Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2008

PAS JANGAN PINGGIR MELAYU!

Asyik-asyik cerita berkenaan politik, asyik-asyik cerita berkenaan politik. Apekehenya hamba ni? Teruja bebenor hamba hendak berceloteh tentang politik. Termasuk artikel yang ini. Biarlah sekerat muka atau 2 kerat muka, asalkan nama hamba bertanggungjawab dengan penulisan hamba ini. Hamba tetap akan bercerita tentang politik.

Hamba tidak mahu cerita berkenaan Kuala Terengganu, kerana insyaAllah, hamba akan ke sana. Hamba juga tidak mahu bercerita tentang kongres PKR, kerana hamba bukan ahlinya. Apa yang hamba hendak bercerita ialah tentang PAS dan Melayu.

Sedar tidak sedar, waras atau tidur, PRU13 nanti, hendak tidak mahu, PAS akan bertanding dimana UMNO akan bertanding di dalam kawasan parlimen yang majoritinya umat berbangsa Melayu yang menganut agama Islam. Angka 90,80 dan 70 akan menjadi milik PAS untuk bertanding. Kepastiannya adalah ditahap 90%.

Bermaksud, kalah menang PAS adalah ditangan jari jemari umat Melayu yang memegang pensil untuk memangkah di dalam kotak 2x3x3. Pangkah dac…

SEDAP MULUT KABOR PAS INI ADA INFERIORITY COMPLEX.

Imej
Ada orang kata 2 x 2 = 4. Atau 2 + 2 = 4. Tetapi di dalam politik 2 + 2 = 0. Korang fikirlah sendiri macam mana boleh dapat jawapan begitu.

Baru sebentar tadi hamba terblog blog penarik beca. Cerita tajuk Kompleks kontot PAS Selangor. Ada orang hantar e-mail pada dia, dia ada sebut (bukan bakaq, tapi yg beri e-mail tu) yang parti hamba jadi ahli ini ada inferiority complex. Amboi, sedap mulut dia kata gitu noooo.

Dia buat lojik akal, dia ada sebut ayat ke 5 seperti ini; "5.Kepada PAS : Its the results stupid ! Thats how you can get the respect that you want !". Fuih, siap cakap orang putih lagi.

Gitulah mereka-mereka yang anggap mereka faham sesangat sistem pilihanraya di Malaysia ini. Ikut bilangan kerusi sahaja. Ada banyak kerusi Parlimen, bermaksud, majoriti sokong parti itulah. Salah gitu, kawan, salah yang amat. Kalau mahu beri faham, belajar dengan gurulah. Hamba bukan guru, isteri hamba ya seorang guru. Matematik dan Sains lagi.

Jika kawan kita yang beri e-mail itu hendak…

MENGAPA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK BERSARA LAGI?

Ada manusia berkehendakkan tok guru Nik Aziz bersara cepat? Ini salah ayat ungkapan yang hamba dengar ini. Bukan bersara cepat, tetapi sepatutnya ayat yang patut diluahkan ialah mengapa tok guru Nik Aziz tidak bersara lagi. Baru betul. Tok guru sudah tua. 78 tahun. Sepatutnya sudah lama menyerahkan kuasa MB Kelantan kepada orang lain sudah lama dah. Tak gitu? Ke hamba yang sasul?

Jika dilihat dari pandangan peribadi hamba, nampak sangat orang Kelantan tiada yang berwibawa untuk menjadi MB Kelantan. Tak kan lah tiada insan di Kelantan yang boleh menggantikan tok guru Nik Aziz. Mustahil lagi tidak logik. Janganlah zuhud sangat puak-puak Kelantan ini sehingga masing-masing tolak-menolak tidak mahu jadi MB. Atau pun terlalu ramai yang hendak berebut menjadi MB? Hamba tidak yakin.

Marilah kita kembali mengingatkan sejarah tahun 1990 dahulu. Apabila PAS kelantan meletakkan Tok Guru Nik Aziz menjadi menteri besar. Ramai yang tidak berapa yakin ulama seperti Tok guru boleh mentadbir Kelantan. R…

BANYAK CERITA MAHU DICERITA.

Tajuk 1: ISA punya hal.

Ada satu sahaja hamba hendak kabor pada PEWARIS. Korang semua ni ada akal ke takde? Apakebendenya kaitkan Islam dengan ISA yang jelas tanpa khilaf adalah zalim lagi haram. Lepas tu bertakbir dgn laungan Allahuakbar masa demo dengan 3 line. Jahat cap ayamnya korang ni.

Lepas tu, yang ngengade panggil pekida sekali masuk demo tu apahal? Kan ke dah mencemarkan orang Melayu, hendak sepak terajang seorang perempuan yang lemah. Mana adat Melayu korang wei? Memalukan melayu betul korang ni. Konon hendak menjaga hak orang Melayu. Pigidah! Ayam pun tahu korang menipu!

Tajuk 2 : Arak punya hal.

Mengapalah takde akal juga orang DAP ni? Suka sangat minum arak ke korang? Kan ke elok korang tak minum arak. Kita mulakan cuba try test di shah alam dahulu. Bukannya haram terus jual macam di Amerika dahulu zaman 30-an. Tetapi di tapis kecilkan.

Mengapa ni DAP? Korang ada syer ke dengan Carlsberg? Ke ada syer dengan Anchor? Korangkan pemimpin, takkan pengundi kamu yang suka minum arak…

MULA-MULA MENIPU, KEMUDIAN MEMBOHONG, LAMA-LAMA JADI TV3.

Ada peribahasa yang tidak pernah didengari oleh manusia, kerana ianya baru dicipta hari ini, yang berbunyi, "Mula-mula menipu, kemudian membohong, lama-lama jadi TV3". Itulah dia tajuk artikel hari ini iaitu TV3 yang suka menipu dengan sombongnya. Sudahlah berlagak, sombong, perasan macam bagus, padahal penuh dengan kudis dan najis mugholazah terpait kepada setiap individu yang bekerja di TV3.
Biarlah ada yang bising-bising tidak bersetuju hamba mengecop setiap pekerja TV3 itu terpait najis. Memang hamba hendak menyatakan sekali lagi, memang mereka semua terpait dengan najis kerana bersubahat dengan penipuan yang tidak sudah-sudah dari mereka dibilik berita. Busuknya sehingga 7 petala langit boleh menghidunya.
Jika tidak mahu terpait sama, berhenti sahaja dari kerja di TV3, kerja di tempat lain. Jangan mengada-ngada kata ini adalah tempat mencari rezeki, padahal itu adalah rezeki yang cukup haram lagi kotor untuk diterima.
Sudahlah itu TV3, jangan hendak buat kerja syaitan lag…

UPSR 2008, UNTUNGNYA ANAK-ANAK 96.

Untungnya anak-anak yang dilahirkan pada tahun 1996. Dapat juga mereka menikmati peperiksaan yang sengaja dibuat wajib oleh kerajaan Malaysia yang bernama Ujian Penilaian Sekolah Rendah atau singkatannya UPSR pada tahun ini, iaitu tahun 2008. Tahun dimana genapnya putaran lengkap pengajian Matematik dan Sains diajar didalam bahasa Inggeris, atau lebih tepat, mereka-mereka ini, belajar bahasa Inggeris didalam subjek Matematik dan Sains sejak dari tahun 1 lagi.
Mengapa pula hamba berkata beruntung? Mana tidaknya, keputusan peperiksaan ini adalah keputusan yang berlandaskan politik, bukan keputusan mengikut kepandaian anak-anak didalam menjawab soalan. Diulangi, ianya adalah keputusan yang telah diputus awal-awal oleh orang politik, bukan keputusan sebenar kepandaian anak-anak menjawab soalan peperiksaan. Hamba hendak mengulanginya kali ketiga, ianya adalah keputusan orang-orang politik semata-mata.
Kasihan. Ya, kasihan sungguh melihat arah tuju pendidikan Malaysia. Sungguh kasihan anak-an…

MAT TAIB, HISHAM DAN SEKUFU DENGANNYA.

Hamba terkedu melihat berita akhbar, malah pening-pening migrain membaca berita seorang manusia yang tidak elok akhlaknya, sering bermain dengan rasuah serta suka menipu Sultan mengarahkan puak-puak assobiyah Melayu agar menghalang ahli-ahli jemaah Islam PAS dari 'merampas' masjid di Selangor.

Apa halnya cerita ni weiii? Kenapa? Ahli PAS ini bukan orang Islamkah yang tidak boleh 'menyelinap' masuk ke dalam jawatankuasa surau atau masjid di Selangor? Layak sangatkah dia itu untuk bercerita tentang Islam sedangkan agamanya sendiri pun beliau belum tegakkan di dalam dirinya? Hancur punahkah institusi masjid jika ahli PAS menyelinap masuk didalam jawatankuasa masjid?

Apa yang hamba nampak, puak assobiyah Melayulah yang merosakkan institusi masjid semenjak dua menjak mereka mentadbir negeri Selangor. Hancur lebur akhlak dan agama bangsa Melayu kerana kerja-kerja puak-puak ini. Bukan setakat hancur lebur, malah rosak membinasakan Islam didalam diri orang-orang Melayu. Suka san…

AMERIKA AKAN JATUH, ISRAEL AKAN NAIK.

Apalah pulanya ni ada yang memandai-mandai mengatakan Presiden Amerika laknatullah yang baru sekarang ini Black African American? Dia ini budak kacukanlah. Kacuk hitam dan putih. Keluarnya kelabu asaplah.

Masa kempen, suka sangat dia sokong zionis dan negara haram jadah Israel. Siap lekeh-lekeh lagi rakyat Palestin. Inilah dia ahli politik Amerika, disebabkan hendak kuasa, mereka yang nyata lagi jelas syaitan pun mahu dibodeknya. Hendakkan sokongan pelobi Yahudilah itu.

Hamba rasa, kuasa dunia sekarang akan beralih ke Israel. Amerika akan punah lanah dengan kemelesetan ekonomi dan segala gaduh-gaduh dalaman nanti akibat cerita sebenar askar Amerika kantoi di Iraq dan Afghanistan disebar luaskan. Tidak lama lagi, mungkin kuasa ekonomi berpindah milik dengan jelas oleh negara haram Israel.

Mana tidaknya. Sistem ekonomi dunia sekarang ini pun, dicipta dan digundah-gulana oleh zionis yahudi laknatullah. Satu dunia ikut sistem puak kafir ini. Musuh utama kuasa dunia ini nanti semestinya adala…

ADIK HAMBA KONVO.

Imej
2nd upper. Pergh,.... bangga hamba adik hamba dapat degree hons pengurusan industri 3 pointer ke atas. Mengalahkan abang-abangnya yang hanya mampu 2nd lower je. Tapi, engineering le.
Walaupun begitu, adik hamba masih tidak bekerja a.k.a menganggur lagi. Oleh itu, sesiapa yang terbaca blog hamba yang tidak seberapa ini, bantu-bantulah hamba, tengok-tengokkan kerja yang bebagus sikit untuk adik hamba ni. Risau dibuatnya nganggur hendak masuk 8 bulan dah ni.
Mungkin sebab sijil degree adik hamba tidak dapat lagi ke? Mana taknya, baru ahad lepas adik hamba konvo. Di Batang Berjuntai, Unisel. Seronok dapat jumpa Tan Seri Khalid, dan tidak berapa berkenan jumpa Rosmah. Bawah ini, adalah sedikit gambar-gambar konvo adik hamba.
(Dukung anak saudara dia (Anak hamba le) sambil tunggu untuk mendaftar masuk)

(Sudah daftar, kena beratur lagi untuk masuk dewan. Lepas masuk dewan, tiada gambar, sebab hamba tidak boleh masuk,.....)

(Gambar anak sulong hamba belakang kereta siapa ni? Hendak tahu jawapan ke…