MAHASISWI DOMINAN IPTA? MUNGKIN TERSILAP TAFSIRAN.

Pada masa sekolah rendah, pelajar perlu menduduki peperiksaan UPSR. Masuk sekolah menengah, pelajar perlu menduduki 2 peperiksaan iaitu PMR dan SPM. Selepas SPM, maka pelajar-pelajar akan memasuki ke alam institut pengajian tinggi. Maka berebut-rebutlah pelajar dan ibubapa pelajar memilih institusi pengajian tinggi. Selalunya mereka akan memilih institut yang terdapat nama universiti di depannya.

Mentaliti masyarakat sekarang ialah IPT yang terbaik untuk diri mereka atau untuk diri anak mereka ialah IPT yang terdapat di depannya disebut universiti. Baru ada kelas. Baru ada masa depan untuk mereka. Baru ada ilmu yang terbaik akan diperolehi oleh mereka. Sehinggakan terdapat satu artikel yang menyentuh tentang IPT ini yang menjurus beranggapan universiti adalah segala-galanya. Sila baca artikel bertajuk "Mahasiswi Dominan di IPTA".

Pada artikel itu memberitahu bahawa mahasiswi yang memasuki IPTA atau universiti awam adalah 64.8% (26,299) berbanding lelaki yang hanya merangkumi 35.2%. (14,277). Jikadibaca artikel itu, menunjukkan orang lelaki selepas SPM mereka majoritinya hilang entah ke mana tidak melanjutkan pelajaran di mana-mana. Mungkin bekerja, menganggur, merempit atau terus pupus. Padahal, situasinya tidak begitu.

Kaum lelaki tetap ada yang meneruskan pembelajaran mereka diperingkat tinggi. Tetapi institut pengajian mereka bukan dinamakan universiti.

Pernah anda sekelian mendengar institut pengajian yang dinamakan politeknik? Sudah semestinya pernah. Kaum lelaki kebanyakannya memasuki ke politeknik. Pernah mendengar ADTEC? Mesti majoritinya gejuis tidak pernah mendengarnya. Mungkin majoritinya tidak tahu. ADTEC adalah singkatan kepada nama Advanced Technology Center. Satu IPTA yang menyediakan sijil diploma dan diploma lanjutan. Sijil Diploma mereka adalah bersandarkan kepada SKM. Tahu anda apakah SKM? SKM adalah Sijil Kemahiran Malaysia. Dahulunya dipanggil MLVK. Tahu anda apa dia MLVK? MLVK adalah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

ADTEC adalah satu institusi yang tidak glamour berbanding dengan IPTA lain seperti UM,UKM, UiTM, UTM, UPM, USM, UUM dan berbagai U dimulanya. Namun ianya adalah satu institusi yang menjurus siswa-siswinya mengikuti pembelajaran yang berasaskan kepada teknikal. Menumpukan lebih kepada pembelajaran perkara praktikal berbanding teori. Ianya seperti pembelajaran sistem negara Jerman.

Seperti jugalah institusi GMI, German Malaysian Institute, KKTM, Kolej Kemahiran Teknologi Mara, ILP, Institut Latihan Perindustrian, IKM, Institut Kemahiran Mara, CIAST, Center for Instuctor & Advanced Skill Training dan berbagai-bagai lagi institut kemahiran teknikal dan industri di seluruh Malaysia. Majoritinya adalah kaum lelaki yang dominan di institusi ini.

Kaum lelaki tidak pupus, mereka tidak tidak berpelajaran, tetapi mereka hanya berada di institusi yang tidak glamour. Itu sahaja. Padahal, jika di Eropah, institusi ini adalah setanding dan sama taraf dengan universiti. Cuma di Malaysia masyarakat dan mungkin etika kerajaan 'menganggap' institusi ini adalah kelas kedua berbanding dengan universiti awam.

Tidak perlulah sangat kita beranggapan kaum lelaki sudah pupus di IPT. Sebenarnya tidak. Cumanya masyarakat perlu dididik agar institusi ini yang kebanyakannya berasaskan kepada SKM ini menerima sijil mereka seperti juga diploma dan ijazah yang lain. SKM tahap 4 dan tahap 5 yang disebut setaraf dengan diploma dan ijazah muda adalah lebih baik disebut setaraf dan SAMA DENGAN diploma dan ijazah muda. Tahap pembelajaran mereka adalah tinggi dari segi 'skill'. Mereka adalah bakal pekerja mahir untuk sektor industri di Malaysia.

Cumanya, permasalahan di Malaysia ini adalah Malaysia masih lagi mengekalkan budaya korporat didunia pekerjaan, bukannya budaya teknokrat, iaitu budaya pekerjaan yang tinggi lebih setaraf daripada budaya korporat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?