Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

RILEKSLA... REZEKI DATANG BERGOLEK, TAK PERLU USAHA,.. BETULKE?

Imej
Ini bukan kereta-kereta hamba.... :( Ada orang kata, rezeki telah ditentukan Allah SWT. Jika banyak itu rezeki yang Allah tentukan, maka banyak itulah rezeki kita. Usaha atau tidak usaha, jika itu rezeki kita, maka dapat jugalah rezeki itu. Jika ianya bukan rezeki kita, usaha macammanapun, sampai bila-bila pun tidak akan dapat. Betul ke info ini? Fikir punya fikir punya fikir, rasanya macam betul. Misal contoh, jika ada isteri Sultan bersalin, anak yang dilahirkan itu terus menjadi kaya raya. maklumlah, putera Sultan. Tak usaha apa-apa, tup-tup, negeri milik dia. Jika yang dilahirkan itu pula maknya isteri kepada bilioair, maka bilionair jugalah sianak orang kaya itu. Contoh lagi, jika ada seorang itu usaha bagai nak mati berniaga siang malam 24, 7, 365, Tiba-tiba George Soros buat hal, habis lingkup bankrap perniagaan dia. Boleh jadi juga tu. Belum bab kena tipu, kena rompak, kena rasuah dan bermacam-macam kena lagi. Oleh itu, maksudnya, kita ni tak payah usaha apa-apalah kiran

ISTERI TENGAH MARAH HAMBA NI......

Imej
Girlfriend hamba, sudah 5 tahun menjadi isteri.:) 'Abang,nanti tolong vacuum ruang tamu ye,' tanya isteri kepada hamba. 'Ye le...' hamba jawab. 20 minit kemudian. 'Abang, jangan lupa vacuum tau.', tanya isteri hamba lagi. 'Ye le...' jawab hamba. 40 minit kemudian. 'Abang, bila nak vacuum? Jangan lupa tau,' tanya isteri hamba lagi. 'Nanti abang vacuum lee...' jawab hamba. 1 jam setengah kemudian. 'Abang, vacuum tau bang..', tanya isteri hamba lagi. 'Ye lee...', jawab hamba. Baru sebentar tadi. 'Brrrrrrrrr...', bunyi vacuum cleaner. Eh? Isteri hamba yang vacuum. Adoii, mesti marah girlfriend hamba ni. Punya la lama dia minta tolong hamba vacuum. Hamba pula menyibuk depan lap top je. Adoiii, macam mana nak buat nih. Muka isteri sudah seposen je....

BAGAIMANA HAMBA MASUK JEMAAH PAS.

Hamba minat didalam politik sudah lama. Semasa hamba sekolah rendah lagi. Semasa hamba darjah 6, umno ketika itu telah di'baru'kan oleh Tun Mahathir. Kumpulan yang lagi satu menubuhkan umno lama tetapi ROS tidak membenarkan parti itu dinamakan umno, maka terpaksa dibuat nama Semangat 46. Minat hamba didalam politik Malaysia adalah disebabkan ayah hamba. Beliau seorang ahli umno. Semasa pru 1990, ayah hamba menyokong team Mahathir. Ingat lagi sehingga sekarang, ungkapan ayah hamba kepada hamba, "Jika s46 memerintah, habis orang Melayu.", ketika itu hamba yakin 100% apa yang ayah hamba katakan, maklumlah, baru 14 tahun. Hamba masih ingat, betapa leganya Tun Mahathir apabila dapat majoriti 2/3 semasa PRU 1990. Ingat lagi hamba ayat2 Rais Yatim tentang bakar jambatan. Ingat lagi hamba melihat keputusan DUN Kelantan hanya diumumkan media keesokan harinya. Ingat lagi hamba isteri sepupu hamba berkata, "Bolehke tok guru jadi MB. Takat ceramah agama bolehlah.". Ha

GOLONGAN MUDA SOKONG PR?- ANDAIAN SEBALIKNYA.

Sudah ramai insan di Tanah Melayu berkata bahawa PRU 13 akan diadakan sebelum bulan 4 tahun hadapan. Kata-kata itu ditambah nilai dengan alasan-alasan yang nampak seperti konkrit. Namun kekerasan konkrit itu seperti tidak didukung oleh besi-besi Y-bar untuk memantapkan tembok konkrit itu. Oleh kerana itu suasana yang berlaku sekarang ini, maka hamba bercadang hendak mengulas berkenaan kearah mana undi dari rakyat Malaysia yang akan di'pangkah'kan pada PRU 13 nanti? Adakah pengundi akan mengundi BN atau PR? Untuk kali ini, hamba ingin mengfokuskan kepada pengundi baru. Lingkungan umur 21 ke 25 tahun. Melihat kepada situasi Unit Peti Undi (UPU) yang kalah oleh PR, didapati, misal contoh, jika UPU itu ada 4 saluran, saluran yang kalah sudah semestinya selalunya saluran 1, iaitu saluran golongan veteran. Kemudian, untuk saluran 2, kebanyakannya, PR akan kalah dengan majoriti yang sedikit dan ada juga yang menang dengan majoriti yang sedikit. Bagi saluran 3, selalunya PR akan me

YAHOO! MALAYSIA MENANG 4-3 LAWAN INDIA HOKI SUKAN ASIA

Balik sahaja dari kerja, terus buka astro Asian Game. Hoki separuh akhir Malaysia lawan India. Tengok gaya mula-mula cara Malaysia bermain rasanya macam boleh menang. Kemudian melihat Malaysia menjaringkan gol pertama dahulu, rasa Malaysia boleh menang bertambah kuat. Tapi, kurang 2 minit separuh masa, India menyamakan kedudukan. Adus.... Separuh masa kedua, India pula lead 2-1. Adus lagi..... Tetapi, Malaysia menyamakan kedudukan 2-2. Perasaan boleh menang timbul kembali. Namun, India lead kembali 3-2. Adus kali ketiga..... Kurang 3 minit permainan, India masih mendahului 3-2. Rasa macam dah nak kalah. Tup-tup, Malaysia dapat penalti korner. Rasa macam tak gol je. Tapi, tengok-tengok, goooollll.... 3 sama. Tapi perasaan masih berat hendak mengatakan boleh menang, maklumlah, suddent death. Namun sangkaan hamba meleset, Malaysia berjaya menjaringkan gol kemenangan melalui penalti koner. Menjerit hamba melihat gol itu. Seronok bukan kepalang hamba. Melihat pasukan hoki yang tidak

AQIQAH NUR MUHAMMAD SELAMAT DIJALANKAN.

Imej
Lembu akikah Nur Muhammad bin Mazwandi Lembu putih. Paling afdal, selepas kambing. Sudah selesai akikah. expert melapah daging.. agih daging.. majlis kenduri. Makan.. makan lagi.. sekali dengan tahlil arwah tok tua. acara makan. ruang bawah rumah. penuh dengan makan.... Alhamdulillah, akikah anak lelaki saya selesai dengan sempurna. Satu bahagian lembu telah disembelih pada tasyrik 1, kemudian majlis makannya dibuat malam semalam, Sabtu malam Ahad. Ramai yang hadir. Makan nasi minyak dengan daging lembu akikah dan juga dicampur dengan daging lembu korban. Majlis dilangsungkan selepas Isyak. Selesai doa selamat dan tahlil untuk arwah mak dan tok tua, maka acara makan pun dilangsungkan. Nasi cukup, air cukup, tiada komplen, makanan sedap, air kenyang, dan semuanya beres dengan jayanya. Alhamdulillah.

PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH. GILA APA BN INI?

Statistik menunjukkan bahawa anak luar nikah dari keturunan Melayu sekarang ini sudah meningkat dengan mendadak. Mengapa ini berlaku? Sudah semestinya kerana mat melayu dan minah melayu melakukan zina. Kenapa pula ini berlaku? Sudah semestinyalah kerana suasana kehidupan masyarakat dan pentadbiran negara Malaysia sekarang ini tidak mengikut acuan Islam. Segala genap kehidupan di bumi melayu ini sudah lari jauh dengan acuan Al-Quran dan Sunnah. Cuba bayangkan, kita yang sentiasa ke masjid melakukan ibadah solat 5 waktu, adakah akan menjamin anak kita yang berada dirumah sebenar-benarnya berada dirumah? Adakah kita yang sedang bekerja siang malam membanting tulang untuk mendapat rezeki bagi anak-anak agar hidup senang akan menjuruskan anak kita itu menggunakan rezeki yang diperolehi untuk membuat kerja radha Allah? Kita mengajar anak kita dirumah tentang Islam. Menutup aurat, menjaga tingkah laku, terapkan sifat-sifat malu, tetapi, apabila keluar dari rumah, adakah suasana masyarakat

PENGALAMAN KE KUALA TERENGGANU MENAIKI BAS NICE.

Imej
Keluarga hamba. Sedang menunggu bas ditempat menunggu terminal bas NICE. Air teh/kopi bersama kuih itu diberi percuma kepada penumpang yg menunggu. Dengan acik dan Marsya.. ruang menunggu. Seperti kopitiam. Air minum dan kuih muih diberi percuma. kaunter pertanyaan. Tapi, mana orangnya?.... tempat menunggu. Selesa, tapi agak sempit.. Tempat menunggu card member. Marveles, tapi ditutup. Ruangan didalam bas NICE Seronoknya didalam bas. Makanan yang diberi percuma didalam bas. Sedap.... Kakak Jannah hendak menikmati hidangan. Comel.. Ummi, makan kek,Iman, makan roti salut kaya pandan, Muhammad, tidur.. Bantal dan selimut, diberi masa perjalanan.. Pemandangan di Dungun.. Hamba ada di Batu 6 sekarang. Hari ini hari Khamis, hari tasyrik 1. Menunggu lembu akikah Nur Muhammad untuk ditumbangkan. Sebelum melakukan korban, hamba berblog dahulu. Melaksanakan janji untuk memberi cerita tentang perjalanan hamba sekeluarga menaiki bas NICE. Menaiki bas NICE memang selesa. Tetap

SELAMAT HARI LAHIR IMAN DAN JANNAH

Imej
Hadiah birthday girl.. eh, kakak ni tak sabar2 nak buka. (13 nov, malam..) keknya.. 4 pupu papat.. upacara potong kek. Sebelah ada atok.. Keluarga hamba. Ummi, Muhammad, Jannah, Iman dan hamba.. bilik persidangan.. Upacara membuka hadiah.. Hadiah pertama berjaya dibuka. Barbie doll oleh opahnya. cubaan kedua kakak membuka hadiah kedua.. kejayaan membuka hadiah menghasilkan acara bermain yang gemilang.. habis bersepah.. sama dengan kaka dia. Habis bersepah.. Selamat hari lahir yang ke 3 tahun, Nurul Iman Binti Mazwandi. Dan juga kepada Nur Jannah binti Mazwandi, selamat hari lahir yang ke 4 pada 26 Nov nanti. Hari ini 14 Nov, anak kedua hamba telah dilahirkan 3 tahun yang lalu. Nurul Iman Binti Mazwandi. Budaknya comel, sweet, tetapi garang yang amat. Baru sebentar tadi, kami sekeluarga telah menyambut hari lahir Nurul Iman beserta kakaknya, Nur Jannah. 14 dan 26 Nov, tarikhnya terlalu dekat, maka kami bercadang buat sambutan hari lahir serentak antara Jannah dan

AL-KISAH ANAK LELAKI HAMBA.

Imej
Ini adalah budak hensem lagi macho. Nama dia Nur Muhammad bin Mazwandi. Umur, 4 bulan. Suka minum susu Uminya. Suka makan tangan sendiri. Bila besar cita-cita mahu mati syahid menegakkan agama Allah. Takbir!! Sekarang sedang menunggu untuk sijil ijazah injection untuk umur 3 bulan. Pengalaman: Demam campak, masuk wad hospital, masuk wad NICU kerana terlebih berat (masa keluar, berat dia 4.27kg) dan sekarang berpusing badan untuk meniarap. Tidak dilupakan juga suka senyum dan gelak macam orang besar. (Saya budak suka gelak dan senyum.... :D) (Kakak-kakak Nur Muhammad sedang pening kepala untuk menjaga adik lelaki mereka)

KENAPA MUFTI HARUSSANI JADI BEGINI?

Imej
(Kerja gila orang Melayu; Letak Ancak) Tak syok betullah melihat tingkah laku mufti Perak sekarang ini. Hamba berasa terlalu terkilan akan sikapnya yang seperti sudah tidak berwibawa didalam menghukumkan sesuatu perkara. Sikap berat sebelah apabila menghukum melihatkan tahap kewarakan beliau seakan diusik oleh syaitan. Benda yang jelas khurafat sehingga dekat lagi kearah syirik dijawab dengan nada konar baring oleh mufti Harussani untuk 'menyelamatkan' menteri besar Perak amat mendukacitakan hamba. Benda jelas hukum, mengapa disamar-samarkan? Kan ke elok jika didalam semak itu, ularnya tiada. Selamatlah kepada sesiapa yang ingin berjalan-jalan didalam semak. Namun, jika didalam semak itu terdapat ular, berbisa pula itu, maka sudah pasti sesiapa yang melintas semak itu, akan dipatuk ular yang berbisa, dan akan menyebabkan kematian kepada seseorang. Ada faham maksud hamba?.......

SEKOLAH TAMIL DAN KUIL HINDU PUNYA GADOH, ANWAR YG KENA MARAH?

Imej
Cerita sedikit berkaitan politik tanahair. Hairan pelik lagi ajaib ke tahap gaban power rangers. Dua hari lepas hamba ada terbaca tentang seorang India yang beragama Hindu membakarkan dirinya kerana takut akan kuil akan dirobohkan oleh pihak PBT. (Bakar diri kerana kuil?) Keesokannya pula, sebuah NGO Hindraf pula telah berdemo didepan rumah Anwar Ibrahim kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan Pakatan Rakyat kerana dikatakan oleh mereka tidak melaksanakan janji pilihanraya iaitu akan memelihara kuil-kuil Hindu. (NGO Hindraf demo depan rumah DSAI) (Kuilnya) Tetapi, pada hari ini, barulah hamba tahu, bahawa sesungguhnya yang diroboh bukanlah kuil Hindu, tetapi stor menyimpan barang kuil itu. Ianya pula dirobohkan kerana telah mencuri masuk ke tapak tanah sekolah Tamil bersebelahan. PBT akan merobohkan juga tandas untuk kegunaan kuil yang telah dibuat diatas tanah sekolah Tamil itu, tetapi ditangguhkan. Mungkin kerana kecoh tentang seorang manusia yang sanggup membakar

BALIK RAYA HAJI KE BATU ENAM NANTI NAIK BAS NICE.

Imej
10 Zulhijjah insyaAllah akan jatuh pada Rabu hadapan. Tarikh masehinya 17 November. Abang ipar yang tua 3 bulan dari hamba telah mengkhabarkan berita bahawa lembu untuk dibuat akikah anak hamba yang ketiga ini, Nur Muhammad akan ditumbangkan pada hari tasyrik satu. InsyaAllah hari Khamis depan. Hamba tidak korban tahun ini. Hanya membuat akikah anak lelaki hamba. Itu pun ambil satu bahagian. Hendak ambil 2, bahagian lembu sudah cukup 7. Mungkin sebahagian lagi hamba ambil kambing. Jika ada kambinglah di Batu Enam itu. Jika tidak kesampaian, kambing ditumbangkan di Rasa atau Bukit Damansara. Semalam, hamba mencadangkan kepada isteri hamba, agar balik ke Terengganu menaiki bas. 5-5 anak beranak menaiki bas. Bukan main seronok isteri hamba. isteri hamba memang suka naik bas daripada kapal terbang. Walau lama perjalanan bezanya 6 jam. Hamba bercadang menaiki bas bukannya apa, melihat kondisi kereta yang perlu dibaik pulih sehingga mencecah RM800. Baik naik kapal terbang. Walaupun menai

BARU KELUAR WAD HOSPITAL

Baru sahaja keluar dari wad hospital. Bukan hamba yang masuk wad, tetapi dua anak perempuan hamba. Di Hospital Pusrawi. Yang pertama masuk hari Rabu, yang kedua hari Khamis. Anak yang ketiga dan isteri pula baru juga keluar dari wad hospital Pusrawi minggu lepas. Keluarga hamba baru sahaja mendapat ujian sakit dari Allah SWT. Hamba sebenarnya pun disuruh masuk wad, kerana sakit, tetapi hamba tidak mahu. Makan ubat sahaja. Hari Rabu nanti ada susulan jumpa doktor. Banyak juga wang yang perlu dikeluarkan. Dekat RM8 ribu. Lain kali, perlulah ada insurans untuk masuk hospital swasta. Mengapa mengada-ngada masuk hospital swasta? Kerana ianya senang, terus masuk, tak perlu ada perkara2 tunggu dan lihat penyakit itu melarat baru masuk wad seperti selalu yang dibuat oleh hospital kerajaan. Terfikir juga hamba, kepada mereka yang tidak berwang untuk ke hospital swasta, mesti terseksa menunggu anak yang kesakitan untuk masuk wad hospital untuk dirawat.....