Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

MOHON DANA UNTUK PRK HULU SELANGOR.

Hamba didalam jemaah diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Cawangan. Tugas dan amanah diberikan adalah sangat besar. Lebih-lebih lagi, kawasan yang hamba duduk sekarang ini akan diadakan Pilihanraya Kecil. Maka dana berbentuk RM amat diperlukan oleh kami untuk menjalankan tugas-tugas pilihanraya nanti. Terus terang hamba katakan, walaupun parti yang memerintah negeri adalah Pakatan Rakyat, namun Cawangan PAS adalah miskin tidak berduit. Kerana dana yang ada akan habis sekelip mata untuk menjalankan aktiviti dan program rakyat. PAS Cawangan pun tidak dapat satu sen pun bantuan dari kerajaan negeri kerana pihak memerintah sekarang ini tidak mahu menggunakan duit rakyat diberikan terus kepada parti politik, tidak seperti Umno BN dahulu. Maka PAS Cawangan terpaksalah juga berdikari untuk mendapatkan dana. Jika ada orang tidak faham, dan memang ada orang yang tidak faham, termasuk ahli sendiri, yang merungut-rungut 'asyik-asyik minta duit, asyik-asyik minta duit, dah memerintah pun mint

PARLIMEN HULU SELANGOR AKAN ADA PRK....

Imej
Wajah Allahyarham dari lensa peribadi hamba Ahli Parlimen kawasan hamba baru meninggal dunia semalam, malam Jumaat jam 9.30 mlm. Takziah hamba ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT. SMS yang diterima oleh hamba dari sahabat hamba dari pejabat Parlimen Hulu Selangor jam 10.oo mlm tadi hamba terima dengan hati sedih namun tenang. Teringat muka Allahyarham yang sanggup datang ke Kampung Melayu Rasa, datang ke rumah ke rumah menjenguk para pengundi di Kampung Napi. Sehingga rumah kakak ADUN Umno Batang Kali pun beliau sanggup menjenguknya di muka pintu. Walaupun dari wajahnya kelihatan beliau amat keletihan, namun beliau gagahkan juga kudrat berkunjung ke rumah pengundi-pengundi bertanyakan khabar. Suasana ceria ini pasti akan kembali meriah. Selepas menang, kami dari PAS Cawangan Rasa ada membuat sedikit jamuan dan ceramah kecil untuk meraikan kemenangan. Kami menjemput Allahyarham untuk merasmikan jamuan itu dan beliau dengan hat

RAKYAT YG 51% DULU, SUDAH TERSEDAR DARI MIMPIKAH?

Pagi tadi, bermula jam 9.30 pagi, ditempat kerja hamba ada mesyuarat bagi jawatankuasa OSHE. Ianya berkaitan dengan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ianya satu jawatan kuasa yang penting dan perlu dibuat dengan serius dan penuh amanah serta efisien. Setiap kali ada kerja yang berbangkit, maka pengerusi jawatankuasa akan memberikan tarikh untuk kerja itu siap. "Saya beri 3 hari untuk kerja itu disiapkan", kata pengerusi. Hamba mencelah, "Dr, bukan 7 hari ke? Parlimen pun berikan masa 7 hari....", (untuk pengetahuan, pengerusi itu adalah seorang Dr PhD). Apabila hamba mencelah begitu, maka pengerusi pun gelak ketawa. Beliau tahu saya berseloroh. Rakan-rakan yang berada didalam bilik pun ada yang tumpang ketawa dan senyum-senyum sinis. Maka hati hamba pun terdetik sebentar, bahawa setiap individu yang berada didalam bilik mesyuarat itu mengerti apa yang dimaksudkan dengan 7 hari dan Parlimen. Dan hamba pun tersedar, sesungguhnya sekarang rakyat-rak

RAKYAT SELALUNYA AKAN IKUT PEMIMPIN, BETULKE?

Imej
Anak selalunya akan mengikut tingkah laku ayah atau ibunya. Jika ayahnya seorang yang bersopan santun, maka kebarangkalian anak itu akan bertutur secara bersopan santun akan tinggi. Jika pula anak itu berperangai kurang elok, maka selalunya orang di sekitar akan beranggapan dan melihat ibu dan ayahnya memang berperangai kurang elok, kerana itulah anaknya berpeel sebegitu juga. Begitu jugalah dengan rakyat dengan pemimpin. Tingkah laku rakyat selalunya ada hubung kait dengan pemimpinnya. Jika pemimpin itu suka berfoya-foya, maka rakyatnya akan terikut jugalah dengan perangai foya-foyanya dan jika pemimpinnya bertawaduk, maka kebarangkalian rakyatnya akan lebih beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Mengapa pula tiba-tiba hamba bercerita ikatan diantara pemimpin dan rakyat pada artikel kali ini? Adakah benar ikatan perangai pemimpin akan menjuruskan kepada tingkah laku rakyat yang dipimpinnya dibawah? Adakah bukti-bukti yang boleh membuktikan bahawa ikatan perangai diantara pemimpin

BANJIR BESAR JEDDAH = ORANG KAFIR MASUK TANAH HARAM MEKAH?

Imej
Sakit pinggang. Itulah yang dirasai hamba ketika ini. Bukan sakit hati, bukan sakit dada, tapi sakit pinggang. Semalam ditempat kerja hamba ada buat 5S. Disebabkan hamba ni jenis rajin sesangat, habis almari-almari pun diangkatnya untuk di 5S kan. Mungkin disebabkan semasa mengangkat almari itu posisi pinggang hamba tidak menepati piawaian antarabangsa, maka hamba pun terimalah akibatnya, sakit pinggang. Setakat 2 perenggan diatas, hamba telah menukar posisi duduk 2 kali. Ya, 2 kali. Sakitnya datang seperti jarum menyusuk-nyusuk pinggang yang sudah tua ini. Oleh kerana doktor telah begitu bermurah hati memberi cuti sakit 2 hari, maka kesibukan kerja yang dibuat-buat dapat juga ditenangkan seketika selama 2 hari ini. Maka dengan ketenangan itu, dapatlah hamba menulis blog untuk dibacai oleh gejuis-gejuis yang sentiasa inginkan berita-berita dan cerita-cerita yang lain dari yang lain untuk diserapi ke dalam minda kepala. Apa yang hendak diceritai oleh hamba hari ini adalah tiadanya k