Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

MAKHLUK ASING.

Imej
(Inilah usia dunia, semakin senja)

Bosannya. Sudah 2 minggu hamba tidak dapat mengakses internet di rumah. Diulangi, 2 minggu. Lama tu dua minggu tu. Sekarang barulah hamba tahu bagaimana makcik-makcik wanita UMNO dan pakcik-pakcik pentua UMNO merasai mendapat berita terkini hiburan sensasi hanya pada media telivisyen Malaysia yang cap ayam itu. Memang membodohkan manusia dan manusia akan menjadi bodoh jika manusia itu tidak berusaha untuk mendapatkan didikan makluman alternatif selain TV cap ayam. Sakitnya hati hamba.
Makluman yang bulat-bulat menipu, apabila didengar berulang-ulang kali akan menyebabkan sipendengar yang tahu maklumat itu memang sah bohong akan 'ter'percaya seketika berita bohong yang diulang-ulang itu. Memang benar. Akal hamba tiba-tiba black-out 2 saat untuk memproses maklumat yang diterima dari berita TV cap ayam sama ada benar atau bohong, padahal hamba tahu bendanya memang bohong. Namun, alhamdulillah, oleh kerana hamba ini cukup fanatik PASnya, maka hanya…

LAIN KALI JIKA HENDAK TIDUR PAKAILAH BAJU.

Menyusahkan orang. Itulah ungkapan yang terluah didalam hati hamba apabila mendengar cerita gambar separa bogel ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang berbangsa Cina beragama Kristian. Panggilan manja dipanggil Eli. Nama Penuh Elizabeth Wong. Masih bujang tetapi sudah ada teman lelaki.

Hamba sebenarnya tidak berkenan langsung dengan perangai-perangai manusia-manusia sekarang yang suka sangat membuat hukum kehidupan ini dengan akal sendiri. Buat selamba dia sahaja bersama-sama dengan orang lelaki yang bukan suami berintim-intiman tanpa ada ikatan suami isteri.

Hamba berasa bersyukur juga, sebentar tadi, Elizabeth sudah menyatakan didalam sidang akhbar bahawa beliau sanggup meletak jawatan sebagai anggota EXCO dan ADUN kerana peristiwa gambar bogelnya.

Tidak timbul masalah menganggu hak peribadi kerana disebabkan beliau terikut-ikut nafsu sendiri, maka inilah balasan Allah terhadap mereka yang melanggar perintahNya. Suka sangat buat maksiat.

Jika ada seseorang yang menyatakan bahawa kehidu…

MERAPU PUNYA CERITA.

Imej
Semenjak dua menjak ini, hamba kembali menjadi pelik lagi ajaib melihat telatah perangai polis Malaysia. Perangai telatah yang membuatkan akal hamba menjadi pening-pening lalat. Benda yang sepatutnya dibuat, dibuat dek je tetapi benda yang merapu lagi tidak perlu dibuat terhegeh-hegeh lagi gelojoh dibuatnya.

Hamba masih tidak faham, mengapa anggota polis masih belum faham-faham tentang arahan politik dari orang politik cap ayam dengan kerja-kerja SKT atau sasaran kerja tahunan mereka yang sepatutnya bekerja untuk menyenangkan rakyat dari penjenayah-penjenayah.
Mengapa polis terhegeh-hegeh buat kerja cap ayam mencari pendemo di masjid ubudiah berbanding membuat kerja mencari kanak-kanak dan remaja-remaja perempuan bawah 18 tahun yang masih hilang entah ke mana yang berjumlah 1 ribu lebih itu?
Mengapa polis membuat kerja yang mengarut tidak membenarkan menteri besar yang sah Perak dari memasuki pejabatnya, daripada menjaga rumah-rumah rakyat jelata daripada dimasuki perompak?
Peliklah melih…

HAMBA HENDAK MELUAH PERASAAN

Imej
Esok hamba akan ke Melaka. Sepupu hamba belah ayah akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Anaknya yang mana satu hamba tidak perasan. Maklumlah, sudah bertahun-tahun tidak berjumpa. Hamba panggil sepupu hamba itu abalong.

Maksudnya, esok, hamba akan seharian membawa kereta dari sini ke cincin, Jasin, dan kemudian balik kembali ke sini. Balik hari je. Maklumlah, dekat. Dan ini juga bermaksud, hamba tidak akan melihat internet seharian. Dan itu pula bermaksud, cerita politik tanah air terkini tidak akan hamba ikuti perkembangannya.
Tidak dapatlah hamba hendak melihat reaksi rakyat Malaysia apabila mengetahui cerita-cerita kes Perak dengan sangkut-paut dengan GAMUDA ini. Apa yang sangkut-pautnya hamba tidak tahu. Yang hamba tahu, anak Sultan Perak kerja dan berkepentingan besar dengan syarikat yang bersangkut-paut dengan parti rasuah.
Setelah itu, ada pula cerita tentang kes ura-ura Raja Nazrin sebenarnya mengikut undang-undangnya, bukan dia yang menggantikan bapanya sebagai Sultan Per…

KECEWANYA HAMBA TIADA DI MASJID UBUDIAH SEMALAM.

Jahat sungguh parti rasuah ini. Menggunakan FRU untuk menghalang marah rakyat. Sehingga DI DALAM MASJID PUN di tembak gas pemedih mata dan disembur air asid. Sehingga ada yang pengsan jemaah di dalam masjid!

Jahat yang melampau. Itulah dia ayat yang terkeluar di dalam hati hamba. Namun, disebalik marah itu, terdapat satu perasaan yang kecewa. Ya, perasaan kecewa yang amat sebenarnya. Kerana apa? Kerana hamba tidak bersama-sama rakyat Perak di masjid Ubudiah terkena gas pemedih mata yang amat sakit itu. Kerana hamba tidak bersama-sama rakyat Perak menunjuk perasaan tentang kezaliman dan ketidakadilan yang berlaku kepada kerajaan Perak pilihan rakyat itu.

Kuala Kangsar kampung ibu hamba. Walaupun Kota Lama bukan termasuk Parlimen Kuala Kangsar, namun ia tetap berada di daerah Kuala Kangsar. Walaupun rumah pusaka tok wak hamba telah musnah menjadi loji ayor (disebelah markas PAS Kota Lama), namun pekan diraja Kuala Kangsar adalah pekan yang sungguh hamba kenal sehingga sekarang.

Ditambahkan…

HAMBA MENANGIS DIDEPAN LAPTOP.

Tidak pernah didalam seumur hidup hamba, hamba menangis keinsafan didepan laptop. Ya, setelah membaca artikel blog dari saudara Roslan SMS 'kita tidak kalah dan tidak akan bersedih', dengan spontan hamba menangis teresak-esak.

'Laa Tahzan', jangan bersedih, itulah kalimat yang menyentuh hati hamba, ditambah ayat di bawah;

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.


sungguh menginsafkan hati hamba, kemudian ditambah ayat;

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembal…

APA KEHENYA YEOP?

Apa kehenya tpm dan pm pergi berjumpa dengan Sultan Perak berkenaan dun Perak? Apakehenya orang pahang menyibuk dengan perkembangan negeri Perak. Ape kehenya orang Pulau Pinang menyibuk dengan hal-hal negeri Perak ni Yeop?

Bila masa le pulok pentadbiran negeri Perak dicampuri dengan kerajaan pusat? Kenapa tpm yang menyibuk sakan mengatakan dun Perak sudah ditukar milik. Mana pergi orang Perak ni yeop?

Udahle Perak nanti akan ditadbir dengan mamat-mamat rasuah, yang jadi MB nanti keturunan mamak juga ke? Perak sudah lupa sejarah agaknya. Cerita ini seperti Sultan Perak tidak belajar dari peristiwa perjanjian pangkor yang cap ayam itu. Ikut kepala sultan, tidak ingat rakyat, pakai buat sahaja perjanjian cap ayam itu, Perak jatuh kepada kafir British. Dan inilah dia, peristiwa perjanjian pangkor episod parti rasuah, Perak jatuh kepada kerajaan rasuah.

Inilah juga bahananya jika pemimpin membuat sesuatu tindakan tanpa merujuk kepada jemaah. Ya, sesiapa pemimpin jemaah PAS yang sudah menjadi …

BAGUS JUGA ADA PERISTIWA CAP AYAM PERAK INI.

Imej
Alhamdulillah. Maka kompenlah segala-galanya sesungguhnya memang SAH umno adalah sebuah parti politik makan rasuah dan suap rasuah. Sebut sahaja rasuah, maka terbayanglah akan kita umno. Sebut sahaja 'under table', maka terpandanglah kita akan umno. Sesungguhnya selepas ini, jika ada sesuatu rasuah berlaku, maka sebutan yang akan digunakan oleh hamba ialah umno.

Contohnya ialah seperti; 'polis tadi telah dirasuah oleh lelaki itu', maka ayat yang akan hamba gunakan ialah, 'polis tadi telah diumnokan oleh lelaki itu'. Ya, itulah yang akan rakyat bayangkan, jika disebut rasuah, maka umnolah terpampang difikirannya. umno = rasuah. Rasuah = umno.

Hamba juga tertunggu-tunggu apakah yang akan berlaku pada 10 februari ini, iaitu kes rasuah 2 ekor bekas adun PKR lompat masuk rasuah itu. Apakah kes mereka akan didapati tiada kes atau memang mereka bersalah.

Sebenarnya, apa-apa pun keputusannya, maka kedua-duanya menampakkan kepada rakyat dengan jelas bahawa, jika tiada kes,…

JIKA MAC INI NAJIB JADI PM,......

Pada pendapat peribadi hamba , hamba melihat, jika bulan Mac ini, najib kompem menggantikan pak lah, dan najib jadi pm Malaysia, maka, perkara yang paling hamba nampak ialah, PR akan cuba dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.

Perkara pertama hamba berpendapat ialah;

1) Anwar akan kembali diheret ke dalam penjara kerana kes liwat saifulnya. Inilah perkara utama perancangan najib cap ayam ini. Iaitu 'membunuh' ketua agar kemudian anak-anaknya akan senang 'disembelih' kemudian hari.

2) Akan memusnahkan lagi satu kerajaan negeri PR. Jika Perak sudah 'berjaya', maka projek kedua ialah Selangor. Bagaimana hendak mendapatkan 9 ADUN cap ayam, sudah semestinya dari PKR. Kerana apa? Kerana ketua mereka telah di'mati'kan fungsinya. ADUN DAP dan PAS mereka susah hendak dibeli, maka mamat minah PKRlah yang akan di'culik'nya lagi. Untuk lagi 3 negeri, hamba berpendapat mereka akan abaikan sehingga pru13.

3) Akan mengoperasi lalangkan pemimpin-pemimpin utama PR.

4…

CAP AYAM PUNYA CERITALAH PERAK INI.

Imej
(Bendera negeri ibu hamba yang didalam kucar kacir politiknya sekarang ini)

Hari ini hamba cuti dari bekerja. Pagi tadi anak hamba yang sulong muntah tak sudah-sudah. Takut dibuatnya hamba sehingga hamba ambil cuti untuk menjaga Nur Jannah itu. Alhamdulillah, selepas mandikan dia, letak minyak afiat di perutnya, tiadalah pula muntah-muntahnya.

Mengambil kesempatan dari cuti, hamba pun merayaplah ke bank-bank dan ke kedai-kedai berkaitan untuk menyetelkan hal-hal hutang piutang dan kerja-kerja jemaah. Langsung hamba tidak melihat internet perkembangan politik semasa.

Semasa hamba hendak balik dari Rawang, tiba-tiba abang hamba sms dari Bahrain, ianya berbunyi "Ape citer? Jd x bubar dun perak?". Terkedu sekejap hamba seketika. Terlupa seketika cerita-cerita cap ayam bikinan najib umno untuk menjahanamkan kerajaan negeri Perak.

Hamba selepas solat asar di masjid Al-Kholidiah, terus ke rumah hamba membuka internet. Apa cerita ni. Buka-buka malaysia kini, ditulisnya BN bentuk K'j…

THE UMNO STRIKE BACK.

UMNO sudah mengamuk. Mengamuk buat perkara jahat. Dulu buat benda-benda jahat sudah semacam berkurangan zahirnya semasa Pak Lah memerintah UMNO, sekarang bila Najib baru berura-ura mahu mengambil alih pemerintahan UMNO, maka kejahatannya telah dizahirkan kembali.

Peristiwa 60-an kembali berirama. Lompat-lompat sikatak lompat kembali menjadi budaya. Dahulu Terengganu, kemudian Sabah, maka insyaAllah, kita doakan Perak tidak akan berlaku lompat-melompat sehingga tumbang Kerajaan negeri.

Itulah, tok guru sudah kata, jangan berlagak bila menang. Jangan kutuk-kutuk pihak yang kalah. Kan ke mereka sudah mengamuk macam orang gila meroyan. 1 masuk PKR, 2 masuk UMNO. Parah ni. Serupa macam Terengganu dahulu kala. 1 masuk PAS, 2 masuk UMNO, setahun kemudian 1 lagi masuk UMNO. Habis kerajaan negeri PAS.

Kesimpulannya apa disini. Kita jangan sesekali under estimate musuh kita. Jangan terlebih lebih over confident dengan kemenangan ini. Puak UMNO ini apabila diwujudkan terus memerintah, sehinggalah s…