Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

DAP AKAN KALAH DI PRK TELUK INTAN.

Setelah muak melihat politik di Malaysia, namun pada hari ini, tiba-tiba mood untuk bergejuis berkenaan politik di Malaysia kembali bernafsu. Ini semua kerana satu angkara Harakahdaily, yang mengeluarkan artikel; PRK Teluk Intan: SPR tidak iktiraf borang 14? Apabila saya terbaca sahaja berkenaan berita ini, maka hati saya menjadi kelam lagi gulana. Kerana saya anggap, Pakatan Rakyat akan kalah pada PRU14 nanti. Saya tidak mengendahkan PRK yang berlangsung di Teluk Intan sekarang ini. Apalagi di Bukit Gelugor, lagilah saya tak ambil kisah. Namun, apabila berita yang amat malang berkenaan Borang 14 yang tidak akan di 'endorse' oleh SPR kepada Counting Agent, maka, jangan haraplah PR akan menang pada PRU14 nanti. Peristiwa dimana petisyen PAS berkenaan Borang 14 pada PRU13 dahulu, yang tidak diendahkan oleh mahkamah pilihanraya, kerana menganggap KTM yang tidak bertanggungjawab terhadap Borang 14 tiada kena mengena dengan petisyen pilihanraya, hanya ada kena mengena dengan

HUDUD: Perlembagaan (dan undang-undang) Tuhan lebih tinggi dari perlembagaan negara

Yang terbaik dari Saudara Aspan Alias. Sila baca Perlembagaan (dan undang-undang) Tuhan lebih tinggi dari perlembagaan negara Isu hudud semakin panas dan DAP merupakan parti yang paling rasa kepanasannya. Yang terakhir Lim Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan keras kepada PAS dan mengingatkan PAS samada parti itu patut yakin dengan janji-janji UMNO dalam hal hudud ini. LGE bertegas untuk menentang hukum hudud ini dilaksanakan di Kelantan dan beliau mengingatkan PAS yang parti itu telah mengecewakan penyokong bukan Islamnya dan tidak berterima kasih diatas sokongan bukan Islam dalam PRU yang lalu yang membolehkan PAS mendapat kerusi yang banyak dalam pilihanraya yang lalu. Hanya yang belum di sebut oleh LGE ialah supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat sahaja. Jika saya anggap saya sebagai ahli PAS, saya tidak menerima kenyataan LGE yang PAS telah mendapat kelebihan kerusi dalam pilihanraya yang lalu kerana sokongan DAP dan kaum bukan Islam, ia merupakan satu kenyataan yan