Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

SAHAM FGVH, PADAN MUKA PENEROKA.

Imej
Kecoh Mat Isa dengan saham FGVHnya. Satu-satu saham berIPO naik 18%. Harga beli IPO RM4.55, terus naik di Bursa RM5.39. Kemudian naik lagi pada harga  RM5.43. Siapa yang beli pada harga itu, saya tidak tahu. Yang tahu, Khamis lepas, FGVH tutup pada harga RM5.30.

Jumaat semalam, saham ini masih lagi aktif, dengan harga berpusar dari RM5.25 hingga RM5.35. Tutup pada RM5.32. Sesiapa yang berani sangat beli pada RM5.39 awal pagi Khamis lepas, itu mereka punya pasal. Yang main kontra, rasanya korang akan disembelih. Tetapi yang hendak pegang sebulan dua, agaknya boleh buat duit ke?

Saya masih tidak wahi untuk bermain dengan saham Felda ini. Bukan kerana pendirian saya yang tidak bersetuju dengan penyenaraian ini. Bukan. Tetapi, saya lihat seperti ada jerung yang sedang mengkontrol saham ini supaya ianya nampak akan naik dan naik dan naik. Spekulasi le katakan. Apabila ada jerung mengkontrol, saya yang ikan bilis pasti akan kecundang dek kerana dibaham jerung itu.

Tidak.. saya tidak akan di…

KABINET BAYANGAN PR?

Korang semua suka baca blog Berita Semasa? Saya nasihatkan, pergilah melayari blog berkenaan. Bagus isian dalamnya.

Lepas subuh tadi, saya ada baca satu artikel berita dalam blog berkenaan. Memang pelik dan ajaib. Kerana apa ajaib? Kerana hanya blog ini yang membuat cerita berkenaan Kabinet Bayangan PR. Sila baca sini.

Jika korang semua sudah baca. Sudah pasti, lebih ramai Melayu yang tidak akan undi PR pada PRU 13. Kerana apa? Satunya, mereka lihat, kuasa orang Melayu akan semakin susut (bukan hilang ye). Dan keduanya, apa yang mereka nampak, terutama ahli PAS yang otai-otai yang tiada kepentingan apa-apa dalam jemaah, akan melihat, puak-puak IRC je yang majoriti pegang post Menteri.... he, he......

Ini siapa punya bawaan cerita ni, kabinet bayangan nih?

1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)
2) Timbalan Perdana Menteri:
Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur)Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang)Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah ba…

AKAL MALAS.

Lama sungguh hamba tidak bergejuis. Malas. Atau, sibuk. Atau juga, tiada idea nak menulis.

Namun, tidak bermaksud hamba tidak melayari bahtera alam maya. Tidak. Hamba, setiap hari melayari alam yang maya ini. Terutama sekali cerita berkenaan pilihanraya Mesir.

Minggi lepas, tiap-tiap jam hamba akan melayari berita-berita berkenaan perkembangan di Mesir. Tiap-tiap jam dan tiap-tiap hari. Tetapi, saya berhenti melayari berita Mesir pada hari Jumaat. Kerana apa, kerana benci melihatkan karenah pemerintah askar Mesir (SCAF) yang menagguh keputusan rasmi kemenangan Dr Morsi sebagai Presiden baru Mesir.

Pada pendapat peribadi samah hamba, Mesir sekarang, masih lagi dalam pemerintahan SCAF, yakni junta askar Mesir. Dengan keputusan 14 Jun dari Mahkamah Tinggi Mesir, yang meng'haram'kan parlimen yang baru dipilih oleh rakyat, maka pemerintahan yang sebenar adalah SCAF.

Kenapakah junta-junta askar Mesir dilihat seperti mahu terus memegang kuasa yang sepatutnya dijanjikan hanya sementar…

KISAH SULTAN LAGI, TAPI BRUNEI PULA..

Imej
Sejarah : Kenapa Brunei Tidak Bersama Malaysia???

Oleh Daim Abdul Rahman

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu.

Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung anc…

SULTAN JOHOR PUNYA HAL LAGI.

Imej
Sila ambil iktibar apa yang sejarah telah tercatat di Singapura.

Peristiwa Dahagi di Singapura (1915)

Oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
lambaian-islah.blogspot.com



Askar-askar India Muslim dan melayu dijatuhkan hukuman tembak (firing squad) dalam peristiwa Dahagi kerana menyokong Khilafah Uthmaniah dan pertahan Palestin.

Assalamualaikum,

Saya ada mengisi siri-siri kuliah sejarah bulanan di beberapa buah mesjid di Selangor. Salah satu dari kuliah tersebut ialah 'Perihal sokongan ulama tanah air kepada Khilafah Uthmaniah'. Sebagai mukaddimah saya terangkan di mana kedudukan khalifah dalam sistem politik tertinggi umat Islam dan peranannya di dalam memayungi ummah. Saya jelaskan juga apakah bencana yang menimpa umat ini apabila khilafah terakhir, Khilafah Uthmaniyah luput pada tahun 1924. Di sentuh juga sepintas lalu mengenai usaha as-Syahid Imam Al-Banna dan program maratib-ul-amal untuk mengembalikan khilafah bermula dengan pembinaan syahsiah muslimah sehingga terbitny…

MESIR DAPAT KHALIFAH?

Imej
Ini adalah keputusan pilihanraya presiden Mesir pada jam 8.31 malam waktu Mesir.



Ketika yang sama, Morsi, calon Ikhwanul Muslimin, kalah kepada Syafiq dengan nilai undi
Shafiq: 1,885,165
Mursi: 1,505,069 di Kaherah (selepas kiraan 99.4% undi).

Walaupun kalah di Kaherah, namun Morsi tetap berjaya memenangi pilihanraya ini.

Apa yang saya nampak dengan kemenangan Ikhwanul Muslimin ini ialah, ianya adalah kemenangan Islam yang syumul. Itu pendapat saya. Kerana apa saya menyebutkan begitu? Kerana, terlalu banyak media massa di Mesir dan juga di Barat yang memperlekehkan dan tidak menyokong calon Morsi dalam pemilihan presiden Mesir ini.

Apa yang selalu diketengahkan oleh mereka ialah, rakyat Mesir dan juga rakyat Mesir yang berjuang pada revolusi tahun lepas, tidak menyokong kedua-dua calon dan akan memboikot pilihanraya itu. Ungkapan yang selalu dimainkan ialah, satu calon bekas pemerintahan Mubarak (Syafiq), dan satu lagi calon Islamis.

Pelik bukan, umat Islam Mesir sendiri yang beragam…

PASAL SULTAN JOHOR LAGI....

Imej
Saya ada terbaca cerita ini dalam satu blog. Samada dia yang tulis atau dia ambil dari mana, saya tidak tahu. Sila baca ini;TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'

Apa yang menarik perhatian saya ialah ungkapan ini;

“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.

“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.

Kenapa dikaitkan dengan Singapura? Tidak Indonesia? Itu hamba kurang pasti..... Ada faham?

KHAS UNTUK KHALID SHAH ALAM

Imej
Apa cerita cap ayam dibawa oleh Khalid Shah Alam ni? Buat kerja lain laa... Dakwaan ‘ejen BN’: Khalid Samad silap langkah bergasak dengan Zamil Ibrahim
KEMASKINI : Kalau Khalid Samad jenis orang yang boleh menerima nasihat dan pandangan,rasanya elok sangat beliau lupakan saja Zamil Ibrahim.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah itu yang kini berebut jawatan dengan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Presiden parti KITA boleh buat Ahli Parlimen Shah Alam dan Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor itu tidak nyenyak tidor.

Rakan-rakan politik yang mengenali Zamil berkata silap haribulan Khalid boleh jadi sasau kalau nak terus layan berperang dengannya.

Khalid mungkin sudah merasa dirinya hebat cuba membuat pendedahan video mendakwa Zamil ‘ejen BN’ untuk membeli Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Gwo-Burne Loh pada harga RM2 juta.

Dakwaan itu telah menjadi bahan bualan lucu dikalangan orang politik sejak tersebarnya berita mengenai sidang akhbar yang diadakan oleh Khalid dan bebera…

ROZALI ISMAIL YG CAP AYAM.

Harga air Selangor hendak disamakan dengan harga RON95 (baca sini)? Inilah dia SYABAS yang gila iseng. Udahlah gila iseng, mabuk duit pula itu.

Apabila kapitalis telah memegang kuasa air, maka akan terjadilah seperti ini. Sebuah syarikat yang gila duit dan mabuk wang hendak mencukur sehingga botak khazanah negeri Selangor.

Manusia yang bernama Rozali Ismail ini adalah sejenis manusia umno yang jahat lagi cap ayam. Sepatutnya, Sultan Selangor perlu menghalau manusia jenis ini, Melayu yang kapitalis.

Belum tentu pendatang Indonesia mengundi BN

Belum tentu pendatang Indonesia mengundi BN (Subky Latif) June 15, 2012 15 JUN — Semua percaya beribu-ribu pendatang dari Indonesia telah didaftarkan menjadi pengundi, malah ia telah disampai ke pengetahuan pembangkang sudah dimulakan dalam PRU sebelum ini.
Justeru PRU 13 ini adalah paling mencabar bagi BN, maka gerakan memberi Mykad bagi menjadi pengundi itu diperhebat. Tiada pendekatan itu dibuat kepada pendatang Cina kerana dibimbangi mereka menyokong DAP.

Tiada reaksi kerajaan hendak membersihkan daftar pengundi seperti yang dituntut oleh Bersih 3.0 meskipun Senator John McCain dan rakannya dari Amerika yang melawat Malaysia baru-baru ini menyeru perlunya ada sistem pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia.

Maka pengundi hantu warga Indonesia itu dipercayai terus berada dalam daftar pengundi dan mereka akan mengundi.

Itu adalah perancangan jahat BN bagi mengekalkan kemenangan. Tetapi ia tidak berjaya menyekat tsunami politik dalam PRU 2008 dulu. Itulah perancangan…

SULTAN DGN 1/2 JUTANYA.

Imej
Saya bukan rakyat Johor.

Saya lahir di KL. Melayu yang tidak berSultan.

Sepatutnya, Sultan Selangor adalah Sultan saya, tetapi memandangkan Kuala Lumpur telah di Pusatkan, maka saya adalah kategori manusia Melayu tidak berSultan.

Maka, adakah saya akan dikategorikan Melayu kasta rendah? Pelik.

Sekarang, saya hendak bercerita tentang ayah saya pula. Ayah saya pun manusia Melayu yang tidak berSultan. Orang Melaka. Mana ada Sultan. Jasin lagi. Walaupun sempadan dengan Tangkak, negeri Johor, tetap ayah saya dilahirkan Melayu yang tidak berSultan.

Kecuali ibu saya. Beliau manusia Melayu berasal dari Perak. Bukan setakat Perak, malah ibu saya dilahirkan di kota DiRaja Perak, Kuala Kangsar. Namun, oleh kerana manusia sejak azali lagi menguatkan keturunan dari belah bapa, maka saya telah dianggap oleh manusia-manusia Melayu, kaum Melayu yang tiada Sultan.



Maka, oleh kerana saya tiada Sultan, dan saya juga Melayu, ingin juga saya mengomen tentang bidaan setengah juta RM oleh Sultan Johor. Bol…

PENIPUAN HARGA MINYAK; TIPU ATAS TIPU.

Imej
Datul Ismail Sabri ada berkata, bahawa sebenarnya minyak RON97 harga sebenar adalah RM3.38 seliter. Dan ikut harga pasaran sekarang, minyak RON95 adalah dalam harga RM3.18 seliter. Ini bermaksud, RON97 adalah lebih mahal dari RON 95. Itu Ismail Sabri yang kata. Our beloved Menteri.

Sekarang ini, subsidi kerajaan terhada RON95 adalah RM0.70. Dan cukai yg dikecualikan, RM0.58. Itu juga Ismail Sabri kata. Dia juga kata, RON97, Kerajaan juga mengecualikan cukai RM0.58.

Maksudnya apa disini?

Maksudnya, rakyat ditipu dan dibodohkan sekali lagi oleh Kerajaan umno bn yang menganggap, rakyat adalah budak bodoh yang tidak reti matematik.

Penipuan atas penipuan bn terhadap rakyat tentang harga minyak ini telah mencapai kemuncak yang melampau. Ismail Sabri juga kata, RON95 masih tidak dikurangkan harga kerana ianya masih disubsidi oleh Kerajaan.

OK, kalau ye pun disubsidikan Kerajaan, pada Mei 2012, Kerajaan mensubsidi RM1.09 untuk seliter RON95. Tetapi, bulan Jun ini, dia kata Kerajaan subsidi m…

CERITA BENAR DARI SYARIKAT AISYALAM SDN BHD. (ULANG SEMULA)

Imej
Ada seorang peniaga, namanya En. Aisyalam. Dia seorang Melayu, tetapi neneknya adalah India beribukan Cina, berniaga buah durian. Kebunnya ada seluas 5 ekar. Tahun lepas, sebiji durian, harga borong adalah RM2.50. Tolak campur bahagi darap, setiap biji dapatlah dia untung bersih RM1.00. Tetapi, pada tahun ini, harga sedunia buah durian telah meningkat. Ini kerana ketidakstabilan harga komuditi bagi buah durian itu menyebabkan kawalan harga durian terpaksa diapungkan.

Mahu tidak mahu, harga durian sedunia telah meningkat kepada RM3.50 sebiji. Maka bising-bisinglah En Aisyalam ini kerana harga durian telah naik mendadak sebanyak RM 3.50. Tahun lepas sebiji hanya RM2.50, tetapi tahun ini telah naik sebiji RM1.00. Maka beliau sebagai ketua keluarga dan kepala lepada syarikat menjual buah durian dari kebunnya yang sebesar 5 ekar itu membuat satu mesyuarat tergempar. Mesyuarat itu dinamakan mesyuarat Jawatan Kuasa Almari Bekalan dan Harga.

Maka En. Aisyalam sebagai pengerusi te…

PENIPUAN HARGA MINYAK; MELAYU DITIPU LAGI.

Imej
Hari ini saya hendak bercerita tentang harga petrol. Bukan tentang RM 3.0 bilion, bukan tentang PTPTN, bukan tentang KNR, tetapi tentang harga petrol. Atau lebih tepat, harga petrol di Malaysia.

Semua orang tidak tahu, apakah kandungan sebenar buku kira-kira Petronas. Kerana buku kira-kira Petronas tidak boleh ditunjukkan kepada orang lain, selain PM. Mengapa terjadi begitu, sudah semestinyalah untuk mengsonglap sana sini duit minyak berbilion itu.

Maka, oleh kerana buku kira-kira Petronas adalah rahsia, maka apa yang boleh diberitahu kepada rakyat Malaysia ialah untung atau rugi syarikat Petronas itu dari tahun ke tahun. Itu sahaja.

Diberitakan kepada kita, bahawa pada tahun lepas, iaitu kewangan berakhir 31 Mac 2011, Petronas telah memperolehi keuntungan sebanyak RM90.49bilion, berbanding RM67.3bilion pada tahun 2010 (baca sini). Banyak tu.

Pada tahun ini pula, suku pertama tahun 2012 berakhir kewangan 31 Mac 2012, Petronas memperolehi keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM20.7…

PTPTN UTK KEPENTINGAN MELAYU? KHALID SHAH ALAM PUN SAMA BODO.

Sebelum baca apa saya nak cerita, hang pa baca dahulu komen si mamat ni (Tindakan Khaled sekat PTPTN Unisel bukti Umno tak pentingkan Melayu).

Nak kata kurang cerdik, dia orang PAS. Namun kePASannya boleh diragui kerana lebih kepada IRC.

Itu saya tak kisah. Mamat Shah Alam ini parasit ke, apa ke, saya tak kisah. Tetapi, apa yang dia sebut ni serupa juga kenyataan bodoh beliau semasa isu gereja dahulu. Serupa cap ayam togey.

Bila masa lah pulak PTPTN ini menjurus kepada kepentingan Melayu? Apa kes ni? Boleh masuk akal ke PTPTN yang diberi kepada pelajar untuk berhutang seawal usia 18 tahun, hanya kerana keperluan mereka untuk belajar di menara gading, adalah satu perkara yang menjurus kepada kepentingan Melayu?

Piirah mabuk!

Dalam 3 Khalid, seorang Khalid sahaja yang boleh harap. Khalid Ibrahim. MB Selangor. Khalid Shah Alam dan Khaled umno, memang tak boleh buat pemimpin. Cakap pakai tabur. Asal ada cerita, mulut bersepah cakap, walau isi macam sampah sarap.

Apa-apa pun, kita mesti pe…

BOLA; DENGAN SINGAPURA PUN SERI JE.....

Seperti yang diketahui, Malaysia seri dengan Singapura 2-2 akibat kerana pengadil yang perangai serupa SPR dalam pilihanraya. Saya tidak akan menyalahkan Singapura dalam hal ini. Tetapi, oleh kerana pengadil yang tiba-tiba naik gila beri free kick dalam kotak penalti selepas penalti diselamatkan oleh Apek. Memang perangai serupa SPR.

Jika rakyat Malaysia merasai ketidak adilan akan perangai pengadil perlawanan tadi, maka yakinlah, itulah dia perangai SPR dalam 12 PRU yang telah dilangsungkan di Malaysia. Memang sungguh tidak adil lagi berat sebelah.

Apa-apa pun, Selasa depan, diharap pengadil di Malaysia akan juga serupa perangai seperti SPR, tetapi menyebelahi Malaysia,.... ha, ha, ha....

PS- Biar Malaysia seri dan seri dengan sesiapa sahaja. Kerana terus terang saya kata, selagi Sultan Pahang menjadi Presiden FAM, maka hampehlah pasukan Harimau Malaya ini........

PELAJAR UNISEL; JANGAN AMBIL PTPTN ITU!

Sekarang ini, saya hendak bercerita berkenaan kes PTPTN macam chipsmore kepada pelajar Unisel. Kejap beri, kemudian beku, tapi, hari ini beri balik. Kejap ada, kejap takde.

Apa-apa pun, bukan perkara Menteri mengarahkan beku atau tarik balik beku yang hendak dihebohkan oleh saya. Tidak. Itu memang kerja umno sejak azali menyusahkan orang Melayu. Bukan itu yang hendak saya ceritakan. Tetapi, apa yang saya hendak ceritakan ialah kepada semua pelajar di Unisel, tolong JANGAN ambik pinjaman PTPTN. Tolong rileks dahulu.

Siswa dan siswi semua pasti akan menyesal setelah anda semua menanda tangani pinjaman dengan ahlong berlesen itu. Percayalah. Korang semua akan menanggung hutang sebelum korang habis belajar lagi.

Ini adalah mainan politik yang dibuat oleh umno agar PTPTN akan dikekalkan. Pasti umno akan berkata, "Tengok, betapa susahnya pelajar jika tiadanya pinjaman PTPTN". Korang tengoklah nanti.

Apa yang sepatutnya PR buat ialah main politik balik. Arahkan pentadbiran Unisel t…

BALIK KAMPUNG

Balik kampung.

Cuti sekolah je, balik kampung.

Tapi, cuti Sabtu Ahad tiap minggu, pun balik kampung. Namun, bahasa sebenarnya, balik bandar.

Kenapa mahu bercerita balik kampung hari ini?

Sebab, saya dan keluarga baru sampai ke rumah dari Terengganu.

Ya, Terengganu, sebuah negeri yang mengaku beriman. Terengganu Darul Iman. Kampung halaman isteri. Batu Enam.

Sementara untuk ke Batu Enam atau balik dari Batu Enam, akan singgah semalam di rumah kakak ipar di Kuantan. Kiranya, transitlah. Tidaklah letih pemandu kereta Odyssey yang dah tua itu. Dari rumah ke Kuantan, 2 jam setengah. Dari Kuantan ke Batu Enam, kira 4 jam, ikut pantai. Ya, semestinya ikut pantai, kerana adalah menjadi kewajiban saya dan keluarga, akan berhenti makan di Kelulut, Marang.

Kenapa Kelulut? Kerana disitu adalah tempat dating yang pertama saya dengan isteri tersayang. Nostalgia. Diulangi, tempat pertama saya dan isteri berdating. Bukan tempat pertama saya dan bakal isteri, tetapi, tempat pertama saya dan isteri ber…

SUBSIDI MINYAK; MELAYU KENA TIPU LAGI.

Imej
Baru sahaja baca artikel ini di Biaqpila (HARGA PETROL RON 95: SEMUA KENA TIPU BEB). Memang kena tipu depan mata. Yang peliknya, saya pun kena tipu depan mata tetiap hari masa nak isi minyak petrol dalam tangki kereta.

Hendak kata kerajaan bn bodoh, memang sahlah mereka telah menjadi bodoh dan akal masuk air apabila dengan kebodohan yang melampau mereka, telah menunjukkan bahawa kerajaan bn memang sah suka menipu perihal cerita petrol yang dikatakan ada 'subsidi'.

Cuba fikir beb, harga Ron95 adalah RM3.54, tetapi harga Ron97, yang lagi bersih dan power, harganya RM2.90. Cap ayam siut punya cerita.....




KESIAN MELAYU.

Ada sorang manusia tu, yang dijadikan oleh puak-puak umno menjadi TPM (bukan rakyat Malaysia yang beri), dia kata. puak-puak PAS yang datang Kedah dulu tu dibayar RM untuk ke sana (baca sini). Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan beri duit untuk dapat sokongan, maka dia rasa pun orang lain ikut sama akan perangai dia.

Kesian lagi kasihan melihat mental sakit orang tua dari Johor tu. Kerana sudah terbiasa dengan merasuah sana sini, ops, silap, bukan rasuah, tapi dana politik, menyebabkan dia rasa, semua manusia dalam alam Melayu, wajib dapat duit terlebih dahulu, baru buat kerja.

Kot ye pun nak menuduh puak PAS yang datang ke Kedah tu dapat duit, komenlah sekali, "Puak umno dan PAS sama ja perangai, dapat duit, baru datang berbondong-bondong ke himpunan.". Barulah adil, ngaku sama dia pun keluar pitih untuk penuhkan stadium.

Fikir punya fikir, nampak gaya, memang sah lah puak umno perlu di dana kan dahulu, baru boleh berhimpun. Pok Din sendiri mengaku orang umno kena beri…

PASUKAN BOLA KEDAH AKAN DIRUDUM MALANG KERANA PADANG TAHUN INI.

Imej
Nampak gaya, pasukan bolasepak Kedah akan dirundung malang sekali lagi musim ini. Ini semua angkara padang bola yang rosak teruk. Disebabkan padangnya yang melampau teruknya rosak, maka pasukan bola Kedah sudah tidak terbiasa bermain di atas padang bola stadium mereka sendiri.

Dan ini semua angkara manusia yang suka sangat memijak padang rumput stadium keramat bagi pasukan Kedah ini. Sila perhatikan sendiri....


 Moral of the story, majulah sukan untuk negara, ha, ha, ha.....