Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

NAZRI DAN SPR DUA-DUA CAP AYAM.

Ada 2 cerita cap ayam yang saling kait mengait dengan keayamannya. Sila baca sini (Taja tambang dianggap rasuah) dan yang ini (Nazri: Bantuan segera ketika p'raya bukan rasuah). Dua-dua cerita berkenaan rasuah pilihanraya, dan yang mana satu boleh pakai agaknya?

Jika diteliti dengan betul-betul, hamba nampak sebenarnya kedua-dua kenyataan itu adalah salah lagi tidak betul. Yang dikatakan rasuah, disebut bukan rasuah, dan yang sememangnya bukan rasuah, dikatakan rasuah pula. Apa punya ayamlah Menteri dan kakitangan kerajaan sekarang ini.

'Hang undi aku, aku bagi basikal'. Bukan rasuah dikatakan Nazri. Apa buang tabiat menteri sepapan ini? Mengundi Ahli Parlimen dan ADUN adalah satu kerja memilih pemimpin. Bukannya basikal! Kerja memimpin adalah mentadbir sesuatu negara atau satu tempat agar rakyat dibawah naungannya hidup aman dan mendapat redha Allah SWT. Bukannya dapat basikal!

Kerja AP dan ADUN adalah menggubal dan men'cipta' undang-undang dan perlembagaan negara…

POCO-POCO HARAM, PADAN MUKA MELAYU

Imej
Macam mana ni? Poco-poco haram! Apa wanita dan puteri umno hendak buat untuk aktiviti masa lapang? Menari balley le pulok?

Haram! Itu yang disebut Mufti Perak berkenaan tarian poco-poco. Sesiapa yang menari poco-poco, akan berdosa dan kebarangkalian masuk neraka ditingkatkan. Padan muka melayu! Apalah senget sangat akal itu, yang dikecoh-kecohkan adalah tarian poco-poco. Apa? Ingat jika orang melayu tidak boleh menari akan membuat orang melayu kurang melayunya kah?
Kata Majlis Fatwa Negeri Perak, tarian itu adalah ada hubungkait dengan pemujaan roh dan agama Kristian. Poco-poco ini datang diimport dari Jamaica.

Memang patut haram pun. Padan muka melayu.

Jika tiada unsur pemujaan dan agama Kristian pun, hamba bersetuju bebenor agar poco-poco ini diharamkan. Kerana cara menarinya pun mengada-ngada. Lenggok sana, lenggok sini. Pakcik-pakcik yang hendak ke surau pun boleh kemalangan melihat puteri-puteri umno menari poco ramai-ramai tengah padang dekat waktu maghrib.

Itulah cerita, orang …

APA? INGAT DUIT BOLEH BAWA MASUK SYURGA KA?

Imej
Hamba seronok membaca satu laporan akhbar di dalam utusan online tadi. Sila baca di sini. Tajuknya pun menarik, "Wang tidak boleh beli segala-galanya". Namun agak dukacita, nama wartawan bagi laporan itu tidak ditulis diartikelnya.

Seteruk-teruk cap ayam utusan meloya ini, ada juga artikel yang boleh digunapakai. Memang benar apa yang dicatitkan pada artikel itu,

'BAGI sesetengah orang, wang berkuasa menyelesaikan banyak masalah malah boleh melancarkan urusan dan jaminan untuk mencapai sesuatu matlamat'


Siapakah yang dinyatakan olehnya bagi ayat 'sesetengah orang'? Adakah hanya kepada pemilik Mercedez itu, atau....? Suami Rosmah? Timbalan dia? Raja Sarawak berambut putih? Wak Jawa?

'Namun ramai tidak menyedari kuasa wang jugalah menyebabkan ramai tersungkur dan musnah kerananya. Wang juga menyebabkan kita silap membuat pilihan sehingga menjejaskan reputasi dan masa depan.'


Cuba baca berulang-ulang kali ayat di atas. Lebih-lebih lagi kepada orang Melayu,…

MANA ANWAR DARI JAM 9.20 HINGGA 11.49PM PADA 21 FEB? NI JAWAPAN HAMBA..

Imej
Meh hamba hendak jawab soalan cap ayam mangkuk ayun si Faizah Utusan Meloya (baca sini).

Hendak tahu mana Anwar Ibrahim dari jam 9.20pm hingga jam 11.39pm pada 21 Februari itu? Yang dikatakan tidak berTwitter pada ketika itu.
Jawapannya;
Anwar Ibrahim telah ke Restoran Mc D 24jam untuk membeli 50 biji Big Mac untuk dimakan sekali gus agar perut Anwar yang kempis itu akan menjadi boroi dalam masa 30 saat. Kemudian Anwar telah membeli air Coca cola juga dalam kuantiti 50, tetapi berunitkan liter untuk diminum juga dengan cara sekali gus agar perut Anwar akan kekal boroi untuk dirakam oleh Dato Eskay yang rupa sebiji macam Anwar Ibrahim.
Disebabkan juga Dato Eskay adalah lebih hitam dari Anwar, maka adalah lebih elok filem biru keluaran mamat Melaka itu dibuat dalam hitam putih agar ke'real'an filem itu dapat direalkan lagi untuk memaksimumkan proses pengeliruan orang ramai yang suka tengok filem lucah menontonnya. (Baru hamba tahu, ramai wartawan suka tengok cerita biru)
Sekian makl…

BUKAN ISLAM, TETAP AKAN KE NERAKA.

Hamba berasa sedih membaca berita ini (HOLY SCRIPTURES DESECRATED), jika benar beliau betul-betul yakin apa yang beliau katakan. Hamba teringat satu peristiwa yang berlaku oleh Saidina Omar Al-Khatab semasa beliau berada di Baitul Muqaddas;

"Semasa Saidina Omar Radiallahuanhu sedang menaiki haiwan tunggangannya di Baitul Muqaddas, beliau melalui sebuah gereja. Tiba-tiba datang seorang rahib Kristian datang berlari-lari ke arahnya dengan berpakaian yang sungguh uzur.

Maka Saidina Omar Radiallahuanhu bertanya khabar kepada rahib itu dan bertanya mengapa rahib itu berlari-lari ke arahnya? Mungkinkah ada sesuatu masalah? Jawab rahib itu, beliau berlari-lari ke arah Saidina Omar hanyalah untuk menghormati Khalifah Islam yang melalui gerejanya. Maka rahib itu kembali ke gerejanya.

Melihat akan gelagat rahib itu, Saidina Omar tiba-tiba menangis. Lalu ditanya oleh sahabatnya yang lain mengapa Saidina Omar menangis?

Maka jawab Saidina Omar, beliau menangis kerana melihat kezuhudan rahib Kris…

VIDEO LUCAH: HAMBA DAH KATA, JANGAN PADANG RENDAH UBN.

Sebelum ini, hamba ada bercerita tentang jangan 'under estimate' kepandaian lawan kita terutama ubn. Sebelum ini juga hamba ada mengatakan jangan memandang rendah keupayaan ubn untuk mereka mengekalkan kuasa di Malaysia. Dan ternyata perkara ini amat benar.

Kerusi DUN Sarawak baru sahaja dibubarkan. Dan mungkin selang beberapa minggu, kerusi DUN Perak juga akan dibubarkan. Maka teruja-ujalah kita dari pihak PR untuk berkempen bagi memenangkan PR di Sarawak nanti. Namun, pada hari yang sama DUN Sarawak dibubarkan , keluar berita tidak senonoh di media tentang sebuah video 'biru' yang dikait dengan ketua Pembangkang. Maka dengan tidak semena-mena, semua jentera PR menumpukan kepada kes ini, seharian Isnin semalam.

Serangan-serangan kepada ubn terutama isu KM Taib Mahmud, ditenggelami dengan isu video porno. Seharian pihak PR yang selama ini asyik menyerang ubn Sarawak, hari ini seperti terpaksa hanya membuat pertahanan kepada isu video porno ini. Satu hari rugi berkempen k…

UNDILAH LAGI BN. PADAN MUKA MELAYU.

Terima kasih bn kerana kamu mengajar rakyatnya menonton video lucah. Terima kasih juga kepada bn kerana kamu, rakyat sudah diajar untuk membiasakan diri dengan benda lucah. Terima kasih lagi kepada bn kerana kamu semua sudah mengajar kepada rakyat agar pandai menipu, memfitnah, berbohong, memburuk dan menghina orang lain.

Padan muka Melayu.

Terima kasih kepada orang Melayu yang masih lagi mengundi bn. Terima kasih orang Melayu kerana kamu, pemimpin bn kamu dengan selamba menggalakkan orang melayu menonton cerita lucah. Terima kasih lagi kepada orang Melayu kerana kamu, bn suka sangat buat benda haram menuduh orang meliwat dan zina. Bukan setakat menuduh, malah memaksa orang mempercayai penipuan si bn haram itu.

Padan muka Melayu.

Kepada rakyat Malaysia dan orang Melayu, undilah lagi bn umno apco agar seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu dibiasakan untuk menonton filem lucah, memfitnah, berbohong, menipu,memburuk dan menghina orang lain hanya semata-mata kita tidak suka kepadanya.…

UTUSAN TUKAR WAJAH? TETAP MENIPU GOK..

Imej
Cukup-cukuplah tu Utusan Malaysia. Surat Khabar menipu,menipu juga le selama-lamanya. Sudahlah cap ayam, konon hendak berlakon jadi baik dengan menukar dengan wajah baru. Ciitt!!

AKAD NIKAH DI MARANG. SENANG DO'OH.

Imej
Khamis lepas, anak buah isteri hamba, anak kepada abang isteri, bernikah dengan seorang muslimat dari Marang. Selang 3-4 buah rumah dari masjid Ayah Chik, Masjid Rusila. Betul-betul setentang dengan jejantas.
Senang. Tidak ada yang susah-susah cara akad nikahnya. Tidak perlu hafal, tidak perlu senafas. Cuma baca sahaja selepas tok kadi sebut. Itulah kelebihan pantai timur, serupa hamba akad nikah dahulu, tok kadi kata, baca sahaja apa yang ditulis depan kamu....
Bakal suami dekat tingkap pengantin perempuan..
Kertas fail untuk rujukan pihak agama yang mengatakan kita sudah menikah dengan isteri kita..

Tok kadi. Rileks je..

Pengantin, macam tak rileks je..

Acara akad nikah. Tidak bersalam pun. Tok kadi sebut, si pengantin sambung baca pada kertas cokelat muda, 'Aku terima akan nikahnya dengan mas kahwin yang disebut sekian...'

Ini dia kertas yang disuruh baca. Ditulis tangan. Tapi, hamba dahulu, tokkadi siap beri papan sign board kecil bertulis 'Aku terima akan nikahnya dengan…

INJIL BM; JARUM SESAT SUDAH BERMULA OPERASI?

Banyak-banyak cerita, hamba tertarik dengan cerita ini. Persatuan Ulama Malaysia (PUM) tidak kisah pun kitab injil diterjemah dalam Bahasa Malaysia. Siap tidak sabar-sabar hendak membacainya lagi.

Hamba pun pada mulanya memanglah terasa ada sesuatu yang tidak betul kenapa pihak Kristian beriya-iya benar hendak mengedarkan kitab injil Bahasa Melayu ini di Malaysia. Seperti 'target' mereka adalah untuk dituju kepada orang Melayu. Dan sebenarnya, memang ya pun. Memang mereka hendak orang Melayu baca kitab injil. Kononnya agar orang Melayu terpikat dengan Kristian.

Namun, mengapa orang Melayu yang beragama Islam takut sangat dengan perkara ini? Mengapa kecoh sangat sehingga beranggapan jika tersebarnya injil Bahasa Malaysia ini, orang Melayu akan murtad? Apa bodoh sangatkah orang Melayu dan lemah sangatkah pengetahuan orang Melayu tentang Islam?

Jawapannya adalah, Ya! Memang majoriti orang Melayu bodoh dan jahil tentang Islam. Orang Melayu adalah beragama Islam kerana mereka dilahirk…

KETUA PEMUDA RASA MENGAKHIRI ZAMAN BUJANGNYA.

Imej
Maaf sudah lama tidak update blog hamba. Sibuk dengan majlis akad nikah dan balik kampung ke Batu Enam. Sekarang hamba berada di Batu Enam, Terengganu. Sebelum hamba bercerita tentang apa-apa cerita berkenaan cerita di Malaya, hamba suka juga hendak menyelitkan rasa kegembiraan jemaah PAS di Rasa ini kerana ketua pemuda kami sudah mengakhiri zaman bujangnya.
Umur sebaya dengan hamba. Cuma hamba lebih tua beberapa bulan dengan beliau. Diijab kabulkan pada Sabtu lepas, dengan muslimat dari Ajil, Terengganu. Mengajar di PASTI Batang Kali. Majlis akad nikah dilangsungkan di rumah kakak muslimat di Tamu Hill, Batang Kali. Di bawah disediakan sedikit gambar peristiwa yang mendukacitakan seluruh syaitan di dunia.
Ke Destinasi rumah pengantin perempuan.
Otai-otai PAS Rasa bergambar dengan otai pemuda yang hendak menikah itu.

Muka takuuut je. Rilek le KP. Hendak menikah je..

Bunga telur, hijau putih.....

Dua kali sebut. Takpe, asalkan berjaya..

Ketua Cawangan ni fikir apa pula ni? Ada 3 kosong lag…

PELEPASAN KUOTA BUMIPUTRA: KERAJAAN SELANGOR PUN CAP AYAM.

Hamba adalah ahli PAS yang tidak bersetuju langsung dengan mekanisme pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mekanisme yang diumumkan itu mempunyai banyak keburukan kepada Bumiputra, satunya, ianya jelas menjejaskan milikan hartanah kepada Bumiputra, khususnya orang Melayu. Ini kerana, mekanisme permulaan penghapusan 20% milikan Bumiputra setelah 50% tahap kemajuan projek adalah amat tidak elok untuk dilaksanakan. Masalah akan timbul kerana tahap kemajuan projek adalah satu proses yang subjektif dan boleh dimanupulasi nilai angkanya oleh pihak pemaju.

Kemungkinan kemajuan projek yang sebenar baru melepasi 20% tetapi pihak pemaju pula mengatakan sudah melepasi 50% membuat permohonan untuk pelepasan automatik kuota hartanah Bumiputra. Adakah pihak kerajaan Selangor mempunyai mekanisme menyiasat dan melaporkan bahawa memang benar kemajuan projek itu betul-betul 50% atau hanya satu penipuan dalam selama 7 hari bekerja?

Jika pihak kerajaan ne…

"TAMBAHAN RM 4B SUBSIDI MINYAK"? HA, HA! RON 95 NAK NAIK LAGI. PADAN MUKA KITA.

Imej
Antum semua sudah baca utusan online berkenaan cerita "Tambahan RM4b subsidi minyak". Jika belum, dipersilakan baca di sini. Ada nampak pencerahan apa yang akan berlaku tidak lama lagi? Ya, semestinya harga petrol ron 95 akan naik lagi. Terima kasih melayu yang mengundi bn. Padan muka kita.

Mari kita mencari udang di sebalik mee dalam ungkapan-ungkapan Najib dalam berita berkenaan. Kita selidik satu persatu....
“Kita terpaksa menambah RM4 bilion lagi daripada RM10 bilion yang diperuntukkan sebelum ini. Kita juga perlu mengkaji semula kadar inflasi dalam negara dan akan cuba meringankan beban rakyat selagi mampu.
Maksudnya; Pendapatan negara akan bertambah lagi sebab harga minyak naik dan kita pula jual minyak tapi kita masih tidak cukup duit kerana perbelanjaan untuk merasuah semasa PRK dahulu dan untuk PRU 13 nanti. Kita top-up lagi 4 bilion untuk kantung pilihanraya dengan curi duit rakyat.
“Kerajaan komited dalam merasionalkan subsidi secara berperingkat dalam jangka panjang b…

CERITA SEBENAR DISEBALIK BERITA; "AMBIL SERIUS BUDAYA POLITIK NEGATIF SEMENANJUNG"

Imej
Antum semua ada baca akhbar utusan online bertajuk "Ambil serius budaya politik negatif Semenanjung". Jika belum, sila baca di sini. Ada udang disebalik mee daripada cerita-cerita berkenaan.

Mari kita lihat satu per satu kenyataan yang dibuat oleh Hisyamudin.

"Isu politik kebencian, politik fitnah, politik perkauman dan matlamat menghalalkan cara demi kuasa, itu semua dibincangkan dengan Ketua Menteri," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Bilik Gerakan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.

Maksud sebenar;
BN akan usaha sedaya upaya berkempen secara politik kebencian, politik fitnah, politik perkauman dan matlamat menghalalkan cara demi mengekalkan kuasa di negeri Sarawak.

Ditanya apakah persiapan pihak berkuasa untuk menangani ancaman budaya politik negatif itu, Hishammuddin berkata sebagaimana di Semenanjung, tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang.

Maksud sebenar; Siap kau pembangkang. Pihak berkuasa akan …

TERIMA KASIH MELAYU, SEBAB KAMU, PETROL HENDAK NAIK LAGI.

Imej
Ha, pada muka orang melayu, siapa suruh akal tak kecapaian. Minyak Ron 95 nak naik lagi. Padan muka melayu. Undilah cap dacing penipu tu lagi. Kan ke sudah kena lagi. Tiap kali bn menang, akan naiklah harga petrol. Cap ayam punya melayu.

Cuba baca sini. Hah! Macam ada ura-ura sahaja petrol hendak naik. Dengan alasan periuk. Hendak naik sebab harga minyak sedunia naik. Naik hingga 100 US dollar setong. Lebih kurang RM300 setong. Hamba tidak sangka pula pakar ekonomi di Malaysia ini akal tidak cerdik belaka. Kita jual minyak, harga pula naik, maksudnya kita dapat untung lebihlah. Tetapi yang pelik ke tahap gabannya, harga minyak yang dijual kepada rakyatnya pun naik. Bertambah-tambah untunglah. Amboi-amboi, senangnya kerja mencuri duit rakyat untuk dapat untung berlipat ganda.
Terima kasih banyaklah kepada pengundi Melayu yang akal tak kecapaian kerana masih mengundi cap dacing. Kerana kamu semua kelabu mata dengan rasuah, kerana kamu jahil agama dengan berakidahkan hidup melayu, maka ber…

PELIK, PELIK, ADA JUGA MELAYU TAK MAKAN RASUAH.

Imej
Hamba sungguh pelik. Walau seteruk mana rasuah duit haram diberikan kepada pengundi di Merlimau dan Kerdau, digunakan seluruh saluran kerajaan negeri dan pusat untuk membantu haram BN, namun masih ada 2,319 insan di Merlimau dan 2,336 insan di Kerdau yang mengundi PAS.

Kuatnya iman mereka.
Duit haram rasuah bukan sekupang dua, tapi juta-juta ringgit! Bukan takat duit tunai, biskut kering baju bajan semuanya diangkut ke Merlimau dan Kerdau. Masih ada lagi insan yang sudi mengundi PAS di sana.
Kuat gaban kewangan mereka.
Walau seluruh Malaysia digunakan BN secara haram seperti duit itu mak bapak umno apco punya di rasuah ke Merlimau dan Kerdau, namun ada insan yang buat muka seposen sahaja dengan rasuah-rasuah jutaan-jutaan itu dihadapan mata mereka.
Inilah dia insan-insan yang akan menjadi mujahidin jika ada berlaku peperangan di Tanah Melayu.
Bukan sedikit, tetapi ramai, 2,319 di Merlimau dan 2,336 di Kerdau.
Syukur juga hamba melihat bukanlah seluruh umat Melayu yang masih tidak mahu beruba…

PILIHANRAYA MALAYSIA MEMANG TIDAK ADIL SEMENJAK MERDEKA.

Jika dilihat secara lojik, sudah pasti PAS akan kalah didalam mana-mana pilihanraya yang diadakan di Malaysia ini. Mana tidaknya, apakah media yang ada pada PAS untuk berkempen kepada pengundi?

PAS tidak boleh langsung diberikan ruang untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah matlamat, perjuangan dan hal-hal kempen didalam surat khabar. PAS juga tidak dibenarkan langsung untuk keluar di kaca telivisyen untuk mengeluarkan hujah agar pengundi dapat menilai untuk mengundi mereka.

Dua media yang utama yang sepatutnya diberi kemudahan didalam kempen pilihanraya demokrasi tidak dapat dinikmati PAS semenjak PAS bertanding pilihanraya. Surat khabar dan telivisyen, dua media wajib untuk menjadi alat kempen seluruh dunia yang mengadakan pilihanraya, tidak dapat dirasai oleh PAS walau sedetik saat. Namun, PAS tetap ada menang pilihanraya.

Jika parti-parti lain diluar negara, melihat cara pilihanraya Malaysia berlangsung, sudah pasti mereka akan angkat tangan kerana tiadanya media untuk mereka l…

AJARAN SESAT MUHYIDIN; JIKA TAK SUKA PADA ORANG, BELASAH JE DIA.

Imej
Mamat sepapan ini mungkin telah menghidu gam sehingga ke tahap lalok gaban semasa menyebut ayat yang kurang ajar lagi merapu cap ayam kepada pertanyaan wartawan. Apa jenis manusia membenarkan orang yang menyampah dengan orang lain sesuka hati membaling batu , mengkasari dan mencarut-barut kepada orang yang dia tidak suka? Gila apa muhyidin nih? (Baca disini).
Malu hamba ada mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang cap ayam seperti mamat sepapan ini. Jika ikut kata sipapan ini, sudah lama kereta TPM hamba baling dengan batu dan belasah cukup-cukup mamat Johor jual pasir ini kerana dia sendiri yang membenarkan sesiapa yang tidak suka dengan orang lain, belasah sahaja orang itu? Mengarut ke tahap gaban tpm sepapan ini.
Elok benorlah rakyat Malaysia ada sepapan tpm yang berotakkan begini. Tiada sopan dan penuh dengan dendam kesumat. Apa yang dia dendam, hanya muhyidin empunya diri yang tahu.
Selepas ini, bolehlah kita ajar kepada anak-anak kita, jika tidak puas hati dengan kawan sedarjah, se…

HAMBA SUDAH TUA.....

Imej
Ya, hamba sudah tua, namun masih boleh 5 tahun lagi bersama pemuda. Isteri hamba semalam beli kek pada hamba. Terkejut hamba. Tidak sangka setua hamba ini, isteri berikan hadiah istimewa kepada hamba,... iaitu kek Doraemon. Thank You isteri..... :)

Kek kepada hamba dari isteri dan anak-anak. Terima kasih.... :)
Doraemon. He, he,.. badan pun macam hamba gok,.... hah!

Ni kek untuk ayah. Boleh Iman makan?

Sedapnya makan.. anak-anak dara hamba......




BERLAGAK NKAU YE DENAN SEMPIT,.. HAH! JAWAB NIH!!

Imej
Ha, salam-salam pakcik, kamu semua tak tahu hutang kerajaan negeri RM2.17 bilion, korang semua mana tahu, senang benor menipu orang kampung nih, Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!
Ada cerita MB Denan sempit kata pembangkang cakap melalut berkenaan dengan laporan audit kerajaan negeri Pahang. Apa yang melalut, tidak pula digembur-gembarkan dengan terperinci. Denan sempit kata selama dia memerintah Pahang, hanya 2 kali sahaja Pahang mengalami defisit dalam pentadbiran. Selama 12 tahun, hanya 2 tahun ianya defisit. Atau lebih senang kabor, hutang! Hebat benor Denan sempit. Betul ka?
Mari kita lihat penyata kewangan yang dibuat oleh pihak Jabatan Audit Negara terhadap negeri Pahang

Tahun terdekat, 2008 dan 2009, denan sempit sudah buat rugi pada negeri Pahang. 2008 kurang duit RM27 juta, tahun 2009 kurang duit RM42 juta. Pandainya engkau Denan sempit tadbir Pahang. Belanja sakan sampai tidak perasan lebih guna duit sebanyak 42 juta. Cap ayam betul!Kemudian anda sekelian jangan pula terpesona dengan lebih…

HISYAMUDDIN LANJUT HINGGA 10 MAC MEROMPAK DUIT RAKYAT.

Imej
Akhirnya, Hisyamuddin menunjukkan kepandaiannya yang selama ini dianggap oleh seluruh rakyat Malaysia seperti mat lembik. Apakah kepandaiannya itu? Kepandaiannya ialah melanjutkan diskaun saman tertunggak sehingga 10 Mac. Mengapa itu dianggap pandai? Kerana beliau berjaya sekali lagi membodohkan rakyat agar mengembungkan duit kerajaan yang memang sudah kekeringan tunai.
Hamba menasihatkan, bayarlah saman-saman korang yang masih belum terbukti bersalah itu. Bayarlah sepuas-puasnya. Kome sekeliankan banyak duit. Harga susu naik melambung tidak kisah, harga gula naik buat deek, harga petrol naik buat selamba, dan yang lagi penting harga rokok naik buat muka seposen sahaja. Bayarlah. Hamba apa kisah, duit kome.

Yang lebih penting, undilah lagi Barisan Nasional. Sebab mereka akan menyediakan tin biskut dan sardin untuk kome sekelian menikmati lagi 5 tahun kome semua hidup. Membasmi kemiskinan dengan tin biskut. Hanya kerajaan umno apco sahaja di dunia ini yang boleh membasmi kemiskinan denga…

KASIHAN, MUHYIDIN KECUT PERUT DENGAN 'SKUAD KAMERA' PAS.

Imej
Muhyidin sudah takut ke? Takut dengan 'Skuad Kamera' yang telah ditubuhkan PAS dalam PRK Kerdau dan Merlimau. Lain macam sahaja bunyi menteri yang salah guna kuasa guna sekolah untuk berkempen.
Itulah. Lain kali jika hendak berkempen. Jangan hulur rasuah. Berdosa. Puak umno ni reti ke maksud dosa?
Hamba pelik lagi kasihan melihat telatah puak umno yang akal jahil ini. Semasa dulu-dulu, beri rasuah kepada pengundi dibuat selamba sahaja. Macam Allah tidak nampak akan perbuatan mereka. Tetapi, apabila manusia bernama PAS hendak mengintip dan ambil gambar puak umno beri rasuah, barulah kecut perut. Nampak sangat umno ini lebih takut manusia dari Allah.
Yang lagi kasihan, hendak mengelat dari di'tangkap' gambar semasa beri rasuah, awal-awal lagi puak umno tuduh PAS hendak puak fitnah kepada mereka. Woi! Come on lah, kami belum tuduh apa-apa lagi melalui gambar, kome dah melatah kami buat fitnah. Apa punya akal muhyidin ni? Stupid ke?
Jalan penyelesaian untuk menghilangkan kecu…

RAIS YATIM STUPID TO THE EXTREME OF MONKEY

Imej
Ha! Ha! Ha! umno memang lawak sungguh. Dulu kini dan selamanya asyik-asyik menipu. Bukan takat menipu, tetapi membohong tahap gaban. Yahudi zionis pun tabik!

Ada mamat sepapan ni sudah cakap melalut. Dia kata wartawan tolong tulis benda-benda yang adil dan seimbang. Bukan macam pembangkang yang asyik kritik hentam kromo. Hah! Hah! Hah! Ayat muamar Gaddafi sungguh! Dia menipu orang, wartawan dia fitnah lampau-lampau Pakatan Rakyat, buat cerita cap ayam, tipu sana, kelentong sini, bohong situ, kemudian dia pula tuduh PR yang buat berita tipu. Hamba pun tidak tahu jambatan mana dia seberang setelah dia bakar hangus jambatan itu.

Stupid betul!

Ha! Ha! Ha! umno buat cerita lawak lagiii.....
Tolonglah Rais, kamu settlelah dulu dengan blogger-blogger penjilat umno tu yang menuduh kamu merogol. Kamu nasihatkan wartawan kamu dahulu, selepas itu, barulah buat cerita fitnah lain. Jangan buat kerja otak di kepala lutut.Sudahlah media di Malaysia tidak bebas macam zaman Nazi, parti politik yang halal …