Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

TANDA BESAR KIAMAT - MATAHARI TERBIT DARI BARAT SUDAH BERLAKU?

Imej
Hari ini hamba alhamdulillah, agak kaya sedikit dengan wang ringgit. Maklumlah, baru dapat bonus 1 bulan untuk gaji tahun lepas. Lega sedikit kengkangan kewangan untuk menyambut bulan Syawal nanti. Elok juga bonusnya diberi lewat, jika sebulan sebelum Syawal, alamatnya, belanja sakanlah hamba untuk persiapan Hari Raya. Tahun ini, semuanya sederhana. Perbelanjaan semuanya sederhana. Tetapi, dulu pun persiapan rayanya sederhana, tetapi tahun ini, lebih sederhana daripada sederhana yang dulu. Dapat SMS dari adil, kes mahkamah Anwar telah ditangguh ke 7 Oktober. OK le tu. Bab-bab politik hamba sudah ringan sedikit untuk dibuat berfikir. Maklumlah, 10 hari terakhir bulan Ramadhan, banyak fadilatnya. Masjid di tempat hamba tinggal juga telah diadakan tazkirah selepas tarawih. Kelmarin, ustaz Badrul Amin datang. Lama benar rasanya kerinduan kami di Rasa untuk mendengar suara ustaz Badrul Amin. Akhirnya, kesampaian juga. Hamba sebenarnya handak bercerita lain daripada yang lain untuk artike

BUATLAH PERKARA YANG BAIK DIBULAN RAMADHAN INI.

Imej
Pada hari Khamis lepas, hamba telah menempah 2 baju Raihan untuk dijadikan sebagai baju harian hamba ketika hendak berjalan-jalan. Bukan untuk baju menyambut Hari Raya. Semenjak sudah tua ini, hamba tidak hiraukan sangat untuk membeli baju raya. Cumanya jika untuk anak dan isteri, adalah juga bernafsu untuk membelinya. Tiket kapal terbang untuk balik raya di batu enam sudah dibeli. Naik firefly. Yang peliknya, anak hamba yang sulong dipaksarela untuk dibeli tiket orang dewasa. Ada patut ke dengan tidak semena-mena, kami tidak dibenarkan untuk membawa 2 'infant' ke dalam kapal terbang. Alasannya kapal terbang penuh. Kalau ye pun nak duit orang, cakap je lah yang 'kami hendakkan anak kamu yang lagi 2 bulan untuk berumur 2 tahun memasuki kapal terbang dengan bayaran orang dewasa, bukan infant'. Kan ke senang cerita. Zakat fitrah masih belum lagi dibayar. Cadang jumaat depan hendak membayarnya. Zakat pendapatan pun belum lagi dibayar. Tahun ini, zakat hamba akan dibayar k

Yahoo! Menang!

Imej
(Lambang perjuangan menegakkan Islam) Menunggu cerita tukar-tukar kerajaan. Samada Paklah yang menang atau Anwar yang menang. Tengok-tengok, Ustaz Hashim yang menang. Yahooooooo,...... Sumber: Calon PAS diisytihar menang di Sanglang. http://www.malaysiakini.com/news/89798 Hendak diberitahu juga, DUN Manir, Ustaz Harun Taib menang petisyen pilihanraya terhadapnya. Ustaz Harun kekal menang di DUN Manir. Takbir!! Nampak gaya, 16 Ramdhan ini, Allah telah memenangkan 2 ulama untuk memimpin di kawasan DUN masing-masing. Allahuakbar!

MERCUN; TERINGAT SEMASA DAHULU.

Imej
Hamba tadi baru masuk kerja, jam 7.30 pg. Masuk kerja sebenarnya jam 8.00 pg sempena Ramadhan. Balik 4.30 ptg. Semasa hendak 'punch', datang kawan hamba. "Assalammualaikum!", kata hamba. "Wa'alaikummussalam.", jawabnya ringkas. "Nak beli mercun?", tanya kawan hamba pada hamba sepontan. Waduh! Dalam hati hamba menjawab. Bahaya tu. Barangan terlarang. Maka hamba pun menjawab, "Bunga api ada?". Itulah dia sketsa pagi tadi didepan pintu pegawai keselamatan tempat kerja hamba dimana terletaknya mesin 'punch' untuk masuk kerja. Tidak lama lagi, kawan hamba hendak membawa contoh gambar bunga api dan mercun pada hamba. Iklan. Semasa termenung didepan komputer pejabat, sebelum hamba berblog (waktu bertugas belum masuk lagi ye), teringat hamba semasa hamba sedang belajar di ITM dahulu. Waktu diploma. Hamba juga adalah tokey jual mercun di kolej Perindu 1. Kaya yang amat waktu itu, maklumlah, waktu itu mercun adalah barangan terlarang

UMNO DAN PKR LAH KENA IKUT PAS.

Sekarang ada kumpulan blogger yang menunjuk-nunjuk 'pandai'. Keliru sebenarnya mereka ini. Mungkin hamba pun termasuk di dalam kategori blogger tunjuk 'pandai' ini. Dan mungkin juga hamba keliru. Apa-apa pun, pedulikan apa jika PAS ada yang pro UMNO dan pro Anwar. Asalkan Islam menang. Apa, elok sangat ke UMNO dan PKR itu? Hamba lihat, lebih kurang tak sama je. Dua-duanya sama dan tak sama. Tidak sama, rekod adil terhadap rakyat, PKR tiada sejarah lagi, UMNO sudah ada, dan ianya gagal! Yang sama, kedua-duanya mengamal politik neo sekular. Itu memang sama. Jadi pada pendapat peribadi hamba, peduli apa PAS ada proUMNO dan proAnwar. Dua-duanya tidak berapa betul. Yang sepatutnya, PAS adalah yang PAS dan hanya PAS. UMNO dan Anwarlah yang perlu ikut PAS, kerana PAS ikut Islam. Betul tak? :)

KARUT LE.

Imej
(Lapah! jangan tak lapah! inilah dia, jika hendak dilihat, lembu itu adalah senario politik Malaysia sekarang. Haru biru.) Perkara yang mengarut telah berlaku sekarang ini di bumi Malaysia. Tangkapan tanpa bicara masih lagi berlaku dibumi Malaysia. Manusia yang berkata mengarut dan manusia yang melakukan perkara mengarut telah ditahan didalam undang-undang mengarut. Jika benarlah manusia-manusia ini mengarut, dan sebenarnya mereka ini memang mengarut, perlu ditangkap didalam akta yang juga mengarut, mengapa tidak ditahan di lokap, kemudian didakwa ke mahkamah, kemudian dibicarakan dan jika bersalah, hukumlah mereka seadanya. Allah SWT, Beliau jika hendak memasukkan seorang kafir masuk ke neraka, Allah tetap akan membicarakan si kafir itu di padang masyar, walaupun seluruh makhluk seantaro dunia mengetahui sikafir itu adalah kafir dan layak masuk ke neraka. Namun Allah tetap membicarakannya. Inikan pula manusia kerdil pemerintah Malaysia, hendak buat perkara karut terhadap rakyatn

BANYAK MENGARUT PUNYA CERITA.

Imej
(Pantai mengelibang talipot - Gambar tiada ada kena mengena dengan tajuk artikel) Baru lepas solat tarawikh. Balik dari masjid, pergi dapur, cari makanan. Lapar pula rasanya. Isteri sudah tidur bersama anak-anak. Kesian melihatnya. Cukup letih isteri hamba menguruskan 2 anak kami yang masih kecil. 'Infant', itulah ayat untuk anak-anak hamba jika mahu beli tiket kapal terbang. Ligat, cukup-cukup ligat anak hamba yang sulong. Anak nombor dua, selalu kena buli dengan kakaknya, kesian. Di dapur jumpa ayam percik dan roti jala. Fuih! Sedap ni. Hamba bawa depan TV. Makan sambil menonton. 'On' TV, keluar cerita hantu, bilik no 13. Cis! ngarut punya cerita. Tukar siaran ke TV3. Keluar cerita tahyul kekasihku seru. Cis! ngarut punya cerita. Tukar lagi siaran ke 8tv. Keluar cerita GODA. Cis! lagi ngarut punya cerita. Apa ni, semua cerita cap ayam ni? Apalagi, hamba buka notebook, layar internet. Baca blog, baca laman web, semua puji Anwar. Baca lagi, banyak kutuk Mustaffa

JIKA BETUL PR PERINTAH, PAS WAJIB MINTA 5 KEMENTERIAN INI.

Tarikh 16 september ada seminggu lagi. Jika terjadilah pertukaran kerajaan dari BN kepada PR, maka hamba ingin memberi pendapat kepada PAS agar wajib meminta 5 kementerian ini. 1) Kementerian Pertahanan. 2) Kementerian Pendidikan. 3) Kementerian Penerangan. 4) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Islam). 5) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri). Cukup 5, tidak perlu banyak-banyak. Mungkin ahli parlimen untuk menjawat jawatan ini adalah seperti berikut. 1) Kementerian Pertahanan - YB Dato Seri Presiden, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. 2) Kementerian Pendidikan - YB Salahuddin Ayub 3) Kementerian Penerangan - YB Mahfuz Omar 4) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Islam) - YB Ustaz Taib Azamuddin Mohd Taib 5) Kementerian Dalam Negeri (Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri) - YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Pada mereka yang lain, menjadi Timbalan menteri pun sudah memadai. Apa yang penting, 5 kementerian ini PAS perlu bersungguh-sungguh mendesak untuk diperolehi kepada wak

KESIAN RPK, DAH LAH TIDAK BIJAK, SOMBONG PULA ITU.

Kesian. Itulah ungkapan yang hamba dapat katakan kepada Raja Petra Kamarudin tentang isu bertudung di dalam artikelnya bertajuk 'the great tudung debate' dan 'the great tudung debate 2". Sungguh sedih dan pilu melihat tulisan beliau yang penuh kejahilan lagi menunjukkan tidak bijaknya RPK apabila beliau membuka mulut atau menulis berkenaan dengan Islam. Pengharapan hamba terhadap beliau ialah beliau bertaubat dan mengikis sikap ego beliau bahawa beliau tahu segala-galanya. Mungkin didalam ilmu politik beliau memang pakar, namun jika berkenaan agama yang dianutinya, beliau amat menyesatkan. Mengapa menyesatkan? Untuk mencari jawapan yang mudah, hamba hendak bercerita contoh yang mungkin boleh dikaitkan dengan perlakuan RPK terhadap hukum agama. Contoh yang boleh menjelaskan situasi yang celaru ini mungkin akan mudah untuk difahamkan kepada mereka yang tidak faham dan buat-buat tidak faham. Contohnya adalah seperti di bawah ini; Seorang manusia yang di dalam profesyen pe

ADA AHLI PARLIMEN SARAWAK YANG MUALAF.

Imej
(Anda kenal siapa dia ini?) Perasan tidak perasan, sementara mereka-mereka yang di dalam kerjaya politik sedang sibuk dengan ahli parlimen Sabah dan Sarawak, hamba baru terperasan bahawa di dalam Parlimen Sarawak, ada seorang bekas Menteri Kabinet yang mempunyai rahsia cerita yang penuh indah lagi menarik. Beliau sudah bergelar Datuk Seri dan mempunyai gelaran Doktor. Dahulunya Menteri Pelancongan dan sekarang adalah YB Parlimen di negeri Sarawak. Dahulunya beragama Kristian Khatolik dan sekarang sudah kembali kepada agama Islam. Datuk Seri Dr. Mohammad Leo Toyad Abdullah, kenalkah anda semua ahli politik ini. Hamba pasti, ramai yang mengenalinya. Walaupun YB Leo menganggap ianya sebagai peribadi, namun untuk dakwah Islam, maka berita berkenaan Yb Mohammad Leo memasuki Islam adalah satu perkara yang perlu digembar-gemburkan. Rakyat Malaysia perlu tahu, pemimpin besar Sarawak dari keturunan Melanau ini telah memeluk agama Islam sebagai pegangan hidupnya. Pihak Jabatan agama perlu

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

Imej
(Harap Ramadhan ini akan menghapuskan dosa-dosa kita, dan apabila Syawal menjelma, amalan kita adalah bersih seperti bayi yang baru dilahirkan.) Ramai sungguh manusia berada di Hospital Selayang Isnin lalu. Berbagai-bagai ragam manusia dapat dilihat di wad kecemasan. Kelmarin, yaitu Isnin lepas, hamba dan isteri telah membawa anak hamba yang bernombor dua ke hospital selayang. Alhamdulillah, setelah darah anak hamba diperiksa oleh pihak hospital, didapati tiada apa-apa penyakit yang memudaratkan di dalam tubuh anak hamba. Hamba bersyukur yang amat sangat kepada Allah SWT. Apabila kembali dari hospital, alhamdulillah, demam anak hamba hilang. Hamba sebenarnya bukan hanya kesihan kepada anak hamba yang demam itu, tetapi hamba juga kesihan melihat isteri hamba yang tidak tidur malam 4 malam berturut-turut kerana menjaga anak yang demam kerana hanya mahu tidur di atas riba umminya. Kesihan melihat isteri hamba. Betullah apa yang dikatakan, 'syurga anak adalah dibawah tapak kaki ibu

ANAK HAMBA DEMAM PANAS. 4 HARI DAH.

Imej
Anak hamba yang nombor dua demam panas. Kesian dia. Baru 9 bulan, sudah dapat demam panas ke tahap 40.2 C. Hamba sedang risau akan kesihatan anak hamba ini. Diharap, sesiapa yang ter'blog' ke blog hamba ini, tolonglah doakan kesihatan terhadap anak hamba nombor dua ini, Nurul Iman. Setakat ini, hamba tidak ada masa sangat hendak ber'blog', walaupun dalam kepala hamba, banyak isu hendak dikongsikan bersama. Doa-doakan kesejahteraan anak hamba.