Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

HARAM TETAP HARAM WAHAI MANUSIA.

Akal adalah satu anugerah Allah kepada setiap manusia. Tanpa akal, maka manusia akan menjadi seperti haiwan. Manusia dapat membina tamadun kerana wujudnya akal di dalam kepala manusia. Namun, jika manusia hanya semata-mata hidup berlandaskan kepada akal, maka taraf manusia itu akan menjadi lebih teruk daripada haiwan. Allah telah menjadikan kebanyakan manusia, apabila peristiwa kehidupan yang dilaluinya itu adalah berulang-ulang, maka manusia itu akan menjadikan peristiwa hidup yang berulang-ulang itu menjadi kebiasaan baginya. Misal contoh, Ahmad sentiasa menghantar dan membawa pulang anaknya dari sekolah melalui jalan pintas setiap hari dari Isnin ke Jumaat selama anaknya dari darjah satu sehingga anaknya sekarang darjah tiga, maka akal Ahmad akan menjadi terbiasa dengan jalan pintas itu. Sehinggakan jika Ahmad menutup matanya pun, beliau mampu untuk membawa anaknya ke sekolah dan juga sehinggakan, akibat kebiasaannya Ahmad melalui jalan itu, maka akalnya akan sedaya upaya memberit

ALHAMDULILLAH, MENANG JUGA ANWAR.

Imej
Pinggang hamba masih sakit. Sudah 2 hari MC. Semalam menunggu keputusan di dalam rumah sahaja. Hendak berjalan pun tidak boleh. Terpaksa merangkak. Di rumah tiada talian 'internet'. Terpaksalah mengharapkan sms Adil dan rakan-rakan PKR yang berada di permatang pauh untuk mendapat berita terkini. Terus terang hamba kata, perasaan takut tiada ketika menunggu keputusan PRK ini. Rasa yakin betul untuk Anwar menang terlalu tebal. Bukan 'over confident', tetapi mustahil yang amat untuk Anwar kalah di permatang pauh, sungguh. Abang hamba tidak putus-putus sms dari Bahrain, tanya cerita PRK. Jenuh juga menjawabnya. Lepas dapat keputusan rasmi, terus senyap. Kira abang hamba dah bertenanglah tu. Abang hamba, yang kuat reformasi, tetapi mempunyai keahlian UMNO, PAS dan KeAdilan. Tiga-tiga ada. Cuma DAP kami adik-beradik cukup benci. Bukan benci pada orangnya, tetapi benci pada ideologi mereka yang bermusuh kepada negara Islam serupa sama dengan BN. Namun, ketika mengundi di Seg

HAMBA KEMBALI DARI BERCUTI.

Imej
Pada ketika ini, hamba sedang dalam keadaan sakit pinggang akibat kerap mendukung anak hamba yang dalam keadaan demam dan selesema. Kedua-dua anak hamba dalam keadaan demam dan selesema apabila baru kembali dari kampung isteri hamba, batu enam. Seminggu sudah hamba rasa hamba telah 'mengabaikan' blog hamba. Baik blog peribadi hamba dan juga blog pemuda rasa, sudah lama ianya tidak diupdate. Hamba ke Terengganu tidak membawa lap-top, sebab itu hamba tidak meng'update' blog hamba. Maklumlah, hamba pergi ke sana naik firefly. Kapalterbang murah. Pergi balik 4 orang, 2 dewasa dan 2 'infant' RM407.00 sahaja. Jika balik ke batu enam dengan kereta hamba, atas jalan sahaja sudah lebur RM500.00. Sudahlah mahal, letih memandu 5-6 jam pula, baik naik firefly. Dari subang terus ke Kuala Terengganu, tidak perlu ke KLIA. Dalam 'flight' tidak sampai pun 1 jam, 45 minit sahaja. Di batu enam, jam 8 pagi, akan datang seorang penjual sarapan atas motor kami gelarnya pok

HAMBA LARI DARI JEMAAH KE?

Imej
(Nurul Iman, muslimat yang comel dan ligat) (Nur Jannah, muslimat yang cute dan ketua ligat kepada adiknya) "Pergi tak esok? Haji dah ajak semalam pergi ke Permatang Pauh? Mu dok gi ke?" tanya kawan hamba kepada hamba pada hari Jumaat lepas. Hamba menjawab, " Malas la pegi, buat apa pegi, bukannya hamba yang bertanding." jawab hamba berseloroh. Sebenarnya, jawapan hamba yang tersirat ialah, maaflah, duit tidak kecapaian untuk pergi, jika ada 'sponsor', boleh gak,... he, he. Ini perkara serius, bulan ini, hamba memang kesempitan. Maklumlah, duit disimpan kerana hendak balik batu enam, cuti sekolah le katakan. Jika ke permatang pauh, maksudnya, susu-susu dan 'pampers' anak siapa hendak membayarnya? Cadangan asal hendak ke Ipoh sabtu lepas, juga tidak kecapaian kewangannya, kemudian rakan-rakan mengajak ke Permatang Pauh, lagilah tidak kecapaian kewangannya. Akhirnya balik kampung di KL, rumah ibu hamba. Fikir-fikir balik, mungkin ini ujian Allah

PERGI KENDURI AKHIRNYA SISWA-SISWI UiTM.

Baju hitam belaka. Itulah apa yang hamba perasan apabila melihat adik-adik mahasiawa UiTM berdemo di depan bangunan SUK Selangor di Shah Alam. Baju 'sponsor' ke? Mungkin tidak, kerana bajunya tidak serupa antara satu sama lain. Seperti baju Hell's Engine le, semuanya hitam belaka. Hamba berasa terkejut dan sedikit gembira melihat para mahasiswa dengan 'berani' berdemo membantah sesuatu apa yang tidak dipersetujuinya. Adalah juga kepimpinan pelajar yang boleh ke depan untuk menyatakan pandangan walaupun adanya akta AUKU. Hamba penyokong tegar PAS, dan penyokong kuat kepada Pakatan Rakyat. Oleh itu, jika kita sebagai ahli kepada PR, maka tidak masuk akal jika kita melatah dengan gelagat para mahasiswa berdemo dan menjerit-jerit di tengah-tengah jalanraya kerana inilah impian PR, ingin melihat mahasiswa yang pro-aktif di dalam perkara-perkara berkaitan masyarakat, politik dan isu-isu diluar dari tembok menara gading. Hamba berharap agar para mahasiswa, bermula dari

UiTM UNTUK SEMUA?

Imej
Hamba tidak biasa menyebut UiTM, kerana semasa hamba belajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dahulu, ianya dipanggil ITM. Hamba juga sudah terbiasa dangan warna hijau dan kuning dan tidak biasa dengan warna ungu pada lambang institut. Bebudak enjin dah tidak melepak di menara ke mengurat adik-adik SS? Mungkin tidak kerana kesemua fakulti kejuruteraan telah pindah ke menara berkembarnya. (lambang ini adalah lambang UiTM, bukan ITM ye) Hell's engine, wujud lagikah pertubuhan haram ini di ITM, eh silap, UiTM. Hal Ehwal Laki-laki Sahaja. Itulah singkatan pada ayat Hell's itu, bukan neraka ye, jangan salah faham. Budak-budak ADASI ada lagi ke? Atau ADASI telah dihapuskan oleh para-para pengajar neo-sekular. Amalan Didikan Asas Islam jika tidak salah hamba maksud penuh ADASI ini. Ingat lagi, semasa minggu orientasi, hari terakhir akan ada satu ujian tentang Islam untuk pelajar-pelajar Islam. Ujiannya senang, baca doa Qunut. Siapa tidak lepas, wajib mengambil subjek ko-kurikulum ADA

YB Zul kena tangkap? Mengapa?

Imej
(YB Zulkifli Noordin yang amat istiqomah menentang peguam-peguam yang cukup kurang ajar dengan Islam) Dengar cerita, YB Zulkifli Noordin kena tangkap, betul ke? Harap tidak betul. Sehingga jam 6.17 ptg, 11 Ogos, masih hamba tidak dapat berita terkini tentang YB Zul. Ke manakah beliau? Mustahil YB di'ISA'kan. Atas kesalahan apa yang dilakukan YB? Takkan Majlis Peguam cap ayam punya hal, beliau pula ditahan. Atau ianya ada kaitan beliau menyebut berkenaan dengan pemilihan bulan Oktober ini? Ya, mungkin juga. Beliau secara lantang hendak mengubah para-para pemerintah di dalam Majlis Peguam yang cap ayam itu. Mungkin juga. Musykil, musykil,...... Apa-apa pun, diharap YB Zul di dalam keadaan sihat dan aman walau di mana beliau berada. InsyaAllah.

ANWAR HENDAK BERMUQABALAH?

Lepas solat Jumaat, hamba membuka KLpos, akhbar internet yang mengaku suara kepada umat melayu. Sebuah tajuk " Anwar tidak berganjak untuk bela Melayu " membuat hamba terfikir tujuh lapan kali apabila membacanya. Salah satu perenggan ada disebut di dalam tajuk itu berbunyi seperti di bawah; "Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah bermusuh atau membenci Umno tetapi akan sentiasa mahu mendekati Umno dengan mengajak para pemimpinnya berma'aruf untuk permuafakatan bangsa Melayu." Sekali baca seperti Anwar mahu bermuqabalah dengan UMNO. Dua kali baca pula seperti Anwar mahu bermuzakarah dengan UMNO. Tiga kali baca seperti Anwar bersetuju untuk berbincang-bincang dengan UMNO untuk kebaikan orang Melayu. Jika dibaca berulang-ulang kali pula seperti Anwar pun bersetuju kepada sebahagian rakan PAS beliau yang ada sudah 3 kali ber'muzakarah' dengan kepimpinan UMNO untuk kebaikan Islam dan Melayu. Menarik juga

MACAM-MACAM ADA.

Imej
7 Sya'ban yang pelik. Macam-macam ada. Cerita kena dakwa ada. Cerita kena tangkap ada. Cerita kelam kabut pun ada. Apa kata hamba ulas satu per satu cerita-cerita yang pelik-pelik ini. Satu : Cerita kena dakwa. Insan yang dikenali ramai, telah didakwa di mahkamah kerana kononnya, telah melakukan seks luar tabie secara kaum luth. Maka penuhlah cerita-cerita di media dunia yang nyata dan dunia yang maya. Berbagai-bagai versi cerita telah dihidangkan untuk tatapan kita rakyat Malaysia untuk dipening-pening lalatkan. Insan dikenali ramai dituduh melakukan perkara seangkatan kaum luth. Tapi yang peliknya, tiada pula dakwaan merogol luar tabie. Jika bukan rogol, mengapa pasangan yang lagi satu tidak didakwa? Pelik, pelik,..... Kedua : Cerita kena tangkap. Ada seorang rakan blog, yang benci-benci muzakarah-maqabalah, tiba-tiba kena cekup polis. Tiada dakwaan, tiada waran tangkap. Tiba-tiba kena cekup. Kesian rakan blog ini. Sudahlah isteri dan anak-anak tinggal ketakutan di rumah, dakwa