Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

PENGHARAPAN YANG MASIH JAUH.

Imej
Dah pukul 1 tengah hari. Waktu berehat. Mata ngantuk. Azan Zohor lambat lagi. 15 minit lagi zohor le tu. Sebelum solat, hamba hendak berceloteh sedikit dalam blog. Maklumlah, sudah agak lama tidak bergejuis.

Semalam, hamba membawa isteri hamba ke klinik untuk check-up untuk bersalin. Isteri hamba mengandung anak kami yang ketiga. Sudah 34 minggu. Hamba sangkakan doktor akan scan perut isteri hamba, namun dinasihat untuk di scan pada minggu yang ke-36 sahaja. Tidak perlu scan banyak-banyak kali. Kerana kata doktor, alhamdulillah, anak dalam kandungan sihat walafiat.

Hamba ikutkan sahaja. Sebab difikirkan, zaman dahulu kala pun, mana pernah scan perut, ramai juga manusia yang dilahirkan ke dunia ini. Cumanya mungkin hamba dan isteri tidak sabar-sabar hendak melihat anak dalam kandungan itu. Tapi takpe, kami akan tunggu minggu ke 36 nanti.

Pengharapan.

Pengharapan adalah satu sifat manusia yang telah diciptakan Allah diberikan kepada manusia. Setiap manusia ada pengharapannya. Seperti sekara…

TV3 DAN POLIS SIBU JADI TOKEY JUDI BATING PRK PULAK.

Imej
(Rangkaian syaitan untuk tontonan umum)

Setelah hamba didalam keadaan yang menyampah lagi dukacita apabila melihat kekalahan mudah Chon Wei kepada Lin Dan yang sombong cap ayam itu, hamba menukar siaran dari TV1 kepada TV3. Memang cukup pelik hari itu, hamba menonton TV bagi rangkaian TV1 kemudiannya ke TV3.

Tukar-tukar sahaja siaran ke TV3, Buletin Utama sedang ke udara.

Seperti biasa, bahan beritanya adalah bahan berita cap ayam yang penuh dengan najis pembohongan yang melampau sehingga hamba seperti hendakkan menitis air mata melihat pemberita itu yang terpaksa menanggung banyak dosa-dosa besar yang melayakkan mereka ke neraka jahannam.

Namun, ada satu berita yang diluar jangkauan pemikiran hamba semalam telah dijadikan bahan kempen TV3 untuk meraih undi orang Cina di Sibu. Ianya ada kaitan dengan judi.

Siap dengan siaran langsung, seorang pemberita TV3 dari Sibu telah 'menemuramah' seorang pegawai tinggi polis di Sibu dengan berlatar belakangkan himpunan anggota polis yang '…

HARI INI, 13 MEI.

Dibawah ini, adalah artikel hamba buat 2 bulan selepas menang PRU12. Sempena memperingati 13 Mei. Oleh kerana hari ini adalah 13 Mei, hamba rasa adalah perlu hamba keluarkan kembali artikel ini untuk ditatapi umum agar ianya boleh diambil iktibar sempena hari yang penuh sejarah ini. Silalah baca dan selami maksudnya sedalam-dalamnya.....


HARI INI, 13 MEI
Selasa, 2008 Mei 13

Ana bangun tidur untuk solat subuh. Semasa solat, anak ana yang sulong duduk di katil sebelah tempat solat. Ana teruskan solat subuh. Sesudah solat, ana melihat wajah comel Jannah. Beliau senyum menampakkan gigi susunya. Ana senyum. Selepas berwirid dan berdoa, ana bermain-main dengan anak sulongku. Seronok melihat telatahnya.

Setelah puas bermain, anak ana yang sulong pergi kepada umminya di bilik sebelah. Ana baring termenung sehingga terlelap sebentar di atas katil bilik solat.

Pukul 7pg ana terbangun. Mendengar suara tangisan anak kedua, ana terus ke dapur untuk memasak air. Sementara menunggu air masak, ana menduku…

PIALA THOMAS: DENGAN JEPUN PUN KALAH

Semalam adalah hari yang bersejarah didalam hidup hamba. 12 Mei 2010. Satu tarikh keramat didalam hidup hamba. Bukannya kerana semalam adalah tarikh penubuhan parti assobiyah melayu umno-apco, bukan. Tetapi kerana semalam, buat pertama kalinya dalam sejarah, pasukan badminton negara kita, kalah dengan 'bergaya' kepada pasukan Jepun. Bukan setakat kalah, malah kalah ketika adanya siaran langsung dari kaca telivisyen.


Tidak pernah didalam pengetahuan diari hidup hamba, pasukan badminton gergasi Malaysia akan kalah dengan pasukan ciput Jepun. Memang diluar pemikiran kepala akal hamba yang bergeliga ini. Kekalahan Malaysia kepada Jepun ini serupalah boleh disamakan dengan pasukan bolasepak England kalah kepada pasukan Sri Lanka. Memang tidak boleh masuk akal.


Hamba tidak tahu adakah Malaysia ini sengaja hendak kalah kepada Jepun atau memang pasukan Malaysia dianggap kuat tetapi realitinya tidaklah kuat. Kebarangkalian menunjukkan Malaysia sengaja kalah ada kerana melihat kepada perm…

GMC: 4JUTA MANA CUKUP, SEPATUTNYA 1BILION SETAHUN UTK HANCURKAN UMNO-APCO!

Jika hamba ini jutawan, bukan setakat RM4 juta tiga tahun hamba sanggup beri kepada GMC menjahanamkan BN-APCO, tetapi RM 40 juta sebulan pun hamba sanggup.

Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata tok guru Nik Aziz, disebabkan adanya umno di bumi melayu ini, mengakibatkan kita terpaksa buang masa berlawan dengan parti yang tidak suka Islam itu, yang sepatutnya, masa yang terluang melawan umno-apco itu boleh dibuat untuk memartabatkan Islam dan berdakwah Islam kepada orang bukan Islam.

Terus terang hamba kata, umno adalah satu spesis parti politik yang dicipta oleh kafir penjajah dahulu kerja khususnya adalah untuk menghancurkan Islam di tanah Melayu dan memisahkan Islam dengan orang Melayu. Kerana umno-apcolah, melayu sekarang menjadi gila rasuah, kerana umno-apcolah melayu sekarang benci hudud, kerana umno-apcolah melayu disukukan antara Islam, politik dan masjid, kerana umno-apcolah melayu telah diyahudikan! Ya, melayu telah diyahudikan! Dari penasihat kerajaan umno-apco yang pro zionis,…