Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

umno online, JIKA NAK BUAT FITNAH PUN, JANGANLAH BODOH SANGAT.

Kalau ye pun hendak buat fitnah, buatlah fitnah yang 'cerdik'. Ini tidak. Sudahlah buat fitnah, bodoh pula tu...... Mesti kalian semua pelik tiba-tiba hamba membuka ayat menghentam. Mengapa tiba-tiba naik angin hamba ini? Mana tidaknya, ada kekawan baca umno online, tajuk cerita 'Benarkah calon PAS pernah ditangkap khalwat?'. Teruk betul fitnah puak-puak umno ini. Puak-puak assobiyah Melayu. Dengan selamba monyet mereka, buat fitnah bahawa calon PRK DUN Galas, Dr Zulkefli, pernah ditangkap khalwat dengan 'isterinya' sekarang, Ramelah Mat Jusoh. Disebabkan akal mereka yang penuh semak dengan ke'melayuan'nya, mereka buat fitnah bodoh yang amat! Kerana apa, kerana Ramelah Mat Jusoh adalah ibu kepada Dr. Zulkifli, bukan isterinya. Isterinya bernama Zainab Jalar. Hah! Hah! Hah! Inilah dia umno, dulu kini dan selamanya suka buat kerja najis fitnah. Hamba juga pernah kena fitnah dengan puak-puak melayu tak reti Islam ini. Selagi kita kuat menentang kezalim

APA LAGI? TUKAR KERAJAAN LA.

Imej
Hamba ada 2 buah rumah. Kedua-duanya masih dalam tanggungan hutang bank. Maksudnya, bukanlah milik hamba sepenuhnya, kerana masih belum habis membayarnya. Kecualilah jika hamba mati sekejap lagi, maka isteri hambalah pemilik rumah itu. Sepenuhnya. Jangan pula salah faham kenapa ada 2 buah rumah. Bukan bermaksud hamba ada 2 isteri, tidak,.. namun 2 buah rumah itu salah satunya hamba sekeluarga tinggal didalamnya, manakala yang lagi satu hamba sewakan kepada rakan hamba. Apa yang hendak diketengahkan disini ialah, kedua-dua rumah itu adalah setingkat. Bukan 2 dan bukan juga tiga dan sememangnya bukan 100 tingkat. Mengapa setingkat. Kerana isteri hamba melihat jauh ke hadapan. Jika sudah tua, tidak perlulah bersusah payah naik tangga. Dan juga, tidak perlulah menggunakan kudrat yang banyak jika ingin menukar tilam baru. Untuk pengetahuan semua, tilam adalah berat jika diangkat seorang. Sungguh kehadapan pemikiran isteri hamba. Melihat sehingga ke hari tua. Penuh wawasan. Mungkin diwa

SELAMAT MENGUNDI RAKAN PKR.

'Mana suami?', tanya hamba kepada anak sepupu hamba, 'Apa lagi, tengah sibuklah dia', jawab dia spontan. 'Sibuk apanya?, tanya hamba lagi. 'Sibuk dengan pemilihan le. Orang kuat PKR di Kuantan dia tu, AMK.' jawabnya pula. Fuih, hebat PKR, pemilihan cabang pun sibuk seperti PRU13. Cerita diatas berlangsung semalam dirumah sepupu hamba yang sedang melangsungkan kenduri nikah anak perempuannya. Hamba hendak beri solute juga kepada PKR kerana buat cara pemilihan satu individu satu undi untuk pemilihan cabang mereka. Dalam PAS, hanya pemilihan cawangan sahaja yang buat demikian. Untuk Kawasan, beri amanah kepada 10 wakil yang dipilih untuk mengundi. Tetapi yang menjadi masalahnya, seperti apa yang berlaku sekarang. Kecoh! Mungkin rakyat Malaysia baru hendak belajar mengundi atau memang ada unsur luar buat kecoh. Apa-apa pun, selamat mengundi kepada ahli PKR walau ada Cabang yang perlu menangguh pemilihan.