Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

ARAB JAHILIAH PUN BENARKAN NABI MENUNAIKAN HAJI, TAPI INI MELAYU?

Malampau betul. Masih ramai manusia yang berhati syaitan berada di dalam diri orang-orang Melayu ini. Hamba tidak faham, mengapa ada manusia, yang suka sangat membuat kerja bohong fitnah, mengata bermacam-macam, terhadap seorang insan yang terang-terangan baik dan zuhud hanya kerana orang yang baik itu adalah orang PAS, bukan umno? Hari ini adalah hari dalam sejarah hamba melihat keburukan media massa umno, membuat kerja tidak siuman, mencela insan yang tidak patut dicela sehingga insan itu membatalkan niatnya untuk melaksanakan rukun Islam kelima. Melampau betul. Tok Guru Nik Abdul Aziz, seorang ulama tersohor, dengan sifat zuhud, rendah diri, iman yang teguh, lemah lembut, sanggup ada orang melayu yang mengatakan tok guru menerima rasuah haji. Celaka sungguh melayu itu! Hamba berharap, manusia melayu yang bertanggungjawab terhadap fitnah busuk yang terlalu najis ini terhadap tok guru Nik Aziz akan ditimpa musibah yang berlipat kali ganda terhadap mereka dunia dan akhirat. Kafir

TERINGAT MENUNAIKAN UMRAH DAHULU, 1425 HIJRAH.

Imej
Gambar Masjidil Haram yang hamba sempat ambil di dalam van untuk ke Tanaim melakukan umrah yang entah keberapa entah...... lupa....... Gambar Masjidil Haram dari jendela hotel hamba. Rasanya hotel ini sudah tiada. Mesti sudah dirobohkan, wallahualam . Gambar Masjid Nabawi dari tingkap atas hotel hamba menginap. 1425 Hijrah, adalah satu detik bersejarah bagi hamba kerana pada tahun itu, di bulan rejab, hamba telah pergi menunaikan umrah. Umur hamba ketika itu 28 tahun, status perkahwinan masih bujang lagi. Solo. Duit sedang berisi di dalam bank. Hamba pergi menunaikan umrah secara solo, tidak berteman. Maksudnya hamba pergi seorang diri di dalam kelompok jemaah umrah yang di dalamnya semuanya ada berpasangan. Kurusnya hamba ketika ini : Kawasan bukit uhud tak silap hamba. Seronok dan bebas. Lebih menyeronokkan ialah, Ustaz membimbing kumpulan umrah ini adalah ustaz Taib Azamuddin. Lebih menyeronokkan 2 kali ganda ialah di Madinah, hamba dapat duduk sebilik dengan Ustaz

TERJUMPA GAMBAR DATO SERI ANWAR MASA DULU2 KALA.

Imej
Sedang buat kerja depan komputer, tiba-tiba terperasan gambar lama hari raya tahun 1425 Hijrah. Hamba masa tu baru kembali dari mengerjakan umrah pada bulan Rejab-Syaaban. Bersama dengan Ustaz Taib Azamuddin (Nanti hamba cerita). Jika ketua pembangkang kita ada ter'blog' ke sini, yang kebarangkaiannya adalah 1 dari 6 bilion, mesti Dato Seri akan terkenang-kenang rumah lamanya di Bukit Damansara, yang sekarang ini telah dirobohkan dan dibina 2 rumah banglow besar setelah dibeli oleh seorang pak Arab daripada Dato Seri. Ni gambar masa tahun 1425 Hijrah ni. Raya tahun masehi 2004. Anwar baru je keluar dari penjara, Tan Sri Khalid (baju biru) masih belum masuk PKR lagi. Malam raya itu, takbir rumah pertama adalah di rumah Anwar Ibrahim. Rumah lama dia...... Abang hamba, anak buah hamba, dengan Anwar Ibrahim. Dekat rumah Dato Seri, takbir raya. Kami sedang bertakbir raya di rumah Anwar. Belakang tu nampak Dato Seri tu. Yang depan berjubah tu Hj. Tunai. Orang kuat PAS.

SELAMAT HARI LAHIR IBU.....

Imej
Opah dengan cucunya, atau Ibu dengan anak-anak hamba. Hari ini 9/11. Esok 10/11. Hari ini Isnin, esok Selasa. Hari ini hamba di Rasa bekerja, esok di KL, juga bekerja. Tetapi apa yang sangat membezakan hari ini dan esok ialah, hari ini ibu hamba tiada apa-apa yang hendak disambut, tetapi esok adalah hari lahir ibu hamba. Selamat hari lahir ibu. Hari lahir yang ke ........ Tak leh bagitahu, orang kata golongan muslimat sensitif dengan umurnya, ye ke? Terima kasih ibu, dengan adanya ibu didunia ini, maka lahirlah hamba, dengan adanya kasih sayang ibu, maka inilah dia hamba yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Syurga adalah dibawah tapak kaki ibu. Memang itulah kenyataan. Maafkan anak ibu ini yang banyak berdosa dengan ibu. Maafkan andy ye...... Menantu ibu juga memohon maaf kepada ibu jika ada perkara yang mengguriskan hati ibu. Maafkan kami ibu. Hadiah hari lahir........ Doa seorang anak agar ibunya hidup bahagia dunia dan akhirat. Tiap kali solat wajib dan sunat, aka

TOK GURU PRESIDEN WAJIB PERLU KEMBALI TEGAS.

Imej
(Tok Guru Presiden Parti Islam SeMalaysia) Adakah betul PAS sekarang mempunyai 2 kumpulan di dalam satu jemaah? Adakah terdapat komplot yang sedang bermain kencang agar kepimpinan atasan PAS yang telah menang semasa Muktamar yang lepas digantikan dengan cara yang tidak berpelembagaan? Adakah benar ada satu kumpulan didalam jemaah PAS sengaja mahu menggunakan orang akademik untuk menjatuhkan kredibiliti kepimpinan PAS? Jika terdapat bukti yang kukuh dan jelas, maka pada pendapat peribadi hamba, Tok guru Presiden perlu kembali tegas seperti waktu dahulu didalam setiap tindakan beliau. Tok guru Presiden sekarang perlulah 'garang' terhadap anak-anaknya yang telah mula naik minyak dan berjinak-jinak dengan perangai nakal. 'Amanat Haji Hadi' perlulah kembali bersuara di dalam setiap tindakan Tok guru Presiden agar jemaah yang satu ini kembali menjadi satu. Setelah tangan ghaib atau 'think thank' PAS dahulu berjaya telah melembutkan Tok guru Presiden terhadap tind

YANG SELALU KENA TUDUH, TAK PERNAH BUAT HAL PUN.

Ada satu cerita, 3 kumpulan bergabung menjadi 1 entiti iaitu kumpulan a, b dan c menjadi entiti d. Hendak dijadikan cerita, kumpulan a ini, semenjak dua menjak ini, selalu dituduh ingin menikam belakang d. Selalu dikecam, dicemuh dilontar fitnah dan dipersepsikan orang bahawa kumpulan a ini adalah kumpulan yang akan keluar dari entiti d. Namun realitinya, esok-esok, keluar cerita, kumpulan b tikam belakang d, kumpulan c keluar dari d. Yang b dan c tikam belakang masuk bebas sokong e, yang satu lagi c keluar d kerana khinzir punya pasal namun masuk balik d kerana insaf kot. Jadi, apakah moralnya cerita ini. Mengapa a ini masih lagi dituduh bukan-bukan tetapi realitinya b dan c yang banyak buat hal. Jawapannya kerana wak-wak dogol duduk di rumah blok..... atau blog....... rasa seperti pandai, rasa macam pembela, rasa macam sayang, tapi sebenarnya wak-wak dogol ini adalah seperti beruang menampar nyamuk di muka tuannya. Kesiannnnn..................

ALONG HAMBA KERJA DI MEKKAH.

Abang hamba hari ini akan ke Dubai menjalankan tanggungjawab kerja barunya di sana. Kerja dia berkaitan dengan keretapi laju yang akan dibuat di antara Masjidil Haram dengan padang Arafah. Keretapi itu nanti akan digunakan khusus untuk kerja-kerja haji. InsyaAllah selepas musim haji nanti, abang hamba akan ke Jeddah bekerja di 'site' tanah haram. Ok le tu, boleh buat umrah tiap-tiap hari. Cumanya abang hamba ada bertanya, jika dia memasuki tanah haram tiap-tiap hari, kerana kerja dan kerana rumahnya dan juga pejabatnya di Jeddah, maka adakah beliau perlu tiap kali kena melaksanakan tawaf selamat datang di dalam masjidil haram? Rasa seronok melihat abang sulong hamba dapat bekerja di tanah haram. Siapa yang tidak mahu ke sana. Semua orang mahu. Tetapi, yang menariknya, abang hamba dapat ke sana, tetapi apabila ke tanah haram, abang hamba diberi gaji oleh Allah SWT. Fuih, seronoknya. Bekerja untuk meningkatkan kemudahan orang Islam melaksanakan rukun Islam kelima.

BUDU DAN HUDUD: SAMA SEPERTI KEHIDUPAN HAMBA.

Imej
Gambar : Mohd Aqlan, 7 tahun - pasar malam, pekan Brinchang, Cameron Highland. Gambar : Mohd Aqlan, 7 tahun. - Kedai bunga, Cameron Highland Jam 11 pagi ini, hamba bercadang untuk ke penjara Kajang. Bukan melawat banduan, tetapi menerima jemputan walimatulurus dari rakan sekerja. Ayah dia bekerja sebagai warden penjara, maka upacara perkahwinannya dibuat di kuaters penjara. Selepas itu, isteri hamba ingin berjumpa adiknya yang menetap di Semenyih. Hendak memberi budu dari Terengganu. Sebelum hamba bernikah, iaitu ketika hamba bujang, makanan yang dipanggil budu hamba tidak pernah menyentuh untuk dimakan langsung. Tidak sedap, itulah firasat hamba. Makan belum, rasa belum, bau pun belum. Hamba telah menghukum bahawa budu itu adalah tidak sedap. Namun, setelah bernikah dengan isteri hamba yang kuat memakan budu itu, maka hamba pun mencubalah makanan ruji insan Terengganu ini. Setelah makan dengan'expectation' yang negatif, hamba sekarang ini telah menjadi seorang manusia