Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

ANGKA 5 YANG PELIK

Tajuk artikel ini semacam je. Macam main-main tikam ekor. Tetapi, jangan salah sangka. Angka 5 yang dimaksudkan adalah satu kejadian tragis yang telah melanda negara ku Malaysia yang masih dijajah oleh para kapitalis yang hanya pentingkan untung wang ringgit. Ada sesiapa tahu atau pernah dengar cerita satu syarikat yang bernama valuecap? Kalau ada baguslah, kerajaan hendak beri RM5 bilion pada dia untuk 'support' BSKL dari terus merudum. Dan hamba rasa semua tahu, dari mana duit 5 bilion itu hendak dicekau. Duit dari EPF le..... Selang seminggu, keluar pula cerita kemungkinan 50,000 pekerja bukan tetap kerajaan akan kena 'bersara' wajib. Sebabnya, kononnya kerajaan tiada duit hendak bayar gaji. Miskinnya kerajaan. Patutnya sudah perlu ditukar kepada kerajaan baru. Hah! Kan ke hamba sudah kata, angka 5 yang pelik. 5 bilion dan 5 puluh ribu, kedua-duanya menyusahkan rakyat, menyenangkan orang kaya. Apa pasal duit RM 5 bilion itu tidak diberikan sahaja kepada 50,000 pek

SALAM HARI RAYA. - CERITA DI KAMPUNG TOK TUA 2.

Imej
Salam hari raya. Walau raya sebenarnya sudah berakhir lama dah, namun disebabkan hamba Melayu, maka suka jugalah hamba hendak beraya hingga sebulan Syawal. Bukannya apa, sukanya rasa hamba hendak menziarahi sanak saudara hamba yang kadang-kadang, lama hamba tidak bertemu. Cerita hari ini, hamba hendak menurunkan sebanyak mungkin gambar yang sempat hamba 'snap' semasa akhiran Ramadhan dan permulaan Syawal dahulu. Hamba malas lagi menyampah hendak bercerita tentang Pak Lah dan Najib yg tukar-tukar jawatan PM TPM ikut suka hati mak bapak mereka. Menyampah! Ptuih! Mulanya gambar di bawah ini. Ini adalah gambar pada bulan puasa di siang hari yang menunjukkan, bahawasanya, anak hamba dengan suka lagi gembiranya, tidak berpuasa. Kak Long yang bersahaja menghisap botol dan adiknya dengan gaya rambut 'punk'. (Hello para bloggers, cantik tak rambutku ni. Bukanku nak sebenarnya, tetapi apakan daya, ayahku telah meng'adjust'kan rambutku sebegini rupa,....) Atas ini pul

SALAM HARI RAYA. - CERITA DI KAMPUNG TOK TUA.

Salam aidilfitri kepada semua. Maaf zahir dan batin. Seminggu bercuti, maka seminggu itu jugalah hamba tidak melayar laman alam maya. Sibuk beraya di Terengganu dan kemudian ke Melaka dan kemudian ke K.L dan kemudian ke Selangor. Tahun ini adalah tahun hamba membayar zakat fitrah untuk 4 manusia, termasuk hamba. Teringat lagi sewaktu dahulu, mula-mula, tidak bayar langsung, ayah tanggung, kemudian untuk diri sendiri, kemudian 2 orang, kemudian 3 orang dan tahun ini, 4 orang. Alhamdulillah. Isnin lepas, bersamaan dengan 29 Ramadhan, hamba, isteri dan 2 anak hamba telah balik ke Terengganu menaiki kapal terbang firefly. Kapal jenis baru. Cukup selesa. Hari Jumaat petang, 26 Ramadhan, hamba dan keluarga telah ke K.L untuk ke rumah ibu dan ayah hamba selama 3 hari sebelum ke rumah tok tua hamba. Maklumlah, tahun ini giliran kampung isteri hamba, sebelum ke Terengganu, mestilah menjenguk ibu dan ayah kandung hamba dahulu. Di Terengganu, tahun ini, anak-anak tok tua hamba yang tinggal di