Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

CERITA BENAR TENTANG BLOGGER.

Imej
Ini adalah cerita benar. Cerita benar ini ada kaitan kepada yang masih hidup, tetapi tiada kaitan dengan yang sudah mati. Kerana kaitan cerita ini adalah berkait dengan manusia yang masih hidup, belum lagi mati.


Ianya berkaitan hamba dengan seorang blogger.


Hamba hendak berjupe namun tiada kecapaian untuk berjupe.


Batu Enam dengan Gong Badak. Bukannya jauh mana. Dekat yang amat. Jika hendak dibandingkan dengan Rasa dan Makkah.


Namun disebabkan hamba sakit perut semalam, hari Jumaat. Hamba tidak ke mana2.


Hamba dapat 'komen' dari blogger ini, yg menunggu hamba utk datang ke rumahnya. Siap bagi no hp lagi suruh contact. Namun seribu kali sayang, kredit hamba sudah habis. Hendak keluar beli kredit, takut terkentut tengah jalan. Bahaya, bahaya, jika seseorang sedang sakit perut, perkara yang paling dicurigai adalah ketika mangsa sakit itu hendak kentut. Mungkin akan bersepah ditengah jalan,.... bahaya,.... bahaya.


Namun hari ini hamba sudah sembuh dari sakit. Cuma anak hamba pula demam …

CERITA RAYA 1430

Imej
Hari ini sudah raya 3.
Ada di Batu Enam sekarang.
Kelmarin bertolak dari K.L jam 10.38pg ke Terengganu. Sampai ke Batu Enam jam 5.00ptg. 6 jam setengah naik kereta. Sampai sahaja ke Batu Enam, terus ke Kubang Jela, rumah sepupu isteri hamba. Abang Doh namanya. Tapi dianya perempuan, bukan laki, hamba pun tidak faham nape jadi gitu.
Sebelum itu, hari Jumaat, puasa 28, hamba sekeluarga balik bandar ke Bukit Damansara, balik raya. Lebih kurang jam 3.30 petang. Tuang sikit keje. he, he. Keje pun bukan buat apa, dok menung. Semua orang sudah mood raya. Hamba sudah beri 'arahan' pada teknisian, sape-sape hendak balik awal, lepas solat jumaat, nak balik, balik le..
Malam raya, buat tabir dari rumah ke rumah. Kumpulan dipisahkan 4 kumpulan. Hamba dengan ayah pergi ke kumpulan yang didalamnya ada rumah ayah hamba. Kumpulan setiabistari namanya. Tahun ini, kumpulan ini ada 6 buah rumah sahaja. Tidak ramai. Tak tahu apa sebab. Rumah ayah hamba nombor ke 5 takbir.
(Nampak belakang tu. Dia tu l…

CERITA DEKAT LAGI RAYA

Esok puasa 29.

Hari ini, puasa 28.

Ahad, raya.

Puasa di Malaysia, tahun ini, 29 hari je. Tidak perlu lihat anak bulan. Memang kompem puasa tahun ini 29 hari je. Mazhab baru agaknya. Atau pihak printing tidak mahu pening kepala perlu tukar kalendar Hijrah, jika ada pula kes tidak nampak anak bulan malam Ahad ini.

Terpulanglah kepada pemerintah. Hamba tidak tanggung apa-apa. Diorang je yang kena tanggung.... ye ke?

Zakar fitrah belum bayar lagi. Lepas jumaat ini, hamba hendak bayar le. Bayar 4 insan. Hamba, isteri, anak no.1 dan anak no.2. Seorang, RM7.00, 4 orang, jadilah RM28.00. Hendak beri beras, pihak zakat tidak mahu terima, takpelah, kita guna mazhab Hanafi. Tak salah.

Lepas bayar fitrah, hamba hendak ngambil 4 ekor ayam kampung di kampung Napi. Sebelah masjid je. Raya ni, kita makan lauk ayam kampung le, sodap ni......

MALAM 25 LEPAS, AL-QADAR KE?

Imej
Baru solat subuh tadi. Di masjid, berjemaah. Benda wajid kabor takpe. Yang sunat, hamba tidak kabor di sini. Eh? Jemaah di masjid itu, wajib ke?.... Ada khilaf. Hanafi kata wajib, Syafie kata sunat yang sangat dituntut. Hendak ke arah wajib le tu.

InsyaAllah, dapatlah RM18,900 subuh tadi. Tolak lewatnya sampai masjid (imam sudah baca Fatihah baru sampai pintu masjid), tolak khusyuk tak khusyuk, tolak baca ayat dalam solat tidak berapa faham makna dan tolak benda-benda lalai dalam solat tadi, dapat cover setengah dari RM18,900 pun, alhamdulillah ok le tu. Dari solat sorang di rumah, habuk je dapat.... Namun dengan Allah, kita wajib bersangka baik, maknanya, insyaAllah, RM18,900 Allah beri penuh. Allahuakbar!

Malam 25 puasa lepas, iaitu kelmarin, tengah syok layan tidur, tiba-tiba ada message dari ustaz yang selalu hamba dengar kuliahnya. Waktu tu, jam 3.50 pagi. Kata dalam message tu, "Bangun solat, malam Qadar". Terbeliak juga mata hamba membaca message itu. Ustaz ni, dia ini,…

SOLAT JEMAAH, KAYA KITA.

Hamba tengah bosan ni. Duduk menung depan komputer. Tunggu azan zohor berkumandang. Azan je, solat di masjid Al-Kholidiah lah. Dapat pahala jemaah. 1 x 27. Masuk bulan Ramadhan, 1 x 27 x 70. Banyak tu. Memang banyak.

Kiranya, jika pahala itu dianggap sebagai RM, sekali solat dah dapat RM1890. Fuih banyak tu. Itu Belum lagi Allah sudah janji gandakan 10 kali ganda setiap solat waktu. Maknanya, 1890 x 10 = RM18,900. Kaya tu.. Jika solat sorang, dapat RM700 je. Ish, rugi, rugi.

Oleh itu, hamba hendak ke masjid sekejap. Hendak solat berjemaah. Bye,......

NAK CERITA PASAL TERENGGANU: BAGUS SANGAT KE NEGERI NI?

Imej
Apalah yang bagus sangat Terengganu ni? Dasyat sangat ke tempat dia? Marvelous sangat ke kecantikan dia? Asyik sangat ke keindahan dia? Baik sangat ke penduduk dia?

Hamba dilahirkan oleh ibu hamba di hospital besar Kuala Lumpur. Dahulu, Kuala Lumpur adalah salah satu daerah di negeri Selangor. Tetapi, memandangkan Kuala Lumpur diambil oleh kerajaan pusat pada 1 Februari 1972, maka hamba tidak boleh digelarkan anak Selangor, walaupun hamba ini penyokong fanatik bolasepak Selangor semasa hamba muda remaja dahulu, kerana hamba lahir pada tahun 1976.
(KL, dulu Selangor ni) Terus terang hamba katakan, Terangganu, hamba tidak pernah menjejak kaki ke negeri ini. Semenjak dilahirkan, hamba tidak pernah dapat menghidu, melihat, memijak tanah negeri Terengganu. Selama 29 tahun hidup di bumi Tanah Melayu ini, hamba tidak berpeluang untuk melawat negeri tempat tinggal Ayah Chik, pemimpin idola hamba. Kerana apa? Kerana hamba tiada saudara di sana. Dan juga tiada urusan kerja di sana.

Kelantan hamba…

NAK TAHU CARA DAKWAH YG MUDAH, INI CARANYA.

Imej
(Islam dan dakwah adalah ibarat bagai aur dengan tebing)

Pernah tidak anda berborak-borak dengan kawan India anda yang beragama Hindu? Pernahkah anda berkata-kata kepada jiran anda yang berketurunan Cina beragamakan Budha?

Hamba selalu berborak dan berkata-kata dengan mereka. Kadang-kadang disebelah rumah, kadang-kadang di kedai runcit dan kadang-kadang di pejabat tempat bekerja.

Jika kita mengakhiri perbualan dengan mereka yang bukan Islam ini, ada tidak terdetik dihati kita untuk berdakwah kepada mereka tentang Ad-Deen Islam? Ada tidak kita ada menyebut perkataan-perkataan yang berbentuk Islam dihadapan mereka?

Hamba rasa, pasti ada dihati kita untuk berdakwah kepada mereka, pasti ada terdetik di hati. Namun, untuk mengeluarkan ayat-ayat dakwah keluar dari mulut kita, hamba yakin, pasti susah untuk kita mengeluarkannya.

Kerana apa? Mengapa agak susah untuk kita berdakwah kepada orang bukan Islam? Kerana malu? Kerana tidak yakin dengan diri sendiri? Kerana takut menghiris hati mereka? Ata…

CERITA RAYA SIKIT

Imej
Raya tahun ini, hamba beraya di Bukit Damansara, K.L. Rumah ibu ayah hamba. Raya kedua, hamba akan ke Batu Enam pula, Kuala Terengganu. Naik kereta. Tidak naik kapal terbang. Takut H1N1.

Baju dan kelengkapan raya, semua sudah dibeli. Untuk isteri, untuk anak-anak, beli baju, beli tudung. Untuk hamba, hamba beli satu kopiyah putih je.

Hamba tiap raya, akan beli hadiah untuk ibu dan ayah hamba. Pada tahun ni, hamba masih mencari-cari idea, hadiah apa yang hendak diberi kepada ayah dan ibu nanti? Hendak beli capal, ayah sudah ada banyak capal. Hendak beli tudung, ibu sudah ada banyak tudung. ........ apa ye hendak diberi,......

Abang hamba, seperti tahun lepas, dia akan beraya di Bahrain. Tapi, tahun ini, abang hamba akan balik, cuma bukan waktu raya pertama, 2 minggu lepas raya, abalong akan balik Malaysia selama 2-3 minggu, insyaAllah.


(Hamba dan abalong. Tengah tido. Tapi, ini gambar tahun lepas, tahun ini, kami adik beradik sudah maintain kurus macho....)
Bercadang hendak buat open house …