SALAM HARI RAYA. - CERITA DI KAMPUNG TOK TUA 2.

Salam hari raya. Walau raya sebenarnya sudah berakhir lama dah, namun disebabkan hamba Melayu, maka suka jugalah hamba hendak beraya hingga sebulan Syawal. Bukannya apa, sukanya rasa hamba hendak menziarahi sanak saudara hamba yang kadang-kadang, lama hamba tidak bertemu.

Cerita hari ini, hamba hendak menurunkan sebanyak mungkin gambar yang sempat hamba 'snap' semasa akhiran Ramadhan dan permulaan Syawal dahulu. Hamba malas lagi menyampah hendak bercerita tentang Pak Lah dan Najib yg tukar-tukar jawatan PM TPM ikut suka hati mak bapak mereka. Menyampah! Ptuih!

Mulanya gambar di bawah ini. Ini adalah gambar pada bulan puasa di siang hari yang menunjukkan, bahawasanya, anak hamba dengan suka lagi gembiranya, tidak berpuasa. Kak Long yang bersahaja menghisap botol dan adiknya dengan gaya rambut 'punk'.


(Hello para bloggers, cantik tak rambutku ni. Bukanku nak sebenarnya, tetapi apakan daya, ayahku telah meng'adjust'kan rambutku sebegini rupa,....)

Atas ini pula adalah gambar budak comel yang sedang dalam keadaan yang cukup berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang telah diberikan oleh kakitangan firefly semasa penerbangan untuk ke rumah tokkinya di batu enam.

Manakala untuk gambar di atas ini pula, adalah satu gambar yang menunjukkan kegembiraan yang amat nyata lagi bersuluh kepada lebih-lebih lagi ummi kepada budak comel dua orang itu. Apakan daya, gembira sungguh dapat balik kampung batu enam beraya dengan ayah tersayang. Yahoo!.....

Setelah tiba ke rumah tokkinya, kak long telah bertemu dengan 2 jejaka tampan. Tengoklah betapa cunnya anak hamba sehingga dingurat oleh 2 jejaka tampan sehingga begini rupanya,... ish,.. ish,....

Ini adalah gambar pada hari raya yang pertama. Perlu diperjelaskan. Ini adalah kali kedua didalam seumur hidup Nur Jannah beliau memakai baju kurung selepas memakainya pada hari raya yang lepas. Cuma bajunya sahaja yang berbeza. (baju baru le.....)

Gambar ini juga diambil pada hari raya pertama. Anak no.2 hamba dengan umminya dengan baju raya hari raya pertama. Perlu diperjelaskan, anak no.2 hamba yang diberi nama Nurul Iman baru habis meminum susu botol, sebab itulah posisinya adalah ke arah bertentangan menuju ke arah umminya. (Dah kenyang le katakan......)


Inilah sebenarnya tujuan utama mengapa hamba pergi beraya ke batu enam tahun ini. Semata-mata hendak melihat wajah tok tua hamba. Seronok melihat toktua hamba dapat berjumpa cucunya yang ke 47 dan ke 50 berada didepannya.
Eh? Dapat duit raya ke? Ummi Jannah melihat dengan penuh kemusykilan dari mana Jannah mendapat duit raya. Manakala adiknya Iman sedang sibuk memerhatikan gelagat seorang manusia yang asyik memegang kamera ke arahnya. Musykil, musykil. Namun tokki mereka yang sedang duduk di kerusi kegemarannya tetap gembira.

Minum pulok! Itulah gerangan anak hamba, suka sangat minum susu Isomilnya.

Setelah penat lelah mengumpul dana, maka anak hamba Nurul Iman terpaksa berehat sebentar di kamar tidurnya untuk memastikan tenaga mencukupi agar dana terkumpul dapat mengikut 'target' ayahnya,.... he, he,.....

Gambar di atas diambil dengan keizinan. Mereka semua ini masih 'single'. Sesiapa yang inginkan kepastian terhadap biodata mereka, maka anda semua perlu mengisi borang jemaah PAS dahulu, he, he, he,...... (Salah seorang daripada mereka adalah anak bakal ahli Parlimen Malaysia, insyaAllah).

Ipar-Biras hamba. Orangnya dua, tetapi gelasnya 5.

Mungkin inilah jawapan mengapa gelasnya ada 5....... (je?)

Akhir sekali (walau sebenarnya berlambak lagi gambar), maka tidur jugalah puak-puak batu enam ini di depan TV untuk merehatkan minda dan tenaga agar di esok hari puak-puak ini dapat menjayakan rancangan mereka yang telah dirancangkan oleh puak-puak ini semasa muktamar dahulu untuk menggempur ke rumah saudara mara masing-masing hanya semata-mata untuk mengumpul dana duit raya.

Mungkin setakat ini sahaja untuk hari ini, hamba dah ngantuk pula rasanya. Gambar rumah ibu dan ayah hamba tidak pula dimasukkan lagi ke dalam blog ini. Marahle pula adik perempuan hamba gamaknya,....... :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?