POCO-POCO HARAM, PADAN MUKA MELAYU

Macam mana ni? Poco-poco haram! Apa wanita dan puteri umno hendak buat untuk aktiviti masa lapang? Menari balley le pulok?

Haram! Itu yang disebut Mufti Perak berkenaan tarian poco-poco. Sesiapa yang menari poco-poco, akan berdosa dan kebarangkalian masuk neraka ditingkatkan. Padan muka melayu! Apalah senget sangat akal itu, yang dikecoh-kecohkan adalah tarian poco-poco. Apa? Ingat jika orang melayu tidak boleh menari akan membuat orang melayu kurang melayunya kah?

Kata Majlis Fatwa Negeri Perak, tarian itu adalah ada hubungkait dengan pemujaan roh dan agama Kristian. Poco-poco ini datang diimport dari Jamaica.

Memang patut haram pun. Padan muka melayu.

Jika tiada unsur pemujaan dan agama Kristian pun, hamba bersetuju bebenor agar poco-poco ini diharamkan. Kerana cara menarinya pun mengada-ngada. Lenggok sana, lenggok sini. Pakcik-pakcik yang hendak ke surau pun boleh kemalangan melihat puteri-puteri umno menari poco ramai-ramai tengah padang dekat waktu maghrib.

Itulah cerita, orang melayu ini majoritinya memang jahil agama. Jahil hukum dan jahil dengan akidah Islam. Mereka anggap, jika sudah Melayu, maka mereka sudah Islam. Salah itu orang Melayu wei! Islam dan Iman perlu dipelajari dan diamalkan. Lihatlah apa yang berlaku, jika orang Melayu faham akan Islam, sudah lama umno ini dibakar dan dihapuskan sehapus-hapusnya di muka bumi Tanah Melayu di sini.. Padan muka Melayu!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?