'ah

- Tiga syahid (biiznillah) dalam pembunuhan…

MESIR TERKINI; WAJIB LIHAT, SEKITAR PETANG 18/7/13 DAN PAGI 19/7/13!!

Imej
Terkini; gambar di Mesir, petang 18/7/13 dan pagi 19/7/13.

Gambar satu; sumber Tranungkite:

UNIVERSITI MENENTANG RAMPASAN KUASA!!

Terkini : Kadet-kadet tentera berdiri di atas kereta perisai manakala penunjuk perasaan dalam perarakan'Universiti Menentang Rampasan Kuasa' yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti melaungkan laungan :

"Demi legitimasi, demi syahadah, berdirinya kami di sini satu ibadah!"

"Kami para penegak revolusi yang bebas, tidak takut pada bedilan senjata api"

"Teguhlah wahai presiden, biarkan media-media palsu, (pandangan)kami pelajar-pelajar Mesir lebih utama!"

Sumber : نبض رابعة
‪#‎mesirkini‬




Kapten pasukan bola sepak Mesir, Muhammad Abu Treka berkata dalam penyataannya :

"Kepada sesiapa sahaja yang berbicara tentang pentadbiran Dr Mursi, mereka boleh katakan apa sahaja mengenainya, namun anda hendaklah berhenti bercakap tentang akhlak, reputasi dan tingkah laku beliau, sesungguhnya beliau bukanlah seora…