Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

DATUK WAN AHMAD; SAYA TUA DAN MEMANG BODOH.

Imej
Ramli baru balik dari sekolahnya. Disisi tangan kirinya, digenggam sehelai kertas. Apabila melihat ibunya, maka Ramli terus memberi helaian kertas itu kepada ibu.

"Nah mak, ini keputusan peperiksaan pertengahan tahun saya."

Ibunya mengambil kertas keputusan itu. Ketika melihat kertas itu, ibu Ramli melenting.

"Bertuah punya anak! Hang dapat 8% sahaja untuk semua mata pelajaran!!!", tengking ibu Ramli.

Namun, dengan selamba, Ramli menjawab,

"Mak, jangan salahkan saya, sebenarnya, soalan yang dikemukakan  terlalu umum dan terdapat kecenderungan bagi mendorong menjawab "ya" bagi soalan yang dikemukakan."

Ibu Ramli pun dengan selambanya menengking,

"Bedebah punya Wan Ahmad Wan Omar. Hang punya pasal anak aku jadi giniiiii!!!!"

Nak tahu kenapa ibu Ramli menengking begitu, mari baca ini; SPR: Responden mungkin tak tahu

Bodoh punya Melayu.....

JGN TERKEJUT, SAYA MENYOKONG PARTI BERSIMBOL DACING SEBENARNYA.

Imej
Hari ini, saya hendak mengaku kepada satu perkara. Saya rasa, kekawan saya mesti terkejut, terutama dari jemaah PAS. Kerana apa yang akan saya sebutkan ini adalah;


Saya mulai hari ini, menyokong PENUH dan AKAN mengundi parti yang bersimbolkan DACING!!


Minta maaf kengkawan, saya mesti menyokong perjuangan dari golongan simbol DACING ini, kerana komitmen mereka dengan Islam......



TAKBIR!!!!



Saya dengan berbesar hati, mengaku menyokong penuh parti membawa simbol DACING.





Seperti di bawah ini.....













He, he....

BERSIH 4.0; HANG BUATLAH, KAMI BUAT BOIKOT SEKINCHAN IKAN BAKAR!

Imej
Ada gambar seorang manusia yang agak familiar dalam gambar ini. Mari lihat.

Nak kenal siapa dia? Dia ini pemilik kepada sebuah restoran ikan bakar. Nama restorannya Sekinchan Ikan Bakar (http://www.sekinchanikanbakar.com/).

Ada 21 cawangan, atau mereka namakan centrum, di Malaysia ini. Dan di Arab Saudi pun sudah dibuka satu cawangan.

Cuma nak kata kepada dia, disebabkan kamu sudah bermain politik kotor untuk umno, maka kami menganggap kamu adalah musuh kami juga. Makanya, adalah tidak logik dan tak masuk akal untuk kami, yang kamu ingin berbuat musuh, untuk support perniagaan kamu yang jutaan RM itu.

Jika kamu main api, maka kami pun akan bermain api dengan kamu. Hang nak buat Bersih 4.0, buatlah. Kami pula akan mulakan kempen boikot Sekinchan Ikan Bakar.

Fight fire with fire..... peduli apa aku.




SERBU RUMAH AMBIGA; BIARKAN MEREKA.

Imej
Hari ini, saya berkenan untuk bercerita tentang satu cerita yang menarik perhatian saya. Walaupun firasat saya ini hanya bernilai 5 kupang, namun kerana perkara ini adalah penting, maka saya akan perturunkan juga pendapat peribadi saya ini kepada para penjenguk blog saya yang tidak seberapa.

Mulanya, sila baca ini dahulu, (100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga).

Jika diperhatikan, disebabkan peristiwa ini berlaku di Malaysia, bumi yang dipanggil Malaysia Boleh, maka peristiwa ini dianggap peristiwa yang tidak pelik lagi biasa-biasa. Sedangkan demo tayang punggung pun boleh difikirkan oleh rakyat Malaysia, jadi apalah sangat dengan demo yang dibuat oleh puak 'Halau' ini.


Cumanya, yang pelik bin ajaibnya adalah, reaksi kepada seluruh rakyat Malaysia tentang isu ini. Satu reaksi yang memusykilkan telah terwujud ketika ini, apabila peristiwa 'menyerang demo' di depan rumah Ambiga semenjak 2 minggu lepas, telah menyebabkan, rakyat Malaysia hilang tumpuan.

Tumpuan …

SEEKOR IRSHAD MANJI; PELAMPAU SEKS LESBIAN.

Imej
Ada seekor manusia, berkata bahawa seorang gay dan lesbian juga adalah manusia ciptaan Allah. Nak tahu, bacalah di sini (Irshad Manji: Gay dan lesbian juga ciptaan Tuhan.). Itu dia kata, dan saya kata pula, iblis dan syaitan pun ciptaan Allah juga.

Seekor lesbian hendak menjustifikasikan kelesbianannya dengan mengatakan bahawa gay dan lesbian pun ciptaan Allah adalah satu justifikasi yang terlalu 'lame'. Tolonglah Irshad Manji, kot ye pun hendak menyesatkan manusia, gunakanlah ayat perumpamaan yang bijak sedikit.

Jika semua manusia hendak menggunakan akal logik Irshad Manji, maka tiada salahlah bagi pembunuh bersiri dan perogol tegar untuk melakukan kerja 'harian' mereka. Selepas ini, kepada sesiapa manusia yang perangainya suka merogol orang, maka anda semua boleh menjustifikasikan perbuatan merogol tegar anda dengan mengatakan;

 "Merogol juga adalah ciptaan Tuhan, dan perogol juga adalah ciptaan Tuhan, oleh itu, tolong jelaskan kepada saya?".

Apabila seekor…

SEEKOR IRSHAD MANJI

Saya rasa, semua masyarakat Melayu tahu, bahawa Irshad Manji ini adalah seekor manusia. Bukan seorang. Atau lebih tepat, msyarakat Melayu yang membaca. Saya juga rasa, semua umat Melayu tahu, bahawa Irshad Manji ini adalah seekor manusia yang mengarut, membuat cerita tentang Islam dengan pena iblisnya. Baik umno, PAS, PKR atau tidak berparti, semua tahu beliau seekor manusia yang membawa ajaran iblis kepada umat manusia.

Namun, yang membuat saya marah, adalah satu ayat datangnya dari sebuah organisasi pemberitaan nasional, yang menulis seperti dibawah;

Sebelum ini, Jakim dan KDN menyekat sebarang program melibatkan wanita itu kerana ideologi yang dibawanya boleh memberi implikasi yang buruk terhadap umat Islam di negara ini. (baca sini)

 Pertama kalinya, saya hendak menjelaskan, mengikut pendapat peribadi saya, bahawa, kelantangan umat Islam untuk tidak membenarkan seekor manusia bernama Irshad Manji dari datang ke Malaysia kerana bukannya takut dengan ideologi songsang beliau akan …

HUDUD; PR PUN BODOH MCM BN.

Hari ini, dalam banyak-banyak cerita, saya ingin bercerita tentang hudud. Jika sesiapa yang tidak tahu hudud itu apa, hudud itu adalah ;
Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

 - Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Senang cerita, hudud adalah hukum yang diturunkan oleh Allah kepada manusia untuk melaksanakannya. Sesiapa yang tidak melaksanakannya, maka mereka itu telah memberontak terhadap Tuhan mereka sendiri, yakni Allah SWT.

Kisah hudud ini tiba-tiba menjadi meletup apabila Ustaz Harun Taib, yakni batang tubuh manusia yang hendak dihancurkan oleh parasit dalam PAS, menyatakan bah…

BN DGN PR NI, MACAM SAMA JEE.....

Saya suka apa yang dicerita Mat Saman Kati tentang politik di Malaysia. Dia cerita, waktu dululah, dia cerita dalam malaysia time dia, yang sekarang telah di'tidur'kan angkara Media Perak, tentang mentaliti puak-puak yang ngaku menentang kepada puak-puak BN dan umnos ini.

Depa kata, depa tentang bn sebab rasuah. Tetengok, dekat dalam PR pun ada rasuah juga, tapi sedikit le, idok banyak. Depa kata lagi, depa tentang bn umno sebab zalim terhadap rakyat, terutama yang tak setuju dengan depa. Nampak gaya, sesetengah pemimpin PR pun lagu tu juga. Tak caya cuba nengok youtube ini (Latefa punya hal). Stupid.

Depa kata, depa tentang umnos sebab dalam umnos tiada demokrasi. Tak leh tentang langsung apa yang bos atau parti dia kata. Tapi, nampak gaya, PR pun sama juga. Ada orang dok perli Tunku Aziz keluar DAP sebagai promosi diri. Nak tau link, saya tak mau cerita, cari sendiri, kerana melibatkan kawan.

Tolonglah sedikit kita membesarkan hati kita, boleh terima perbezaan pendapat. Jika…

BOOMERS, GENX, GENY, DARI MANA ISTILAH INI DATANG?

Imej
Sekarang ini, ramai manusia di Malaysia yang menggunakan ungkapan-ungkapan gen-Y, Gen-X, boomers dan macam-macam lagi kategori manusia mengikut usia. Ungkapan ini tiba-tiba jadi terkenal apabila banyak blog-blog yang mengkategorikan pengundi mengikut umur. Dulu kita panggil golongan saluran 1, saluran 2 atau apa-apa saluran. Tapi sekarang guna X, Y dan boomers. Tapi, tahukah gejuis semua, dari mana ungkapan ini sebenarnya datang? Apa kata kita kaji. Apa itu Boomers? Istilah yang sebenar kepada Boomers adalah Baby Boomers. Baby Boomers pula diistilahkan sesiapa yang lahir di Amerika Syarikat dari tahun 1946 hingga 1964. Dari mana Baby Boomers datang? Baby Boomers datang apabila berakhirnya perang dunia kedua. Setelah perang tamat pada tahun 1945, lambakan lelaki yang pulang dari medan perang, memperolehi pekerjaan, kemudian kahwin dan memulakan institusi keluarga masing-masing. Oleh itu, dengan lambakan bekas askar yang berkahwin dengan serentak, maka anjakan kelahiran ketika itu meningkat d…

SILA TONTON

Imej
Sila tonton....

ANJING; WAJIB BERBUAT BAIK TERHADAPNYA.

Imej
Dekat tempat kerja saya, ada satu zon dimana zon itu menjalankan kerja penyudahan kepada produk yang telah dikasting. Kerja-kerja grinding pada produk besi dan keluli membuatkan zon itu zon bising dan hazard pada peparu kerana habuk besi halus yang berterbangan boleh dihidu.

Oleh kerana kerja disitu adalah berat dan hazard, maka saya telah memberi kelonggaran kepada pekerja yang melakukan kerja penyudahan itu, jika letih, boleh keluar dari bangunan dan menghidu udara yang segar diluar.

Dan ramailah pekerja yang jika sudah agak letih atau sesak nafas, mereka akan keluar bangunan dan menghirup udara yang segar. Namun, yang peliknya, bukan setakat menyedut udara segar. tetapi sempat lagi merosakkan peparu dengan menelan asap rokok.

Namun, pokoknya, bukan itu isu yang hendak saya ceritakan. Tetapi ada satu cerita lain yang menarik perhatian saya terhadap pekerja-pekerja di bahagian penyudahan ini. Berkenaan dengan seekor anjing.

Ada seekor anjing, berwarna hitam, selalu lalu lalang di lua…

UMNO VS BERSIH 3.0; MAINAN NOMBOR.

Imej
MSO kata 60,000. Utusan kata 120,000. Mainan nombor. Tempat berhimpunnya puak-puak umno baru semalam telah menjadi satu perlawanan nombor antara Bersih 3.0 dengan himpunan 24 tahun umno baru.

MSO kata Bersih 3.0 ada 250,000. Utusan kata ada 25,000. Itu perkara biasalah. Yang menjadi luar biasa jika utusan kata Bersih 3.0 ada 250,000 orang yang hadir.


Takpelah. Biarlah yang hadir itu 120,000 atau 60,000 manusia umno. Itu kita tidak kisah. Disini, saya mengambil keputusan untuk menyatakan bahawa biarlah angka rasmi kehadiran ulangtahun ke 24 umno baru itu adalah 120,000. Kebarangkalian itu adalah betul kerana Bernama ada melaporkan 2800 bas telah digunakan oleh umno baru untuk mengangkut manusia ke Stadium Bukit Jalil.

2800 X 40 orang satu bas. Jadinya 112,000. Betullah itu. Lagi 8000 datang sendiri.

Namun, apa yang memusykilkan saya ialah, kenapa Pak Lah dan anak-anak bekas-bekas PM dan Timbalan PM umno seperti tidak wujud? Takkanlah Pak Lah diberi kerusi dekat tengah-tengah stadium? T…

KENAPA PAS SUKA MENIPU?

Imej
Saya semasa sekolah dahulu sungguh berminat dengan mata pelajaran sejarah. Tidak dengan rakan-rakan saya, saya akan pasang telinga seluas-luasnya jika guru sejarah mengajar didepan kelas.

Saya juga sungguh berminat dengan mata pelajaran matematik. Mungkin kerana saya lebih wahi dengan angka berbanding dengan huruf-huruf, membuatkan saya sungguh berminat dengan subjek kira mengira ini.

Oleh itu, disini, saya ingin ceritakan sedikit, perkara yang pelik yang sedang berlaku pada malam semalam. Malam yang dikatakan malam yang penuh 'bersejarah'.

Mula-mula, saya ingin menyebutkan dua angka. 66 dan 24. Dua angka yang cukup berbeza. Jika ditolak kedua angka, ianya menjadi 42. Jika didarap 2 pada 24, ianya tidak kecapaian pada angka 66.

Budak pra sekolah pun dapat membezakan angka 66 dan 24. Jika diberi wang, pasti budak pra sekolah akan mengambil 66 berbanding 24 yang kecil jumlahnya. Jadi, oleh itu, apakah yang hendak dikecohkan sangat tentang angka 66 dan 24 ini?

Cuba lihat dibawah.…

PKR AKAN BERTAMBAH CEMERLANG TANPA AZMIN ALI; KAWAN SAYA KATA....

Mula ingat, gejuis penembak babi (entah manalah dia menghilang?), tetapi bila buka, ianya gejuis the sniper. Menarik juga saya tengok pemikiran sammahnya....

PKR akan bertambah cemerlang tanpa Azmin Ali Sebab:

1.  Azmin adalah anak bandar yang tak mengerti  masalah rakyat luarbandar/pendalaman.
2.  Tindakan Azmin dalam pemilihan yang lepas telah menyebabkan ramai anak muda berhenti dari aktif menjalankan kerja2 parti.
3.  Sehabis belajar Azmin terus bekerja dengan ahli politik yang menyebabkan beliau dilihat  hanya pandai mengampu dan 'wayang cina'.
4.  Jika Azmin "jatuh", pengampu2 dalam PKR akan keluar kerana dah tak boleh "cari makan".
5.  Azmin dilihat cenderung mencantas pimpinan baru yang berkaliber.

P/S: Serangan UMNO terhadap Azmin sebenarnya akan menjadikan PKR menjadi semakin kuat. (Pimpinan yang dicantas Azmin akan naik).
Lihat blog beliau di sini

KAPITALIS BODOH.

Imej
Banyak-banyak cerita dalam Malaysia, cerita ni yang paling best hendak saya gejuiskan. Cuba korang semua baca ini dulu 'Protes burger' depan rumah Ambiga

 Depa kata Ambiga itu menetap di Bukit Damansara. Eh, itu kampung saya tu. Mak Ayah saya memang menetap di Bukit Damansara. Tak sangka lah pula semek Ambiga itu adalah jiran se taman dengan mak ayah saya. Tapi taklah pula diberitahu, alamat rumah semek Ambiga ini. Jika diberitahu, bolehlah saya singgah ke rumah Ambiga. Bukannya apa, singgah untuk beli burger.
Ye lah. Kasihan pada sipenjual burger itu, yang katanya dia kerugian berbilion-bilion ringgit kerana dek pengacau Bersih 3.0 pada hari Sabtu 2 minggu lepas. Kesian sungguh. Ada juga manusia yang tidak reti berniaga dengan mengambil 'kesempatan' untuk meraih keuntungan dengan berbondong-bondong manusia berkumpul di satu tempat.
Cuba ambil contoh mamat dalam gambar sebelah. Jual aiskrim pun untung berlipat kali ganda. Apalah bodoh si Pertubuhan Ikatan Usahawan Kec…

BERSIH 3.0; YG MAKI2 POLIS TU APA HAL? TERIMA JELAH.

Imej
Ramai juga kekawan yang tidak puas hati dengan polis kerana kekerasan yang dibuat oleh mereka terhadap pendemo Bersih 3.0 tempoh hari. Ayat makian sudah menjadi seperti kewajiban untuk sesiapa yang pergi atau melihat sendiri kekejaman polis di youtube atau blog-blog yang berselerak di alam maya.

Jawapan saya mudah. Jika tidak mahu kena belasah, jangan pergi demo. Senang.

Mahu tidak mahu, polis yang membelasah pendemo itu sebenarnya sedang melaksanakan tugas yang diperintahkan kepada mereka. Menendang, menumbuk, membelasah beramai-ramai, merampas kamera wartawan, memukul wartawan, menembak air asid, menembak gas pemedih mata, menembak canister gas pemedih mata ke arah tubuh manusia, tangkap borong, semuanya adalah kerana ianya adalah arahan kerja yang telah diturunkan kepada mereka.

Oleh itu, yang korang semua yang sudah ke sana, dan terkena perkara-perkara itu, patut menerimanya kerana perbuatan polis adalah sah dan perbuatan kamu semua yang berdemo itu adalah melanggari undang-undang…

BERSIH 3.0; DARI SUDUT PANDANGAN AYAH SAYA.

Imej
Dukacita dan irihati. Inilah 2 jiwa yang ditanggung oleh saya ketika ini. Dukacita kerana pertama kalinya dalam dua kali, tidak dapat turun ke demo. Satunya mansuhkan ISA, dan keduanya Bersih 3.0. Mungkin 2.5 kali. Kerana Bersih 2.0, terkandas di Lebuhraya PLUS akibat tayar motor yang pancit.

Lebih-lebih lagi hati terasa iri ketika berborak-borak dengan kawan-kawan yang berpeluang pergi. Menceritakan cerita-cerita dan ketika-ketika berada dalam demo kuning kali ketiga itu, dengan gaya dan lunak bahasa yang mengkagumkan diri sendiri, membuatkan saya berasa .. cukup 'geram'. Sepatutnya, saya pun ada bersama mereka pada 28 April itu.

Namun, apakan daya, takdirnya, saya dipaksa kerah untuk bekerja pada ketika itu.
"Tapi bos, esok saya hendak pergi Bersih."
"Alaah, engko Bersih dekat ofis je laa...."
Dua dialog petang Jumaat, jam 5.30 petang, antara saya dengan bos saya. Bos saya penyokong kuat Pakatan Rakyat.

Disebabkan saya sudah tahu bahawa saya tidak akan da…