Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

BARU AKU TAHU, OKU TAK LAYAK JADI ADUN!!

Imej
Hari ini, baru saya tahu, orang OKU tak layak jadi wakil rakyat di Malaysia ini, kerana mereka ini pekak atau buta atau bisu. Sesiapa dirinya itu dikategorikan sebagai OKU, jangan mimpilah korang hendak menjadi pemimpin negara atau ahli Parlimen dan DUN. Cap Ayam. Benda ini bukan saya yang cakap. Tapi Pak Brahim Ali yang cakap. Ye la. Mamat Kelantan tu. Yang kalah dengan anak Nik Aziz tu masa PRU13 dahulu. Dia kata, OKU tak layak jadi ahli DUN. Gini kata dia; "Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat." Nak lagi detail, cuba baca sini . Inilah dia, perangai orang otak cap ayam. Bila berkata, pakai sebut sahaja. Kot ye pun menyampah dengan kenaikan elaun ahli DUN Selangor, termasuk eksekutifnya, seperti saya juga yang menyampah tengok berita itu, janganlah menghina OKU pula. Yang sebenarnya, Pak Brahim Ali tu yang OKU. Akal bawah tempurung lutut!!

GILA PUNYA CERITA; SOGOKAN WANG DALAM KES PULAU BATU PUTEH.

Yang ni korang kena baca. Gila punya cerita..... Bekas pengarah CID dedah sogokan wang dalam kes Pulau Batu Puteh Bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini mendedahkan wujud sogokan wang yang menyebabkan kekalahan Malaysia dalam kes Pulau Batu Puteh pada tahun 2007. Pendedahan tersebut telah dilakukan dalam bentuk Akuan Bersumpah (SD) setebal 31 muka surat, yang telah juga dihantar Pejabat Perdana Menteri 9 Oktober lalu. "Dalam surat iringan kepada Perdana Menteri, saya merayu beliau untuk memfokuskan perhatian kepada perenggan 54 (e),(f) dan (g) SD tersebut, yang melibatkan maklumat mustahak, berkaitan salahlaku Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail, ketika mengendalikan kes Pulau Batu Puteh. "Turut dimuatkan ialah maklumat menyatakan bahawa terdapat wang dalam amaun yang besar, telah bertukar tangan dan dipindahkan kedalam sebuah akaun di-Hong Kong," kata Mat Zain dalam satu kenyataan yang ditandatanganinya h

PAS JANGAN BERDIAM DIRI ISU SYARIAT ISLAM

Imej
Saya nak dia ni jadi AJK tambahan PAS Pusat.... Hukum Islam: PAS tidak perlu berdiam diri Nov 23, 2013 Anis Nazri SHAH ALAM: PAS dicadang untuk segera mewujudkan portfolio penting bagi memperkasakan dakwah, selain meremajakan badan pemikir PAS, iaitu Pusat Penyelidikan PAS Pusat. Cadangan tersebut dikemukakan perwakilan Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohammad ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini. Tegas Kamaruzaman, PAS sebagai sebuah gerakan massa yang memperjuangkan hukum Islam tidak perlu berdiam diri dalam soal memperkasakan hukum Islam yang menjadi perjuangan PAS selama ini. "Suara kita makin kendur, sehingga ada yang mengatakan sudah dekat pilihan raya jangan sebut tentang hukum hudud kerana bimbang orang Cina tidak memberi undi. "Namun, UMCedel pada 2002 telah membuat kajian mengatakan pen

PEMUDA PAS DAH ANTI KEPIMPINAN ULAMA?

Lama sudah saya tidak bergejuis. Kerana apa lama tidak bergejuis? Maka jawapannya adalah, semestinya malas buka laptop. Tetapi, hari ini saya rajin buka laptop. Kerana apa saya rajin buka laptop? Kerana semalam, saya baca dalam smartphone saya, berkenaan usul "mempertahankan ulama" ditolak oleh Pemuda PAS Pusat. Baca sini . Semalam, tajuk pada artikel itu sungguh mendebarkan, di harakhadaily, yang bertajuk "Usul Mempertahankan Ulama ditolak DPPM". Pergh,.... memang terbeliak mata saya melihat tajuk. Manakan tidaknya, dibawah tajuk artikel itu, ada satu tajuk lain, berbunyi "Usul Tahaluf Siasi diterima sebulat suara". Tetapi, subuh ini, tajuk artikel di harakhadaily dah ditukar, kepada "Usul Pemuda Gombak ditolak, langgar perlembagaan". Apa yang memusykilkan saya ialah bukannya kerana usul itu ditolak, tetapi kerana apa usul itu ditolak. Saya dapati, dari apa yang disebut dalam harakahdaily, usuk itu ditolak kerana ianya tiada dalam perl

SAYA SOKONG SPPBS!!

Ramai manusia yang merungut tentang PBS. Bukan Parti Bersatu Sabah ye, tetapi Penilaian berasaskan Sekolah. Yang marah-marah ini, ada yang ibu dan ayah kepada anak yang bersekolah, ada cikgu-cikgu yang mengajar disekolah, dan ada juga ahli politician yang mungkin ikhlas mahu melihat anak-anak Malaysia menjadi seorang manusia yang terdidik. Apa yang membuat mereka marah-marah, yang pastinya ada berbeda-beda, dari segi siapakah yang tidak bersetuju itu. Jika ibubapa, mereka tidak bersetuju kerana tidak faham, apa itu PBS itu sendiri. Itu yang majoritinya. Untuk guru, yang mereka tidak bersetuju adalah kerana, sistem internet yang lembab. Itu memang wujud dan memang itulah punca masalah yang menyebabkan ahli politician pun masuk campur akan hal ini. Tetapi, ada tidak manusia yang tidak bersetuju itu kerana sistem PBS ini adalah sistem yang tidak mempunyai peperiksaan? Ada tidak rakyat Malaysia, yang menentang PBS ini adalah kerana, jika tiada periksa, bagaimana mahu menilai

NIK AMAR FOR TIMB PRESIDEN PAS!!

Imej
Hari ini aku nak berkempen untuk calon Timbalan Presiden. Kerana apa? Sebab aku tengok, blogger2 PR dah jadi gila berkempen untuk abang Mat, dan dalam masa yang sama mengutuk Nik Amar. Ini tidak elok nih..... Maka, saya copy pastekan artiekl yang menarik ini oleh Roslam SMS untuk dibuat bahan kempen. Ustaz Nik Amar - Timbalan Presiden (11/11/13) Monday, November 11, 2013 (posting ini adalah pandangan saya ebagai kempen jawatan Timbalan Presiden PAS, saya mengharap ianya tidak bertentangan dengan garsi panduan yang telah ditetapkan oleh PAS) Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menjadi rebutan dalam muktamar PAS tahun ini setelah jawatan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh penyandangnya Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang. Jawatan Timbalan Presiden adalah jawatan kedua terpenting dalam PAS. Sebagaimana parti dan gerakan lain, peranan Timbalan adalah menyokong dan membantu orang nombor satu dan kiranya sesuatu berlaku ke atas batang tubuh orang nombor satu ma

MALAYSIA DIAMBANG GILA.

Imej
Baca bawah ni. Ada cerita yang gila sikit berlaku di Malaysia sekarang..... KETUA POLIS NEGARA MENDEDAHKAN LELAKI INDONESIA BERNIAGA MYKAD PALSU Berikut wajah pendatang tanpa izin, PATI, Arshanikum Endeyn berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia. Dia juga pernah bertugas sebagai pengawal keselamatan HARAM di negara kita. Sehingga kini tiada pihak berkuasa mampu membuktikan MyKad itu miliknya. MyKad palsu digunakannya untuk mendaftar menjadi ahli RELA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Saya masih sabar menunggu penjelasan rasmi Ibu Pejabat RELA Malaysia berhubung status keahlian Arshanikum kerana semalam pihak terbabit sedang menyiasat identitinya melalui alamat sewaktu dia mendaftarkan diri sebagai ahli RELA.  Saya juga telah memohon, RELA merujuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk tujuan pengesahan. Bagaimanapun, kita semua telah mengetahui lelaki di gambar kad keahlian RELA itu BUKAN pemilik MyKad tercatat secara jelas di kad.  Hasil usaha sumb

ABANG MAT AKAN KALAH SEBAB SYIAH!

Apa dasyat punya tajuk posting saya kali ini. Biar betul, Mat Sabu akan kalah sebab dia Syiah. Tidak. Tidak. Tajuk diatas hanya untuk mengundang kalian semua untuk membaca artikel saya ini. Tajuk diatas adalah untuk kalian menjenguk blog saya. Tajuk diatas tiada kena mengena dengan Mat Sabu. Cumanya, ianya ada kaitan dengan perangai kita, yang akan membaca berita-berita sensasi, yang separa betul, yang tipu, yang gosip, yang mengarut. Kalian semua jarang akan membaca perkara-perkara yang ilmiah. Yang berakhlak, yang menuju kepada kebenaran, walau pahit ditelan. Inilah kita, didunia politik yang cintakan gosip dan glamer. Maaf abang Mat. Saya tidak menuduh abang Mat Syiah, hanya hendak mendidik pembaca blog, agar berfikir diluar kotak jika menerima sesuatu berita dari para blogger...... Dan kepada mereka yang suka bergejuis. Jika abang Mat menang ke, atau Dato Nik Amar ke yang menang. PAS tetap akan sama. Memperjuangkan Islam tertegak dibumi Allah ini.

KARPAL SINGH BODOH.

Karpal Singh bodoh. Lepas baca ini; Saya tidak menyeru PAS dibatal pendaftaran – Karpal Ternyata Karpal Singh bodoh. Dan penipu. Saya kata bodoh sebab dia tidak boleh membezakan antara kaum dengan agama. Apa hubungkait perjuangan PAS yang berlandaskan Islam, dengan DHPP? Benar, saya telah menyatakan bahawa parti politik dan badan profesional berdasarkan kaum yang malang sekali termasuklah PAS, sepatutnya membuka pintu kepada kaum lain; akan tetapi saya lekas menambah bahawa PAS telah pun memperakui keperluan berbilang kaum dengan mewujudkan sayap penyokong bukan bergama Islam. Apa kaitnya bukan Islam dengan perkauman? Jika PAS tiada DHPP. Maka adakah Karpal Singh akan menganggap, PAS adalah sebuah parti perkauman? Diulang sekali lagi, apa kena mengena kaum dengan Islam. Katanya, Karpal menjelaskan kepadanya bahawa kenyataan itu menekankan bahawa badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan, demi kepentingan perp

USTAZ-USTAZKU TAKNAK JADI PEMIMPIN?

Imej
Hari ini, saya dapat dua cerita yang sama tetapi sedikit berbeza. Ianya berkenaan dengan ustza-ustaz yang tidak mahu memegang jawatan besar dalam jawatan hierarki pentadbiran PAS. Satunya, seperti semua yang diketahui, Tuan Ibrahim tidak mahu dirinya menjadi Timbalan Presiden PAS. Beliau hanya mahu menjadi Naib Presiden sahaja. Keduanya, mungkin ramai yang tidak mengetahui, Ustaz Idris Ahmad tidak mahu dirinya menjadi Naib Presiden PAS, hanya mahu menjadi AJK PAS Pusat. 2 cerita dimana menunjukkan kredibiliti insan bergelar ustaz yang cukup mengerti apakah yang dimaksudkan dengan memegang jawatan. Ianya satu amanah. Ianya bukan satu kebanggaan. Tetapi, dalam hati sanubari saya, perasaan kecewa itu tetap ada, kerana insan yang mempunyai karektor yang baik, bersih, dan terkehadapan dengan masyarakat, mengundurkan diri tidak mahu bertanding apabila telah di'amanah'kan oleh perwakilan dari Kawasan. Namun, bagi saya, melihat dari kacamata politician, ianya sebenarn

MULUT DAP MEMANG UTK BUAT PAS SENTIASA NOMBOR TIGA DALAM PR.

Hari ini, saya nak balon DAP. Terutama, dua malaon bernama Karpal, dan seorang lagi Lim. Dua-dua orang ini memang jenis cap ayam to the extreme of monkey. Sebelum apa-apa, cuba korang baca ni dulu;   PAS: Karpal tak harus cakap ikut sedap hati saja Ini saya petik dari MalaysiaKini. Sebuah portal berita yang mendokong liberalisme. Kemudian baca yang ini pula; Karpal mahu PAS dibatal hanya putar belit Yang ini saya petik dari harakahdaily, portal berita dari jemaah Islam PAS. Pada sesiapa yang malas klik link di atas, meh baca dibawah ini; KUALA LUMPUR: “Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan,” jelas Lim Kit Siang dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam tadi. Justeru, Ketua Parlimen DAP itu meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat. Berikut kenyataan beliau. Semua orang mesti berjaga-jaga memandangk

WOI umno!! DAH KALAH TU, KALAH JE LAAA!!

umno!! Dah kalah tu, kalah je laa..... Kah Kah Kah Kah!! Bila lagi aku nak gelak orang kalah yang tak ngaku kalah ni. Masa ini lah. Kah! Kah! Kah! Kah! Seronoknya saya melihat gelagat pepuak umno apabila mereka kalah dengan undi 1084 undi. Saya lebih seronok jika PAS menang 1 undi sahaja. Pasti pepuak umno akan gila meroyan. "Lagi satu undi jeee lagiii." Ha ha ha..... Hari ini saya hendak menjadi budak jahat sikit. Bukannya apa. Melihat gelagat cap nangka pepuak umno yang tak reti-reti hendak menerima kekalahan yang memalukan. Kalah dengan orang kampung walau dah rasuah duit berjuta-juta ringgit. Tapi tetap kalah. Kemudian tak mengaku kalah dengan kata mereka telah 'menang' sebab undi majoriti PAS merosot. Kah! Kah! Kah! Kah! wei umno!! Dah kalah tu, kalah je laaaaa...... Janganlah pulak nak ungkit ada pengundi hantu dalam sekolah pondok. nanti yang terbongkar, satu Malaysia ada pengundi hantu.... Kah! Kah! Kah! Bodo punya anak Mahathir.

PRK N20; ANALISIS AWAL. PAS MENANG DALAM KALAH... YE KE?

Imej
PAS menang dalam PRK DUN Sungai Limau. Alhamdulillah. Namun majoriti kemenangan turun. Itu perkara yang telah diduga. Dari kemenangan majoriti 2774, ianya menurun 1084. Sebanyak 1690 kekurangan. Tetapi yang benarnya, undi PAS merosot 1,225. Manakala BN meningkat sebanyak 465 undi. Begitu juga UPU. Dari kemenangan 13 UPU semasa PRU13 dahulu, untuk PRK ini, PAS hanya menang 9 UPU. Lagi 10, kalah. 4 UPU telah gugur syahid ditangan musuh. UPU tersebut adalah; 1) Kabu Sepuloh 2) Sedaka 3) Padang Lumat 4) Kampong Titi Batu Empat UPU ini, JPrU PAS DUN Sungai Limau perlu bekerja keras agar pada piihanraya akan datang, UPU ini akan kembali dimenangi oleh PAS. Banyak lagi masa untuk JPrU hendak membuat kerja. Masih ada 4-5 tahun untuk menunjukkan PAS ini adalah parti Islam yang boleh memerintah. Perkara yang paling penting selepas ini, PAS wajib menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS Kedah telah kembali bersatu hati dan tenaga untuk kembali merampas Kedah daripada BN. PAS mesti menu

KEPUTUSAN TERKINI PRK DUN SUNGAI LIMAU (RASMI: PAS MENANG!!)

Sesiapa yang sedang menyambut tahun baru itu, meh la baca ni sekali; (sila reload utk mengetahui yg terkini) RASMI : PAS MENANG DENGAN MAJORITI 1084 UNDI.  TAKBIR ALLAHUAKBAR!!!!!! Mengikut UPU: Habis kira; Matang Buloh = 215 (PAS) Sungai Dedap = 459 (PAS) Gelam Tiga = 244 (PAS) Bukit Choras = 554 (PAS) Bukit Besar = 1113 (PAS) Simpang Tiga Luar = 164 (PAS) Simpang Tiga = -397 (BN) Selengkoh = -133 (BN) Kabu Sepuloh = -106 (BN) - Dulu PAS Menang UPU ini. Sungai Kering = -154 (BN) Sedaka = -16 (BN) - Dulu PAS Menang UPU ini. Ulu Sedaka = 248 (PAS) Padang Lumat = -27 (BN) - Dulu PAS Menang UPU ini. Batu Enam Belas = 59 (PAS) Dulang Kechil = -509 (BN) Dulang Besar = -193 (BN Masih kira: Sungai Daun = -201 (BN) Sungai Limau = 44 (PAS) Kampong Titi Batu = -163 (BN) - Dulu PAS Menang UPU ini. UPU dimenangi (tak rasmi) PAS = 9 BN = 10 8:05pm PAS = 12,043 BN = 10,842 rosak 99 majoriti = 1201 7.35pm PAS menang di DUN Sg Limau dengan majoriti kira-ki

CARA BAGAIMANA NAK TAHU KEPUTUSAN AWAL PRK SUNGAI LIMAU.

Boleh atau tidak kita mendapat keputusan awal penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi oleh SPR dibuat? Eh? Apa kes tiba-tiba saya bertanya soalan demikian? Macam ada pilihanraya pula berlangsung hari ini. Dan. Sememangnya, pada ketika ini, berlangsungnya PRK DUN Sungai Limau. Sebab itu saya tanya soalan demikian. Jadi, berbalik kepada soalan tadi, boleh atau tidak, kita mendapatkan keputusan awal penjumlahan undi sebelum keputusan rasmi daripada SPR dibuat? Jawapannya,.... Boleh. Memang boleh. Dan ianya tidak lari jauh daripada keputusan rasmi nanti. Kenapa boleh? Jawabnya ialah kerana PACA ada memegang borang 14. Borang 14 tu apa? Jika nak tahu borang 14 tu apa, baik korang semua baca artikel yang ini dulu; Artikel borang 14 Menjadi opus operandi PAS, setelah habis mengiraan undi di saluran masing-masing, borang 14 yang akan diambil daripada KTM @ ketua tempat mengundi (dengan apa cara sekalipun) akan dikumpulkan di markas utama. Maka, pada sesiapa yang tidak sabo