Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

DERA, MATI, SEKEDUDUKAN.

Semalam, tempat tinggal hamba menjadi glamour sejenak. Ramai orang berkata-kata dan bersembang-sembang di seluruh pelosok tempat, bercerita berkenaan tempat kawasan tempat tinggal hamba. Walaupun glamour, namun cerita yang dituturkan dari mulut orang ramai sungguh tidak molek untuk didengar. Ceritanya berkenaan budak kecil 3 tahun mati dibunuh lelaki 28 tahun kerana didera. Lebih tepat, dibelasah. Rumah hamba dengan tempat kejadian, Batu 30, tidak sampai pun 5 km. Naik kereta, kurang 10 minit sudah tiba. Tetapi, malangnya, berita sedih budak 3 tahun yang meninggal itu diketahui hamba ketika hamba di K.L, melalui surat khabar. Gila. Kerja gila. Memang sah gila. Jika hamba ada ditempat kejadian, memang sah hamba akan belasah lelaki itu sebelasah seteruk-teruk yang maksima. Biar terburai isi perut yang tiada isi perut lelaki syaitan itu dengan tempurung kepalanya terbelah dua dikapak dengan pedang samurai. Biar puas hamba. Itulah yang patut dibalas kepada silelaki pembunuh budak kecil

ISU PATI: APABILA WUJUD SEMPADAN NEGARA BANGSA, SAUDARA SEISLAM DILUPAKAN.

Sering kali terdengar suara-suara manusia berakyatkan Malaysia menghina-dina pedatang-pendatang asing datang ke negara ini. Hina-dina agar mereka dihalau dan ditangkap kemudian dihumban kembali ke negara asal menjadi ayat rutin menghentam golongan PATI dan juga PADI (Pedatang Dengan Izin(berpermit)). Membuat kenyataan separa benar bahawa golongan PATI dan PADI Indonesia menyebabkan punca kepada terjadinya masalah sosial dan jenayah sering kali dilontarkan dengan sembrono tanpa mempunyai bukti dan statistik yang kukuh. Kenyataan hanya dibuat berdasar sebut-sebutan orang bercakap dikedai kopi dan gosip-gosip siang hari. Hamba sebenarnya pelik dengan sikap manusia yang berakyatkan sesebuah negara bangsa ini. Hanya disebabkan terjadinya garis sempadan negara yang dicipta oleh pihak barat, yaitu pihak Inggeris dan Belanda, maka tanah rumpun Melayu, yang dahulunya dikenali sebagai Nusantara, berbangsakan serumpun malah beragamakan seagama seIslam, menjadikan kita ini walau saudara seagama

SITUA TIDAK MENYAYANGI SIMUDA? SIMUDA TIDAK MENGHORMATI SITUA?

'Ya Allah, Engkau kembalikanlah golongan muda kami ke jalan yang benar'..... itulah sebahagian doa 'rasmi' setiap Khutbah Jumaat kedua di negeri Selangor. Tiap-tiap kali Jumaat, pasti akan didoakan ayat itu, memohon mengembalikan golongan muda ke jalan yang benar. Semasa zaman BN perintah, sehinggalah sekarang, zaman PR memerintah Selangor, doanya tidak berubah. Yang menjadi persoalan hamba, mengapa hanya golongan muda sahaja yang didoakan untuk kembali ke jalan yang benar? Adakah di negeri Selangor ini, hanya golongan muda yang sentiasa membuat maksiat di muka bumi Allah ini? Adakah golongan tidak muda, iaitu golongan yang sudah veteran, tidak melakukan maksiat? Adakah semua golongan tua di Selangor ini baik-baik belaka? Jika hamba ke masjid untuk solat berjemaah, majoriti yang bersolat disitu adalah golongan tua. Bukan setakat sudah tua, tetapi golongan yang sudah pencen. Golongan yang tidak bekerja dan hidup hanya menerima duit pencen menunggu untuk ke alam barzah

CERITA MAYAT TAK DITERIMA BUMI BIASA DENGAR, TAPI, KAPAL SELAM TAK DITERIMA LAUT...?

Imej
Kapal Selam baru beli 5 bulan tidak boleh menyelam. Cerita lawak atau apa sebenarnya ni? Tidak pernah pula hamba pernah mendengar kereta yang baru dibeli 5 bulan tidak boleh bergerak diatas jalan raya. Inikan pula kapal selam tercanggih didunia bernilai 1 bilion, tidak boleh menyelam dalam laut. Misteri Kapal Selam, Perempuan dan debu letupannya...... Budak 4 tahun jika mendengar cerita ini pun pasti agak gelak besar seperti budak itu melihat cerita Doraemon. Tidak masuk akal. Duit yang melampau banyaknya dibuat beli kapal selam, akhirnya kapal selam itu jadi serupa sampan nelayan, tidak boleh selam. Ada juga dengar cerita, berbagai-bagai usaha fizikal dan metafizik telah dilakukan untuk menyelamkan kapal 'kemegahan' Malaysia ini. Pelik juga dengarnya ada juga mereka yang bertanggungjawab dengan kapal selam ini menggunakan cara metafizik untuk memulihkan kapalselam yang tidak boleh selam ini. Ada kena mengena dengan hantu ke? TV3 mesti pakar dalam perkara ini. Apa kata

MELAMPAU SUNGGUH TV3 CAP AYAM ITU.

Tidak pernah seumur hidup hamba, hamba ada melihat satu rangkaian Televisyen yang penuh dengan keburukan dan kejahatan. Tidak pernah lagi dalam seumur hidup hamba, hamba ada melihat satu rangkaian televisyen yang penuh hina dan dosa. ...... Sehinggalah hari semalam. Apabila umur hamba hendak menjangkau 34 tahun, maka mahu tidak mahu, Allah telah mentakdirkan hamba melihat satu rangkaian televisyen yang amat jahat, amat tidak malu, amat penipu lagi amat syaitan. Itulah dia TV3. Rangkaian cap ayam dulu kini dan mungkin selamanya. Tidak pernah lagi didalam sejarah dunia pemberitaan, sesuatu 'jenayah' yang sedang dibicarakan di beritakan dengan secara terperinci lagi satu per satu keudara secara langsung. Tidak pernah lagi didalam sejarah dunia pemberitaan, terdapat didalam siaran langsung berita yang menceritakan secara detail bagaiman jenayah 'rogol' itu dibicara dengan penuh teliti lagi kotor, selain jika anda pernah membaca buku porno. Mengapa? Kenapa? dan bagaimana