HAMBA SETUJU DEMO BANTAH I-DANCE!

Eh? Lepas tulis artikel dibawah, tiba-tiba terasa hendak sambung tulis lagi. Bukan buang tabiat, tetapi setelah melayari blog-blog dan akhbar internet, terbaca pula hamba tentang demo yang akan dibuat oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sebab tidak mahu I-Dance dilangsungkan di pulau mutiara itu.

O.k tu. Hamba sokong 100%. Demo, jangan tidak demo. Walaupun PAS sudah berkerajaan sekarang, walau tidak 100% berkuasa, demo tetap demo. Jika tidak puas hati, demo. Bukan tidak puas hati pasal apa, tidak puas hati dengan maksiat, apa salahnya demo.

Ini tidak, ada pula idea insan-insan yang mengatakan sesiapa yang berdemo, kita berakal pembangkang. Apalah yang sempit sangat pemikiran ini. Apa? Jika sudah pegang tampuk pemerintahan, tidak boleh membangkang ke? Jika begitu, serupa BN lah kita.

Ada kata, pergilah berbincang dengan ketua menteri, itu lebih berhikmah. Eh? Manalah pula tahu yang itu berhikmah? Berdemo tidak hikmah? Hamba rasa, buat kedua-duanyalah berhikmah! Mesti buat kedua-duanya, satu, berbincang adalah secara tertutup, kita dakwah kepada mereka yang meluluskan penganjuran, dua, buat demo secara terbuka, biar masyarakat tahu I-Dance yang hendak dianjurkan itu adalah maksiat, bermaksud berdemo adalah dakwah kepada masyarakat. Perlu diingat, demo pemuda membantah benda-benda maksiat ini bukan seperti demo Bersih, tetapi demonya adalah berdakwah secara 2 mata dengan mereka yang hadir dan memberi flyers tentang hukum halal haram.

Hamba tabik hormat kepada Pemuda PAS Pulau Pinang. Ada maksiat sahaja bangkang, ada maksiat sahaja bangkang. Inilah dia pemerintahan yang baik. Tidak bagi kata putus kepada maksiat. Maksiat sudah berlambak-lambak sekarang didunia ini sehingga mereka yang tidak membuat maksiat dianggap hidup di dalam kehidupan yang asing. Hidup didalam kelompoknya sendiri. Sudah mengarut sekarang kehidupan manusia kini. Sungguh mengarut.

Apa-apa pun, hamba menyarankan, demolah wahai pejuang-pejuan Islam di Pulau Pinang, hamba sokong dari jauh 100%. Takbir!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?