Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

KES LYNAS; HANYA UNTUK ORANG CINA.

Imej
Ahad lepas, adalah satu detik sejarah dimana seluruh pelosok Malaysia, diadakan demonstrasi anti Lynas. Ia dilakukan serentak dengan demo 'ibu' anti Lynas di Kuantan. Namun, seperti yang dikatakan oleh MSK, lebih banyak cerita kes khalwat ustaz Badrul Amin daripada cerita demonstrasi ini.

Di Perak, yang hadir dalam demo 'hijau' ini adalah 5% Melayu, 5% India dan 90% Cina. Mesti ada yang pelik, kenapa ianya berlaku begini? Serupa jugalah di Pulau Pinang, majoriti yang hadir, 90% Cina. Melayu seciput. Kerana apa? Di Kuantan sahaja ianya nampak 'seimbang'.

Jawapannya senang. Setiap isu yang diketengahkan di negara Malaysia, ianya akan ditumpukan kepada kaum. Ya, ianya akan ditumpukan kepada sesuatu kaum, bukannya keseluruhan rakyat Malaysia. Jika isu Lynas atau radiasi Bukit Merah, ianya akan ditumpukan khas kepada masyarakat Cina. Kerana apa? Hamba pun tidak tahu. Jika isu Palestin, ianya akan ditumpu khas kepada orang Melayu. Kerana apa? Hamba pun tak tahu.

Jika…

ISU ISRAEL; MSO BODOH, SAMA BODOH DGN UMNO, MAHATHIR DAN ANWAR.

Hari ini hamba hendak cerita berkenaan Israel. Setelah agak lama tidak menulis blog, hari ini hamba menyibukkan diri depan laptop untuk buat kerja gejuis.

Nanti, ada pula orang kata, "apalah kerja bodoh cerita pasal Israel, ini hanya cerita sampingan, yang utama menang PRU13". Cuba baca disini. Hendak kata bodoh politik, umur sudah tua, tetapi otak tetap kemetot.

Apabila pemikiran sudah dizombikan bahawa isu Palestin adalah hanya isu Palestin, maka betullah, zaman Dajal hendak keluar sudah terlalu dekat. Umat Islam telah berjaya ditarik akal dan minda mereka daripada isu Tanah Haram ketiga.

Mula-mula, hamba hendak tanya pada semua manusia, tidak kiralah dia mengaku Muhammad Itu Rasul atau tidak. Apakah itu Tanah Haram? Ada berapa jenis Tanah Haram di dunia? Apa peri pentingnya Tanah Haram kepada umat Islam?

Mari jawab soalan pertama, apa itu Tanah Haram?

Tanah Haram, walau dinamakan oleh Allah SWT adalah haram, namun ianya adalah tanah yang telah digazetkan oleh Allah SWT ad…

KENAPA ZUL SULONG INI CAP AYAM. PECAT SHJ BELIAU!

Imej
Dibawah ada artikel menarik untuk dibuat fikir....Kenapa Zul Sulong tak editartikel Hina PAS sebagaimana dia edit artikel-artikel Presiden dan Timb. MursyiduAm?? Selepas mendapat kritikan hebat, Harakahdaily akhirnya delete artikel tersebut. Adakah memadai artikel itu ditarik tanpa meminta maaf? Bagi aku tak memadai. Ini bukan tersilap, bukan tak sengaja. Yang penting ini bukan pertama kali? 

Kenapa Zul Sulong terlalu amanah sehingga menyiarkan full version, sama macam yang disiarkan di blog Lim Kit Siang? Kenapa time artikel Presiden, Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, ditapis, di edit, diolah sehingga lari dari maksudnya yang asal?

Bukankah realiti ini jelas menunjukkan bahawa Zul Sulong adalah parasit yang merosakkan Imej PAS? Kalau ini pertama, kedua atau ketiga, saya boleh lagi menganggap ianya tak sengaja. Tapi kalau ini yang ke ratusan kali, maka ini adalah jahat. kalau anda tak kata jahat, masih nak husnu zonn, anda macam seorang bapa yang melihat anaknya dirogol, kemudian …

Kenyataan TG Nik Aziz selepas ditemui Anwar.. 'PAS tetap tidak iktiraf hak Yahudi'

Imej
Ada baca dalam blog anak sungai derhaka tadi, agak menarik artikelnya..... Kenyataan TG Nik Aziz selepas ditemui Anwar.. 'PAS tetap tidak iktiraf hak Yahudi'
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan semula pendirian parti itu tidak akan sekali-kali mengiktiraf walaupun "seinci hak" Yahudi terhadap bumi Palestin.


"Saya ingin mengulangi pendirian saya dan Majlis Syura serta pendirian Pas khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej yang dipaparkan dalam laman sosial Facebook beliau petang ini, lebih lima jam selepas menerima kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar menemui Nik Abdul Aziz bagi menjelaskan pendirian beliau berkenaan kedudukan Israel sebagaimana disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bu…

HARAKAHDAILY MENGHINA KEPIMPINAN PAS? SAKIT HATI SUNGGUH!!!!!

Imej
Tadi ada baca satu cerita, menarik, sila baca dibawah; HARAKAHDAILY MENGHINA KEPIMPINAN PAS? SAKIT HATI SUNGGUH!!!!!
Harakahdaily hari ni kacau aku punya concentration nak tulis tentang isu KUIN. Apa tak kacaunya, sanggup dia hina PAS dengan menyiarkan artikel daripada DAP untuk menentang kepimpinan PAS. Tak ke barua namanya.

Sorry, kali ni aku guna perkataan kasar.. mana aku boleh tahan tulisan yang seperti ini sengaja dibenar masukkan oleh Zul SUlong parasit ke dalam Harakahdaily, milik aku, milik orang PAS, bukan milik Zul Sulong. Lepas ni aku cadang, jumpa Zul Sulong, jangan lupa BOOOO dan kata BLAAHHHHH.

Ini muka dia kalau tak kenal!!!


Dan lagi muka dia:


Sepatutnya, esok semua ahli PAS kena demo, depan Harakah. Zul Sulong memang betul-betul celaka. Benarkan tulisan seperti ini masuk, dan memburukkan imej PAS di kaca mata pembaca harakahdaily sendiri.

Lagi pula, orang PAS tak ramai yang baca versi English, yang baca versi English kebanyakan orang intelectual atas pagar. Jadi, bila…

DULU IDOLAKU MAX CAVALERA (SEPULTURA); SKRG TOK GURU HADI (PAS).

Imej
Dalam blog, hamba gunakan 'hamba' sebagai kata rujuk diri hamba. Dekat luar, jika bercakap dengan kawan, hamba guna 'aku'. Di pejabat, hamba guna 'saya'. Dengan isteri, guna 'abang', dengan keluarga sendiri, guna nama samaran, dengan ipar duai, guna 'Di'. Cumanya, ada satu ungkapan yang sudah lama hamba tidak gunakan, iaitu 'gua'.

'Gua ada seposen je, macamna nak pegi pat peng?', ungkapan ganti nama saya masa sekolah menengah.

Jiwa remaja dahulu, masa sekolah menengah, jiwa hamba jiwa berat. Jiwa thrash metal. Rock-rock tak main. Rock-rock dulu masa akhir 80-an, hanya untuk mat-mat jiwang. Mat Isabella, itu tak main. Hamba hanya layan lagu berat. Mula-mula bersama dengan Metallica. Kemudian dengan Sepultura. Ada sikit-sikit layan Black Sabbath. Iron Maiden tak main. Lembut sangat.

Kemudian datang Cromok. Layan pula lagu thrash metal dari Malaysia. Walaubagaimana pun, hamba tidak suka dengan kumpulan Megadeath dan Sodom. Irama git…

ZAID NAK BERTANDING, ELOK SGT LE TU.....

Kali terakhir berjumpa dengan beliau adalah semasa di Pekan Rasa, Hulu Selangor. Bersalam dengan beliau didepan kedai runcit. Bagus juga Zaid Ibrahim ini, selepas kalah dalam PRK Hulu Selangor, beliau datang ke pekan hamba untuk bersalam-salam dengan pengundi.

Mula-mula, ingatkan siapa yang datang bersalam-salam dengan orang ramai, rupa-rupanya Zaid Ibrahim. Hamba pun terkaku seketika apabila keluar dari kedai runcit, terpacak Dato Zaid depan hamba. Hamba pun bersalam dan berkata, 'takpe Dato, lain kali ada lagi'.

Beliau tidak kenal hamba, tetapi hamba kenal beliau. Ye lah, siapalah hamba untuk orang besar seperti Zaid Ibrahim hendak mengenali hamba yang hanya seorang manusia yang tinggal di Pekan Rasa. Duduk di hulu, Hulu Selangor.

Orang PAS adalah satu jentera askar, jentera militer, akan mematuhi arahan, walau apapun arahan yang diarah oleh kepimpinan, pasti akan dituruti (jika tidak ada yg melanggar syariat la). Seperti jugalah pada PRK Hulu Selangor dahulu, oleh kerana ke…

VALENTINE: KARPAL JADI CAP AYAM.

Hamba baca Sinar tadi. Keluar berita DAP tidak setuju kempen Pas dan hamba pun baca. Nada kebiasaan Karpal, bila cerita tentang Islam, dia akan menjadi umno bn. Hamba tidak pasti, adakah DAP sebagai entiti parti yang tidak setuju dengan PAS, atau hanya Karpal sendiri yang tidak setuju dengan PAS.

Jika DAP tidak setuju dengan 'kempen' PAS, maksudnya, DAP menentang Islam itu sendiri yang mengharamkan menyambut Hari Kekasih. Ini perkara berat. Dan jika Karpal sahaja yang tidak bersutuju dengan 'kempen' PAS, maka memang sah Karpal adalah musuh Islam sejak dari dahulu lagi.

Jangan ada pula orang berkata, jangan kutuk Karpal dalam kes ini, kita bertahaluf siasi dengan mereka. Kalau ada orang PAS kata begini, hamba akan tumbuk muka dia dengan batang besi. Bengong. Jika ada orang PAS ada kata, 'kita perlu mendidik dan berdakwah secara berhikmah kepada Karpal', hamba akan sepak muka dia dengan tapak kaki. Bodoh.

Jika Omar masih hidup, pasti diaorang pertama akan menghun…

IKLAN; CERAMAH PERDANA MAULIDULRASUL USTAZ IDRIS AHMAD DI RASA, HULU SELANGOR.

Imej
Kepada sesiapa yang cintakan Rasulullah SAW dan cintakan majlis ilmu, jangan segan-segan dan malu-malu untuk datang walau dari jauh perantau manapun, silalah hadir untuk mendengar ceramah maulidul Rasul ini.


Hendak tahu dimana Dewan JKKK Kampung Melayu Rasa itu. Ianya terletak di Rasa, Hulu Selangor, jalan lama untuk pergi Ipoh melalui Rawang. Selepas Batang Kali dan sebelum Kuala Kubu Bharu, disitulah terletaknya bumi Rasa. Dewan terletak disebelah masjid Rasa (Al-Khoilidiah), satu-satunya masjid yang ada di Rasa.

Rujuk Peta di bawah;


YAYASAN TAQWA DAN JAMIL KHIR; JGN BANTAI KUAT2 SGT, BYK LAGI ISU LAIN.

Hamba baca berita di MalaysiaKini tadi. Baca sini; PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa
Rasa seperti ada yang tidak kena Menteri bernama Jamil ni. Kemudian pergi baca di Laman Utama Yayasan Taqwa, (Disini) , hendaklah tahu juga apa dia Yayasan Taqwa, hamba tidak tahu.

Baca punya baca, ceh, bukan takat Jerai mereka telah pergi, negeri-negeri lain pun mereka sudah pergi. Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, semua mereka sudah beri hadiah kepada warga miskin.

Cumanya, yang lebih nampak 'salah gunanya' apabila Jamil bawa duit zakat dan sumbangan ini turun ke tempat yang mungkin dia akan bertanding wakil rakyat.

Kira serupa isu lembu korban MB Selangorlah, Lembu dari Selangor, diberi kepada insan Kuala Lumpur.

Nampak gaya, ianya bukanlah kes yang menuju kepada memakan duit zakat. Ianya adalah kes dimana kita hendak memberitahu kepada fakir miskin yang menerima sumbangan itu, ianya bukan datang dari umno. Mungkin itu PAS WP yang ingin ketengahkan. Semua sumbangan adalah mem…

DR. HASSAN ALI SUDAH MULA LANGKAH.

Imej
Hari ini kecoh dalam akhbar dan juga online perihal JATI. Ianya tiada kena mengena dengan perabot atau tiada kena mengena dengan industri balak. Tetapi maksud jati di sini adalah NGO Islam yang hendak ditubuhkan oleh Dr. Hassan Ali sebagai medan 'berperang'nya menentang musuhnya.


Serangan Dr. Hassan Ali semalam di Shah Alam seksyen 17, tidak lain dan tidak bukan adalah seteru lamanya dalam PAS, YDP Shah Alam. Yang jelas dan nyata, itulah serangan utama dibuat Dr. Hassan Ali semasa ceramahnya semalam. Khalid Samad ditubi-tubi dibelasah oleh Dr. Hassan Ali.

Belasahlah Dr. Hassan Ali, belasah. Anda sudah bukan ahli PAS. Adalah hak anda untuk membelasah YDP Shah Alam itu sehingga lunyai dan sehingga ke peringkat kalah dalam PRU 13 nanti. Desakan agar jangan mengundi Khalid Samad sudah digemakan oleh Dr. Hassan Ali.

Namun persoalannya, adakah pengundi akan dizombikan pemikiran oleh Dr. Hassan Ali agar jangan beri undi walau satupun kepada Khalid Samad? Jawapannya semestinya tidak, …

PRU 13; BN DAN PR AKAN KALAH, KUASA KETIGA MENANG.

Ada orang kata, kuasa ketiga adalah kuasa penentu bagi kekalahan BN atau PR. (baca sini, sini dan sini )

Ada juga orang kata, golongan atas pagar juga adalah penentu pada PRU13 nanti. (tengok sini , baca sini)

Ada orang kata, nisbah pengundi sekarang adalah 30:40:30. 30% BN, 40% atas pagar, 30% PR. (baca sini)

Pengundi atas pagar. Siapa mereka ini? Manusia yang tidak endah politikkah? Manusia lalangkah? Manusia tiada pendiriankah? Atau manusia mementing diri? Jawapannya, semua diatas mungkin jadi betul, mungkin jadi tidak betul. Jawapannya adalah subjektif, dan perlu dijawab mengikut golongan.

Orang atas pagar juga ada golongan yang tertentu. Ada golongan atas pagar yang miskin. Ada golongan atas pagar pengundi muda, ada golongan atas pagar opurtunis, ada golongan atas pagar kerana prinsip dan ada juga yang atas pagar kerana tidak kisah apa jadi pada negara, asal dia hidup senang. Dan semua mereka ini adalah 40% dari pengundi PRU13 nanti.

Dalam banyak-banyak golongan, golongan belia (…