Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

MB PERAK = BISKUT MARRIE

Imej
Semalam hamba dan rakan-rakan seperjuangan pergi ke Taman melewar untuk mendengar ceramah MB Perak, YAB Ir Nizar. Hamba, bendahari cawangan dan Naib YDP Kawasan pergi ke sana menaiki kereta kecil hamba selepas solat Maghrib. Cadangannya untuk bersama-sama dengan rakyat Perak meraikan kembalinya Ir Nizar sebagai MB. Bukan main ramai manusia yang ke sana pergi ke Taman Melewar. Dalam dewan Fadzil Nor penuh, diluar dewan pun penuh dan padat. Dilongkang besar sebelah dewan pun penuh manusia bertenggek melihat ceramah dari belakang skrin besar. Malah, di jalan raya tempat jualan pun penuh sesak orang mendengar ceramah sehingga hendak 'window shopping' pun tidak boleh kerana tidak boleh bergerak. Namun, MB Perak tiada di situ. (Perjalanan politik Perak yang tidak tahu pangkal hujungnya) Walaupun MB Perak tiada, seronok sungguh semalam, sudah lama rasanya tidak melihat manusia sebegitu ramai datang ke markas tarbiah Taman Melewar. Namun, keseronokan hari semalam tidaklah panjang

MENTERI BESAR PERAK = Ir NIZAR

Allahhuakbar! Alhamdulillah! Bersyukur ke hadrat Allah, keputusan yang sungguh tidak disangka-sangka. Ir Nizar masih sah sebagai Menteri Besar Perak. Fuiyoo,.... siapakah gerangannya Datuk Abd Aziz Abd Rahim ini? Beliau membuat keputusan yang begitu berani mengkesampingkan kehendak kerajaan yang memerintah pusat. Pujian yang tinggi hamba hendak berikan kepada hakim yang membuat keputusan itu. Tabik 1000 kali. Nampak gayanya, Ir Nizar bolehlah menjalankan tugasnya sebagai menteri besar sekarang dengan tiket keputusan dari mahkamah Tinggi itu. Walaupun rayuan dibuat oleh parti rasuah, namun keputusan sebentar tadi tetap keputusan yang sah untuk menyatakan mulai hari ini sehingga kes rayuan dibuat, Ir Nizar adalah Menteri Besar Perak. Jika hambalah yang menjadi Ir Nizar itu, eh silap, YAB Ir Nizar itu, maka hamba akan cepat-cepat pergi ke Istana Perak untuk mendapat perkenan Sultan agar dibubarkan DUN Perak. Harap-harap, apa yang berlaku di dewan DUN Perak minggu lepas dapat menyedarkan

MELAYU DAH JADI MACAM LEMBU.

Gila. Itu yang terkeluar dari mulut hamba melihat perangai parti rasuah di dalam dewan undangan negeri perak. Gila bangang! Hamba pun sudah tidak tahulah, ada juga perangai orang melayu cap ayam yang berperangai macam lembu jika gilakan kuasa. Bukan setakat melayu cap ayam sahaja macam lembu, india dan cina yang berdekatan dengannya pun akan terima sama sindrom perangai macam lembu. Seperti penyakit selesema babi, boleh berjangkit melalui udara. Mengapa ada orang melayu berperangai macam tiada akhlak dan rendah moral serta seperti perangai seperti lembu ini, semuanya salah kerana umno laknat. Ya, semuanya salah kerana adanya umno laknat di tanah Melayu ini. Jika tiadanya parti seperti umno ini di Malaysia, maka hamba yakin orang Melayu akan lebih beriman kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Tetapi, disebabkan umno ini yang neo-sekular, semangat kebangsaan, makan rasuah haram, maka beginilah melayunya sekarang. Macam lembu. melayu sudah menjadi lembu bukan bermula dengan cerita di

ULAMA LAH PIMPIN PAS, APAHAL PROFESIONAL PULAK?

Kerja baru sahaja selesai. Ada mesin bertaraf jutaan ringgit perlu dijalankan setelah lama ianya tidur. Bukan tidur kerana rosak, bukan tidur kerana tiada projek untuk mesin itu, tetapi ianya tidur kerana mesin masih belum diserah kepada syarikat kerana masih belum dikomisioning dan belum dibuat latihan penggunaan. Mamat dari UK dan US datang untuk memberi latihan kepada kita disini yang berbangsa Melayu ini. InsyaAllah, seminggu lagi, siaplah kerja latihan penggunaan mesin itu. Ada banyak ilmu yang telah diberikan kepada mamat UK dan US kepada kita. Dan mamat US dari Illinious atau Chicago itu memang mamat yang baik lagi amat pemurah memberi ilmu kepada kami mamat-mamat melayu biasa-biasa ini. Jika berlaku peperangan, hamba mendoakan agar beliau tidak akan menjadi askar US kerana hamba sudah menganggap beliau sebagai sahabat semasa beliau menjadi guru kami disini. Tidak sanggup hamba untuk membunuhnya. Baik orangnya dan tidak sombong seperti mamat-mamat dari US yang lain. Jika henda

JANGAN BERKURANG AJAR DENGAN ULAMA.

Imej
Jam menunjukkan pukul 10.30pg. Hari ini hari Sabtu. Semalam hari Jumaat. Hari menyambut pekerja-pekerja sedunia. Cutilah maksudnya kepada mereka-mereka yang bekerja makan gaji dan tripplelah OT kepada sesiapa yang bekerja semalam hari. Namun, ada juga insan yang bekerja semalam tetapi tiadanya OT, insan itu adalah hamba. Namun cadangan asal hendak ke Akuaria di KLCC bersama anak sulong hamba hari ini. Anak hamba yang kedua balik ke Batu Enam bersama umminya. Tok tua hamba baru keluar hospital. Sakit. InsyaAllah beransur sembuh. Hamba tidak dapat pergi kerana hamba bekerja Jumaat semalam. Mungkin selepas menulis blog ini, hamba akan mandi untuk ke sana, lihat ikan berenang. Ya, hamba masih belum mandi pagi ini, namun hamba sudah solat subuh. Jangan salah sangka,..... Lama sungguh hamba tidak berblog di blog hamba yang cap ayam ini. Maklumlah, sibuk yang amat minggu ini. Namun hamba tetap melayari internet untuk melihat berita-berita sensasi yang ditulis diblog-blog base pada politik M