MALAM 25 LEPAS, AL-QADAR KE?

Baru solat subuh tadi. Di masjid, berjemaah. Benda wajid kabor takpe. Yang sunat, hamba tidak kabor di sini. Eh? Jemaah di masjid itu, wajib ke?.... Ada khilaf. Hanafi kata wajib, Syafie kata sunat yang sangat dituntut. Hendak ke arah wajib le tu.

InsyaAllah, dapatlah RM18,900 subuh tadi. Tolak lewatnya sampai masjid (imam sudah baca Fatihah baru sampai pintu masjid), tolak khusyuk tak khusyuk, tolak baca ayat dalam solat tidak berapa faham makna dan tolak benda-benda lalai dalam solat tadi, dapat cover setengah dari RM18,900 pun, alhamdulillah ok le tu. Dari solat sorang di rumah, habuk je dapat.... Namun dengan Allah, kita wajib bersangka baik, maknanya, insyaAllah, RM18,900 Allah beri penuh. Allahuakbar!

Malam 25 puasa lepas, iaitu kelmarin, tengah syok layan tidur, tiba-tiba ada message dari ustaz yang selalu hamba dengar kuliahnya. Waktu tu, jam 3.50 pagi. Kata dalam message tu, "Bangun solat, malam Qadar". Terbeliak juga mata hamba membaca message itu. Ustaz ni, dia ini, ilmunya banyak dan hamba lihat beliau ini tinggi ilmunya. Apa dia kabor, memang boleh percaya ni.




(Ye, ye,.... Dapat RM18,900, ye, ye....)

Jadi, betulkah ramalam ustaz tadi. Ada sesiapa yang iktikaf dimasjid malam 25 tu? Ada sesiapa yang bangun beribadah tengah-tengah malam pada hari 25 puasa lepas? Ada sesiapakah? Jika ada, beruntung benarlah anda sekelian.


Tapi benda ini tidak kompem. Mungkin malam Qadar belum turun lagi. Mungkin hari ini, malam 27. Hidupkanlah malam anda hari ini dengan ibadah yang kuat-kuat ya......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KIRA-KIRA KOS BALIK KAMPUNG.

KERJA UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK KERJA?

PULAU BATU PUTIH : MALAYSIA (PH) SERAHKAN JUGA PADA SINGAPURA?