KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja?

Ada beza ke maksud kedua-dua itu?

Ada .....

Jika kita kerja untuk hidup, bermaksud pekerjaan yang dikerjakan oleh kita itu adalah untuk mendapatkan pendapatan untuk menjalankan kehidupan.

Jika hidup untuk kerja pula, bermaksud pekerjaan yang dikerjakan oleh kita itu adalah sebab utama untuk kita hidup. Hidup kita adalah untuk kerja sahaja. Kehidupan yang lain adalah sampingan.

Jadi yang manakah yang paling afdal untuk kita ikut? Kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja.

Jika hamba, hamba akan memilih kerja untuk hidup. Dan jika didengar oleh bos-bos, pasti mereka akan marah.

Jika anak sakit, masuk hospital, dan pada waktu yang sama kita ada kerja yang penting di pejabat, yang mana satukah akan kita utamakan? Bersama anak atau tetap pergi bekerja?

Apakah komitmen kita? Adakah lebih mengutamakan anak atau mengutamakan kerjaya kita?

Peristiwa ini terjadi kepada hamba. Minggu lepas. Dan hamba memilih untuk bersama anak. Tidak memilih untuk tetap bekerja walau keputusan hamba itu menyebabkan tempat pekerjaan hamba menjadi kelam kabut sedikit kerana ketiadaan hamba.

Dan hamba tidak menyesal akan perbuatan hamba walaupun telah di'marahi' oleh bos yang tidak faham akan pendirian hamba. Hamba juga tidak bersetuju 100% apa yang di'nasihati' oleh bos hamba kerana tidak datang bekerja pada waktu dimana hamba perlu berada ditempat kerja kerana ia adalah satu tanggungjawab.

Wei! Tolong sikit! Hamba pergi bekerja bukan kerana kerja itu adalah hidup hamba, hamba pergi bekerja adalah kerana untuk mencari rezeki bagi kesejahteraan kehidupan isteri dan anak-anak hamba. Apa guna hamba bekerja jika anak sakit masuk wad tetapi ayahnya tiada disamping anak yang sakit itu.

Pendirian hamba jelas! Kerja adalah untuk hidup. Kerana itu jugalah hamba tidak kisah akan kenaikan pangkat. Kerana itu jugalah jika ada orang 'atas' memburukkan nama hamba, hamba tidak kisah dan ambil port! Cukuplah apa yang hamba ada ketika ini, kerana rezeki datang dari Allah SWT, bukan dari manusia, bukan dari makhluk.

Dan jika anak hamba sakit dan masuk wad kembali, hamba tetap akan memilih bersama anak daripada untuk terus bekerja meninggalkan anak keseorangan di wad pesakit. Dan jangan pula suami-suami menyusahkan isteri untuk menjaga anak keseorangan di hospital. Lebih-lebih lagi isteri yang sedang menyusukan anak.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?