MB PERAK = BISKUT MARRIE

Semalam hamba dan rakan-rakan seperjuangan pergi ke Taman melewar untuk mendengar ceramah MB Perak, YAB Ir Nizar. Hamba, bendahari cawangan dan Naib YDP Kawasan pergi ke sana menaiki kereta kecil hamba selepas solat Maghrib. Cadangannya untuk bersama-sama dengan rakyat Perak meraikan kembalinya Ir Nizar sebagai MB.

Bukan main ramai manusia yang ke sana pergi ke Taman Melewar. Dalam dewan Fadzil Nor penuh, diluar dewan pun penuh dan padat. Dilongkang besar sebelah dewan pun penuh manusia bertenggek melihat ceramah dari belakang skrin besar. Malah, di jalan raya tempat jualan pun penuh sesak orang mendengar ceramah sehingga hendak 'window shopping' pun tidak boleh kerana tidak boleh bergerak. Namun, MB Perak tiada di situ.

(Perjalanan politik Perak yang tidak tahu pangkal hujungnya)


Walaupun MB Perak tiada, seronok sungguh semalam, sudah lama rasanya tidak melihat manusia sebegitu ramai datang ke markas tarbiah Taman Melewar. Namun, keseronokan hari semalam tidaklah panjang usianya. Buahnya ranum masak sungguh awal iaitu hanya sekitar 13 jam. Tidak pernah didalam pengalaman hidup hamba melihat mahkamah Malaysia begitu efisien membuat prosiding mahkamah rayuan tidak sampai 12 jam selepas memohon, dasyatnya! Siap keputusan pun boleh keluar untuk menangguh keputusan mahkamah Tinggi semalam kurang 2 jam. Terrornya!

Apa punya akal punya kes cap ayam ni MB Perak boleh tukar-tukar macam biskut marrie ni? Ketua Bilik darjah sekolah rendah pun mempunyai cara yang lebih demokratik melantik dan melucutkan jawatan ketua darjah. Namun di Perak, sungguh memalukan. Malu sungguh hamba melihat kelibat melayu parti rasuah yang perangainya sungguh lembu. Perangai yang tidak sudah-sudah gila tamakkan kuasa sehingga menjadi manusia yang tidak ada maruah diri. Malu sungguh hamba dengan Cina-cina di Malaysia melihatkan perangai melayu parti rasuah ini yang hilang pertimbangan akhlak. Malu sungguh!

Sudahlah! Hamba sudah naik muak hendak bercerita tentang senario politik di negeri Perak ini. Lebih baik hamba balik rumah bermain-main dengan anak-anak hamba yang comel-comel itu. Lagi bagus,......

Ulasan

Lebai Cute berkata…
lain kali nak pi melewar ajaklah hamba sekali tuan hamba. takkan dah lupa kot... bendahari tuh pun anak buah hamba juga dulu hehehe

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?