ISU PATI: APABILA WUJUD SEMPADAN NEGARA BANGSA, SAUDARA SEISLAM DILUPAKAN.
Sering kali terdengar suara-suara manusia berakyatkan Malaysia menghina-dina pedatang-pendatang asing datang ke negara ini. Hina-dina agar mereka dihalau dan ditangkap kemudian dihumban kembali ke negara asal menjadi ayat rutin menghentam golongan PATI dan juga PADI (Pedatang Dengan Izin(berpermit)).
Membuat kenyataan separa benar bahawa golongan PATI dan PADI Indonesia menyebabkan punca kepada terjadinya masalah sosial dan jenayah sering kali dilontarkan dengan sembrono tanpa mempunyai bukti dan statistik yang kukuh. Kenyataan hanya dibuat berdasar sebut-sebutan orang bercakap dikedai kopi dan gosip-gosip siang hari.
Hamba sebenarnya pelik dengan sikap manusia yang berakyatkan sesebuah negara bangsa ini. Hanya disebabkan terjadinya garis sempadan negara yang dicipta oleh pihak barat, yaitu pihak Inggeris dan Belanda, maka tanah rumpun Melayu, yang dahulunya dikenali sebagai Nusantara, berbangsakan serumpun malah beragamakan seagama seIslam, menjadikan kita ini walau saudara seagama menjadi begitu taksub sikap assabiahnya hanya kerana kewujudan sebuah negara bangsa.
'Ini kedai Siam ni', padahal tukang masaknya adalah orang Islam Melayu Pattani. 'Ini pasar Filipina ni', padahal mereka yang menjual adalah orang Islam berketurunankan Tausuk.
Bagi rakyat Kelantan bersempadankan dengan Thailand, saudara seagama mereka di Pattani adalah saudara sedarah mereka. Mereka bukannya dianggap pendatang.
Bagi Rakyat Sabah berketurunan Bajau, kaum Tausuk, Moro adalah bangsa seagama mereka walau pihak Malaysia khasnya orang Kadazan bukan Islam memanggil mereka orang PATI Filipina.
'Dia tu orang Indon tu. Pendatang', padahal orang yang disebut itu adalah orang Melayu Riau, sedarah dengan orang Johor. Ataupun orang yang disebut itu adalah orang Jawa, sekuturunan dengan Jawa-jawa di Malaysia ini, malah lebih kuatnya, saudara seIslam!
Jika kita ke negara Arab, melihat telatah bangsa Arab yang seperti kemaruk assabiyah, dengan adanya Arab dari Saudilah, Arab dari Jordanlah, Arab dari Mesirlah, Arab dari Maghribilah, berbagai-bagai Arab, dengan selamba kita tuduh bangsa Arab ini berpecah belah. Tetapi Melayu kita yang bising-bising mengatakan Arab ini berpecah-belah, tidak nampak kepada diri kita sendiri yang berpecah belah.
Berpecah-belah bedasarkan kepada sempadan negara bangsa adalah satu teknik yang berkesan dan terbukti kukuh untuk memecah belahkan umat Islam untuk bersatu padu dibawah satu panji khalifah. Bukti yang terbukti ialah cara kita orang Melayu Malaysia berburuk sangka dengan PATI dan PADI dari Indonesia dan cara orang Indon yang memandang rendah terhadap orang Malaysia kerana menganggap mereka adalah abang dan kita adalah adik.
Kejadian menjadi lebih kelam kabut apabila pihak Rela, diberi kuasa oleh Kerajaan Malaysia untuk menangkap PATI. Kejadian tidak berperi kemanusiaan yang ditunjuk oleh pihak Rela apabila menangkap PATI akan menjarakkan lagi api perpecahan diantara umat Islam hanya kerana undang-undang imigresen diwujud oleh sebuah negara bangsa.
Serupalah dengan kejadian penangkapan PATI di tanah suci kerana tidak mempunyai visa untuk memasuki tanah haram. Visa 'lailahaillallah muhammadurrasulullah' sudah tidak laku lagi di tanah haram. Tanah yang sepatutnya dimiliki oleh umat Islam sekarang dimiliki khas oleh Arab Saudi.
Maka apakah gerangannya kita hendak menuju kepada pemerintahan Khalifah Islam. Masih banyak usaha dan kerja perlu dilakukan.........

Ulasan
Dokumentasi adalah perkara birokrasi yg dibuat berdasar kpd undang2 dan enakmen imigresen yang boleh digubal pada bila2 masa.
Ianya blehlah dikatakan hendak buat atau hendak ubah atau biarkan shj sesuatu sistem itu berjalan atau tidak berjalan.
Pokok utamanya, adakah pemerintah Malaysia sanggup membuat satu dasar baru agar semua anak PATI Tausuk dan Moro yang lahir di Malaysia boleh secara automatik menjadi warganegara spt sistem di Amerika Syarikat?
Perlu jelas pd sejarah pulau Pandaman dan Pulau Moro tidak pernah dijajah oleh Sepanyol dan Amerika. Tetapi akibat penipuan puak kuffar, maka pulau2 ini telah dijajah secara sistematik oleh puak Filipina.
Semua ini adalah sistem yang dibuat baru selepas perang dunia kedua. Dan ianya bukannya statik, ianya boleh diubah2.
Oleh itu bukalah minda jangan terlalu statik pemikiran dibawah lingkungan birokrasi yang dibuat2 itu. Padahal ianya boleh diubah oleh golongan pemerintah bila2 masa shj. Fikir2kanlah.