Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

EGO.

Manusia ada berbagai jenis. Ada yang baik, kurang baik, sederhana baik, anggap diri tidak baik, anggap diri baik dan ada juga yang memang jahat. Kesemua jenis manusia ini dengan berbagai jenis-jenisnya dihidupkan ke dunia ini adalah untuk menuju kearah menjadi baik. Sebab itu Allah turunkan agama untuk membimbing manusia menjadi kearah baik. Mahu tidak mahu, kita mesti berusaha menjadi orang yang baik. Jika tidak berjaya, maka balasannya ialah neraka yang panas. Tiada kompromi. Dalam proses menjadi baik, ada berbagai-bagai rintangan yang telah diturunkan oleh Allah didunia ini. Rintangan syaitan, rintangan nafsu dan rintangan dunia itu sendiri. Maka proses untuk menjadi manusia yang baik adalah proses yang berterusan. Jika menganggap diri kita sudah baik, jangan berhenti menjadi baik, kerana kemungkinan kita menjadi tidak baik itu masih ada kerana gangguan syaitan, nafsu dan dunia itu sendiri. Apa yang lebih merbahaya ialah, dalam proses menuju untuk menjadi manusia yang lebih baik

ADA BATU DISEBALIK MEE.

Tiba-tiba sahaja, tanpa guruh dan awan hitam, banjir berlaku didalam sekolah. Dengan tidak semena-mena, guru DG 41-48 dibenarkan kembali aktif didalam politik. Tetapi dengan kebenaran bertulis dahulu. Hamba syak, berita ini adalah untuk menyenangkan pantauan rekod kepada guru-guru yang menyokong parti selain BN sahaja. Ianya adalah kerja-kerja mempermudahkan risikan kepada para guru seluruh Malaysia yang menyokong PR agar senang diambil tindakan ditukar sekolah. Itu sahaja. Bukan setakat tukar sekolah, malah tindakan susulannya ialah menyusahkan mereka untuk mengundi ditempat asal mereka mengundi akibat perpindahan itu. Oleh itu, kepada para guru yang menyokong PR, tidak perlulah anda sekelian menulis surat kebenaran untuk aktif didalam politik untuk aktif didalam politik. Anda sekelian sepatutnya aktif terus didalam politik tanpa bersusah-susah menulis surat kerana mereka dipihak atasan tetap tahu penglibatan anda kerana manusia mempunyai mulut. Buat kerja seperti biasa dan aktif

ANAK KETIGA KAMI, NUR MUHAMMAD:)

Imej
Nur Muhammad Bin Mazwandi. Anak yang ketiga. Lelaki yang pertama. (Di wad NICU) Nyenyak tidurnya di NICU. Maklumlah, beliau yang terbesar diantara bayi-bayi yang ada di wad ini. Tidur dikatil baby. Rumah ibu, K.L. Abang hamba tidur di katil ini (1972), Hamba juga tidur dikatil ini, adik hamba, anak buah hamba, Muhammad Aqlan, anak-anak hamba Nur Jannah, Nurul Iman dan sekarang ini Nur Muhammad. Semuanya dikatil kayu ini yang sudah berusia 38 tahun. "Adik saya ke?" Nurul Iman dengan kemusykilannya.... Anak-anak hamba. 28 hb Rejab. 11 Julai. Tahun ini. Hamba menyaksikan sendiri keperitan isteri hamba melahirkan anak kami yang ketiga. Di bilik bersalin hospital selayang, selangor. Tepat jam 11.49 pg, Nur Muhammad bin Mazwandi dilahirkan kedunia ini. Ya, Nur Muhammad, nama seorang bayi lelaki. Hamba dikurniakan Allah seorang anak lelaki untuk cahaya mata kami yang ketiga ini. Sikit lagi hamba hendak berlinangkan air mata apabila melihat beliau keluar secara normal dari p

5 CERITA SENSASI MUNGGU INI. MINTA PENCERAHAN!

(Perhatian, ayat dibawah tidak disensor kerana ada banyak unsur kemarahan didalamnya) Banyak sungguh cerita pelik bin ajaib berlaku pada minggu ni. Peliknya semacam seperti cerita kartun Doraemon. Seperti ada arahan dari dajjal kecil untuk memporak-perandakan manusia agar senang masuk neraka. Bahaya tu.. Hamba hendak cerita sikit tentang cerita-cerita pelik yang banyak. Antaranya; Satu: Pelakon lelaki Melayu suka berlakon bogel. Dua: Tengok bola pun suka buat syirik. Tiga: TV3 promosi amalan syirik. Empat: ESQ boleh dibahas, baca yasin malam jumaat tak boleh? Lima: Judi pun seperti biskut merry. Cukup takat lima. Mari kita cerita nombor satu, Pelakon lelaki Melayu suka berlakon bogel. Tajuk ni memang hamba menyampah betul. Bangang tahap gaban. Hendak kata bodoh, memang bodoh, hendak kata stupid, memang stupid, yang sepatutnya disebut ialah stupid to the extreme of monkey. Malah monyet lebih bijak dari si cap ayam dua ekor pelakon bogel ni. Satu Botol, satu Mantra, satu ce

NKRA TU APA DIA?

Semalam ada cerita sikit. Sepatutnya isteri hamba ada mesyuarat NKRA disekolah beliau lepas solat jumaat. Tapi dia tak pergi kerana letih yang amat. Maklumlah, Sudah 40 minggu mengandung. Tunggu hari sahaja. Hamba tanya beliau NKRA itu apa kemendenya? Spesis kuih raya ke? Orang rumah hamba jawab; NKRA itu "NAJIB KERJA ROSMAH ARAH". Tu dia weh. Guru-guru pun sudah naik menyampah dengan politik negara Malaysia ni. Tidak tersangka bara api tidak puas hati dalam diam sedang membuak-buak. Bagus ke tak bagus untuk masa depan Malaysia? Fikir fikirkan ....;|.

MAHASISWI DOMINAN IPTA? MUNGKIN TERSILAP TAFSIRAN.

Pada masa sekolah rendah, pelajar perlu menduduki peperiksaan UPSR. Masuk sekolah menengah, pelajar perlu menduduki 2 peperiksaan iaitu PMR dan SPM. Selepas SPM, maka pelajar-pelajar akan memasuki ke alam institut pengajian tinggi. Maka berebut-rebutlah pelajar dan ibubapa pelajar memilih institusi pengajian tinggi. Selalunya mereka akan memilih institut yang terdapat nama universiti di depannya. Mentaliti masyarakat sekarang ialah IPT yang terbaik untuk diri mereka atau untuk diri anak mereka ialah IPT yang terdapat di depannya disebut universiti. Baru ada kelas. Baru ada masa depan untuk mereka. Baru ada ilmu yang terbaik akan diperolehi oleh mereka. Sehinggakan terdapat satu artikel yang menyentuh tentang IPT ini yang menjurus beranggapan universiti adalah segala-galanya. Sila baca artikel bertajuk "Mahasiswi Dominan di IPTA". Pada artikel itu memberitahu bahawa mahasiswi yang memasuki IPTA atau universiti awam adalah 64.8% (26,299) berbanding lelaki yang hanya merangk