Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

PAS KALAH TERUK. NAK BERUBAH CARA KEMPEN ATAU TIDAK?

PAS kalah teruk. Katakanlah apa pun, PAS kalah teruk dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kerana apa? Kerana cina tidak mengundi PAS. Dan Melayu tidak mengundi PAS. Paling baik pun, mungkin 1% undi cina yang PAS dapat, dan undi Melayu hanya sekitar 30-35%. Dari segi pola pengundi Melayu, tidak mengubah apa-apa, dari PRU13 dan PRK ini. Walaupun PAS sudah tidak boleh dimomokkan sebagai kuda tunggangan dap (walau masih ada orang kampung masih berfikiran begitu), namun Melayu masih tidak mengundi PAS. Kenapa? Jawapannya mudah. Sebab benda. Ya, umno beri benda. Materialistik. Benda yang sementara. Walau hanya rm200, namun pada pandangan orang Melayu, ianya berkekalan sehingga dua abad. Walau seguni beras 5kg, ianya seperti memberi emas bertimbun. Kenapa begini? Adakah Melayu bodoh? Tidak.. Melayu tidak bodoh. Tetapi Melayu mempunyai hati yang lembut. Apabila orang memberi sesuatu, maka dia akan rasa satu ikatan yg kuat daripada si pemberi itu. Bukan semua mel