Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

HAMBA SETUJU DEMO BANTAH I-DANCE!

Eh? Lepas tulis artikel dibawah, tiba-tiba terasa hendak sambung tulis lagi. Bukan buang tabiat, tetapi setelah melayari blog-blog dan akhbar internet, terbaca pula hamba tentang demo yang akan dibuat oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sebab tidak mahu I-Dance dilangsungkan di pulau mutiara itu.
O.k tu. Hamba sokong 100%. Demo, jangan tidak demo. Walaupun PAS sudah berkerajaan sekarang, walau tidak 100% berkuasa, demo tetap demo. Jika tidak puas hati, demo. Bukan tidak puas hati pasal apa, tidak puas hati dengan maksiat, apa salahnya demo.
Ini tidak, ada pula idea insan-insan yang mengatakan sesiapa yang berdemo, kita berakal pembangkang. Apalah yang sempit sangat pemikiran ini. Apa? Jika sudah pegang tampuk pemerintahan, tidak boleh membangkang ke? Jika begitu, serupa BN lah kita.
Ada kata, pergilah berbincang dengan ketua menteri, itu lebih berhikmah. Eh? Manalah pula tahu yang itu berhikmah? Berdemo tidak hikmah? Hamba rasa, buat kedua-duanyalah berhikmah! Mesti buat kedua-duanya, satu, ber…

AKAL TIBA-TIBA MEREWANG.

Imej
(Muka jejaka tampan bersama anaknya yang comel)

Tiba-tiba sahaja, hamba teringat kena air asid dan gas pemedih mata difikiran hamba yang tidak geliga ini. Dengan secara yang penuh misteri, terlintas difikiran hamba yang penuh idea lagi berinovasi terkini ini tentang saat dan ketika hamba terkena pancutan air asid dan tembakan peluru gas pemedih mata ketika hamba berdemo dahulu kala.

Hamba terasa pelik. Ajaib pun ada juga. Mungkin agaknya sudah lama hamba tidak pergi berdemo, maka akal hamba memberontak kepada badannya mengapa sudah lama tidak pergi berdemo? Ya, mungkin. Semenjak kecewa dengan 'demo' protes tidak menjadi dahulu, hamba agak kehilangan nafsu untuk berdemo. Apalagi ada manusia cap ayam hendak berdemo secara telanjang bonge, lagilah hamba tidak bernafsu untuk berdemo.

Maka oleh itu, dapat disimpulkan oleh akal hamba setelah kembali teringat akan kesakitan terkena pancutan air asid dan gas pemedih mata, maka akal hamba menyatakan kepada urat saraf hamba bahawa terkena …

CERITA HAMBA MINGGU INI.

Imej
Lama bebeno rasanya hamba tidak berblog. Maklumlah, cuti raya Haji. Makan daging lembu banyak sangat. Walau apapun yang berlaku, TV3 tetap masih dan setia berbohong dengan gaya cap ayamnya.

Hamba baru sahaja balik dari kampung isteri hamba, batu enam, Terengganu. Hamba tidak ke mana, cuma cuti sakan pergi ke pantai, ke kemaman, ke pantai, ke jammu, ke pantai, ke jammu dan ke bandor. Itulah kerja rutin hamba. Tidaklah pula ada terlintas hendak melihat-lihat suasana politik disana sejak-sejak KT hendak adakan PRK ni.

Tok tua hamba alhamdulillah sihat. Cuma kena gout sehari. Bila balik sahaja dari Terengganu, singgah sehari di rumah ibu di K.L. Ayah hamba dan Ibu hamba alhamdulillah sihat belaka. Cuma kereta Odyssey hamba sahaja tidak sihat. Alternator kong. Siap dia sapu dengan bateri sekali. RM500 pergi ke kereta sahaja. Macam tetahu je kereta tu isteri hamba hendak dapat bonus.

Sibuk-sibuk dengan kerja, baru teringat, anak hamba kedua, Nurul Iman belum inject lagi untuk dos umur setahun.…

SELAMAT HARI RAYA HAJI.

Imej
Isnin ini adalah hari Raya Haji. Aidiladha. Hamba tidak kepastian, wukuf di arafah adalah pada hari ahad atau sabtu di sempadan tanah haram di sana? Cumanya, puasa sunat tetap hari ahad di Malaysia.

Sempena bulan baik dan hari baik ini, hamba hendak memohon maaf pada semua mereka yang terblog ke blog hamba yang tidak seberapa ini. Hamba juga tahun ini rasa terkilan sedikit kerana tidak melaksanakan ibadah korban. Bukannya tiada duit, cuma tidak kecapaian untuk mendapat satu bahagian. Dosa besar hamba jika hamba ini dari mazhab Hanafi.

Raya pertama hamba akan beraya bersama ibu dan ayah hamba di KL. Yahooo! Sabtu ini selepas gotong royong membersihkan tempat 'rebang' di kampung napi untuk upacara rebang PAS Cawangan Rasa, hamba sekeluarga akan balik 'kampung' di KL.
('Makan daging bebanyak ye, makan daging korban sedaaaap.' , Pesanan dari anak hamba kepada bloggers)Hari tasyrik 1, jam 7.25pg, hamba akan naik firefly terbang ke udara menuju batu enam. Yap, hamba ak…

TOK GURU NIK AZIZ TIADA PENGGANTI? MASALAH BESAR INI.

Hamba betul-betul seronok, sebab apa hamba seronok, kerana masih ramai lagi insan-insan yang menyayangi tok guru Nik Aziz. Memang molek sangat insan-insan umat manusia menyayangi tok guru kerana sifat-sifat dan iman beliau, cuma jangan taksub yang amat kepada beliau, sudah.

Inilah masalah umat Melayu sebenarnya. Tokoh-tokoh yang zuhud seperti tok guru Nik Aziz seperti ditiadakan oleh insan-insan manusia. Hamba telah kata, dalam artikel sebelum ini, mengapa hamba ungkitkan perkara ini, kerana kita sendiri seolah-olah menyatakan tiada lagi manusia di tanah Melayu ini yang serupa atau lebih baik daripada tok guru Nik Aziz.

Jika betullah kepada sesiapa yang mengatakan tok guru perlu menjadi MB sehingga wafatnya tok guru, ini tandanya masalah besar melanda kepada jemaah Islam PAS akibat kekurangan kepimpinan yang suzuhud tok guru. Memang masalah besar.

Alangkah eloknya ada beratus-ratus insan didalam jemaah PAS yang setanding tok guru atau lebih hebat daripada beliau. Tetapi malangnya, ianya …