KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

Alhamdulillah sudah sampai ke Rasa malam tadi. Selepas mengharungi 7 jam perjalanan dari Batu Enam, Terengganu. Kepala pening-pening sedikit. Kerana sudah lama tidak memandu direct dari Batu Enam ke Rasa. Selalunya singgah Kuantan dahulu, rumah kakak ipar. Tetapi memandangkan kakak ipar bercuti ke Beijing, maka hasrat untuk singgah tidur semalam di Kuantan tidak kecapaian.

Duit-duit, dimana kau duit....
Hamba ke Batu Enam dahulu pada minggu lepas, hari Khamis. Singgah di Kuantan semalam dan esoknya terus ke Batu Enam. Sampai Kuala Terengganu, jalan-jalan ke pantai. Sabtunya pula, pergi ke Marang, ada kenduri kahwin. Ahad ke bandar, kemudian ke pantai airport. Isnin ke pantai Mengelibang Telipot (betul ke eja ni?). Selasa ke bandar pada paginya, kemudian tengahhari ke Gong Badak dan seterusnya balik ke Selangor.

Tidaklah jauh mana berjalan di negeri Terengganu. Sekitar Kuala Terengganu sahaja. Tidak ke Dungun, tidak ke Besut. Cuma sekitar-kitar bandar Kuala Terengganu dan pantai di daerah Kuala Nerus. Paling jauh Marang. Marang pun setakat sehingga ke Masjid Rusila. Tetapi minyak yang disedut oleh kereta, MasyaAllah.

Mula-mula isi RM80, kemudian RM60, kemudian isi lagi 50, dan isi lagi 50. Hari Selasa, semalam, hari balik, mula-mula isi 50 untuk ke bandar, kemudian isi 30 agar tangki penuh untuk balik ke Selangor, dan dalam perjalanan balik, isi lagi RM50 di RnR Temerloh. Kesemua isian petrol ke dalam tangki kereta Oddyssey hamba adalah RM370. Itu isian petrol sahaja tu. Belum tol lagi.

Tol sahaja Gombak RM5. Karak pergi balik RM6. LPT ke Gambang RM16.70. LPT Jabor ke Karak RM21. Semuanya RM48.70. Kos perjalanan sahaja RM418.70. Alligment tayar dan repair eksos kereta RM65. Semuanya sekali RM483.70. Singgah makan minum, lengkap RM500.00.

Jika naik kapal terbang berapa agaknya kos? Cepat. Masa keluar dari rumah ke airport dan sampai ke Batu Enam lebih kurang 3 jam. Kereta minima 6 jam. 3 jam untung. Tidak letih. Di Batu Enam abang ipar ada satu kereta yang boleh dipinjam. Tidaklah patah kaki sepenuhnya. Namun tidak bebaslah untuk berjalan ke mana-mana. Maklumlah, kereta orang.

Pergi sekarang sudah berlima. Paling murah, RM700 tiket kapal terbang rasanya boleh dapat. Nasib baik RM 500. Itu pun mustahil. Baru tiket kapal terbang. Hendak ke Airport perlu naik teksi. Duit lagi. Fikir-fikir, baik naik kereta, letih-letih pun, puas hati. Ke guane?

Ulasan

Mieza berkata…
hihihi...ejaan dia Kg. Mengabang Telipot...biase kalo sy drive dari Pandan Indah, KL ke Kg. Mengabang Telung (sebelah Kg. Mengabang Telipot) ambil masa dalam 5 jam (laluan pantai) or 4 jam (guna LPT fasa 2)...so next time awk bole guna LPT fasa 2, terus ke Batu Enam...

Catatan popular daripada blog ini

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?