Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

MSO PUN BODO JUGA LAA..

Kajang punya pasal, PAS juga yang bersalah.

Kah, kah, kah.

Ginilah. Apa-apa tindakan PKR akan dianggap betul sehingga kiamat walaupun ianya sampah!!

Bodo punya MSO.

Stupid to the extreme of MONKEY!!

Bacalah sini....

CAYA LU SUHAIZAN. TAK MAIN LA MAKAN SATE KAJANG JE.

Imej
Petang ini saya bosan dengan cerita Kajang.

Lebih baik makan sate Samuri, yang rasanya memang kekajangannya.

Petang ni saya nak perturunkan cerita yang bagus ini. Yang telah disebut dengan baik oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia.

Caya lu bro!!

Enam agenda pastikan Pemuda PAS di hadapan - Suhaizan Jan 29, 2014 MUHAMMAD FAIZAL KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia menggariskan enam fokus bagi memastikan mereka terus berada dihadapan dalam persada politik tanah air.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, beliau menyedari bahawa Pemuda PAS dilihat kurang berkesan dalam mendepani isu rakyat dan penyelesaian kepada perkara itu menjadi fokus utama.

"Kita mahu Pemuda PAS menguruskan isu-isu rakyat dengan lebih konsisten dan berkesan dan ini bertujuan agar pemuda lebih mendepani isu tersebut dan menyelesaikannya sehingga peringkat akhir," jelasnya dalam satu temubual bersama Harakah dan Harakahdaily.

Kedua, Pemuda PAS juga ujarnya akan meneruskan agenda yang dibuat pemimpin sesi seb…

SAMPAI MATI AKU TAK PERCAYA DAP!!

Ada baca apa Tony Pua kata dalam MalaysiaKini. (BACA SINI)

Jika takda, dia kata dia sokong penuh Anwar Brahim tanding kerusi DUN Kajang. Tapi dia kata, DAP lah yang sokong Anwar tu tanding kerusi Kajang.

Siap dia kata lagi, DAP ;

Beliau menegaskan bahawa sebagai rakan yang setia, DAP tidak akan meninggal atau mengkhianati PKR ketika parti itu memerlukan sokongan penuh mereka.

Ek eleee.... cam ayam punya cakap.

Dulu, korang juga yang meninggal Barisan Alternatif. Dulu korang juga yang menyebabkan PAS dan Keadilan nyawa-nyawa ikan masa PRU 2004 dulu.

Sekarang cakap kecoh mahu jadi rakan setia.

Piirah mabuk DAP. Sampai mati aku tak caya sama korang punya parti!!!!!

PAS SELANGOR DAH MENGAMOK PASAL KES KAJANG!!

Imej
Suara PAS Selangor telah bergema. PJ Selangor yang baru serta Pemuda PAS Selangor sudah membuka taring. Ini yang saya nak lihat. Barulah namanya Parti Islam SeMalaysia. Tidak gentar mengatakan yang haq itu haq, dan yang bathil itu bathil!

Sekarang kami menunggu jawapan daripada PKR. Yang membuat kerja gila inseng ini kelmarin. Memang akal yang haru biru melihat perangai PKR ini. Cukup serupa perangai kapitalis dalam politikingnya. Menghalalkan apa-apa cara, untuk mendapatkan apa yang dikehendaki.

Stupid!!!!

Pemuda PAS S'gor ancam boikot kempen KajangPemuda PAS Selangor mengancam memboikot kempen pilihan raya kecil Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu. Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, jika penjelasan gagal dibuat, arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jenteranya supaya tidak bekerjasama membantu kempen calon PKR.

"Pemuda PAS Selangor sebulat suara bersetuju sekiranya PKR gagal berbuat…

CERITA SEBENAR DISEBALIK CERITA KAJANG,.. WAJIB BACA!!

Hari ni, pasti semua blog akan bercerita berkenaan Kajang.

Kajang pasti akan menjadi topik famous untuk dibuat artikel, agar tatapan blog akan meningkat gila gila.

Maka, untuk meraikan cerita sensasi ini, maka blog ini juga akan bercerita berkenaan dengan cerita Kajang.

Tetapi, maafkan saya tuan-tuan, saya tidak mahu bercerita berkenaan dengan perletakan jawatan cikgu Lee dari jawatan ADUN. Tetapi saya ingin bercerita berkenaan dengan cerita sate. Atau lebih tepat, Sate Kajang.

Ha ha ha..... silalah baca di bawah;

Sejarah awal Sate Kajang;

Orang yang mula-mula berjual sate di pekan Kajang ialah Tasmin bin Sakiban yang berasal dari Jawa. Ia memulakan perniagaan pada tahun 1917 dan dibantu oleh adiknya Rono yang datang lebih awal ke Kajang, pada tahun1911. Mereka telah naik haji, dan kini lebih diingati sebagai Haji Tasmin dan Haji Rono.

Ada juga maklumat yang mengatakan, selain daripada Tasmin, ada seorang lagi penduduk Kajang yang merupakan peniaga awal sate Kajang, namanya Wak Jo…

Noh jangan tunjuk 'bagak'...Khalid jangan jadi 'pak cik perasan'......dua2?????

Imej
Menarik artikel ni yang saya copy paste ni.

Apa-apa pun, yang ni Al-Brangi kata, bukan saya kata yee.....

Noh jangan tunjuk 'bagak'...Khalid jangan jadi 'pak cik perasan'......dua2?????
Bukan nak pertikaikan siapa akan jadi jaguh dan siapa yang akan kantoi kalau jadi debat Khalid Samad-Noh Omar.

Kedua-duanya merupakan 'singa' di Selangor.

Saya duk fikirkan apa natijahnya selepas pedebatan?

Siapa menang siapa kalah tak jadi soal.

Apakah selepas berdebat itu aqidah umat Islam terus melantun kuat?

Apakah selepas berdebat itu terus Syariat Islam terangkat?

Apakah selepas berdebat ini akan selesai segala 'bising2' di luar sana?

Mesti ada rahmat tersembunyi di sebalik pembatalan itu.

Noh tak perlu tunjuk 'bagak' nak pergi terjah Karangkraf macam buadak kecik hilang botol susu.

Khalid pulak tak payahlah nak perasan diri sudah menang kerana kita tak tahu siapa 'sekolah'kan siapa dalam hal ini.

Kalau jadi pun, tak 'mboh' aku dengor...tak …

Teguran PAS pada Azmin, Khalid: Henti bertelagah

Imej
Teguran PAS pada Azmin, Khalid: Henti bertelagah Pemuda PAS hari ini menegur pertelagahan dalaman PKR melibatkan Timbalan Presiden Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, yang disemarakkan dengan isu berkaitan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketuanya Suhaizan Kaiat (kiri) berkata, ia harus ditamatkan segera kerana memberi gambaran negatif terhadap imej kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak sedikit pun memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

“Di saat rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup akibat tata kelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah oleh kerajaan Umno/BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan berkata,kerangka politik perebutan kuasa dan perbalahan berpanjangan tidak signifikan sama sekali, yang menurutnya seperti diamalkan Umno dan BN selama ini.

“Teguran ini bukan soal pemuda PAS ingin 'menjaga tepi kain orang' …

PERGINYA SEORANG ULAMA BESAR: TOK GURU HARUN TAIB

Imej
Al-Fatihah kepada Ustaz Harun Taib yang kembali ke Rahmatullah pada jam 12.10pagi tadi.

Seorang Ulama besar, telah pergi meninggalkan kita dengan segala ilmu-ilmunya sekali. Patah hilang, susah untuk dicari ganti. Seorang Ulama, yang tegas dalam menegakkan syariat Islam, tidak kira berdepan dengan musuh atau rakan, dengan bn atau PR, beliau tetap tegas, haram tetap haram, halal tetap halal.


Yang terakhir, tidak silap saya, beliau adalah seorang yang tegas tentang isu kalimah Allah adalah hanya boleh digunakan dengan konsep akidah Islam, bukan agama kafir yang lain. Dan beliau juga ada sebut tentang mengkaji semula tahaluf siyasi, yang padanya, ternampak ada sedikit kecelaruan didalam tahaluf itu.

Maka hilanglah lagi seorang ulama besar dalam jemaah PAS selepas PRU 13 ini, mengiringi ustaz Azizan yang meninggalkan kita terlebih dahulu.

Moga dengan pemergian ulama besar ini, janganlah ilmu Islam itu akan bertambah kurang.

"Allah SWT tidak menarikkan ilmu dengan sewenang-wenangnya,t…

Pengaruh liberal yang dibawa Anwar dan puak PR jadikan Evangelis Kristian kurang ajar

Imej
Saya bukan ISMA. Tapi rasanya, ada sedikit betul apa yang dikaborkan Presiden ISMA ini....

Pengaruh liberal yang dibawa Anwar dan puak PR jadikan Evangelis Kristian kurang ajarJanuary 23, 2014 Berita Utama0
BANGI, 23 Jan – Pengaruh liberal yang dibawa oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan puak PR telah menjadikan Evangelis Kristian semakin kurang ajar.

“Mereka kini semakin berani mencabar kedudukan Islam, titah Sultan dan peruntukan undang-undang serta perlembagaan secara terang-terangan,” demikian pandangan yang diluahkan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Merujuk kepada seruan PR kepada BN untuk berbincang isu ketegangan kaum semalam, katanya, apa yang berlaku sebenarnya bukanlah ketegangangan kaum atau agama tetapi adalah kebiadaban puak-puak Evangelis muda dalam DAP itu sendiri.

“Apatah lagi tawaran liberal, kebebasan dan kesamarataan telah menjadikan mereka tamak dan lupa daratan,” ujarnya kepada wartawan ISMA.  

Sehubungan itu tegas Ustaz Abdullah…

DISEBALIK KISAH CIKGU CHOY; MASIH TERBELAKAH MARUAH PEKERJA ISLAM?

Imej
Hari ini aku nak beri cerita ni pada korang semua.....

Masih akan terbelakah maruah pekerja Islam? Di sebalik kisah Cikgu ChoyJanuary 20, 2014 Berita Utama2
Rombongan I-Guru melawat Cikgu Choy Yi San (dua dari kanan) Diskriminasi dan penindasan terhadap pekerja Islam di premis bukan Islam sering diperkatakan. Ia telah mencetuskan kebimbangan dan rasa tidak puas hati kepada penganut Islam. Ia juga memberi mesej buruk bahawa kedudukan orang Islam di negara Islam sendiri tidak dihormati.

Syiar Islam direndah-rendahkan walaupun hanya berkuasa dalam premis yang terhad iaitu sebuah sekolah. Mereka telah berani dengan sewenang-wenangnya mengambil tindakan ekstrim mengugut dan mendiskriminasi seorang muslim yang bekerja di premis tersebut.

Yang terbaru seorang guru muallaf telah diugut keselamatannya kerana beliau hanya menggunakan hak peribadinya sebagai seorang muslim untuk mengamalkan amalan agamanya sendiri tanpa menyakiti dan menghina bangsa lain.

Choy Yi San (Cikgu Choy), 25 tahu…

ANAK LELAKI SAYA DAH KHATAN.

Imej
Hari ini, saya malas hendak layan cerita politik di Malaysia. Sebab dah naik jemu lagi menyampah dengan pe'el-pe'el politician yang cap ayam.

Hari ini, saya nak cerita berkenaan anak saya. Yang baru bulan lepas, berkhatan.

Lebih tepat, 2 anak lelaki saya berkhatan bulan 12 lepas. 13 dan 14 Disember 2013.

Jumaat petang, 13 Disember, anak lelaki saya no 5 berkhatan. Esoknya, 14 Disember pagi, anak yang ketiga saya pula yang berkhatan.

Saja nak beritahu, anak saya nombor tiga itu baru berumur 3 tahun 5 bulan, dan adiknya pula baru sahaja berumur 3 bulan.

Saya memberanikan diri untuk mengkhatankan 2 anak lelaki saya pada umur yang kecil. Mula-mula, takut juga, kerana ada berbagai-bagai versi negatif dari rakan-rakan. Ada yang kata, akan tumbuh baliklah kulitnya, ada yang kata, susah nak jagalah lepas khatan sebab kecil lagi. Tetapi saya tabahkan hati untuk mengkhatankan juga mereka berdua.

Dan keputusannya, alhamdulillah, memang cukup mudah menjaga mereka berdua. Terutama yang bab…

BODO PUNYA DAP.

Hari ini, penuh kelalutan berkenaan cerita-cerita tentang kalimah Allah digunakan oleh puak Kristian yang hendak berkata Allah itu Tuhan Bapa. Anak Dia Jesus, dan lagi satu Roh Kudus.

Mereka yang berakidahkan Allah ini ada anak bertungkus lumus lagi hendak melanggar undang-undang Malaysia yang telah disebut dalam mahkamah bahawa puak kristian tidak boleh digunakan. Namun, apabila kedegilan itu berpanjangan, maka terjadi kekalutan yang berlaku sekarang. Tetapi yang peliknya, yang disalahkan adalah JAIS, mereka yang melaksanakan perintah mengikut undang-undang.

Sebenarnya, yang paling tersepit dalam isu ini adalah PAS. PAS dalam kepanasan yang membara ketika ini untuk menangani isu politik yang ditimbulkan oleh umno yang korup.

Saya dah kata, jangan under estimate umno. Mereka adalah parti korup yang cekap dan terlatih untuk membuat isu yang memerangkap musuh mereka.

Setelah umno sedar, bahawa undi bukan Melayu adalah amat mustahil untuk kembali kepada bn, maka umno perlu membuat kerja,…

EVENGELISTA DAP DAH BERSUARA.

Imej
Pintu evengelista dah terbuka..... apa tindakan kita? Senyuumm je?

Tiga Adun Selangor cadang pinda Enakmen 1988, jaga hak bukan Islam

"Tiga Ahli Dewan Negeri Selangor meminta Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.

Mereka akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor akan datang dengan memastikan umat Islam terjamin daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam.

Terkejut dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu Persatuan Bible Malaysia semalam, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San (gambar), yang masing-masing Adun Damansara Utama, Bukit Gasing dan Kampung Tunku berkata, enakmen itu hanya bertujuan mengawal penyebaran agama bukan Islam ke atas orang Islam.

"Ia sepatutnya tidak digunakan untuk menyekat sesiapa yang mahu mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam bahasa yang mereka pilih,&qu…

ISU JAIS RAMPAS BIBLE MELAYU; MUJAHID DGN 'BIJAK' POLITIKNYA.

Seperti biasa, Mujahid buat cakap lagi. Kali ini untuk kes JAIS serbu pejabat Bible di Damansara Utama. Nak tau kat mana, korang semua pergilah ke DU. Saya ingatkan pejabat Bible mereka dekat Damansara Jaya. Sebab dekat situ pun ada juga tempat menyimpan kitab olahan manusia yang mengatakan Allah itu punya anak.

Menjadi kepelikan apabila beliau tuduh, iaitu Mujahid tuduh, bahawa tindakan JAIS akan memudaratkan hubungan agama di bumi Malaysia. Takda pula dia kata, tindakan gereja di Selangor yang melanggar perintah mahkamah masih menggunakan kalimah Allah menggantikan Tuhan mereka yang beranak itu sebagai Allah adalah punca segala perkara ini timbul.

Saya tahu, pendekatan Mujahid terhadap isu ini adalah tindakan politik beliau. Beliau buat perkara demikian adalah untuk mengekalkan undi pihak gereja, pihak evengelista dan pihak kristian, untuk terus mengundi PR. Namun 'kecerdikan' beliau sebenarnya telah masuk perangkap umno bn. Memang itu yang umno mahukan. Menjauhkan orang Mel…

PR AKAN KALAH SELAMA-LAMANYA JIKA ANGGAP UMNO BODOH.

Dalam politik, untuk menang pilihanraya, mesti dapat undi daripada pengundi. Untuk mendapatkan undi daripada pengundi, parti politik perlu meyakinkan pengundi untuk mengundi mereka. Untuk meyakinkan pengundi untuk mengundi mereka, parti politik perlu merayu kepada pengundi untuk mendapatkan keyakinan itu.

Bagaimanakah cara parti politik membuat rayuan kepada pengundi? Ianya bergantung sejauh mana inovasi akal mereka untuk mengolah dan membentuk pemikiran pengundi untuk cenderung mengundi mereka.

Namun, ada satu sindrom yang amat bahaya kepada sesuatu parti politik. Jika parti politik itu dijangkiti sindrom ini, sudah pasti parti politik ini akan kalah dan kalah dan kalah lagi dalam pilihanraya. Penyakit yang dinamakan ialah menganggap, lawan dan seteru mereka adalah bodoh.

Saya ada dapat banyak komen daripada kawan-kawan seperjuangan dari PR, membodohkan pepuak umno dan bn. Cara komen mereka, seolah-olah, kebodohan yang melanda umno dan bn akan menyebabkan mereka tersungkur rebah pada…