HARI INI, 13 MEI.

Dibawah ini, adalah artikel hamba buat 2 bulan selepas menang PRU12. Sempena memperingati 13 Mei. Oleh kerana hari ini adalah 13 Mei, hamba rasa adalah perlu hamba keluarkan kembali artikel ini untuk ditatapi umum agar ianya boleh diambil iktibar sempena hari yang penuh sejarah ini. Silalah baca dan selami maksudnya sedalam-dalamnya.....


HARI INI, 13 MEI
Selasa, 2008 Mei 13

Ana bangun tidur untuk solat subuh. Semasa solat, anak ana yang sulong duduk di katil sebelah tempat solat. Ana teruskan solat subuh. Sesudah solat, ana melihat wajah comel Jannah. Beliau senyum menampakkan gigi susunya. Ana senyum. Selepas berwirid dan berdoa, ana bermain-main dengan anak sulongku. Seronok melihat telatahnya.

Setelah puas bermain, anak ana yang sulong pergi kepada umminya di bilik sebelah. Ana baring termenung sehingga terlelap sebentar di atas katil bilik solat.

Pukul 7pg ana terbangun. Mendengar suara tangisan anak kedua, ana terus ke dapur untuk memasak air. Sementara menunggu air masak, ana mendukung Iman, anak ana kedua. Ana bawanya keluar rumah untuk menghirup udara pagi. Anak ana yang sulong ikut dari belakang.

Amannya hari ini. Udara pagi yang nyaman, tidak sejuk, tidak panas, sesuai untuk suhu tubuh manusia. Anak ana yang kedua senyum-senyum dan tergelak-gelak melihat dunia luar. Anak yang sulong ana biarkan dia bermain tanah tanpa kasut. Biar kulit kakinya merasai embun di rumput-rumput di perkarangan rumah ana. Seronok melihat telatahnya.

10 minit kemudian, kami kembali masuk ke rumah, ana memandikan anak ana yang sulong. Setelah selesai, ana pun mandi untuk membersihkan diri sendiri. Setelah siap memakai baju untuk ke pejabat, ana melihat jam, pukul 8 pagi, 13 Mei 2008. 13 Mei? Eh? 13 Mei.

Ya, 13 Mei 39 tahun dahulu, mungkin ketenangan ini tidak dapat dirasai. Mungkin si ayah tidak dapat mendukung dan membiarkan anak-anaknya bermain tanah di luar rumah. Mungkin si ayah sedang berkecamuk akal fikiran kerana memikirkan keselamatan keluarganya. Dan mungkin juga si ayah sedang memegang parang untuk mencari mangsa untuk dibelasahnya.

Alhamdulillah, semua itu terjadi semasa ana belum dilahirkan. Ana tidak kesempatan melihat peristiwa berdarah itu dan ana berdoa agar peristiwa itu tidak dapat ana saksikan selama mana ana hidup. Alhamdulillah walaupun masih ada sebuah parti yang sengaja memainkan isu perkauman untuk melihat umat Melayu memberontak, namun Melayu sekarang adalah Melayu baru, Melayu yang cerdik pandai menilai, mengkaji dan menyimpul tindak laku sesuatu parti.

Sayonara 13 Mei, harap ianya terus menjadi sejarah di dalam kamus sejarah negara Malaysia untuk selama-lamanya .....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

NABI ISA AL-MASEH LAHIR 25 DIS ATAU 1 JAN?

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?