MENGAPA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK BERSARA LAGI?

Ada manusia berkehendakkan tok guru Nik Aziz bersara cepat? Ini salah ayat ungkapan yang hamba dengar ini. Bukan bersara cepat, tetapi sepatutnya ayat yang patut diluahkan ialah mengapa tok guru Nik Aziz tidak bersara lagi. Baru betul. Tok guru sudah tua. 78 tahun. Sepatutnya sudah lama menyerahkan kuasa MB Kelantan kepada orang lain sudah lama dah. Tak gitu? Ke hamba yang sasul?

Jika dilihat dari pandangan peribadi hamba, nampak sangat orang Kelantan tiada yang berwibawa untuk menjadi MB Kelantan. Tak kan lah tiada insan di Kelantan yang boleh menggantikan tok guru Nik Aziz. Mustahil lagi tidak logik. Janganlah zuhud sangat puak-puak Kelantan ini sehingga masing-masing tolak-menolak tidak mahu jadi MB. Atau pun terlalu ramai yang hendak berebut menjadi MB? Hamba tidak yakin.

Marilah kita kembali mengingatkan sejarah tahun 1990 dahulu. Apabila PAS kelantan meletakkan Tok Guru Nik Aziz menjadi menteri besar. Ramai yang tidak berapa yakin ulama seperti Tok guru boleh mentadbir Kelantan. Ramai juga mengatakan setakat mengajar agama bolehlah ulama lakukan, tapi memerintah negeri?

Tapi tengok, 18 tahun tok guru mentadbir Kelantan. O.k je. Tiada masalah besar pun. Puak Kelantan happy je dengan pentadbiran kerajaan negeri dari Parti Islam SeMalaysia.

Oleh itu, apa yang hendak dirisaukan sangat jika tok guru berundur dan digantikan oleh orang lain yang layak. Mengapa? PAS sudah ketandusan kepimpinan ke? Atau PAS Kelantan yang sudah ketandusan kepimpinan? Hamba lihat, ramaaaaiiii yang boleh menjadi pemimpin oleh rakyat kelantan ini. Ramai!

Oleh itu, janganlah salah anggap pula menuduh hamba ini berkehendakkan tok guru melepaskan jawatan. Tidak. Hamba suka tok guru masih menjadi MB Kelantan jika, diulangi, jika masih belum ada insan di Kelantan yang layak menjadi MB. Tetapi, teruk sangatlah jika begitu.....;)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Masa muda memimpin menuju kepada Allah SWT, bila tua semakin kuat 'tarikan Allah' semasa memimpin, maka bagi yang mengharap mengalirnya Rahmat, Keberkatan Allah SWT yang disalur melalui Rasul sehingga kepada ulama seperti TGNA.......Amin
Tanpa Nama berkata…
asalamualaukm.
kenapa penulis bermuka sekerat?
takut ke?
kalau diri sendiri pun hanya sekerat. ambo harap tak payah le nak susah-susah.
penuhkan diri tuan hamba dulu yek.
baru boleh ajar itk berenang.

>>>UTAMAKAN YANAG TUA DULU BARU YG MUDA<<<<<
Tanpa Nama berkata…
orang ni tak kenal & tak faham lagi sejarah perjuangan islam sebenar. perlu banyakkan belajar agama khususnya di pondok-pondok/ pesantren.
priyandeka berkata…
aku nak tanya dia ni...sejauh mana dia kenal dengan TGNA ni?
Tanpa Nama berkata…
bukan tiada pemimpin di kelantan yg bleh jd MB... tapi... tiada org yg bleh tadbir kelantan mcm TGNA
trg007 berkata…
dah berapa masjid tok guru dirikan kat kelantan sejak 18 tahun jadi MB?
idasan berkata…
tak semestinya nak kena bina masjid banyak2 baru nak kira pemimpin yang baik...Bina masjid banyak & Cantik pun kalau takde sapa yang nak imarahkan masjid pun tak guna juga...Tapi yang penting TGNA tak pernah ROBOH MASJID!!!!!
Tanpa Nama berkata…
salam..sirahtulrahim smua...ini sekadar pandangan jangan melenting dan melatah lak...sebab biase nyer manusia yang fahaman tidak betul kalau kena orang kite dok tokok tambah mengutok dan memfitnah tapi biler kena kiter...muker sendiri melompat-lompat macam beruk kena belacan...cuba kiter rujuk balik pada masa Tun Mahathir nak bersara dari PM dulu...TGNA antara insan yang memberi pandangan agar Tun berundur segera dan beri peluang kepada orang lain atau pelapis-pelapis untuk menerajui Negara....bagus sungguh pandagan ini kan...tapi bila sekarang orang ajukan soalan tang batang hidung sendiri kat TGNA beliau x nak lak bersara atau bagi peluang pada pelapis-pelapis...knaper ya...xkn da giler kuasa lak mcm si beruk mat yeh (Anwar) tu...

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?