Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

INSYAALLAH YG KETIGA, LELAKI....!

Imej
Langkah kita, meninggalkan tapak di belakang.. Langkah yang menuju ke cahaya Ilahi, pastinya akan ada onak dan duri.. Langkah kita ibarat anak kecil yang perlu dipegang tangan, agar tidak tersalah.. Langkah dengan tapak kaki yang besar, tidak semestinya memberi kesan yang besar.. Malah mungkin akan meninggalkan kesan tapak kaki yang kecil, sekecil kaki bayi.. Hati terasa lembut hari ini. Mungkin kerana terkenangkan coretan cerita semalam. Ketika hamba dan isteri melangkah ke klinik Zalina, untuk membuat 'scan' pada perut si isteri, bersama juga dengan 2 anak hamba yang muslimat comel itu. Tujuannya untuk check-up ante-natal, tetapi bertukar tajuk kepada scan jantina kandungan. "Saya hendak cepat ni, anak saudara menunggu di sekolah. Kena balik awal kerana demam selesema." kata Dr. Zalina. Doktor berketurunan mamak Penang yang sudah juga dipanggil melayu oleh masyarakat Pulau Pinang. "Apa kata kita straight to the point, kita scan hari ini untuk mel

BERSUNGUTLAH WAHAI GURU, KAMI SEDIA MENDENGARNYA.

Sudahkah anda membaca satu artikel yang bertajuk "Berhentilah bersungut wahai guru". Jika belum, silalah baca. Ianya 'menarik'. Artikel itu juga membuatkan minda 'geliga' hamba ini teruja untuk membuat artikel ini, untuk dijadikan pendapat hamba dipertengahkan kepada gejuis yang membuka blog hamba yang kecil. Guru ramai merungut, betul ke? Kawasan perumahan hamba ramai guru. Isteri hamba pun guru juga. Tetapi mendengar mereka bersungut, tiadalah pula. Apa yang hamba perasan, jika hamba yang mulakan pertanyaan kepada guru soalan yang spesifik tentang alam perguruan, barulah mereka memberikan pendapat mereka. Bukannya bersungut. Jika bersungut pun, biarlah, hak mereka untuk bersungut akan profesyen pekerjaan mereka. Mungkin juga ada guru yang bersungut-sungut tidak tentu pasal tanpa ditanya, mungkin ada. Jika ada pun, biarlah, mereka pastinya bersungut kerana ketika itu mereka didalam keadaan minda yang bercelaru akibat bebanan kerja berat ketika itu. Macamla

HAMBA MAHU ANAK HAMBA DIBESAR DALAM NEGARA ISLAM, BUKAN NEO-SEKULAR.

Imej
Siapa antara gejuis ada anak? Hamba ada anak. 2 nak masuk 3. InsyaAllah yang ketiga tunggu hari. Yang ada sekarang dua-dua perempuan. Comel. Seperti ayah dia,.. he, he.. :) Ada orang bertanya, mengapa hamba aktif berpolitik? Hamba jawab, hamba hendak mengubah sistem kehidupan yang ada di Malaysia daripada modal nasionalis kepada modal Islamis. Modal? Mengapa dipanggil modal? Hamba ambil contoh, sesuatu perniagaan memerlukan modal. Kita ambil contoh pembuatan roti. Seseorang memerlukan RM untuk membeli mesin memisah doh. Satu mesin itu nilainya sebanyak RM18,000. Jadi untuk membelinya memerlukan duit. Maka duit itu adalah dinamakan modal. Serupa juga kehidupan. Untuk mendapat kehidupan, kita mesti ada negara. Untuk mengadakan negara, kita memerlukan sistem. Sistem itu adalah modal. Didalam sistem itulah wujudnya pemerintahan dan kerajaan. Maka untuk mendapatkan modal terbaik kepada negara kita mestilah mencari modal yang terunggul. Apakah dia modal itu? Modalnya tentulah Islam. A

MALAYSIAKU; HARU BIRU KE KUNING BELANGAU?

Ada banyak cerita nak dicerita. Satu; budak mati kena buli. Dua; 40 ustaz muda masuk umno. Tiga; Mahathir nak judi. Hamba hendak cerita 3 cerita sahaja awal pagi ini. Tidak mahu lebih-lebih. Satu; Budak mati kena buli di MTD. Mengapa ini berlaku. Kerana adat. Adat apa? Adat tentera. Apa dia, hormat senior seperti hormat 'dewa'. Adat apa? Adat tinggal di asrama. Apa dia, senior dulu dah buli senior sekarang, maka kesinambungan buli perlu diperturunkan dari keturunan ke keturunan. Siapa yang mulakan? Sistem penjajah British. Semua cerita buli di asrama ini telah menjadi satu kebiasaan di sekolah asrama. Akal pemikiran telah dijuruskan kepada sesiapa yang ingin masuk asrama, maka buli oleh senior pasti akan terbit pada nombor satu. Sebenarnya buli adalah satu krisis dalam kehidupan. Ianya adalah maksiat dan dosa besar yang mendatangkan dosa yang menjurus ke arah neraka. Namun, oleh kerana ianya telah biasa berlaku, maka ianya dianggap sebagai sebahagian dari sistem bersek

CUTI BERSALIN 90 HARI; PERLU SANGATKAH?

Imej
Hamba adalah seorang lelaki. Tidak pernah melahirkan anak, apalagi mengandungkan kandungan anak didalam rahim selama 9 bulan. Ini semua kerana hamba adalah seorang lelaki. Namun hamba sudah dua kali melihat isteri hamba melahirkan anak kami. InsyaAllah, tidak lama lagi, hamba akan berada disisi isteri hamba untuk anak yang ketiga pula. Pengalaman melihat isteri hamba bersambung nyawa untuk melahirkan anak kami tidak akan hamba lupakan sehingga hamba mati. Kesakitan dan kepayahan melihat beliau melahirkan anak kami menginsafkan hamba akan banyaknya jasa ibu hamba yang melahirkan hamba ke dunia ini. Kasih ibu membawa ke syurga. Didalam masa 2 bulan lagi, kerajaan Malaysia akan mengumumkan keputusan hasil kajian panjang untuk melanjutkan cuti bersalin pegawai kerajaan dari 60 hari kepada 90 hari. Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan cuti bersalin 90 hari itu bulan lepas, malah Kerajaan Negeri Terengganu semasa pemerintahan PAS dahulu pada 1999 telah melaksanakan cuti bersalin 90

ZIONIS HARAM AKAN SELAMANYA HARAM.

Imej
Minggu lepas, hamba terkejut melihat muka Hj. Jamal keluar ke Astro Awani. Sedang dibual bicara bersama wartawan muda Astro Awani diatas kapal Marvi Marmara, menyertai Konvoi Bantuan Kemanusiaan Antarabangsa Gaza. Baru sahaja bertungkus-lumus bekerja pada PRK Hulu Selangor yang lalu, hamba ada bersama beliau didalam mesyuarat, dan ada juga sekali bertegang urat suara dengan beliau sehari sebelum Pilihanraya berlangsung. Biasalah Hj. Jamal, kata-katanya 'tegas' sedikit dan kadang-kadang banyak kelakarnya. Rasa seperti bersalah hamba kepada beliau kerana meninggikan suara ketika itu. Melihat beliau berada dilautan Mediteranien, bersama 11 lagi rakyat Malaysia, untuk misi kemanusiaan Gaza, membuatkan hamba cukup kagum akan istiqomah beliau didalam kerja-kerja jihad. Namun, keesokannya, hamba rasa cukup terkejut, walaupun terasa memang akan berlaku peristiwa itu, kapal yang dinaiki beliau diserang oleh lanun zionis celaka. 16 aktivis syahid. Lebih 30 cedera parah. 600 lebih