Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

APA KATA USTAZ IDRIS JADI TIMBALAN PRESIDEN

Ahad ini, ada mesyuarat agong PAS Kawasan ditempat hamba. Mesyuarat kali ini ada pertandingan. Hamba telah menjadi salah seorang perwakilan cawangan untuk ke sana. Ada sepuluh perwakilan setiap cawangan. Maksudnya, hamba boleh mengundi untuk memilih calon-calon yang bertanding jawatan untuk Kawasan nanti. Jika dalam parti umno sekular rasuah itu, maka hamba rasa, kocek hamba dah kembung dengan wang haram rasuah. Mana tidaknya, semua jawatan dipertandingkan. Dari YDP sehingga bawah. Semua bertanding. Tetapi, kawasan ini, tiada kumpulan erdogan dengan muqobalah yang sering diwar-warkan oleh bloggers2. Semua sama sahaja, iaitu jemaah yang satu, PAS. Tidak hirau hendak berbincang dengan sesiapa pun. Walau dengan musuh utama, jika berbincang itu boleh menguntungkan Islam, kami berbincang. Apa yang hamba terdengar terutamanya di media blog, maka hamba rasa, satu pertandingan akan berlaku diperingkat pusat untuk jawatan timbalan presiden, iaitu diantara ustaz Nasa dengan Husam. Jika ham

HAJAT HAMBA TIDAK TERCAPAI.

Imej
Pagi tadi, abang hamba dari Bahrain sms kepada hamba berkenaan dengan situasi di Bukit Gantang. Hamba tidak balas sms abang hamba, bukan kerana sengaja, tetapi kerana hamba tidak tahu apa yang berlaku di sana kerana hamba tiada di sana. Sedihnya,...... Semuanya ketentuan Allah. Kita hanya merancang, tetapi hanya Allah sahaja yang menentukan. Inilah dinamakan Kadar dan Qadak Allah. Itulah yang dapat menyejukkan perasaan hamba yang agak berduka ketika ini. Hamba seperti dipaksa untuk tidak ke sana untuk membantu PAS didalam PRK Bukit Gantang. Pada asalnya, hamba telah bersiap sedia dengan 3 rakan seperjuangan hamba yang lain akan ke Bukit Gantang menaiki kereta hamba pada Jumaat malam Sabtu lepas untuk terus ke Trong Barat rumah Selangor 2 untuk bertugas di UPU Trong Barat. Namun, pada jam 12 tengahari,hari Khamis, satu panggilan telefon telah dipanggil dari ibu hamba supaya bergegas siap sedia untuk ke Salak, Sungai Siput kerana mak saudara hamba baru meninggal. Maka hamba pun bergega