APA KATA USTAZ IDRIS JADI TIMBALAN PRESIDEN

Ahad ini, ada mesyuarat agong PAS Kawasan ditempat hamba. Mesyuarat kali ini ada pertandingan. Hamba telah menjadi salah seorang perwakilan cawangan untuk ke sana. Ada sepuluh perwakilan setiap cawangan. Maksudnya, hamba boleh mengundi untuk memilih calon-calon yang bertanding jawatan untuk Kawasan nanti.



Jika dalam parti umno sekular rasuah itu, maka hamba rasa, kocek hamba dah kembung dengan wang haram rasuah. Mana tidaknya, semua jawatan dipertandingkan. Dari YDP sehingga bawah. Semua bertanding. Tetapi, kawasan ini, tiada kumpulan erdogan dengan muqobalah yang sering diwar-warkan oleh bloggers2. Semua sama sahaja, iaitu jemaah yang satu, PAS. Tidak hirau hendak berbincang dengan sesiapa pun. Walau dengan musuh utama, jika berbincang itu boleh menguntungkan Islam, kami berbincang.



Apa yang hamba terdengar terutamanya di media blog, maka hamba rasa, satu pertandingan akan berlaku diperingkat pusat untuk jawatan timbalan presiden, iaitu diantara ustaz Nasa dengan Husam. Jika hamba diberi peluang untuk mengundi, hamba tidak akan mengundi kedua-duanya. Sebab apa hamba tidak undi kedua-duanya, kerana hamba tidak berkenan mereka menjadi timbalan presiden.



Paling tinggi pun apa yang mereka layak bagi hamba ialah pangkat ajk pusat. Naib pun tidak. Bagi hamba, jika hendak mengisikan orang muda menjadi timbalan, baik ustaz Idris Ahmad. Ya, ustaz Idris. Seorang manusia yang telah lama itiqomah didalam jemaah PAS dan tidak pernah buat kerja-kerja politiking hentam sana hentam sini. Bukanlah bermaksud ustaz Nasa suka main politik, tidak, ustaz Nasa hanya menjadi mangsa politiking seseorang sehingga membusukkan namanya kepada ahli-ahli akar umbi, sepatutnya, biarlah dia berundur seketika. Sehingga gam pro-umnonya yang sememangnya tidak ujud itu dihapuskan pada dirinya melekat itu terhapus mengikut peredaran masa.



Apapunya kurang siuman hamba hendak mencadangkan ustaz Idris menjadi timbalan. Mesti ramai yang berkata-kata, tidak masuk akal punya manusia hamba ini. Tetapi, peduli apa orang kata, itu memang pendapat hamba. Salahkah hamba hendak memberikan pendapat peribadi hamba agar Ustaz Idris Ahmad menjadi Timbalan Presiden PAS bergandingan dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang. O.k le tu, gandingan tua muda. Hendak kata tua pun, tok guru Hadi bukannya tua sangat pun, sebaya Anwar lagi. Hendak kata muda pada ustaz Idris pun, bukanlah muda sangat, sudah 40 lebih sudah umur.



Mungkin ada yang berkata, mentang-mentang ustaz Idris itu biras hamba, maka hamba pun 'melobi'lah ustaz Idris menjadi sebagai Timbalan Presiden. Oh, tidak, seribu kali tidak, melobi itu memang tidak sama sekali tidak, tetapi disebabkan beliau itu biras hambalah menyebabkan hamba berpendapat beliau layak memimpin jemaah. Kerana apa? Kerana hamba mengenali beliau secara dekat akhlak dan peribadinya. Selama menjadi saudara sebirasnya, hamba dapat mengenali akhlaknya yang tinggi, ilmu dan istiqomah dalam perjuangan yang mantap dan terdapat unsur-unsur lebih mementingkan Islam dari segala-galanya didalam diri ustaz Idris.



Itu dia, jangan lebih-lebih memuji manusia. Namun hamba bukan memuji, tetapi menyatakan pendapat hamba dengan apa yang pada zahirnya dapat hamba melihat terdapat pada beliau. Itu sahaja. Walau apapun, hamba berharap agar jemaah PAS akan kekal dengan pegangan untuk menegakkan daulah Islam. Jangan ikut Turki, jangan ikut Indonesia. Suasana mereka lain dan suasana kita disini lain.

Ulasan

zabhajaya berkata…
kenapa gambar tak nampak penuh

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?