Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Obama, zionis, Gaza, Al-Aqsa.

Obama, presiden kulit hitam amerika pertama didunia. Bohonglah! Mana pula dia itu berkulit hitam, Obama ni manusia spesis kelabu asap. Putih campur hitam, jadi kelabu asaplah. Sudahlah kelabu asap, kata-kata orang nenek moyangnya asal beragama Islam kerana ada Hussein pada namanya. Jika ya, dia ni keturunan murtad ke? Lagi naya.

Lebih senang umat Islam hendak menentang Bush, memang terang-terang kafir laknat dia tu. Tetapi, si Obama ini, lain macam sahaja cap ayamnya. Jangan haraplah umat Islam hendak menunggu-nunggu pemimpin negara kafir ini hendak membantu umat Islam. Memang sampai bila-bila pun mereka tidak akan membantu.

Jika ada masyuk, barulah mereka berkonon-kononnya hendak menolong umat Islam. Pigi dah! Ayam KFC pun tidak akan percaya kepada presiden amerika. Dasar membohong. Tengoklah apa yang si kelabu asap itu berkata, si kelabu asap menyuruh HAMAS pula yang meletakkan senjata. Macam HAMAS pula yang bersalah kerana serangan zionis ini. Si laknatullah zionis dianggap hanya ber…

CERITA-CERITA MINGGU INI.

Pada artikel ini, hamba hendak ceritakan berita-berita yang memeningkan kepala akal hamba yang geliga ke tahap gaban ini;

Cerita 1 ;

DAP dan JUDI.

DAP parti Cina. Dahulunya terlebih chuvanis, sekarang sudah reda. Cuma diganti terlebih gamblinglism. Ya, parti DAP perlu ditukar kepada nama Democrate AlwaysGamble Party mulai sekarang kerana sikap kemaruk judinya yang melampau. Adakah patut seorang ahli parti dari DAP menyeru agar judi disekat premisnya di Shah Alam dikenakan tindakan disiplin oleh parti DAP itu sendiri.

Memang Sah DAP sudah menjadi cap ayam serupa UMNO jika mereka mengekalkan status operandi pemikiran politik mereka sebegini rupa. Jadi cap ayamlah kome sekelian. Namun ada juga ya ahli DAP yang bencikan judi. Syabas kepada dia yang dikenakan tindakan disiplin itu. Kekalkan perjuangan anda menetang judi yang merosakkan manusia.

Cerita 2 ;

Mati dalam lokap.

Sesiapa mereka yang ditangkap polis dan dimasukkan ke dalam lokap, tolong jangan minum air, nanti anda akan mati serta merta.

ORANG MELAYU HANYA ADA TANAH SEBAGAI ASET.

Ada manusia dari Raub Pahang menyuruh hamba memelihara itik ayam dan seterusnya menjadi pemimpin itik ayam. O.K juga tu. Yelah, walaupun manusia itu penakut hendak memberikan nama dia bila hendak mengkritik orang (bukan kritik, menghina), tetapi cadangan dia itu untuk hamba membeli tanah untuk membela ayam itik adalah satu idea yang amat baik.

Maklumlah, sekarang ini, kebanyakan ayam itik sekarang dibela oleh orang bukan Islam, apa kata kita sebagai umat Islam memasuki industri yang tidak glamour ini tetapi mendatangkan hasil dunia dan akhirat.

HPA sekarang memerlukan manusia-manusia yang berani menceburi bidang industri membela ayam-itik ini untuk pengeluaran ayam organik HPAnya. Kekurangan umat Islam membela ayam itik organik ini amat ketara sekali sehingga ke tahap sukar bagi pihak HPA untuk mendapat bekalan ayam organiknya untuk dijual di seluruh Malaysia.

Jadi disini dapat dilihat peri pentingnya kita sebagai umat Melayu Islam, memerlukan tanah untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan…

TANAH ISU POLITIK DAN PERLU DIKENDALIKAN SECARA POLITIK JUGA.

Imej
Ayah hamba selalu pesan, jika hendak beli kediaman, jangan beli kondo, apartment atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Sebab apa, sebab bawah kaki kita, kita akan pijak kepala orang, di atas kepala kita pula, orang akan pijak kepala kita. Maksudnya apa ni? Maksudnya ialah jika kita beli kondo atau apartment sebagai kediaman, maka kita tiada tanah!

(Nampak mewah, tetapi tiada tanah, hanya duduk di awang-awangan)

Ya, itulah nasihat ayah hamba jika hamba hendak membeli kediaman. Mesti ada tanah dan mesti rumah lot tepi yang ada tanah. Biar mahal macam mana sekalipun, asalkan ada tanah. Dan jika sudah ada tanah, jangan mengada-ngada hendak menjual kepada orang lain. Nasihat ayah hamba, hamba akan ingat sehingga bila-bila.

Dari sini, hamba dapat melihat, apa yang DAP sedang lakukan sekarang ini di bumi Perak, seperti mereka mendengar nasihat ayah hamba. DAP adalah satu badan politik yang geliga dan banyak otak, kerana mereka tahu, mungkin ini adalah hanya satu-satunya penggal pemerintahan …

UNDI MELAYU YANG MEMENANGKAN PAS DI KT, BUKAN CINA.

Imej
(Gambar ehsan MalaysiaKini)
Alhamdulillah, nampak gayanya, yang memberikan kemenangan kepada PAS di KT di dalam PRK semalam adalah orang Melayu. Daripada sumber MCA. UPU majoriti Cina dimenangi oleh BN.

Dimana BN mendapat 4114 undi, dan PAS mendapat 3071 undi. Beza sebanyak 1043 undi. Ini bermaksud, perbezaan orang Melayu yang mengundi PAS berbanding denga BN adalah 2631(majoriti) + 1043(beza undi cina) + 1039(undi pos BN) = 4713 undi.

Bermaksud sebanyak 4713 orang Melayu dianggarkan lebih ramai mengundi Parti Islam berbanding parti Nasionalis.

Adakah ini kerana isu hudud yang melampau ke tahap merosak akidah yang dimainkan oleh BN UMNO atau undi tidak suka kepada Wan Farid. Jika kerana ianya adalah kisah berkenaan dengan hudud, maka hamba rasa insyaAllah Terengganu akan dapat dirampas oleh PAS dari UMNO untuk pilihanraya akan datang.

Tetapi jangan juga dirisaukan mengapa undi Cina tidak menyebelahi PAS. Sebenarnya mereka menyokong Parti Islam, cuma mereka tidak keluar mengundi sahaja. Ser…

SEPATUTNYA KERAJAAN MALAYSIALAH YANG PERLU BOIKOT BARANGAN PROKSI ZIONIS.

Imej
Hamba sebenarnya rasa sungguh pelik. Mengapa ye hanya rakyat marhaen sahaja yang disuruh untuk memboikot barangan Yahudi dan syarikat2 barat dan bukan barat yang memberi dana tiap-tiap bulan kepada Zionis Israel. Mengapa rakyat marhaen sahaja yang di suruh memboikot barangan ini seperti contoh paling mudah Mc'Donald dan Coca cola yang terang-terangan beri duit kepada zionis?

Padahal, tiap-tiap pekedai menjual air Coca-cola. Tiap-tiap daerah ceruk rantau di tanah Melayu ini ada berlambak-lambak kedai Mc'Donald. Mengapa tidak kita mendesak KERAJAAN MALAYSIA yang memboikot seluruh produk dari proksi-proksi zionis ini.

Ya, diulangi, sepatutnya KERAJAAN MALAYSIAlah yang patut didesak oleh kita rakyat marhaen lebih-lebih lagi kita umat Islam agar barang-barangan ini tidak wujud langsung di bumi Malaysia ini. Sepatutnya, Coca-cola sudah tidak dapat dilihat dimana-mana kedai di seluruh Malaysia lama sudah kerana kerajaan memang tahu, ini adalah produk proksi zionis.

Mc'Donald sepatut…

ISLAM PASTI MENANG DI PALESTIN & KT.

Sedih lagi hamba. Selepas melihat kematian penduduk Palestin oleh si kafir Yahudi, dan hamba tidak berbuat apa-apa selain berdoa kepada Allah, kemudian hamba tidak dapat hadir ke Terengganu pula untuk berjihad memenangkan Islam di bumi Kuala Terengganu.

Selepas hamba keluar dari hospital, pinggang hamba pula sakit yang amat, mungkin kerana semasa hamba meracau, hamba telah meng'ekses' kerja pinggang hamba ke tahap menyakitkan. Hamba sekarang ini masih sakit pinggang.

Oleh itu, hamba menyeru kepada semua pengundi KT agar mengundi PAS agar Islam dinobatkan sebagai tertinggi di dalam negara. Takbir! Setakat itu sahaja untuk hari ini. Pinggang hamba sakit.......:(

12 HARI PENJENAYAH AKAN OVERTIME.

Seronoknya pencuri, penyamun, perompak, mat rempit, perasuah, pemaksiat, perogol dan berbagai-bagai mereka yang profesyennya adalah membuat dosa noda pada 6/1/09 sehingga 17/1/09 ini.

Mana tidaknya, seramai 6,000 anggota polis akan di'cuti'kan tugasnya untuk memantau dan menangkap mereka-mereka yang berprofesyenkan pekerjaan cap ayam ini. Seronok bebenorlah mereka-mereka ini nanti. Akan menambahkan pendapatan dan boleh buat overtimelah mereka-mereka ini untuk membuat pekerjaan harian mereka kerana kesenangan membuat kerja harian.

Hamba pun tidak faham mengapa polis Malaysia ini sungguh berminat dengan PRK KT P036 ini? Apa masalahnya dengan pilihanraya kecil ini sehingga 6,000 anggota polis perlu ditugaskan untuk PRK ini? Mengapa? Orang Kuala Terengganu ni ganas macam LTTE ke? Tidak puas hati je, bunuh orang, tidak puas hati je bunuh orang, gitu? Atau puak-puak PAS ini adalah teroris antarabangsa yang selalu mengebom berani mati kepada pengundi-pengundi yang tidak mahu mengundi m…

HAMBA JADI PESAKIT MENTAL SEKEJAP.

Alhamdulillah.
Hamba sebenarnya baru keluar dari hospital akibat sakit virus di kepala. Saintifik panggilnya manginitis, Islamnya dipanggil rasuk jin jahat.

Sakitnya bermula dari Isnin 22/12/08. Tengahhari itu hamba sudah tidak tahu apa-apa terjadi. Yang hamba ingat, malam tu, hamba meracau 2 kali. Sebenarnya isteri hamba kata hamba meracau berbelas-belas kali. Hendak tahu cerita selanjutnya dari isteri dan ibu ayah hamba yang datang sekali ke rumah hamba selepas isteri hamba menelefon mereka agar datang kerana hamba meracau; gini ceritanya.

2 kali meracau yang hamba ingat isnin malam selasa itu ialah racau yang pertama, hamba rasa seperti hendak mati. Ya, seperti hendak mati. Hendak menjelaskan bagaimana rasa hendak mati itu, hanya orang yang telah merasai begaimana rasa hendak mati sahaja yang boleh memahaminya. Keduanya, begitu juga rasa hamba, rasa bagai hendak mati dan dunia ini terlalu sempit untuk hamba.

Pada ketika itu, isteri hamba telah menolong hamba agar membaca ayat kursi dan…