BODO PUNYA DAP.

Hari ini, penuh kelalutan berkenaan cerita-cerita tentang kalimah Allah digunakan oleh puak Kristian yang hendak berkata Allah itu Tuhan Bapa. Anak Dia Jesus, dan lagi satu Roh Kudus.

Mereka yang berakidahkan Allah ini ada anak bertungkus lumus lagi hendak melanggar undang-undang Malaysia yang telah disebut dalam mahkamah bahawa puak kristian tidak boleh digunakan. Namun, apabila kedegilan itu berpanjangan, maka terjadi kekalutan yang berlaku sekarang. Tetapi yang peliknya, yang disalahkan adalah JAIS, mereka yang melaksanakan perintah mengikut undang-undang.

Sebenarnya, yang paling tersepit dalam isu ini adalah PAS. PAS dalam kepanasan yang membara ketika ini untuk menangani isu politik yang ditimbulkan oleh umno yang korup.

Saya dah kata, jangan under estimate umno. Mereka adalah parti korup yang cekap dan terlatih untuk membuat isu yang memerangkap musuh mereka.

Setelah umno sedar, bahawa undi bukan Melayu adalah amat mustahil untuk kembali kepada bn, maka umno perlu membuat kerja, agar undi orang Melayu, tidak akan lari dari mereka. Oleh itu, inilah isu yang dihidangkan oleh mereka untuk dijamah oleh PAS.

Jangan anggap, isu ini dengan tidak sengaja timbul. Malah, ianya telah lama timbul dan akan timbul sehingga PRU14 berlangsung. Umno akan memastikan bahawa isu kalimah Allah ini akan sentiasa bermain difikiran orang Melayu.

Saya melihat, PAS ketika ini, masih lagi dalam keadaan statik dalam isu yang makin meruncing. Mungkin berkelakuan statik ketika ini adalah terbaik, daripada PAS melakukan perkara-perkara yang lain. Cumanya, PAS mempunyai masalah dengan cara DAP menjalankan kerja menangani isu ini. DAP agak vokal.

Kenapa DAP vokal?

Adakah mereka sungguh simpati dengan apa yang berlaku kepada pepuak kristian di Malaysia ini?

Jawapan yang hendak diberikan saya adalah, secara lojiknya, ada simpati sedikit, cuma dari segi teknikal kelebihan politiknya, DAP perlu vokal.

Kenapa perlu vokal?

Kerana majoriti pengundi mereka adalah dari kalangan pepuak ini.

Jika DAP vokal, apa yang PAS dan PKR akan dapat?

PKR dan PAS akan dapat apa yang mereka dapat dalam PRU13 dahulu. Tak lebih, tak kurang.

Saya tidak mahu melihat dari segi keuntungan undi Melayu terhadap PAS dan PKR di Kelantan atau Terengganu. Kerana 2 negeri ini, ada kelainan sedikit. Apa yang hendak saya lihat ialah apa yang diperolehi oleh PAS di negeri-negeri lain selain 2 negeri pantai timur itu, dan juga Selangor.

Undi Melayu di Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, serta selatan Pahang, pasti akan menjadi pertaruhan yang rumit kepada PAS dan PKR jika tidak menangani isu ini dengan baik. Orang Melayu dinegeri ini yang berada di atas pagar dan penyokong umno, pasti akan melihat, kearah mana PAS dan PKR akan pergi.

Apa lagi, pada ketika ini, ada 3 ahli DUN DAP Selangor yang bercadang hendak menggubal Enakmen undang2 Agama bukan Islam 1988. PAS nak bersama? PKR muslim nak bersama?

Saya mohon, oleh kerana isu kalimah Allah ini adalah perkara Khilaf, maka, apa-apa tindakan mestilah bersandarkan kepada kebaikan kepada umat Islam di Malaysia dan juga PAS. 15 ADUN ini kena bersedia dengan tegas, kerana jika DAP bermain dengan lanjut isu ini, PAS seluruh negara akan bermasaalah untuk meraih undi dari Melayu. Sudahlah sekarang pun PAS ada masalah dengan undi Melayu, jangan ditambahkan lagi bebanan.

Sebenarnya, PAS sudah bersedia dengan perkara ini. Kerana dengan pengalaman yang ada, PAS mesti sudah tahu kejahatan umno buat cerita, dan PAS mesti arif dengan DAP yang HANYA mementingkan parti mereka berbanding dengan kepentingan rakan-rakannya.

Isu hendak menggubal undang-undang 1988 itu mesti berhenti dengan serta merta, kerana jika dilanjutkan, percayalah, Pakatan Rakyat akan bermasalah dengan istana Selangor pula. Adakah PR hendak menjadi seperti umno Kelantan yang bermasalah dengan istana ketika dahulu? Jangan nanti pada PRU14, DAP menang semua 15 DUN yang dia bertanding, tetapi menjadi pembangkang tunggal. Yang lain bn sapu. Bahaya woo main api dengan pihak Istana......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?