YAYASAN TAQWA DAN JAMIL KHIR; JGN BANTAI KUAT2 SGT, BYK LAGI ISU LAIN.

Hamba baca berita di MalaysiaKini tadi. Baca sini; PAS dakwa menteri salah guna dana Yayasan Taqwa
Rasa seperti ada yang tidak kena Menteri bernama Jamil ni. Kemudian pergi baca di Laman Utama Yayasan Taqwa, (Disini) , hendaklah tahu juga apa dia Yayasan Taqwa, hamba tidak tahu.

Baca punya baca, ceh, bukan takat Jerai mereka telah pergi, negeri-negeri lain pun mereka sudah pergi. Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, semua mereka sudah beri hadiah kepada warga miskin.

Cumanya, yang lebih nampak 'salah gunanya' apabila Jamil bawa duit zakat dan sumbangan ini turun ke tempat yang mungkin dia akan bertanding wakil rakyat.

Kira serupa isu lembu korban MB Selangorlah, Lembu dari Selangor, diberi kepada insan Kuala Lumpur.

Nampak gaya, ianya bukanlah kes yang menuju kepada memakan duit zakat. Ianya adalah kes dimana kita hendak memberitahu kepada fakir miskin yang menerima sumbangan itu, ianya bukan datang dari umno. Mungkin itu PAS WP yang ingin ketengahkan. Semua sumbangan adalah memang hak mereka untuk diterima kerana ianya adalah duit zakat dan derma dari umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Kiranya, ahli politik telah menggunakan duit zakat untuk kepentingan mereka. Dapat sumbangan, jangan lupa undi aku.

Kesimpulannya, apa-apa pun, yang paling utama, orang miskin dapat bantuan. Dan yang jaga harta Baitulmal tu, jangan makan duit haram. Neraka itu celaka.....

Ulasan

CeritaSebenar berkata…
Salam tuan, maaf, saya bukan memihak kepada mana mana pihak, tetapi politik hari ini adalah game of perception.

Dan malang apabila pengundi pengundi Malaysia memang cepat menerima persepsi buruk dalam sesuatu isu.

Dalam kes ini, kalau kita rujuk pada objektif dan program Yayasan taqwa, memamng ia bertujuan memberi bantuan di luar Wilayah persekutuan, kerana di Wilayah persekutuan sudah ada Baitulmal, nanati bertembung dan konflik pula.

Jadi apabila ditimbulkan persepsi sebegitu banyak wang di bawa ke Jerai, maka imej pak Menteri telah berjaya dicalarkan.

Kenapa Malaysiakini tak cek berapa banyak duit zakat dibawa oleh wakil wakil pakatan ke kawasan masing masing ?
chor berkata…
Salam singgah.

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?